fitrah si kecil bersih...
jangan kotori dengan...
noda hitam si dewasa...
cerita adik I
"cik in. cik in. cik in nak gi mana?" si kecil pantas menyoal melihat saya memakai tudung.
"turun bawah la sayang. kan kawan papa datang. kita nak makan sama-sama."
"kenapa cik in pakai tudung? hana nak ikut. cik in nak keluar ke?"
"tak. bukan nak keluar. cik in pakai tudung sebab uncle ada kat bawah tu."
"tapi kenapa cik in pakai tudung? hana tak pakai pun."
senyum.
"uncle bukan macam papa. uncle bukan abang cik in. sebab tu cik in kena pakai tudung. hana kecil lagi. tak apa, sayang."
"cik in tak panash ke?"
tangan hana saya pimpin menuruni tangga. dia pun seakan tidak mahu melepaskan. risau barangkali, kalau saya keluar tanpa membawa dia sekali. senyum dibibir masih berbunga. ah, kamu si kecil~
cerita adik II
"papa! mana tekung (telekung) hana? cepat! cepat! hana nak solat!"
tergedek-gedek si kecil itu menyarung kain telekungnya selepas melihat saya usai solat maghrib. saya menolong. dan memerhatikan dia solat. gaya dia solat.
"hana dah solat ke?" abang yang baru datang bertanya.
"shh! papa, hana tengah solat ni." bisiknya sambil rukuk.
berderai ketawa saya dan abang. dan hana terus sujud tanpa i3tidal. ah, kamu si kecil~
cerita adik III
"hana, jom~ kita nak pergi airport ni. nak tengok kapal terbang. nak hantar cik in balik jordan." panggil si ibu.
hana memandang saya. atas dan bawah. kemudian dia berlari memasuki bilik.
"ibu! mana tudung hana? hana nak pakai tudung!"
"tak payah la hana. nanti hana buang juga. panas." si ibu membalas.
"tak. tak panash pun. nak tunjuk kat cik in tudung hana cantikk."
dan kata abang saya. hana pakai sehinggalah saya selamat menaiki kapal terbang. berpeluh-peluh dia. tertidur dengan tudung cantiknya. ah, kamu si kecil~
lantaran berus adalah kita...
jangan kotori dengan...
noda hitam si dewasa...
SEPTEMBER 2009.

*****
setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
-muttafaqun 3alaihi-
mungkin kadang kita lupa.
akar si kecil.
tunjangnya adalah kita.
nota kaki 1: terkelu saya dengan si kecil. sucinya mereka. ini cerita 2009. saya nak tengok. dapat ke saya hasilkan cerita 2011? moga-moga~
nota kaki 2: stylo tak letak url blog kat gambar? ah ah ah. (gelak nima hamid. ^^) memang time genting exam macam ni la gatal nak buat itu ini. cis sungguh intan~ =_=!
nota kaki 3: tinggal anat untuk dikunyah. exam RS final khamis ni. doakan~! and yes, i'm counting days~! ^^
warna dan corak...
adalah mereka...