RSS

20110531

jeles~! jeles~! jeles~!

memang termaktub...
jalan ilmu itu panjang...
penat lagi melelahkan...





ini mereka. bukan lagi pelajar medic. dan bukan lagi bakal doktor. mereka adalah DOKTOR.
[ok. goosebump~!]


tahniah dear senpai~! cukup-cukuplah buat kami jeles dengan gambar, status facebook dan pelbagai majlis sedang kami tenat dalam bilik mengadap buku. hanya boleh meraikan kalian melalui facebook dan status ym je. blog pun sekali la. nak ajak dale' pun kena fikir 2, 3 kali sebab banyak lagi material tak habis cover.

tunggulah lagi beberapa tahun. giliran kami pula mengikut jejak langkah seniors. mohon doa semoga dipermudahkan. dan semoga perasaan yang dirasai pada hari ini, kami akan turut merasainya~

ini batch ketiga saya raikan. graduates JUST, membawa title seorang doktor. semoga dapat merawat penyakit fizikal dan juga penyakit ummah yang semakin tenat.

dan ya, saya akui. senior-senior yang saya kenali sangat layak disegani. hilangnya mereka dari bumi irbid, mustahil ada pengganti. honestly said, memang saya inferior.

tapi sampai sekarang terngiang-ngiang kata-kata seorang senior tahun lalu.

"tak selamanya adik boleh bergantung pada kami. senior-senior tetap akan pergi. dan adik-adik yang bakal jadi senior pula. pengganti kami. adik-adik harapan kami untuk jaga bumi irbid ini. jadi seorang doktor kepada manusia. doktor kepada ummah."


"...................."


Y_Y



*****


"barang siapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."

-riwayat muslim-



cukuplah satu hadis yang mungkin kita (baca: saya) sering lupa, menjadi catalyst untuk terus bersemangat dan terus berada dalam lingkungan orang yang menuntut ilmu. menuntut ilmu ini satu jihad. bukan calang-calang, ganjarannya adalah syurga.

maka, siapa boleh kata yang jalan menuntut ilmu ini senang sedangkan Allah menawarkan ganjaran yang kita tahu terlalu berharga. harganya sebuah syurga, mustahil dengan usaha sambil lewa, bukan? (dush~! kepala sendiri~! Y_Y)


sabdanya lagi:

jalan ke syurga dipenuhi onak dan duri. manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat.



so, by default. kita yang memilih jalan mana, dan kita yang menanggung risikonya. dan kita juga yang akan menuai hasil di penghujung segala usaha. dan semoga bagi kita syurga~





nota kaki 1stylo sungguh kak ain~! tau result, terus tukar "status". nak buat macam tu jugak la~! (erk~)
ah ah ah~! ^^

nota kaki 2: seniors grad. balik malaysia. sweet sour ikan patin. little rays. haramain. cukuplah nikmat Allah yang semoga tidak saya dustakan. dan buat saya lagi bersemangat untuk last paper~! yoshh~! ^^

nota kaki 3: jom adik-adik. kita grad sama-sama, ya? =)




juga jangan dilupakan...
tertulis pada hujungnya...
sebaik-baik ganjaran...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .