RSS

20110531

jeles~! jeles~! jeles~!

memang termaktub...
jalan ilmu itu panjang...
penat lagi melelahkan...





ini mereka. bukan lagi pelajar medic. dan bukan lagi bakal doktor. mereka adalah DOKTOR.
[ok. goosebump~!]


tahniah dear senpai~! cukup-cukuplah buat kami jeles dengan gambar, status facebook dan pelbagai majlis sedang kami tenat dalam bilik mengadap buku. hanya boleh meraikan kalian melalui facebook dan status ym je. blog pun sekali la. nak ajak dale' pun kena fikir 2, 3 kali sebab banyak lagi material tak habis cover.

tunggulah lagi beberapa tahun. giliran kami pula mengikut jejak langkah seniors. mohon doa semoga dipermudahkan. dan semoga perasaan yang dirasai pada hari ini, kami akan turut merasainya~

ini batch ketiga saya raikan. graduates JUST, membawa title seorang doktor. semoga dapat merawat penyakit fizikal dan juga penyakit ummah yang semakin tenat.

dan ya, saya akui. senior-senior yang saya kenali sangat layak disegani. hilangnya mereka dari bumi irbid, mustahil ada pengganti. honestly said, memang saya inferior.

tapi sampai sekarang terngiang-ngiang kata-kata seorang senior tahun lalu.

"tak selamanya adik boleh bergantung pada kami. senior-senior tetap akan pergi. dan adik-adik yang bakal jadi senior pula. pengganti kami. adik-adik harapan kami untuk jaga bumi irbid ini. jadi seorang doktor kepada manusia. doktor kepada ummah."


"...................."


Y_Y



*****


"barang siapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."

-riwayat muslim-



cukuplah satu hadis yang mungkin kita (baca: saya) sering lupa, menjadi catalyst untuk terus bersemangat dan terus berada dalam lingkungan orang yang menuntut ilmu. menuntut ilmu ini satu jihad. bukan calang-calang, ganjarannya adalah syurga.

maka, siapa boleh kata yang jalan menuntut ilmu ini senang sedangkan Allah menawarkan ganjaran yang kita tahu terlalu berharga. harganya sebuah syurga, mustahil dengan usaha sambil lewa, bukan? (dush~! kepala sendiri~! Y_Y)


sabdanya lagi:

jalan ke syurga dipenuhi onak dan duri. manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat.



so, by default. kita yang memilih jalan mana, dan kita yang menanggung risikonya. dan kita juga yang akan menuai hasil di penghujung segala usaha. dan semoga bagi kita syurga~





nota kaki 1stylo sungguh kak ain~! tau result, terus tukar "status". nak buat macam tu jugak la~! (erk~)
ah ah ah~! ^^

nota kaki 2: seniors grad. balik malaysia. sweet sour ikan patin. little rays. haramain. cukuplah nikmat Allah yang semoga tidak saya dustakan. dan buat saya lagi bersemangat untuk last paper~! yoshh~! ^^

nota kaki 3: jom adik-adik. kita grad sama-sama, ya? =)




juga jangan dilupakan...
tertulis pada hujungnya...
sebaik-baik ganjaran...

20110528

laskar pelangi II~

pujukMu Tuhan...
pada rajukku...
sungguh berbeza...






gerimis itu...
jatuhnya mengundang senyum...
lirik mata sayu...
terlakar coretan warna...

pelangi...
hadirnya indah...
pengganti gundah...



28 mei 2011
06:15
lakaran memori Ray~






 
yang ini untuk Ray~



yang ini untuk Ro~



yang ini untuk anon yang berkongsi cerita kehilangan kucingnya. sebab dia faham apa yang saya rasa~
[walaupun dia agak exaggerating membayangkan Ray dah mati~ (=.=!)]

yang ini untuk mereka yang mendoakan supaya Ray tahu jalan pulang~



yang ini untuk mereka yang gelak bila tahu Ray hilang. siap cerita pasal kucing mereka. sekali dengan tunjuk video kucing comel kat saya~ cis sungguh~! Y_Y




pelangi untuk saya?

tak perlu. sebab Allah bagi saya lebih dari ini.

senyum.
=)




nota kaki 1: segan. dengan Allah. sebab Dia selalu pujuk saya dengan alam. dengan damainya hujan dalam musim panas. dan indahnya pelangi hadiah menangis.

nota kaki 2: baru saya perasan. pelangi kali ini dari sebelah kanan. the previous ones dari sebelah kiri. cantumannya pasti complementary, kan? ^^

nota kaki 3: ok intan. you have the rain. and He gives you the rainbow. just be glad He didnt take Ro~ yoshh fokus~! bismillah~ ^_^




semoga...
pada segalanya...
aku lebih bersyukur...

janggal n Ray~

benarkah rasa itu...
jauhkah hati kita...
bila jauhnya jarak?



menghitung hari. tadi belek-belek mesej. gaya homesick. biasalaaa terbaca satu mesej yang saya pernah hantar pada si adik. 3 bulan yang lalu. meminta dia menunggu saya. kata saya,
"3 bulan je lagi kak in nak balik, insyaAllah~"

tadi saya call rumah. berbual-bual dengan si adik. dan perbualan itu saya sudahi dengan,
"tunggu kak in, wawa. lagi beberapa hari je kak in balik, insyaAllah~"
 kemudian dia tersenyap. saya juga bungkam. janggal.

dan saya terfikir. tiba-tiba saya didatangi rasa takut. dua tahun bukan satu tempoh yang sekejap. dalam dua tahun ni, family saya bertambah besar. wajah rumah saya dah berubah. rysha dan ryna dah masuk sekolah rendah. dhia dan hana dah masuk tadika. afiq dan hadif dah pandai gaduh jantan. syasya yang ketika saya tinggal dahulu baru pandai meniarap, sekarang dah pandai berlari. dan hafiy. mungkin dah mula merangkak.

berdebar saya laksana ingin bertemu keluarga mertua baru. macam mana saya nanti? macam mana mereka nanti? pernah tak kalian bertahun lamanya berpisah dengan keluarga? dan setelah bertemu kembali, apa yang kalian rasa? cuba kongsi sikit. saya tak tahu nak buat macam mana ni. takutnyaaa. aaaaa~! =_="

tapi yang pasti kasih ibu bapa tak pernah bertepi. cuma satu yang saya risau. pulangnya saya kali ini ada satu perkara yang perlu saya selesaikan sebelum kembali semula ke jordan. ada satu hati yang perlu saya tackle. ada satu fikrah yang perlu saya gubah. dalam usia remaja melawan gelodak, dia perlukan saya. si adik.

"ya Allah. semoga kepulanganku umpama bidadari yang diharapkan sentiasa menemani si adik~"


*****





semua orang kenal kan? (bajet). ini Ray. tak sangka ni mungkin gambar terakhir yang saya snap. dan waktu ni, mungkin kali terakhir dia menemani saya study. saya masih ingat. pukul 2 pagi lebih. dia dah menggesel-gesel ajak tidur tapi saya layan tak layan je. dan dia kemudiannya senyap di atas kerusi itu. merajuk barangkali.

Ray hilang. ya. hilang. dan saya tak pasti bagaimana perkara ni boleh berlaku. dah tiga hari. tolong doakan. semoga dia pulang. dan doakan saya. saya ada beberapa hari sahaja untuk cover material final exam terakhir. dah dua hari masa terbuang fikirkan Ray.

dan tolong jangan kata,
"alaaa..kucing je pun~"
sebab hati saya akan terluka. ok. emo. ah ah ah~  ^^

selamatlah, Ray~
semoga Allah menjaga kamu~
T.T




nota kaki 1: maaf pada pembaca blog saya (macam ramai je). saya raikan kalian. tapi kalau saya tiba-tiba privatekan, saya ada satu alasan je. waktu itu saya cuba bermuhasabah tentang sesuatu perkara yang berlaku dan mungkin berkait rapat dengan blog. dari segi penulisan, komen atau link. saya raikan kalian yang inbox saya, minta jadi invited readers. tapi ketahuilah, saya pasti akan buka semula. cuma lambat atau cepat sahaja. =)

nota kaki 2: buat kamu. mungkin sesetengah perkara lebih elok didiamkan. kerana kelak ia mengundang rasa tidak selesa. tidak semua perkara kita perlu terlalu jujur, bukan? =)

nota kaki 3next week balikkkkk. exaaammm~! yeay~! last paper, yoshh~! ^^



sejauh mana pun, adik...
akak akan capai...
dan genggam erat...

20110525

fitrah si kecil~

fitrah si kecil bersih...
jangan kotori dengan...
noda hitam si dewasa...




SEPTEMBER 2009.


cerita adik I

"cik in. cik in. cik in nak gi mana?" si kecil pantas menyoal melihat saya memakai tudung.

"turun bawah la sayang. kan kawan papa datang. kita nak makan sama-sama."

"kenapa cik in pakai tudung? hana nak ikut. cik in nak keluar ke?"

"tak. bukan nak keluar. cik in pakai tudung sebab uncle ada kat bawah tu."

"tapi kenapa cik in pakai tudung? hana tak pakai pun."

senyum.

"uncle bukan macam papa. uncle bukan abang cik in. sebab tu cik in kena pakai tudung. hana kecil lagi. tak apa, sayang."

"cik in tak panash ke?"

tangan hana saya pimpin menuruni tangga. dia pun seakan tidak mahu melepaskan. risau barangkali, kalau saya keluar tanpa membawa dia sekali. senyum dibibir masih berbunga. ah, kamu si kecil~



cerita adik II

"papa! mana tekung (telekung) hana? cepat! cepat! hana nak solat!"

tergedek-gedek si kecil itu menyarung kain telekungnya selepas melihat saya usai solat maghrib. saya menolong. dan memerhatikan dia solat. gaya dia solat.

"hana dah solat ke?" abang yang baru datang bertanya.

"shh! papa, hana tengah solat ni." bisiknya sambil rukuk.

berderai ketawa saya dan abang. dan hana terus sujud tanpa i3tidal. ah, kamu si kecil~



cerita adik III

"hana, jom~ kita nak pergi airport ni. nak tengok kapal terbang. nak hantar cik in balik jordan." panggil si ibu.

hana memandang saya.  atas dan bawah. kemudian dia berlari memasuki bilik.

"ibu! mana tudung hana? hana nak pakai tudung!"

"tak payah la hana. nanti hana buang juga. panas." si ibu membalas.

"tak. tak panash pun. nak tunjuk kat cik in tudung hana cantikk."

dan kata abang saya. hana pakai sehinggalah saya selamat menaiki kapal terbang. berpeluh-peluh dia. tertidur dengan tudung cantiknya. ah, kamu si kecil~




*****


setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

-muttafaqun 3alaihi-



mungkin kadang kita lupa.
akar si kecil.
tunjangnya adalah kita.




nota kaki 1: terkelu saya dengan si kecil. sucinya mereka. ini cerita 2009. saya nak tengok. dapat ke saya hasilkan cerita 2011? moga-moga~

nota kaki 2: stylo tak letak url blog kat gambar? ah ah ah. (gelak nima hamid. ^^) memang time genting exam macam ni la gatal nak buat itu ini. cis sungguh intan~ =_=!

nota kaki 3: tinggal anat untuk dikunyah. exam RS final khamis ni. doakan~! and yes, i'm counting days~! ^^





lantaran berus adalah kita...
warna dan corak...
adalah mereka...

20110522

sempit~

mungkin kita terlupa...
luasnya dunia...
bukan bermakna bahagia...






andai ditanya tentang satu keinginan yang pasti ditunaikan, Tuhan...
aku pohon rasa takut...

kerana aku risau bukan dengan sempitnya dunia...
tetapi sempitnya akhirat~




*****






this one strikes me. again. maklum la, musim final exam memang macam ni. sensitif lebih je. ceh!

honestly speaking, saya dah mula sayang adik-adik JUST09. sedih mereka, air mata saya yang gugur. takut mereka, hati saya yang bergetar. walaupun diri sendiri pun tak stabil.

hanya doa yang akak mampu lontarkan. semoga perit calar luka yang pernah akak rasa dulu, Allah jauhkan dari adik-adik. semoga saja adik-adik tak rasa apa yang pernah akak rasa~

namun satu yang betul akak akui,
perancangan Allah memang yang terbaik~




 قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ


katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.


-attaubah: 51-




nota kaki 1: saya sedang cuba untuk reset hidup. doakan semoga dunia yang luas ini tidak sempitkan akhirat saya~

nota kaki 2: gambar dicilok dari blog zuriati. first time tengok terus teringat italy dan sunset dalam plane. agak-agak ada lagi ke peluang untuk layan sunset dalam plane macam hari tu ek? ^_^

nota kaki 3: cuba untuk update pendek je (tapi rasa macam panjang jugak je. =.=!). nanti mesti anje marah. haha~ ^^
lagi 2 paper je, yoshh~! =D 




dan pada setiap...
hujung kesempitan itu...
ada ruang yang sentiasa terbuka...

20110520

mega senja~

bisik alam...
hilangnya menimbulkan kerinduan...
hadirnya menggamit senyuman...








langit jingga itu...
hiasannya pada rupa...
pelan mentari mengengsot...
menjatuh tanpa menjunam...
menebarkan alur-alur cahaya...
selagi terdaya...

                       mega senja itu...
                       hiasannya pada warna...
                       mencorakkan ufuk langit...
                       terbias pada awanan...
                       setia ia memberi cahaya...
                       selagi ada masa...


dan pencinta Tuhan itu...
hiasannya pada kekaguman...
meskipun terhampar setiap hari...
terbit mentari dan terbenam...
tetap dia dalam 1001 perasaan...
bersama lakaran senyuman...



23 april 2011
19:00
lakaran ufuk senja~






nota kaki 1: dah lama terbuat. waktu kali pertama layan sunset atas sutuh. lagi cantik rupanya dari layan sunset dari beranda bilik. ha~ tapi gambar tu baru ambil minggu lepas. dan ya, kamera 1.3mp je~ ^^

nota kaki 2: baru publish ni sebab rindu sunset. sudah 2 hari perginya siang tanpa terbenam mentari. sebab ribut pasir tempoh hari kot. matahari pun tak nampak sangat. jauh sekali sunset. bulan purnama pun dah tak sudi jengah beranda bilik saya. terpaksa menumpang bilik housemate nak intai bulan. sadis betul~ (=.=)

nota kaki 3: oh. saya masih cuba tackle encik cvs. walaupun cinta tak berbalas. hari sabtu ni (macam lambat lagi je. esokk laaa~! >.<)  kena beranikan diri clarify things dengan encik cvs ni. merana hati saya kalau macam ni. tapi apa-apa keputusan, tawakal pada Allah lah~

nota kaki 4: jom semangat balik study, intan~! lagi 3 paper je untuk officially naik tahun, insyaAllah~! yosshh~! ^_^



 

dan bisik Tuhan...
hilangnya hidup tak keruan...
hadirnya moga menjadi pedoman...

20110518


sekejap je. nak book tarikh post ni je sebenarnya. nanti2 lepas xm saya update betul. special for the kids~


selamat hari lahir yang ke-1. huhuu~ ^^

ERIC
ERIN
RAY
ARA


dan buat RO tersayang,
selamat hari melahirkan~




amik la ni~
ray, currently with me. gemok kan? =.=!



ya, saya tahu exam esok. doakan kami~! ^_^!!

20110516

lilin hidup~

hari itu kau menunding...
memandang ke depan...
penuh harapan...



hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. sementara guru, penyebab hidup yang kekal.
sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya.

-imam alghazali-


nak kata apa lagi? hak abah double agungnya. penyebab adanya saya sekarang dan penyebab hidup saya yang kekal. insyaAllah~


istimewa buat abah tersayang,
JUSOH BIN IBRAHIM
SELAMAT HARI GURU~

oh, english intan dah berkarat la, abah.  takutnya nak jumpa nanti~!
^_^!


juga buat:
-ma
-kakak-kakak
-abang-abang
-sahabat-sahabat

juga buat guru-guru:
-tadika kemas (1996-1997)
-sk tok jiring (1998-2002)
-smka tok jiring (2003-2007)
-DarulQuran JAKIM (dis 2007-mei 2008)
-INTEC uitm (mei 2008-ogos 2008)
-Jordan University of Science and Technology [JUST] (2008-present)

dan buat alam yang tidak pernah gagal mengajar lantaran zikirnya yang tidak pernah henti~


semoga rahmat Allah sentiasa, tanpa putus bersama kalian.
<3 <3 <3
^_^




dan jika suatu hari nanti saya seorang doktor yang operate patient nya, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa~! ^^



nota kaki 1: oh, menyempat update~! exam lagi 3 hari la intaaaaann~! (-.-")
nota kaki 2: ok. jom sambung study. bittaufiQ untuk semua ahli PERMAI yang dibius demam exam final. sama-sama doakan kejayaan kita, ya~ ^^
nota kaki 3: waaa~! lagi beberapa hari nak fly balik malaysia. ihiks. ok, tata~!




dan hari ini aku berpaling...
mengintai ke belakang...
dengan senyuman...

20110514

ROME II~

jejak itu...
bukan pada langkah...
bukan juga pada rasa gah...



vatican city, Rome, italy~



سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلاً قُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلاً يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ

Rasulullah saw pernah ditanya, "kota manakah yang akan dibebaskan terlebih dahulu? konstantinopel atau roma?"
Rasulullah saw menjawab, "kota Hercules yang akan dibebaskan terlebih dahulu iaitu konstantinopel."


-riwayat ahmad, ad-darimi dan al-hakim-




semalam selepas solat hajat PUTRA, kak adila membuat sedikit perkongsian. mengambil ibrah tentang sirah pembukaan kota konstantinopel. dan ketika dibacakan hadith ini, saya terkedu.

saya baru tahu.
saya baru tahu.

seandainya hadith ini saya pasak dalam hati sebelum kaki saya menjejak bumi rome itu, pasti ketika itu langkah saya penuh rasa bangga.

pasti runtuhan colosseum itu saya bayangkan buat kali kedua. tinggalan foro romano semakin menjadi debu. patung-patung yang tersusun di st. peter's square dimusnahkan. dan masjid lambang kemegahan islam dibina.

dan pasti senyuman saya berterusan terukir melewati negeri yang mempunyai sejarah peradaban melebihi 2500 tahun itu, dengan keyakinan suatu hari nanti negeri ini akan disirami cahaya islam.

siapa tahu, panglima yang membuka kota roma adalah sebaik-baik panglima? dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera?

dan mungkin juga saya buat coin throwing di trevi fountain. memasang niat supaya saya dapat kembali menjejakkan kaki ke rome.

siapa tahu, saat kaki saya terjejak, persekitarannya sudah berubah? alunan sungai tiber bertambah indah? rintik gerimis yang membasahi kami hari itu, kembali membasahi dengan baunya yang lebih segar?

sesegar islam yang memandu hidup setiap orang yang beriman.

mengangankan ini, saya tertunduk...





tertunduk...





dan makin tertunduk...





perlahan berdoa
dan berbisik dengan segan sekali.


"sayangku, Rasulullah saw menjanjikan pembukaan kota roma. maka kamu ibu harapkan menjadi sultan muhammad al-fateh yang kedua."







tapi pada mata yang melihat...
hati yang terbuka...
dan doa yang tak sudah...

20110511

pilihlah yang beragama~

bila rasa jauh...
kuatkan hati untuk berpaling...
kerana aku sentiasa dibelakangmu...



nota tangan: post ini keseluruhannya ditujukan kepada Ro~


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



"dengan menggunakan produk 3K (kami kekal kurus), saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak **kg dalam masa satu minggu~!"
-Rosella-


(=.=!!)

**********


aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu.
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu.

-imam nawawi-





ya.
harta akan hilang.
keturunan bukan jaminan.
kecantikan akan beransur kelam.

                         mujur sahaja kau beragama, Ro.
                         lantaran itu, cintaku tak pernah pudar~!




Ro, i love you~

forever stay by my side,
will you?





nota kaki 1: minggu ni, minggu merindui Ro. serius. walaupun serumah, rupa-rupanya kami 'jarang' jumpa. dia sahaja yang kekal setia menunggu. sehingga semalam baru saya sedari dan saya habiskan sehari sebagai hari bermanja dengan Ro. ha~ ^^

nota kaki 2: ya, Ro dah sangat kurus. macam mana nak buat ya? tapi itu tanda-tanda tua barangkali. nak peluk dia pun kena hati-hati sebab kalau saya terpeluk kuat sikit, mesti dia berbunyi. sebelum ni tak pula macam tu. =(

nota kaki 3walaupun Ro mungkin sudah tak cantik pada mata orang lain, pada saya dia tetap tercantik. regardless of what they say.

nota kaki 4: susah hati fikir nak berjauhan dengan Ro cuti nanti. lama pula tu. kalau rindu nanti macam mana? aaaa~! T_T

nota kaki 5: and yes, saya tak jumpa lagi. ada sesiapa (selain anon) yang sudi jaga Ro tak saya balik malaysia nanti?





itu bicaramu...
melalui pekat hitam matamu...
terima kasih sayangku...

20110508

sepintas menjadi ibu bapa~

ibu dan bapa...
cintamu...
pangkal wujud diri ini...


semalam dan hari ini. ramai yang buat status ucapan hari ibu. ramai juga yang buat post sempena hari ibu. kalau kat facebook siap kempen tukar profile picture letak gambar ibu. dan yang paling syok tengok video matluthfi sempena hari ibu. syahdu betul.

tadi belek-belek gambar-gambar dan video-video (lagi). ni dah sah hati fly awal ke malaysia. jumpa video ni. anak saya abang. sebaya dengan dhia. kiranya mereka ni kazen la.(kena bagitahu siap-siap takut ada anon yang kena baca berpuluh-puluh kali baru nak faham cerita. =p)



kalau pandai, carilah hana yang mana satu.



enjoy la sikit-sikit tengok gelagat budak-budak ni. tapi yang saya nak tekankan kat sini, lagi enjoy rupanya dengar gelagat ibu bapa budak-budak. kamu dengarlah. yang paling kuat gelak dan bersorak itulah abang saya. (=.=!).

cuma terfikir. zaman kecil-kecil dulu, kita la yang kata orang buah hati pengarang jantung ibu bapa, kan? every single development kita, mesti ibu bapa yang paling gembira. pandai membaca, ibu bapalah yang paling bangga. petah berkata, ibu bapalah yang tersenyum lebar. pandai menari pun bukan main sakan mereka  terhibur.

tapi bila dah semakin dewasa. semakin tahu itu dan ini. semakin pandai berfikir. adakah kita masih lagi menjadi penghibur kepada ibu bapa kita? bila kita berkata-kata, adakah kita buat mereka tersenyum ataupun terluka? tindak tanduk kita, adakah membuatkan mereka berbangga atau kecewa?

jom sepintas kita menjadi ibu bapa. letakkan diri kita sebagai seorang ibu atau bapa.

kita suka tak kalau anak kita tak berakhlak?
kita suka tak kalau anak kita lewat-lewatkan solat?
kita suka tak kalau anak kita malas belajar?
kita suka tak kalau anak kita ponteng kelas?
kita suka tak kalau anak kita tidak beradab?
kita suka tak kalau blablabla~

sebelum buat sesuatu, fikirkan kita ditempat ibu bapa dan perbuatan kita itu, sebagai ibu bapa kita suka tak anak kita sebegitu? macam mana kita harapkan yang terbaik pada anak kita, sebegitulah ibu bapa mengharapkan yang terbaik pada kita.

ada satu kata-kata saya lupa siapa, nukilnya,
"didiklah anak-anak kamu, 20 tahun sebelum mereka dilahirkan"
which obviously means, kita sekarang menentukan bagaimana anak kita akan datang~


alahai laaa~

 err..terpanjang pulak. niat asal nak post pendek je. =.=!

ha, sebelum tu model kali ini namanya nur amira farhana. beliau akan jadi saksi dhia akan disekeh kepalanya. hari tu saya call hana ni, dia ingat je saya. kitorang sembang lama kot. how come cik dhia tu boleh keluarkan soalan panas macam tu?? (=.=!)


apa-apa pun, buat ma tersayang,
SELAMAT HARI IBU.
even though every day is actually your day~! ^^


dan buat kakak-kakak dan kakak ipar sekalilah. kagum saya dengan kalian. sebab seorang ibu itu bukan sekadar title. semoga lahir kami sebagai anak, mampu menyumbang sebagai saham kalian ke syurgaNya~

dan buat semua sahabat satu batch dan satu PERMAI. ucap siap-siap untuk beberapa tahun akan datang. ngehh~! especially untuk izzah. haha~! ^^

dah. penat melalut. ni gara-gara bukak kedai kopi kat rumah amal la tadi. sembang panjang kot. dengar cerita ramai sahabat sebatch dan bukan sebatch nak mendirikan rumah tangga cuti ni. moga selamat la semua~!

semoga perkahwinan itu bukan sekadar nak menghalalkan yang haram. nak cari partner study berlainan jantina. mahupun nak ada tukang masak 24 jam.

tapi semoga dengan perkahwinan itu, lahirlah baitul muslim. yang mengeluarkan produk-produk islam yang bukan sekadar meramaikan umat baginda saw, tetapi menjadi penyambung mata rantai-rantai perjuangan islam.

ya.

semoga.





eh, dah la. lastly tengok ni. buat bedtime story. tidur dulu.
tata.





dan anak-anak...
semoga cintamu...
membawa mereka ke syurga abadi...

20110504

budak pertama~

kanak-kanak...
mereka suci...
mereka fitrah...
moga sahaja tercorak indah...



dihikayatkan terdapat seorang perempuan yang belajar jauh di seberang laut. merentasi udara selama belasan jam barulah dapat tiba di tempat beliau menuntut ilmu. begitulah. keluarga ditinggalkan. sahabat-sahabat berjauhan. kesenangan dan kemewahan dilupakan semata-mata mutiara ilmu yang ingin dikutip.

ditakdirkan beliau merantau selama 2 tahun tanpa pulang ke kampung halaman. maka dengan penuh kerinduan, suatu hari di perpustakaan university tempat beliau menuntut, beliau membuat satu panggilan. rindu benar beliau pada suara si kecil. moga-moga mendengarnya sahaja menghilangkan kepenatan study seharian.


"tuutttt tuttt"

"assalamualaikum kak sya~! sihat? blablablabla~ dhia ada? dhia ada? nak cakap ngan dia. rindu ni!"

"ok. ok. sekejap. kakaaaakk, ni cik in nak cakap ni~! cik in kol dari jauh ni."


hati berdebar. alahai jantung hati. semoga terlerai rindu sarat ini. tak sabar nak dengar celoteh kedahmu. kata ibumu, pandai kamu bertutur dalam loghat kedah ya. dasar anak abah~!


"hello?"

"hello, assalamualaikum kakak~! kakak buat apa tu? cik in rindu laa~ ingat cik in x??" -excited. sangat.

"mama, cik in nak cakap apa dengan kakak?" -si cilik itu bertanya kepada mamanya.

"alaa. cakap la apa-apa pun. cik in call dari jordan tu." -beliau mendengar si ibu membalas.

"mama, cik in tu siapa?"


booommmmmmmmm~~!!!
library JUST terus dihujani bom-bom entah dari mana.


"....................."


beliau mendengar si kakak gelak tahap tak ingat dunia. beliau dah dapat bayang betapa kakak beliau itu terguling-guling sambil gelak.


"tak pe la kakaaaakkkk~! cik in merajukkkk~!! sampai hati~!" -beliau membalas sayu.

"ok..bye-bye cik teh~!"

dan gelak si kakak bertambah frequency dan volume.
cis~! cik teh?? (=,=!!)

maka beliau mengisytiharkan bahawa budak yang bernama Dhia Aina Karmila ini akan menjadi budak pertama yang beliau sekeh bila balik malaysia bulan 6 nanti.

tengoklah! grr!



apa senyum2? xde! xde! siap la balik nanti~!






dan ibu bapa...
tanganmu adalah seni...
menentukan corak mereka...

20110503

irama wadi syu3aib~

hati itu selalu cemburu...
tapi lebih pedih...
cemburunya pada apa?









jatuh kau dari hulu...
mengalir deras...
menyanyi indah...

angin mesra menyapa...
mengusap lembut...
berlagu tenang...

saat itu...
tatkala kalamNya didendangkan...
irama arus berentak bayu...
aku tertunduk...

Allah...
aku berbeza...
dan aku _________




01 mei 2011
16:02
REHAT 2011~



nota kaki 1: model gambar namanya Malik. 12 tahun. sebenarnya nak snap gambar curi dia dengan adik dia nama Dzia' kat tengah-tengah tu. baru je nak ambil, adik dia bangun. aiseh. kalau tak cun gila gambar~ ^^

nota kaki 2: tempat kosong tu boleh isi sendiri ikut perisa yang disukai. saya nak letak, tapi rasa macam tak sesuai. nak main teka-teka boleh jugak. kalau betul, saya bagitahu~ ^^

nota kaki 3: gambar ni untuk izzah. izzah, intan main air macam tu la. duduk-duduk atas batu. rendam-rendam kaki. jeles x? jeles x? ekekekeke~ c(=




aku tidak mahu...
kuatlah hati...
semoga kau sentiasa teguh...

20110501

FM: err..me? a doctor?

kadang-kadang...
pencerahan itu perlu...
bukan untuk mencerahkan...
tapi mengingatkan...




seminar Fiqhmedic 2011
29&30 april 2011
"sinergi menjana kegemilangan"


seriously saya puji pencipta logo ni. amazingly creative~!


29 april. hari yang istimewa. hari jumaat semestinya. hari mengundi PERMAI. hari saya belajar tentang tafsir surah attakathur, pembukaan kota mekah dan sekularisme. hari saya tahu cerita menarik di sebalik medan tahrir, mesir (insyaAllah saya kongsi kemudian).

hari saya dan family zam-zam terkejar-kejar ke dewan kindi selepas mengundi di bawah terik mentari untuk merebut 'hadiah istimewa' bagi 100 peserta terawal seminar fiqhmedic.

"amal, adik rasa orang-orang macam kita je yang termakan dengan tawaran hadiah untuk peserta terawal."
-dengan muka merah dibakar matahari-


seminar fiqhmedic ni gabungan kerjasama dua universiti terkemuka di irbid. JUST dan yarmouk. sinergi katanya. istimewa penceramah terbang dari malaysia. Prof. Dr. Zabidi Azhar dan Dr. Mohamad Nor Sundari. dan pembentang-pembentang team sinergi FM dari kalangan pelajar-pelajar irbid sendiri. bila namanya seminar, ianya seminarlah. stereotype seminar-seminar. nak detail tentatif dan hal-hal berbangkit FM ni boleh usha sini.

tak tahulah apa silap saya. mana-mana saya pergi. seminar apa yang saya hadiri. program apa yang saya join. masalah saya satu je. saya rasa output saya selalu pelik. orang lain sibuk tulis point-point yang pembentang bentangkan (i did the same) tapi bila saya baca balik point-point saya ni, lebih banyak point yang bukan dari pembentang. pelik sangat ke cara otak saya menterjemah input ya?



good words picture good personality~!

sometimes, words spoken are not meant to be that way. usual things do happen when we say something that are actually not meant to be said. or at least, they are not meant to be said THAT way.

but well, being a physician, we need to have those skills. skills of choosing right words and right way to say. especially when dealing with hypersensitive patients (we need to be aware that people called patients are sensitive). an easy example is maybe during taking the chief complaint. or maybe during breaking the bad news. basic things.

and still, the way we talk. the words we choose. actually picture ourselves. who we are. what personality do we have. and that scares me. because i dont think i'm a sweet-talker. i guess this profession would benefit men who are sweet-talker. =D


sensitivity of common sense~!

yeah. many people doesnt realize the importance of common sense. things that hardly learned when you are studying overseas. as i focus on common senses that we can only acquire from elders.

but well, a common sense means a common sense. some of them, we might need to learn. but others, we just have it in ourselves. the thing is either we are sensitive towards it or not. an understandable example is patients' dignity. clearly seen that we need to take care of patients' dignity, right? should be strictly taken care of.

still i shrink. because i dont think i'm a sensitive person. and i'm highly lack of common sense. haisy~


develop the skill let-them-love-you~!

i really dont know how on earth i came up with this point. but seriously, i'm going to develop it (insyaAllah). the things that i see, doctors need to love to be loved. and they need to gain the love. well-said, a trust. from the patients. they should have more than symphathy. an emphathy.

saya cemburu sebenarnya. pada seseorang yang pada mata saya, sangat disenangi. mungkin juga sangat disayangi.

tanyalah pada satu dunia, mungkin tiada yang tidak menyenanginya (ok. i'm exaggerating). the point is, doctors should learn how to love (i mean it. real love) the patients. as how valuable a graceful hand to a surgeon, that is how valuable a patient's love that to be gained.

dan dia, somehow somewhat do make me think all the time. it's a bless actually to have an easy-going personality. an additional value for a doctor-to-be, i guess. dan mungkin juga sebagai cerminan, hubungan dengan Allah.


normalize the skill pray-for-others~!

generally, for everyone you know or dont. friends or foe. men or women. old or young. but especially, for your patients. some doctors would feel, their duties are on the scene. often they forget behind the scene. pray for them. for their health, of course.

but for me, the most important is to pray for they have the strength to accept their fortune. for they could see the bright side of every unfortunate things they face in life. for they could hold that every single thing happens for a reason.

for they would have faith in Him. and the doctors themselves would have faith in Him too. and of course, what you give you'll get back~


have those skills~!

it's actually all about skills. skills of communicating with people. skills of presenting a presentation. skills of dare to try. skills of speaking out loud (of course under purposes). skills of convincing people. skills of building good relationship. skills of having good perception on others.

cemburu pada penceramah yang sememangnya mantap. dan mantap mereka bagi saya kerana pengalaman. that one to be gained, later. dan cemburu saya pada pembentang team sinergi FM.

i did flashback when's the last time i speak/ debate/ talk/ present in front of public. and that was years(?) ago. zaman saya suka bercakap non-stop. zaman tak wujud pun perkataan tachycardia dalam kamus hidup saya. zaman segan saya segan bertempat. zaman abah (especially), family and friends encouraging me participating this and that. zaman itu, mungkinkah akan berulang?


intan, you are a doctor-to-be~!

or i suppose to say, i'm a muslim doctor-to-be. selama 3 tahun berkelana di bumi syam ni. 3 tahun bergelumang dengan buku-buku tebal medic. 3 tahun 'menembak' setiap exams online kat JUST. 3 tahun menyaksikan perubahan musim. 3 tahun berebut bas ke jamiah. 3 tahun stay kat library JUST yang macam bukan library. dan 2 tahun jumpa Ali kat science hall 2 (erk~).

i conclude myself, i'm not qualified enough to be a doctor~!
*echo3*
T_T

sayu, bukan?

hafizah tanya, "kenapa intan nak jadi doktor? kenapa ambil medic? belajar medic kan susah?"
lepas pusing-pusing. kelentong-kelentong. jawab main-main, the only thing i could say,

"fizah, intan jawab kemudian ya soalan tu. i used to think that i own the answer but i dont think i have it. maybe not yet."


............



"but what for sure, i want to be a doctor~"






nota kaki 1: maybe with the initial age of 2 i should start to think seriously. taking things seriously. planning things seriously. and doing things seriously. at least i should realize that i'm now in a all-grown-up family. things are different. talks are different. thoughts are different. like it or not, i'm no longer a teen. and no longer a kid. and yes, that hurts~

nota kaki 2seminar yang menarik dan terbaik dari segi ketepatan masa. sekurang-kurangnya, mata hati saya yang hampir tertutup tentang kenapa-saya-pilih-medic, terbuka semula. walaupun mungkin masih belum luas sepenuhnya. at least it didnt shut~

nota kaki 3: tahniah dan takziah pimpinan baru yang terpilih. semoga. islam yang dibawa ke dalam PERMAI. seperti yang diperkatakan. semoga. tanpa persatuan pun, ahli sedar yang mereka sebenarnya bertuhan~

nota kaki 4: REHAT terakhir esok. lepas ni kena pecut. dah terlalu lama berehat. wadi syu3aib, juz 4, makan-makan, semoga kamu wasilah kekuatan dari Allah untuk saya.

nota kaki 5: just few days to go, intan~! come on~! *cheers~!* ^_^






dan selalu...
teman itu perlu...
bukan untuk menambah bilangan...
tetapi menjana kekuatan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .