RSS

20110730

cinta haramain: epilog~

getar rindu padu...
terlerai seketika...
kembali bersatu...
sebelum waktu...



11 hari di makkah dan 3 hari di madinah. walaupun ini tempoh terpanjang berbanding agen-agen lain, seperti kata ma, memang tak puas. pejam celik, masa itu tiba untuk tawaf wada', meninggalkan makkah menuju madinah. dan pejam celik, masa itu tiba untuk ziarah wada' meninggalkan madinah menuju malaysia.

petang terakhir di airport madinah, mentari terbenam indah di sebalik bukit. menutup tirai hari itu. mengiringi hari terakhir kami. dalam rindu kampung halaman, saya terdetik. bukankah haramain sebenarnya kampung halaman kita? maka sebenarnya pulang saya adalah satu musafir, di mana suatu hari nanti saya akan kembali ke 'kampung halaman'~


kelakar rasanya bila terbiasa berpakaian solat 24 jam selama dua minggu, hari ini saya bertudung 'singkat'. gelak sendirian saya. (^_^)~ kami transit di riyadh selama satu jam. lawak pakcik makcik ini. bukan main kepoh mereka kerana tempat duduk diletak secara rawak. dan tidak duduk diam mereka kebosanan time transit itu. saya hanya diam di tempat duduk sebelah tingkap. dapat seat best, diamlaa~ ^^


sepanjang perjalanan saya hanya mampu merenung ke luar tingkap. malam itu indah. di sisi saya si bulat kuning menemani. si kuning yang saya tunggu. tapi entahlah. memikirkan haramain yang semakin ditinggalkan, saya kelu. sedangkan berhadapan dengan kaabah pun saya masih rindu. Allah~

haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. bukan suka-suka ke sana. namun dalam 'derita' dipamerkan kelemahan, ada kekuatan sebenarnya yang diserapkan. buat bekalan berdepan dengan zinah dunia.

haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. setapak berjalan di atas mukanya, tersisip bayangan baginda saw. 

"aku berpijak pada tempat baginda pernah berpijak. aku solat pada
ini bulan terbenam. bukan mentari ya~
tempat baginda pernah bersolat.
setiap langkahku di sini, haruman baginda yang mengiringi. jelajahku di tanah ini, seolah pawagam yang menayang kembali. perit getir baginda dicaci. indah persahabatan yang setia. kekuatan islam yang baginda bina. sehingga manisnya kumerasa~"

sejam baru perjalanan, saya diam membisu. sejam baru perjalanan, tanah haramain itu makin saya rindu~

pujuk si alam, sekurangnya membuatkan saya tersenyum nipis. pagi itu menyambut saya dengan terbit mentari dan terbenamnya bulan. atas plane. seindah di cordoba. cuma kali ini saya tak mampu untuk terus senyum.

"ya Allah, rezekikan aku untuk kembali ke 'kampung halaman'ku. lagi."

dalam kudus doa semoga masa tidak beranjak,

epilog cinta haramain,

akhirnya tiba jua~




nota kaki: i need to confess. 3 tahun saya naik turun kapal terbang, ini kali pertama saya muntah. itupun beberapa saat sebelum tayar mencecah landasan. cis sungguh~! (=.=!)



Tuhan..
rezekikan aku cinta padaMu...
pada RasulMu...
pada haramainMu...

cinta haramain VIII: aslamtu~

hati...
yang pada tanganNya...
diguling digenggam...



  

sekeras binaanmu...
sehitam gebarmu...
akhirnya mataku basah...

hatiku kalah...
tunduk menyerah...
pada Tuhan kaabah...



01 julai 2011
17:17
saat bertentang mata~




nota kaki: haiku. jadi tak? ^^




menyerah mengalah...
membiar terdedah...
supaya ditarbiyah...

20110728

cinta haramain VII: raudhah~

mimpi antara syurga...
jejak yang tertunai...
juga angan yang kelam...



ustaz ada memberitahu, sebaiknya di makkah almukarramah hendaklah dibanyakkan zikir. kerana tanah itu terletak rumah Allah. manakala di madinah almunawwarah pula sebaiknya dibanyakkan selawat. kerana tanah ini terletaknya maqam Rasulullah saw.

pertama kali pandangan saya menyapa masjid nabawi, saya terkesima. ya, binaannya hebat. tapi bukan itu sebabnya. menjejak kaki ke dalam masjid itu, saya cuba bayangkan, bagaimana sebenarnya rupa masjid yang dibina Rasulullah saw pada zaman baginda. berbumbungkan pelepah tamar, bertiangkan pohon kurma, beralaskan pasir. bagaimanakah rupanya?

menjejakkan kaki ke dalam masjid itu, saya cuba bayangkan solat itu di azan oleh suara merdu si bilal, berimamkan Rasulullah saw, bermakmumkan sahabat-sahabat baginda. bagaimanakah rasanya?

"assalamu3alaika ya Rasulullah~"

salam yang diulang-ulang membuatkan mata saya bergenang. ini masjid baginda. di sini terletak rumah baginda. mimbar baginda. maqam baginda. dan jasad baginda. ya, jasad baginda. mati yang hidup~

kadang memberi salam dan selawat kepada baginda, membayangkan berhadapan dengan baginda, hati merasa suka. membayangkan baginda menjawab salam dengan senyuman. hati merasa gembira. gembira yang bertemankan air mata. kerana itu terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan. kerana itu hanya sebuah bayangan. jauh di sudut hati ada perasaan yang menggigit. rindu~


"antara rumahku dan mimbarku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga~"


raudhah. antara tumpuan tetamu masjid nabawi ini. pengalaman menemui raudhah pasti tidak akan dilupakan. bermula sebelum berpijak lagi dalam kawasan raudhah di mana kami perlu menunggu lebih kurang dua jam sehinggalah melangkah keluar dengan air mata yang masih bercucuran.

kali pertama memasuki kawasan raudhah, saya tercengang. dengan manusia yang membanjiri, saya hanya mampu menunggu sambil perlahan-lahan menapak ke hadapan, mencari ruang sujud. kata ustazah yang membawa kami, kawasan raudhah dihampari karpet berwarna hijau.

lama saya berdiri sabar sambil cuba menapak ke hadapan, menganggarkan yang saya masih belum berpijak dalam kawasan raudhah sehingga satu saat saya terdetik untuk mengintai ke bawah. dan sebenarnya, kaki saya telah memasuki taman syurga itu~

Allah~

menjeling ke kiri mengucapkan salam kepada baginda dan sahabat, saya dah terasa malu.

"kau melihat, kan, ya Rasulullah? kau tersenyum, kan, ya Nabi Allah?"

soalan yang sering saya tanya kepada baginda selama saya berada di madinah, saya tanya kembali. cuma kali ini dengan jawapan yang teragak-agak. saya yakin baginda melihat tetapi saya ragu baginda tersenyum.

masjid nabawi merupakan tempat yang saya rasa paling banyak memerhati, menimbulkan persoalan dan menerbitkan kekecewaan. betul kata ma, ingin datang ke haramain bukan sekadar dengan keinginan dan rindu yang mencengkam tapi mesti dipenuhi ilmu yang mendalam. kerana tanpa ilmu, amal kita boleh jadi haram. dan kerana itu saya ragu baginda tersenyum.

dalam esak sujud lama saya ketika kali kedua berada di raudhah, saya tersentuh dengan seorang makcik arab yang sabar menunggu saya bangun dari sujud meskipun digasak tetamu lain dengan kata-katanya, "macam mana saya nak langkah orang yang sedang sujud sedangkan seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang sujud?"

dan orang sepertinya di raudhah, mungkin hanya satu antara seribu~

raudhah. tempat yang membuatkan saya dua kali malu. malu pertama pada Tuhan. yang mengizinkan hamba yang penuh dosa ini menginjak lantai taman syurga. sedang diri rasa tak layak. dan penuh hina berdoa semoga jejak ini bukan yang terakhir. dan semoga jejak ini merasa pada syurga di sana~

malu kedua kepada baginda saw. di hadapan maqam baginda, umatnya tanpa segan silu tidak beradab. tolak menolak. jerit menjerit. tidak menghormati orang lain yang sedang solat. tidak juga mencerminkan akhlak yang baginda bawa. dan kerana itu saya ragu baginda tersenyum.

aku bersaksi yang engkau menyampaikan risalahNya, ya Rasulullah~

dan aku harap kau menjadi saksi yang aku cuba mengikutinya~



اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ




cita menjejak syurga dunia...
dengan harapan tertunai...
syurga di sana...

20110727

cinta haramain VI: anjing hitam~

dunia ini milikNya...
cuma istimewa tanah itu...
pada binaan terjaga...


pada malam mengelilingi masjidilharam, sedang kami merenung kaabah, abah bertanya,

"intan pernah terfikir tak, ada kemungkinan tak orang bukan islam sampai ke tanah haram ni?"

and amazed to say, i was thinking about it when he asked.

"intan fikir jugak, bah. tapi ni kan tanah haram, jelas-jelas dinamakan kerana diharamkan kepada non-muslim, kan. takkan la kot, kan?"

"well, yes. but how if they manage to get in here? how if they cheat and escaped to get in here?"

"well, i dont know. He said that. it must be Him taking care of it~" i murmured.

and yes, abah didnt hear that. kami sama merenung kembali baitullah. sama berfikir lagi tentang itu. mungkin.


seperti biasa di dalam bas, saya tak mampu untuk melelapkan mata. lebih kurang 5 jam perjalanan ke madinah almunawwarah disaji dengan tandus bukit coklat. so much like jordan. cuma saya rasa, di sini lebih banyak bukit berbatu. atau saya yang tak cukup jelajah jordan. (=,=!) dan ya, sepanjang perjalanan saya asyik tergelak dengan 'highway' tanpa kenderaan. meskipun begitu, highway ini lebih istimewa, kan? ^^

dan dalam 'pekerjaan' saya mengambil gambar, saya terlepas gambar papan tanda yang menunjukkan "road for non-muslim". sekaligus saya teringat perbualan dengan abah tempoh hari. jawapannya masih tergantung. dan saya kembali menatap lukisan Allah. kembali berfikir~

usai makan malam, abah mendekati ustaz yang kebetulan sedang berbual di meja makan sebelah kami. saya yang masih sedang makan menjeling minat, memasang telinga. saya tahu apa yang ingin abah tanya. dan soalan itu berulang.

"jalan itu menuju ke sebuah pekan. sebuah bandar yang masih di dalam tanah halal. supaya non-muslim yang datang, boleh berubah arah ke sana dan tidak meneruskan perjalanan ke tanah haram. jika di tanah halal, non-muslim bisa saja melawat~"

ohh.

"tapi ustaz, bagaimana sekiranya ada non-muslim yang nekad ingin datang ke tanah haram. ingin melihat, melawat. sama ada dalam keadaan tahu atau tidak yang non-muslim diharamkan ke tanah ini? pihak arab saudi tidak meletakkan syarat ke? seperti non-muslim tidak dibenarkan datang sejak di airport lagi atau bagaimana?"

"sejujurnya, memang tiada pemeriksaan khas atau larangan pada non-muslim yang ingin masuk ke arab saudi. terpulang pada mereka. cuma kebiasaannya, orang yang membawa mereka tidak akan bawa ke tanah haram. cuma dari segi jika ada itu, ialah. mungkin ada yang nekad. tapi sememangnya tanah haram ini tanah Allah dan Dia sahaja yang menjaganya. memang bulat-bulat diserahkan di bawah jagaanNya."

saya tergamam. sekuat mana penguatkuasaan passport antarabangsa. sehebat mana pemeriksaan kastam. sejauh mana sesebuah negara menyumbat pendatang haram ke lokap, ini negara pertama yang saya rasakan amat 'longgar' tetapi maha hebat. kerana penjaganya, 'pemeriksaan passport'nya, 'pemeriksaan kastam'nya dikendalikan oleh Dia yang maha hebat. kerajaan segala kerajaan. raja segala raja~

"cuma, pernah diceritakan beberapa kisah non-muslim yang cuba memasuki tanah haram. mereka tidak akan selamat memasuki. kisah ini cuma Allah yang maha kuasa. ada yang menceritakan non-muslim yang cuba masuk itu tidak ketemu jalan. yang sesat berpusing di tempat yang sama lalu terdampar di tanah gersang ini.

ada juga yang 'tidak nampak' pekan madinah ini. atau 'tidak nampak' baitullah dan masjidilharam sedangkan dia sudah memasuki tanah haram. dan ada juga yang sentiasa dikejar anjing hitam.

pokoknya, non-muslim yang memasuki tanah haram tidak akan pernah tenang. kerana sudah jelas, yang menjaga tanah haram ini adalah Allah yang maha kuasa. tanah jagaanNya, maka kita berserah sahaja padaNya."

makanan yang ditelan seolah tidak terasa. persoalan terjawab. jelas. terasa kerdil dengan pelbagai sistem penguatkuasaan sesebuah negara berbanding konsep haramain yang amat mudah. tawakal 3alallah. tanah Dia, Dia yang jaga. tak perlu pada undang-undang ciptaan manusia. ugutan hukuman kemasukan haram. atau syarat pelbagai. kerana bila Dia kata jangan, maka jangan. bila Dia kata tanah itu haram, maka haram~

sub7anallah~



nota kaki: flag saudi arabia antara yang pertama mengagumkan saya. penzahiran syahadah yang terbuka. kepada seluruh dunia. yang tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah~
dan atas segala jagaan...
Dia paling berkuasa...
meski tanpa zahir peraturan...

20110726

cinta haramain V: sa3ie, gembira kisah duka~

dalam erti ditinggalkan...
terselit ketaatan yang mendalam...
pasrah yang diredhai...



masjidilharam sangat indah. walaupun pengunjung yang pelbagai bangsa, sering tidak rasa ada beza sedangkan zahirnya terlalu ketara. tapi mungkin juga istimewanya kerana center masjidilharam sebuah binaan mulia. mulia binaan itu kerana hubungannya dengan yang maha mulia. dan itu tumpuan semua.

hari keenam di sana, saya akhirnya dapat menunaikan rancangan mengelilingi masjidilharam pada waktu malam. bertemankan ma abah, kami pusing dari basement ke atas. cuma agak sedih kerana sutuh tidak dibuka pada pengunjung perempuan. hampa kerana saya merancang untuk menikmati mentari terbit dan terbenam dari atas sutuh. ya, hampa~

setelah memberi 'seminar' cara mengambil gambar itu ini, the only man sanggup juga menunggu mentari terbenam ditemani adik afifi kat atas sutuh. part ajak si adik ni sies tak tahu. dah gaya menantu budak ni. cantik tak cantik, terpaksa terima gambar macam tu. menghargai usaha abah yang sanggup naik eskelator ke sutuh~

dan keesokannya, saya hanya mampu tunggu mentari terbit dari perkarangan hotel~

masjidilharam sangat indah. cuma dalam percaya dijaga dan 5auf pada tuan masjidilharam ini, saya tak pernah sangka ada yang tergamak mengambil beg sandang abah. pagi itu sebelum bermiqat, abah kehilangan beg sandangnya ketika sedang solat sunat dalam masjidilharam. di depan baitullah.

ni untuk anon yang suke lepak kat bab king fahd~ ^^
dengan karat bahasa arab saya, kami cuba mencari dan bertanya sehinggalah seorang pakcik yang bekerja membersih masjidilharam ini mencadangkan kami berjumpa sheikh yusof di bab alfath. usai solat hajat di depan baitullah, kami cuba mencari bab alfath. tak pasal-pasal kami terkeliling masjidilharam dari luar. best juga sebab setiap pintu saya ambil gambar. banyak sungguh. ^^

kami tidak berharap pun dapat menemui kembali beg abah, cuma ingin memaklumkan supaya mungkin tetamu Allah dapat makluman untuk lebih berjaga-jaga. di pejabat sheikh yusof, kami dimaklumkan yang beliau sedang bercuti. dan kebetulan, pakcik tadi juga sampai ke sana. berbual-bual dengan pakcik itu, tiba-tiba dia berkata sesuatu dan mengusap kepala saya. terkejut tergamam segan saya. ketawa kecil, kami meminta diri kemudiannya~

masjidilharam sangat indah. kebiasaannya selepas asar, saya akan stay untuk target tilawah 30 juz di masjidilharam dan ma abah akan balik hotel. kadang penat, antara maghrib dan isyak saya akan berjalan-jalan di dalam masjidilharam. merenung kaabah dan tetamuNya.

dan antara tempat yang paling saya suka singgah melepas penat adalah almassa. sangat suka memerhatikan mereka yang sedang sa3ie antara safa dan marwah. entah. memerhatikan mereka berulang alik seolah memberi satu kepuasan pada diri. terutamanya si kecil yang berpakaian ihram. paling kecil yang saya jumpa mungkin berusia 8, 9 bulan.

sa3ie bagi saya, gembira sebuah kisah duka. mengimbas kisah siti hajar yang ditinggalkan bersama anaknya ismail, beralasankan ini adalah perintah Allah semata, mata saya berkaca. kasih ibu yang mengejar fatamorgana ni tanah yang tandus gersang mencari setitis air untuk si anak. dan akhirnya Allah hadiahkan, "air zamzam di bawah tapak kaki anakmu yang penuh berkat. hadiah taatmu yang tidak pernah menyoal. hadiah aqidahmu yang selalu teguh." dan mengalirnya sehingga kini~


kisah duka hikmah itu tertutup gembira dengan pelaksanaan syiar antara safa dan marwah. saya paling suka memerhatikan saat tangan si kecil yang berpakaian ihram dipimpin ayah atau ibu. terkedek-kedek ketawa gembira.

atau lebih tergeletek apabila dikendong si ayah di atas bahu. terasa tinggi, mungkin. dan saat si ayah berlari-lari anak antara dua tiang lampu hijau, si anak lebih gembira. atau antara adik beradik yang boleh pula berlumba lari ketika bersa3ie. gembira mereka menutup kisah duka si hajar. gembira mereka membuka pintu cemburu saya. kerana sekecil mereka sudah terbiasa dengan umrah. semoga biasa mereka meskipun hukumnya belum jatuh wajib, dipenuhi barakah~

masjidilharam sangat indah. cuma kedatangan saya kali ini, ada sedih yang terbit jauh di lubuk hati. persoalan memang banyak. dan dalam banyak mazhab yang diraikan, cuma saya keliru kerana setahu saya, aurat wanita dalam mana-mana mazhab adalah sama kecuali khilaf di bahagian kaki. manakan mungkin mereka solat hanya berselendang dengan rambut yang terurai lepas?

dan sedih yang terbit lebih terasa. kadang memerhatikan, saya rasa kunjungan ke tanah mekah haram bagi sesetengah orang bukan lagi berniat ibadah. dengan pakaian yang tidak cukup syarat, DSLR di tangan, gaya terseksi berlatarbelakangkan kaabah dan perbualan di antara dua azan bagi mengisi masa lapang, biah itu mungkin semakin tidak terasa. kerana kebanyakan yang hadir adalah 'pelancong'. dan semoga saya tidak termasuk~

dan masjidilharam sangat indah. mungkin kerana namanya diabadikan dalam alquran. disebut-sebut penduduk langit dan bumi. dan pada saya, muzik terindah adalah di dalam masjidilharam. tangis, hingar, jerit, pikuk pada telinga saya adalah zikir yang paling merdu. dan tazkirah terbaik setiap kali selepas solat selalu ada iaitu solat jenazah. amaran pada solat yang lalai, kematian itu semakin menghampiri~



 *****



oh ya, ada niat bersyarat terutamanya bagi wanita yang ditakuti kedatangan haid ketika dalam ihram. jika dia niat bersyarat, maka halal baginya meskipun dia tidak sempat mengerjakan rukun umrah yang lain~


nota kaki: izzah, this one was what i told you about that day~




dan kisah duka itu...
berganti gembira...
taat yang berantai...
hingga kini...

20110724

cinta haramain IV: teman ibadah~

antara tanda kekuasaanNya...
diciptakan dari jenismu...
supaya kamu tenang terhadapnya...









nota kaki: puente romano dah jadi second choice~ ^^



dan di antara kamu...
dicampakkan mawaddah dan rahmah...
cinta dalam ketaatan...

20110722

cinta haramain III: juta~

melihat itu...
aku kaku...
kecil berdebu...





ditampar hebat bayang sendiri...
kini baru kusedari...

dalam jutaan pemujaMu...
aku bukan sesiapa...

hadirku takkan dirasai...
dan hilangku beribu mengganti...

aku hanya debu halus...
yang tidak bererti...




03 julai 2011
18:55
senyum terluka~



*****


gambar ni malam jumaat kedua di kota mekah. alhamdulillah sempat 2 kali bersolat jumaat. first time dalam hidup. sebenarnya fenomena ni setiap kali sebelum solat berlaku. sebab tu selalu pergi sejam atau setengah jam awal sebelum waktu solat. kalau tak susah nak dapat tempat.

tapi waktu peak malam jumaat lah. dan solat jumaat. dan waktu inilah paling rasa yang saya rupanya bukan siapa-siapa. rasa semua yang dilakukan, entah sebenarnya beri manfaat pada agama atau tidak. sebab saya rasa, berbanding pemujaNya yang berjuta, jauh lebih baik, jauh lebih ikhlas, saya ni ibarat debu sahaja. halus. tidak bererti.

seksa kan perasaan itu? pernah rasa tak? seksa kan? Y_Y

yang saya rasa setiap kali pergi solat.
dalam jutaan lautan manusia di masjidilharam, Allah pandang tak saya?

dan lebih menyeksakan,
dalam jutaan lautan manusia di padang mahsyar kelak, Allah pandang tak saya?


ya ilahi, la takilni ila nafsi~



nota kaki: oh, ya~ please note the 'separa malam' dalam video itu. si kuning yang saya tunggu~ it's just wonderful~ =)




dan membayangkan...
mungkin sekecil itulah aku...
pada mata Tuhanku...
tidak bererti...

20110721

cinta haramain II: teman kembara~

jangan disangka...
pertalian darah erti kenal...
kadang bertahun...
tidak memberi erti...


2009. winter break. ke turki dan syria. waktu itu, mungkin tidak pernah timbul istilah teman kembara. maklumlah. rasa masih dalam tempoh ingin ingat-ingat nama ahli batch. yang paling rapat pun masa tu, anje. yang dah memang rapat sejak di DQ. jadi tak kira lah.

trip itu under ustaz hazimin. majoriti memang budak first year. ada juga akak-akak. dan masa itu biasa kacip dengan family Hurun 3ain. ah, tak kira lah. tak rasa lagi kot masa ni.



2009. summer break. yang ni boleh tahan. sambil setel-setel nak pindah rumah, buat trip sekejap ke mu'tah. laut mati. dan wadi mujib. family hurun 3ain lagi. tapi mana yang tinggal je. saya, anje, along, kak long, ateh, ucu. mungkin bila tak ramai sangat ahli kembara, istilah teman kembara itu lebih bermakna.

ihiks. cari-cari, jumpa ini. cerita wadi mujib yang penuh tragedi. fuhh sungguh. tak percaya pula saya pernah lalui saat ini. ok. tiba-tiba rindu anje.

2010. winter break. ke mesir. hmm. trip ni menguji juga. masa tu pergi dengan family zamzam. amal, farawahida, kak long, along, anje dan saya. dan lagi dua orang junior anje, wawa dan nuha. kihkih. trip ni memang sangat adventurous. kisah kami dengan ahli tarikat~ =D

tapi memang kami senior sangat segan dengan junior dua orang tu. haha. apa-apa pun, kenangan itu memang terbaik. rapat-rapat kami, family zamzam, rupa-rupanya banyak perbezaan yang boleh diraikan. kami masing-masing dengan perangai yang berbeza. ok. rindu korang pulak, geng dulang. ^^

2010. summer break. kali ni real punya saya belajar istilah teman kembara. mungkin kerana kami hanya berlima. dan negara yang kami tuju lebih jauh dari biasa. france, belgium dan amsterdam. dari mula kembara hingga akhirnya, kami (baca: fad dan izzah) yang uruskan sendiri.

2011. winter break. spain dan italy. kali ini juga saya banyak belajar. terlalu banyak, mungkin. kami berenam. cuma kali ini, saya sedikit sebanyak terlibat dalam menguruskan trip ini. lead bahagian cordoba. kalau last summer break, memang kerja saya mengikut je. huhuu~ ^^

apa-apa pun, winter break ni paling terkesan dengan istilah teman kembara bagi saya. izzah yang dua kali mengembara bersama. azah aziah yang sangat berbeza. kami tetap bersama 'deal' dengan pakcik aziz kat venice. 'berkelah' dalam dingin pagi buta di luar stesen bas madrid. 'merentas desa' di naples. 'ice skating' di retiro park. cool, kan? ^_^

2011. summer break. haramain. ya, kali ini ibubapa menjadi teman kembara saya. siapa sangka, ibu bapa yang membesarkan saya selama 20 tahun. baru mengenali saya. dan dek perpisahan ilmu selama dua tahun, saya rasa saya baru mengenali kedua ibu bapa saya. (agak menipu di sini~ ^^)

the greatest gift. saya tidak pernah terfikir untuk bertemankembarakan kedua ibu bapa. atau menjadi teman kembara kepada kedua ibu bapa. dan tempoh 16 hari Allah bagi saya mereka sebagai teman kembara, teman beribadah, saya bersyukur. saya belajar sesuatu yang berbeza. sangat berbeza daripada teman-teman kembara saya sebelum ini.

saya baru tahu yang saya ini anak ayah. jenis terlalu berani. lasak. gelap. suka susah sendiri. independent. tak suka bergantung pada orang. tak suka buat benda-benda leceh contohnya berteman ke tandas. kihkih. sebab ma saya sangaaatttt lah ladies. nak ke tandas pun takut. makan nak berteman. ke masjidilharam pun ma nak berteman. ma selalu bagi alasan tak ingat jalan ke masjidilharam padahal masjidilharam tu depan hotel je. (=.=)

to the differences, saya ikutkan sahaja. sabar itu serius perlu. untuk orang yang biasa jalan sendirian ke puente romano malam-malam (erk~). curi-curi keluar petang ke park kat granada. seludup keluar ambil angin malam venice. memang perlu sabar untuk teman ma ke tandas di masjidilharam. kihkih~ ^^

tapi memang tak pernah bagi ma sendirian pun. saya biasa stay lepas asar hingga isyak di masjidilharam. waktu itulah kalau saya tak bersama ma pun. tapi saya akan pastikan ma bersama abah. meraikan perbezaan(?) mungkin. kihkih~

ada lagi. ma sangat suka shopping. dan saya pula selalu endah tak endah bab shopping ni. jahat tak jahat, saya bagi syarat yang saya peruntukkan sehari sahaja untuk pergi shopping. dan hari itu kami tak buat umrah tapi tawaf sunat sahaja. bak kata ma, nak tawaf kedai pula. saya ikut pun sebab mereka nak guna bahasa arab saya. ngee~

tapi tak ada la guna sangat sebab penjual kat sana kebanyakannya boleh cakap bahasa melayu. walaupun tak sepenuhnya tapi boleh la faham bahasa jual beli ni. pergi shopping ni serius buat saya mengantuk. mata saya paling segar pun bila kat kedai buku. buku-buku kat sana murah gila~! ^^

paling kelakar yang saya rasa bab shopping ni time trip yang dibawa ustaz. hari melawat madinah menaiki bas. ustaz bukan main semangat bercerita, ma kat sebelah tersengguk-sengguk. saya sengih je. nak kejutkan tak sampai hati. sampai kat masjid qiblatain, ma terjaga. terpisat-pisat cover tidur, ma tanya.


"masjid apa ni, intan?"


"masjid qiblatain. yang rasulullah sempat solat 2 rakaat menghadap masjidil aqsa dan lagi 2 rakaat menghadap masjidilharam." saya ulang cerita ustaz.

"tengok la tu, intan. ramainya orang jual tuuu~ ustaz ni pun satu, selalu berhenti sekejap-sekejap je. nak membeli pun tak sempat."

saya tepuk dahi. small laugh. ingatkan nak tanya cerita pasal masjid ke apa, rupa-rupanya itu yang attracts ma. tapi entahlah. mungkin kalau saya seorang ibu kepada 8 orang anak. seorang opah kepada 8 orang cucu (nak masuk 9), saya juga kelam kabut nak beli itu ini untuk anak cucu. mungkinkah? ^_^"

bertemankembarakan ibu bapa, first jabal rahmah, mereka masih sanggup daki bersama. kesian juga tapi mereka yang nak ikut. tapi bila di jabal uhud, mereka awal-awal tarik diri. rela cuci mata dengan kurma dari ikut saya panjat jabal rummat. dan macam biasa, saya panjat sendirian. pakcik makcik lain pun tak minat. selalu mereka kata, "susah bersaing dengan orang muda ni~" kihkih~ ^^

jabal thur, jabal nur. saya terpaksa pendam sahaja keinginan mendaki mereka. agen Rayhar memang sekadar berhenti di kaki bukit kerena katanya memanjat jabal tersebut memakan masa. saya usulkan pada 'teman kembara' saya untuk datang kembali dan mendaki tapi ditolak. tak larat kata mereka. sobs~ ='(

dan bertemankembarakan mereka, baru saya rasa erti di'bergantung'. setiap hari, selain miqat yang dibawa agen, ma abah akan bergantung pada saya untuk mencari koster ke tana3eem. berkarat bahasa arab saya ni, rupanya berguna juga. nak tawar harga barang, saya juga. nak tanya itu ini, saya juga. saja-saja ma abah nak bermesra dengan orang luar pun, saya juga. jadi jurubahasa.

tapi senget la. 2,3 orang melayu kat sini ingat saya orang arab. lepas dengar saya bercakap baru, "laaa~ melayu ke?" =.=!

sama macam saya first year dulu. akak-akak senior bukan sorang dua. ramai juga yang 'sombong' dengan saya sebab ingat saya orang arab time jumpa dekat masjid yarmouk (ok. rindu~) time raya. lepas tu baru, "laaa~ melayu ke?" =.=!

paling tacing sorang makcik arab ni, time tu tunggu ma dalam tandas. dia datang sikit baik punya cakap mesra tanya jalan keluar. dah gaya arab jumpa arab. mujur la faham dia cakap apa, maka balaslah saya dengan gaya paling arab. =.=!

ok. saya kacuk, tahu? aisy. part mana yang arab entah~ (=_=!!!)


atas segalanya, ma sangat 'perempuan'. abah sangat sabar. dan saya?

macam inilah. masih belajar tentang manusia. masih memerhati. dan cuba menghargai~ =)



teman kembara...
bukan sekadar istilah...
pada keturunan yang berbeza, kan?
^_^

cinta haramain I: baitullah alharam~

jejak kaki pasti...
hanya dalam mimpi...
mata yang memandang...
pegun tergenang...



umrah pertama yang dilaksanakan, sebaik sahaja memasuki kota haram mekah. tepat 12 malam 1 julai diiringi mutawwif. ini hasil beberapa jam menunggu luggage di airport jeddah. habis jadual teranjak. untuk tidak bertangguh, kami selesaikan juga umrah yang bermiqatkan di qarnul manaazil. atas plane, lebih kurang 2 jam sebelum mendarat.

dan ya, malam itu jadi saksi. hamba hina ini menggeletar ingin menjejakkan kaki ke dalam masjidilharam. ingin bertentang mata dengan baitul 3atiq. ingin berulang alik dari safa ke marwah. ingin memotong rambut agar setiap helai itu menjadi cahaya di akhirat nanti.

mutawwif memberi taklimat ringkas tentang perjalanan umrah. pentinglah bagi budak-budak kecik seperti saya ini. sebab ahli trip lain kebanyakannya pakcik makcik atuk nenek. 2, 3 orang je yang sebaya saya. atau lagi muda setahun dua. itupun lelaki. tata lah. berkawan dengan pakcik makciklah saya~ ^^

yang menarik perhatian saya, mutawwif itu berpesan. katanya, ibadah umrah ini dikira sah nya dari segi perbuatan. contohnya cukup tawaf 7 pusingan dengan yakin. hati dan lafaz itu hanya sunat. jadi, tak perlu waswas dengan semua itu. yang penting perbuatan.

to my surprise, ustaz itu berpesan berkali-kali. sekira saya melebihi lima kali~! pelik dan hairan. tapi saya diamkan sahaja. tawaf pertama saya, saya faham kenapa ustaz itu beria-ia memesan sebegitu. dan saya akui sahaja. andai hati dan lafaz itu dikira sebagai syarat sah umrah, berapa keratlah umrah tetamu Allah ini yang diyakini sah? Allah~

sungguh. saya terpinga pada pengalaman pertama itu. pada saya, di sini tempat paling ikhtilat pernah saya kunjungi. cuma bezanya, nafsu pengunjungnya hanya tertumpu pada Dia. tentunya. dan dalam rasa tidak selesa dihimpit lelaki-lelaki, rasa selamat itu ada.

cuma yang paling pahit saya rasakan bila ditolak dan saya tercium bahu seorang lelaki yang entah siapa-siapa. Allah~ geli. nak menangis pun ada. (=.=!)
mujur sahaja wudu' dikira tidak batal. dan seriously tawaf saya selepas-selepas itu lebih berhati-hati.

indah rumah Allah, saya takkan mampu cerita. masjidilharam tak pernah tidur. kaabah tidak pernah sunyi dari dikelilingi. tetamuNya berbondong-bondong. tanpa putus. setiap masa. dari pelbagai bangsa dan negara. kami berbeza, ya. namun satu persamaan, kami berpegang pada tauhid yang sama.

ma abah selalu membandingkan. kata mereka, umrah kali ini ramai pengunjungnya lebih dari musim haji yang mereka pernah pergi pada tahun 1993 dan 2007. tak dapat kami bayangkan macam mana jika musim haji nanti.

bagi saya, tempat lepak terbaik adalah di dataran hadapan kaabah. sehari sebelum hari terakhir di kota mekah, saya diizinkan untuk lepak seharian di masjidilharam. bersendirian. indah yang bertemankan sayu. hari itu saya berazam untuk melakukan perkara yang saya inginkan. mengusap kaabah. solat di hijr ismail. mendekati makam nabi ibrahim. berdoa di multazam.

seusainya saya menjeling hajarul aswad. hampir satu jam saya berdiri di hadapan multazam. beberapa kali cuba mendekati tetapi mengundur kembali bila rasa perkara sunat yang ingin saya lakukan boleh jatuh haram. beberapa perempuan indon menawarkan pertolongan untuk saya mendekati hajarul aswad tetapi saya tolak dengan baik. kalau Dia izinkan, biarlah Dia sahaja yang membantu.

dan akhirnya saya memilih untuk merindui. dan terus merindui. menyimpan harapan untuk datang lagi. semoga sahaja dimurahkan rezeki untuk kau menjadi saksi, yang bibir ini pernah menyentuhmu.

berundur berehat di dataran itu walau dalam terik mentari amat menyenangkan. memerhati tetamuNya. mengadu meminta. merenung bertanya. dan berharap. semoga esok tidak pernah tiba~


 sunset~ cool x? ^^




nota kaki 1: baitullah, mengapa tidak puas dipandang? dan mengapa rindu tidak terlerai sedangkan ia di hadapan mata? semakin dipandang, semakin rindu pula kurasa~ 04/07

nota kaki 2: oh ya~ gambar-gambar diambil menggunakan abang baru. canon ixus 200 is (abang Is). ixus 210 tak dibeli sebab kata pakcik tu, ixus 210 dah tak keluar market~ =)



fikirkan hati...
aku terluka...
bongkak ego sombong...
dengan pencipta...

20110719

cinta haramain: prolog~

hati yang gementar...
tersentuh sayu...
terdengar terpaku...



[ALLAHUMMA LABBAIK~]




لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ

لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْك

إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ

لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ


hambaMu datang menyahut panggilanMu
Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu

hambaMu datang menyahut panggilanMu Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu
hamba datang menyahut panggilanMu

sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu
tidak ada sekutu bagiMu





02 julai 2011
17:17
goosebumbs~




*****


hari itu hari kedua di makkah al mukarramah. kerana beberapa masalah, miqat yang sepatutnya dibawa oleh agen Rayhar ke ji'ranah ditunda. dan saya dan parents mengambil keputusan untuk melaksanakan umrah kedua kami dengan bermiqat di masjid saidatina 3aisyah di tana3eem. kami pergi sendiri. menaiki koster.

perjalanan pulang saya ke masjidilharam diiringi dengan talbiah sekumpulan remaja syabab arab di dalam koster. saya dengan perlahan mengikuti. dan sungguh, gema suara mereka begitu menusuk. tanpa henti, saya seolah hilang tenggelam. lafaz talbiah yang begitu mudah difahami seolah terpampang di depan mata.

dan buat kali pertama dalam hidup saya rasa.
sungguh.
tiada ungkapan seindah ini~

allahumma labbaik~




Kau menyeru ya Tuhan...
dan aku menyahut...
aku datang...
menyahut...

20110716

walimatul urus~

hati...
bukan permainan bahasa...
dan harapan...
bukan sekadar kata...



pertamanya. rindu untuk menulis. =)


again. saya dikhabarkan dengan berita-berita gembira. berita yang dipesan oleh Rasulullah, apabila mendengarnya, hendaklah kita mendoakan kepada mereka;

"baarakallahulakuma wa baaraka 3alaikuma wa jam3a bainakuma fil 5oir~"

uih. tersangat ramai pulak tahun ni. kawan-kawan rapat saya pulak tu. saya bila lagi? rezeki melimpah ruah agaknya. yang paling syok, banyaklah junior comel kat irbid ni nanti. err. ^_^"

berbicara soal kahwin, saya hanya mampu diam seadanya. terkadang apabila diminta pandangan dan pendapat dalam soal ini, meraikan, saya memberi pendapat. tapi semestinya itu hanyalah dari sisi saya.

berbicara soal kahwin juga banyak cabangnya. siapa? di mana? bila? bagaimana? andai soalan-soalan ini yang menerjah, maka janganlah kalian risau sehingga menggadaikan pegangan dan agama lantaran risau tidak berpunya. kerana antara perkara terawal yang Allah tetapkan apabila seseorang lahir adalah rezeki, ajal dan jodoh~



EMPAT PILIHAN~



  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
 
dari abu hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "wanita itu dinikahi kerana empat perkara. hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung."


pilihan beragama bukanlah ditujukan kepada wanita sahaja. secara ayatnya mungkin begitu namun secara aplikasinya, pilihan beragama ditujukan kepada pasangan yang diinginkan. lelaki mahupun perempuan~



I AM YOU~


ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

-annur: 26-


secara lazimnya, seperti yang dinukilkan, kita sebenarnya mencerminkan pasangan kita. atau kita sebenarnya membentuk pasangan kita. siapa kita adalah (secara lazimnya) siapa si dia. maka, bukan lagi agenda MENCARI yang soleh atau solehah perlu kita amalkan, tetapi MENJADI yang soleh atau solehah~



QURRATUL A3YUN~


saya sangat tertarik dengan video ni, by nouman ali khan. sememangnya kata-katanya cukup santai namun menyentuh hingga ke dasar. dan hujah beliau perihal qurratul a3yun amat menyentuh hati saya.

sungguh. kita ini penyambung warisan terdahulu. siapa kita sekarang mungkin 'ehsan' doa datuk nenek kita. dan kita pula penyambung memberi 'ehsan', dalam membentuk anak cucu kita. generasi demi generasi.

usaha dalam membentuk diri kita untuk menjadi qurratul a3yun itu pasti. dan hasilnya pada kita sendiri. hasil yang mungkin kita nampak. zahirnya. namun doa juga, dalam usaha membentuk diri kita dan zuriat selepas kita juga penting. sebagai usaha untuk tidak memutuskan mata-mata rantai qurratul a3yun.

cuma jangan dilupa. usaha, doa, kita dan mereka, semuanya datang dari Dia. kerana selayaknya hanya Dia yang maha memberi.

maka kita sendiri, bersediakah menjadi qurratul a3yun si dia, suatu hari nanti?



REALITI HIDUP~


menjadi pemerhati enam pasangan dalam keluarga saya cukup membuatkan saya bergelumang dengan persoalan demi persoalan. kalau mengikut Q dalam keluarga, saya adalah seorang adik yang diperhatikan, dinanti dan sentiasa diusik. meniti usia, saya seharusnya lebih matang dalam berbicara soal perkahwinan. (erk~)

dan sebagai satu perkongsian dari kaca mata saya, semestinya sebuah perkahwinan bukanlah bicara indah semata. banyak ombak yang harus ditempuh dalam usaha membawa keluarga ke syurga. syaitan terlalu licik dan sentiasa berusaha dari segenap segi.

satu aspek yang saya ingin sentuh adalah soal perbandingan.

dalam hidup saya sehingga hari ini, ada satu perkara yang saya cuba sangat untuk mengelak. iaitu mengenali seseorang lelaki secara dalam. sebolehnya saya cuba sekadar mungkin apabila berurusan  dengan lelaki. dan saya cuba sebolehnya untuk berpegang pada istilah 'persahabatan' antara kami.

dan dalam kelemahan ini, saya juga berharap. saya 'membentuk' si dia. saya 'mencerminkan' si dia. seperti mana saya menjaga diri saya, saya mengharapkan seseorang yang turut menjaga dirinya.

kalian tahu kenapa?

supaya suatu hari nanti, apabila kelemahan si dia terpampang di depan mata, saya tidak pandai untuk membandingkan si dia dengan mana-mana lelaki lain. dan semestinya dengan kelemahan diri saya yang terlalu banyak, saya harap si dia juga tidak pandai untuk membandingkan saya dengan mana-mana wanita lain.

kerana sungguh. dibandingkan apabila terzahirnya kelemahan amat memedihkan~

ini hanyalah salah satu perkongsian dari kaca mata saya yang memerhati. dan akal saya yang ingin mencari hikmah di sebalik suruhanNya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. jika ingin dibicarakan soal dalil, mungkin ramai yang sudah sedia tahu. dan mungkin juga kalian ingin menafikan, terpulang.

cuma sekadar coretan buah fikiran. yang padanya saya berharap akan menjadi sebuah nasihat berguna tatkala mungkin saya alpa. kerana manusia tiada yang sempurna~

bagi saya, yang paling berhak mengenali diri kita sedalam-dalamnya adalah mereka yang halal kepada kita. maka saya cuba untuk tidak mengambil hak yang bukan milik saya dan mempertahankan hak si dia yang saya tidak pernah tahu siapa.

maka kalian yang saya hormati, seperti mana saya cuba untuk menjaga hak isteri-isteri kalian, saya pinta supaya kalian hormati hak suami saya~

supaya kita sama-sama dapat meraih syurga di dunia. iaitu syurga berumahtangga dalam usaha meraih syurga di sana~


video yang menguatkan saya suatu ketika dahulu. dan masih lagi kini~
=)



nota kaki 1: apa kes balik umrah cakap pasal kawen? kihkihkih~ ^^

nota kaki 2: kadang saya terfikir, kenapa tidak dinukilkan juga yang lelaki juga adalah fitnah kepada seorang perempuan? saya fikir di haramain saya akan tenang dari ujian sebegini tapi saya silap. ternyata ujian Allah itu di mana-mana. dan lagi saya meletakkan kesilapan itu pada diri saya. mungkin saya tidak cukup menjaga~ 



semoga pada hati yang berbahasa...
dan harapan yang berkata...
redha Allah...
mengiringi kita...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .