RSS

20110726

cinta haramain V: sa3ie, gembira kisah duka~

dalam erti ditinggalkan...
terselit ketaatan yang mendalam...
pasrah yang diredhai...



masjidilharam sangat indah. walaupun pengunjung yang pelbagai bangsa, sering tidak rasa ada beza sedangkan zahirnya terlalu ketara. tapi mungkin juga istimewanya kerana center masjidilharam sebuah binaan mulia. mulia binaan itu kerana hubungannya dengan yang maha mulia. dan itu tumpuan semua.

hari keenam di sana, saya akhirnya dapat menunaikan rancangan mengelilingi masjidilharam pada waktu malam. bertemankan ma abah, kami pusing dari basement ke atas. cuma agak sedih kerana sutuh tidak dibuka pada pengunjung perempuan. hampa kerana saya merancang untuk menikmati mentari terbit dan terbenam dari atas sutuh. ya, hampa~

setelah memberi 'seminar' cara mengambil gambar itu ini, the only man sanggup juga menunggu mentari terbenam ditemani adik afifi kat atas sutuh. part ajak si adik ni sies tak tahu. dah gaya menantu budak ni. cantik tak cantik, terpaksa terima gambar macam tu. menghargai usaha abah yang sanggup naik eskelator ke sutuh~

dan keesokannya, saya hanya mampu tunggu mentari terbit dari perkarangan hotel~

masjidilharam sangat indah. cuma dalam percaya dijaga dan 5auf pada tuan masjidilharam ini, saya tak pernah sangka ada yang tergamak mengambil beg sandang abah. pagi itu sebelum bermiqat, abah kehilangan beg sandangnya ketika sedang solat sunat dalam masjidilharam. di depan baitullah.

ni untuk anon yang suke lepak kat bab king fahd~ ^^
dengan karat bahasa arab saya, kami cuba mencari dan bertanya sehinggalah seorang pakcik yang bekerja membersih masjidilharam ini mencadangkan kami berjumpa sheikh yusof di bab alfath. usai solat hajat di depan baitullah, kami cuba mencari bab alfath. tak pasal-pasal kami terkeliling masjidilharam dari luar. best juga sebab setiap pintu saya ambil gambar. banyak sungguh. ^^

kami tidak berharap pun dapat menemui kembali beg abah, cuma ingin memaklumkan supaya mungkin tetamu Allah dapat makluman untuk lebih berjaga-jaga. di pejabat sheikh yusof, kami dimaklumkan yang beliau sedang bercuti. dan kebetulan, pakcik tadi juga sampai ke sana. berbual-bual dengan pakcik itu, tiba-tiba dia berkata sesuatu dan mengusap kepala saya. terkejut tergamam segan saya. ketawa kecil, kami meminta diri kemudiannya~

masjidilharam sangat indah. kebiasaannya selepas asar, saya akan stay untuk target tilawah 30 juz di masjidilharam dan ma abah akan balik hotel. kadang penat, antara maghrib dan isyak saya akan berjalan-jalan di dalam masjidilharam. merenung kaabah dan tetamuNya.

dan antara tempat yang paling saya suka singgah melepas penat adalah almassa. sangat suka memerhatikan mereka yang sedang sa3ie antara safa dan marwah. entah. memerhatikan mereka berulang alik seolah memberi satu kepuasan pada diri. terutamanya si kecil yang berpakaian ihram. paling kecil yang saya jumpa mungkin berusia 8, 9 bulan.

sa3ie bagi saya, gembira sebuah kisah duka. mengimbas kisah siti hajar yang ditinggalkan bersama anaknya ismail, beralasankan ini adalah perintah Allah semata, mata saya berkaca. kasih ibu yang mengejar fatamorgana ni tanah yang tandus gersang mencari setitis air untuk si anak. dan akhirnya Allah hadiahkan, "air zamzam di bawah tapak kaki anakmu yang penuh berkat. hadiah taatmu yang tidak pernah menyoal. hadiah aqidahmu yang selalu teguh." dan mengalirnya sehingga kini~


kisah duka hikmah itu tertutup gembira dengan pelaksanaan syiar antara safa dan marwah. saya paling suka memerhatikan saat tangan si kecil yang berpakaian ihram dipimpin ayah atau ibu. terkedek-kedek ketawa gembira.

atau lebih tergeletek apabila dikendong si ayah di atas bahu. terasa tinggi, mungkin. dan saat si ayah berlari-lari anak antara dua tiang lampu hijau, si anak lebih gembira. atau antara adik beradik yang boleh pula berlumba lari ketika bersa3ie. gembira mereka menutup kisah duka si hajar. gembira mereka membuka pintu cemburu saya. kerana sekecil mereka sudah terbiasa dengan umrah. semoga biasa mereka meskipun hukumnya belum jatuh wajib, dipenuhi barakah~

masjidilharam sangat indah. cuma kedatangan saya kali ini, ada sedih yang terbit jauh di lubuk hati. persoalan memang banyak. dan dalam banyak mazhab yang diraikan, cuma saya keliru kerana setahu saya, aurat wanita dalam mana-mana mazhab adalah sama kecuali khilaf di bahagian kaki. manakan mungkin mereka solat hanya berselendang dengan rambut yang terurai lepas?

dan sedih yang terbit lebih terasa. kadang memerhatikan, saya rasa kunjungan ke tanah mekah haram bagi sesetengah orang bukan lagi berniat ibadah. dengan pakaian yang tidak cukup syarat, DSLR di tangan, gaya terseksi berlatarbelakangkan kaabah dan perbualan di antara dua azan bagi mengisi masa lapang, biah itu mungkin semakin tidak terasa. kerana kebanyakan yang hadir adalah 'pelancong'. dan semoga saya tidak termasuk~

dan masjidilharam sangat indah. mungkin kerana namanya diabadikan dalam alquran. disebut-sebut penduduk langit dan bumi. dan pada saya, muzik terindah adalah di dalam masjidilharam. tangis, hingar, jerit, pikuk pada telinga saya adalah zikir yang paling merdu. dan tazkirah terbaik setiap kali selepas solat selalu ada iaitu solat jenazah. amaran pada solat yang lalai, kematian itu semakin menghampiri~



 *****



oh ya, ada niat bersyarat terutamanya bagi wanita yang ditakuti kedatangan haid ketika dalam ihram. jika dia niat bersyarat, maka halal baginya meskipun dia tidak sempat mengerjakan rukun umrah yang lain~


nota kaki: izzah, this one was what i told you about that day~




dan kisah duka itu...
berganti gembira...
taat yang berantai...
hingga kini...

10 comments:

  1. Anonymous26/7/11 21:15

    cakap dah pusing satu masjidilharam, apsal boleh tak jumpa bab fath yg merupakan pintu utama.. :p

    kecurian d mana2 ada,tapi itu mungkin teguran yang ada benda bukan milik kita selamanya..

    sunset n sunrise atas sutuh best..
    jeles tak,jeles tak?

    ReplyDelete
  2. Anonymous26/7/11 21:37

    "masjidilharam sangat indah."

    biar berkali diulang, tidak bertemu bosan.
    bertambah indah, bertambah indah.

    saya rasa entry ni antara yang terbaik la fasal masjidilharam.

    ada 'jiwa'.


    -er, kak izzah dah taknak tulis fasal masjidilharam ke? :D

    ReplyDelete
  3. yup. sama2. sebiji.

    neway, niat nak naik juga atas tuh. tnya pakcik tukang cuci, mana pintu nak naik atas tuh? dia jawab "bab al-aziz. walakin nisa' mamnu3.." duh kuciwa saya~ dah masa tuh semangat ajak ummi skali. =_="

    terkdg, bila melihat ramai umat manusia ke tanah yg dirindui Nabi s.a.w., hati menjadi suka. Cuma, tertanya2 antara manusia yg ramai itu ramai manakah yg berkualiti amalannya (3amal qawiyy)? [ya, termsk diri sendiri.]

    p/s: Intan, please accept the chance given. *wink2*
    [Peluang utk sama2 menerima dan memberi. kan? ^^]

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. p/s: intan, sorry nyemak comment yg di delete~ haha..

    anon, err.. akk kena tulis lagi ke? kita tunggu tulisan org lain yg bakal pergi lah~

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg menarik,
    kena bljr ni mcm mn nk menulis bg santai mcm ni.
    seronok baca coretan pengalaman.
    menanti cinta haramin seterusnya jika ada lg. (",)

    ~Pelaut Rabbani

    ReplyDelete
  7. Anonymous27/7/11 03:43

    dalam erti meninggalkan...
    terpadu rasa yang rencam...
    doa dan iman meneguhkan...

    pengorbanan ibunda ayahanda...
    kisah kasih...
    menginsaf diri...

    ReplyDelete
  8. ~to anonymous 1

    yelah. biasa masuk pintu king abdul aziz. pintu alfath tu hampir 180 darjah kot kena pusing. mana nak jumpa~

    as for me, semua benda bukan milik kita selamanya, kan?

    and yes. that's annoying~
    (=.=!)


    ~to anonymous 2

    kan. sebab masjidilharam terlalu indah~
    dan akan sentiasa bertambah indah~

    -shafiq la pulak tulis pasal masjidilharam. mesti lagi 'hidup'~
    =)


    ~to nima

    betul. sangat suka tapi kadang kecewa sebab sesetengah macam 'tak kisah' buat sesuatu yang tak sepatutnya depan rumah Allah. depan makam Rasulullah especially di raudhah.

    but well, should reflect ourselves~

    kehkeh. gelak guling intan baca komen2 izzah. huhuu~ =D

    psstt: she told me yang izzah beria 'mencucuk'. kan? haha~ ^_^"


    ~to ~pelaut rabbani~

    terima kasih. semoga ada manfaatnya. enjoy the next cinta haramains~
    =)


    ~to anonymous 3

    =)

    ReplyDelete
  9. makin tertarik2 rasa hati nak pergi bila baca catatan korang. doakan kami yang masih belum berpeluang. dengar kata tahun depan saudi bakal nak kasi kelonggaran. amin3~ =)

    ReplyDelete
  10. ~to ainul arina madhiah

    allahumma aamiin kak~!
    semoga semua dapat merasa pahit manis ibadah di sana~

    doakan juga yang sudah pergi dapat menjejak kembali~ =)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .