RSS

20110508

sepintas menjadi ibu bapa~

ibu dan bapa...
cintamu...
pangkal wujud diri ini...


semalam dan hari ini. ramai yang buat status ucapan hari ibu. ramai juga yang buat post sempena hari ibu. kalau kat facebook siap kempen tukar profile picture letak gambar ibu. dan yang paling syok tengok video matluthfi sempena hari ibu. syahdu betul.

tadi belek-belek gambar-gambar dan video-video (lagi). ni dah sah hati fly awal ke malaysia. jumpa video ni. anak saya abang. sebaya dengan dhia. kiranya mereka ni kazen la.(kena bagitahu siap-siap takut ada anon yang kena baca berpuluh-puluh kali baru nak faham cerita. =p)



kalau pandai, carilah hana yang mana satu.



enjoy la sikit-sikit tengok gelagat budak-budak ni. tapi yang saya nak tekankan kat sini, lagi enjoy rupanya dengar gelagat ibu bapa budak-budak. kamu dengarlah. yang paling kuat gelak dan bersorak itulah abang saya. (=.=!).

cuma terfikir. zaman kecil-kecil dulu, kita la yang kata orang buah hati pengarang jantung ibu bapa, kan? every single development kita, mesti ibu bapa yang paling gembira. pandai membaca, ibu bapalah yang paling bangga. petah berkata, ibu bapalah yang tersenyum lebar. pandai menari pun bukan main sakan mereka  terhibur.

tapi bila dah semakin dewasa. semakin tahu itu dan ini. semakin pandai berfikir. adakah kita masih lagi menjadi penghibur kepada ibu bapa kita? bila kita berkata-kata, adakah kita buat mereka tersenyum ataupun terluka? tindak tanduk kita, adakah membuatkan mereka berbangga atau kecewa?

jom sepintas kita menjadi ibu bapa. letakkan diri kita sebagai seorang ibu atau bapa.

kita suka tak kalau anak kita tak berakhlak?
kita suka tak kalau anak kita lewat-lewatkan solat?
kita suka tak kalau anak kita malas belajar?
kita suka tak kalau anak kita ponteng kelas?
kita suka tak kalau anak kita tidak beradab?
kita suka tak kalau blablabla~

sebelum buat sesuatu, fikirkan kita ditempat ibu bapa dan perbuatan kita itu, sebagai ibu bapa kita suka tak anak kita sebegitu? macam mana kita harapkan yang terbaik pada anak kita, sebegitulah ibu bapa mengharapkan yang terbaik pada kita.

ada satu kata-kata saya lupa siapa, nukilnya,
"didiklah anak-anak kamu, 20 tahun sebelum mereka dilahirkan"
which obviously means, kita sekarang menentukan bagaimana anak kita akan datang~


alahai laaa~

 err..terpanjang pulak. niat asal nak post pendek je. =.=!

ha, sebelum tu model kali ini namanya nur amira farhana. beliau akan jadi saksi dhia akan disekeh kepalanya. hari tu saya call hana ni, dia ingat je saya. kitorang sembang lama kot. how come cik dhia tu boleh keluarkan soalan panas macam tu?? (=.=!)


apa-apa pun, buat ma tersayang,
SELAMAT HARI IBU.
even though every day is actually your day~! ^^


dan buat kakak-kakak dan kakak ipar sekalilah. kagum saya dengan kalian. sebab seorang ibu itu bukan sekadar title. semoga lahir kami sebagai anak, mampu menyumbang sebagai saham kalian ke syurgaNya~

dan buat semua sahabat satu batch dan satu PERMAI. ucap siap-siap untuk beberapa tahun akan datang. ngehh~! especially untuk izzah. haha~! ^^

dah. penat melalut. ni gara-gara bukak kedai kopi kat rumah amal la tadi. sembang panjang kot. dengar cerita ramai sahabat sebatch dan bukan sebatch nak mendirikan rumah tangga cuti ni. moga selamat la semua~!

semoga perkahwinan itu bukan sekadar nak menghalalkan yang haram. nak cari partner study berlainan jantina. mahupun nak ada tukang masak 24 jam.

tapi semoga dengan perkahwinan itu, lahirlah baitul muslim. yang mengeluarkan produk-produk islam yang bukan sekadar meramaikan umat baginda saw, tetapi menjadi penyambung mata rantai-rantai perjuangan islam.

ya.

semoga.





eh, dah la. lastly tengok ni. buat bedtime story. tidur dulu.
tata.





dan anak-anak...
semoga cintamu...
membawa mereka ke syurga abadi...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .