terpinga-pinga...
mempersoal segala...
kadang-kadang Allah hilangkan sinar...
dan datangkan kita hujan, ribut dan petir...kita menangis dan tertanya-tanya ke mana perginya mentari...tetapi rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi~! ^^
dan datangkan kita hujan, ribut dan petir...kita menangis dan tertanya-tanya ke mana perginya mentari...tetapi rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi~! ^^
hidup. itu yang saya rasa bila saya mengintai tingkap beranda. satu kelaziman yang saya buat setiap hari selepas subuh. subuh pagi ini Allah temukan saya dengan rintik hujan yang sekian lama saya rindui. dan menghadiahkan saya sebuah pelangi yang tidak pernah saya sangka. indah. alam pagi ini seolah berbicara.
kata hujan, "intan, rintik aku hari ini halus. mungkin tidak seberat ujian yang kamu lalui. tapi aku datang dariNya untuk membasahi hati kamu. kerana aku tahu, kamu rindukan aku. lantas aku datang untuk menghilangkan kerinduan itu."
bicara pelangi, "intan, kamu tahu kenapa aku di sini pagi ini? aku datang dariNya untuk memberitahu, di sebalik setiap mendung arakan awan, akan terbit pelangi yang cantik mendamaikan hati. akulah hadiah untukmu. kamu faham, bukan?"
bisik angin, "intan, aku berperanan di atas perintahNya untuk membawa pergi sarat awanan mendung. supaya kamu tahu, setiap yang Dia bagi, Dialah yang mengambil kembali. setiap yang Dia datangkan, Dialah yang menghilangkan."
jerit mentari, "intan, aku datang di atas perintahNya untuk mencerahkan kembali hari kamu. supaya dengan sinarku ini, kamu mampu melangkah dengan lebih yakin."
dan saya tersenyum. sepanjang perjalanan ke mujamma' sheikh khalil. hujan sebentar pagi tadi, dan kini saya melangkah di bawah sinaran mentari. sarat hati saya semalam dan hari ini saya mampu tersenyum. alangkah.
وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ
dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
-annajm: 43-
-annajm: 43-
benarlah kata-kata. alam tak pernah gagal mengajar. mungkin kerana zikirnya yang tak pernah henti.
dan saya harap saya takkan pernah serik untuk belajar.
nota kaki 1: kata along, "siapalah kita untuk menentukan apa yang Allah patut beri pada kita, kan?" dan benar sekali sebab apa yang Dia bagi selalu lebih. cuma kita terkadang dikaburkan dengan kemahuan. bukan keperluan.
nota kaki 2: serius sangat seronok berbicara dengan alam.
nota kaki 3: oh, ya~ semalam dah bincang dengan doktor tentang soalan bocor HLS. dan ni skema jawapannya. tak nak la saya ulas panjang-panjang. secara konklusinya, saya dapati pelajar masih tak faham kehendak soalan.
yang paling tak tahan, ada pulak yang minta nak pinjam Ro. tak tahu la apa kaitan Ro dengan soalan bocor HLS tu. =,=!
tapi pemenang memang ada la (memang sorang je pun yang jawab). insyaAllah hadiah tetap dapat. tahniah ya~ ^^
nota kaki 4: izzah dah makin menjadi-jadi demand tiramisu nya. moga dapat bagi dalam minggu ni~! ^_^
kau datang memberi berita...
menjawab segala...
membuang derita...