RSS

20110504

budak pertama~

kanak-kanak...
mereka suci...
mereka fitrah...
moga sahaja tercorak indah...



dihikayatkan terdapat seorang perempuan yang belajar jauh di seberang laut. merentasi udara selama belasan jam barulah dapat tiba di tempat beliau menuntut ilmu. begitulah. keluarga ditinggalkan. sahabat-sahabat berjauhan. kesenangan dan kemewahan dilupakan semata-mata mutiara ilmu yang ingin dikutip.

ditakdirkan beliau merantau selama 2 tahun tanpa pulang ke kampung halaman. maka dengan penuh kerinduan, suatu hari di perpustakaan university tempat beliau menuntut, beliau membuat satu panggilan. rindu benar beliau pada suara si kecil. moga-moga mendengarnya sahaja menghilangkan kepenatan study seharian.


"tuutttt tuttt"

"assalamualaikum kak sya~! sihat? blablablabla~ dhia ada? dhia ada? nak cakap ngan dia. rindu ni!"

"ok. ok. sekejap. kakaaaakk, ni cik in nak cakap ni~! cik in kol dari jauh ni."


hati berdebar. alahai jantung hati. semoga terlerai rindu sarat ini. tak sabar nak dengar celoteh kedahmu. kata ibumu, pandai kamu bertutur dalam loghat kedah ya. dasar anak abah~!


"hello?"

"hello, assalamualaikum kakak~! kakak buat apa tu? cik in rindu laa~ ingat cik in x??" -excited. sangat.

"mama, cik in nak cakap apa dengan kakak?" -si cilik itu bertanya kepada mamanya.

"alaa. cakap la apa-apa pun. cik in call dari jordan tu." -beliau mendengar si ibu membalas.

"mama, cik in tu siapa?"


booommmmmmmmm~~!!!
library JUST terus dihujani bom-bom entah dari mana.


"....................."


beliau mendengar si kakak gelak tahap tak ingat dunia. beliau dah dapat bayang betapa kakak beliau itu terguling-guling sambil gelak.


"tak pe la kakaaaakkkk~! cik in merajukkkk~!! sampai hati~!" -beliau membalas sayu.

"ok..bye-bye cik teh~!"

dan gelak si kakak bertambah frequency dan volume.
cis~! cik teh?? (=,=!!)

maka beliau mengisytiharkan bahawa budak yang bernama Dhia Aina Karmila ini akan menjadi budak pertama yang beliau sekeh bila balik malaysia bulan 6 nanti.

tengoklah! grr!



apa senyum2? xde! xde! siap la balik nanti~!






dan ibu bapa...
tanganmu adalah seni...
menentukan corak mereka...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .