RSS

20110225

alahai adik~

akak bukan yang terbaik...
tapi hati seorang kakak...
takkan pernah menipu...


pagi tadi belek-belek facebook. sambil fikir ini dan itu termasuk lecture notesss yang baru di download. teringat ini dan itu. blogwalking. baca-baca. dan buka facebook adik. lama tak jenguk. lama tak conteng wall. ah, tidak. sebelum ni dah conteng tapi dia tak balas. usha-usha. hmmm~

"salam adik sayang...

iman sihat? =)"

tengahari tadi dia hantar message melalui facebook.



saya tersenyum. bicaranya saja-saja. tapi saya tahu apa yang gelodaknya rasa. dia menukar profile picture dan delete post yang saya conteng pada wall facebook nya. instead, dia menghantar message dengan bicara 'saja-saja'. kami berbual sedikit dengan permintaan, "kak in jangan tanya kenapa". dengan kalam terakhir, "jaga solat, jaga akhlak, jaga diri, jaga hati", saya dimaklumkan yang dia ingin deactivate facebook buat sementara waktu. alahai adik~
saya tersenyum lagi. dua tahun tidak bersua muka, mungkin ada yang kekosongan. sedikit sedih dengan ketidakprihatinan diri ini sebagai seorang kakak. jarak mungkin penyebab tapi tidak boleh dijadikan alasan. ini zaman dia mencari identiti diri. zaman yang sangat mencabar. zaman yang dia perlukan seseorang untuk dijadikan ikutan. zaman dia menentukan siapa dia pada masa hadapan. zaman saya diperlukan. alahai adik~

saya tersenyum lagi. pada hakikat maha suci Allah yang menjadikan rabithah hati adik beradik. hanya dengan dua ayat yang saya conteng pada wall facebook nya, dia mengerti. pada hakikat Allah gerakkan hati saya untuk menjenguk si adik. pada hakikat kami adik beradik. alahai adik~

wawa,
kak in faham apa maksud maaf itu. kak in faham apa maksud 'saja-saja' itu. tapi tersenyum kak in pada wawa yang lebih faham di sebalik 'bicara pendek' kak in. mungkin salah kak in lama tidak berkongsi cerita, mengambil berat tentang wawa seperti dahulu lantaran jarak dan masa mencemburui sehinggakan mungkin wujud jurang antara kita. maafkan kak in tapi nanti kak in topup time cuti panjang nanti ek~! ^^

wawa,
bukan kak in ingin sekat kebebasan wawa. kak in tahu, jadi seorang remaja sangat sukar. dugaannya hebat. rintangannya banyak. hidup penuh keliru. kawan menjadi corak hidup kita. tapi saat wawa tukar profile picture, itu hati wawa yang sebenarnya. Allah tak jadikan dalam badan kita ni, dua hati. dan kak in harap, wawa terus pilih hati yang itu.

wawa,
tak perlu malu dengan kak in sebab kak in tak selalunya melihat apa yang wawa buat. tapi tanamkan rasa iffah dalam diri wawa sebab Allah sentiasa melihat apa yang kita buat. bentengkan diri wawa dengan al-haya' sebab bagi kak in, itu satu-satunya cara untuk kita jaga diri kita. jaga maruah kita. dan jaga hati kita.


wawa,
kak in pernah tanya siapa dia yang wawa selalu berbalas komen mesra sedangkan sebelum ini wawa tak pernah buat macam tu. serba salah wawa menjawab dan dengan sedih wawa memberitahu. wawa takut dengan masalah hati. dan kak in hanya mampu membekalkan nasihat dan meniupkan doa dari jauh. semoga Allah melindungi wawa daripada dugaan terbesar itu.

wawa,
ingin kak in kongsi. suatu ketika dahulu sahabat kak in pernah memberitahu. antara lelaki dan perempuan tiada istilah persahabatan. yang ada hanyalah istilah muamalat. iaitu apabila ada keperluan yang mengharuskan sahaja. indah katanya lagi, jika ingin dikatakan persahabatan, antara lelaki dan perempuan tidak perlu pada ucapan ataupun pertemuan, perkenalan mahupun gurau mesra.

tapi persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah apabila perempuan memerlukan pertolongan, lelaki sudi menghulurkan tanpa mengharapkan balasan. dan apabila mereka pula memerlukan bantuan, kita sudi pula membantu tanpa alasan. walaupun antara lelaki dan perempuan itu tidak pernah kenal secara dalam. indahnya pencerahan itulah yang kak in pegang sampai sekarang.


ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ

Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).


-azzukhruf: 67-


wawa,
bukankah perempuan itu fitnah terbesar di akhir zaman? kak in berharap wawa jaga diri dan hati wawa supaya diri dan hati mereka turut terjaga. kak in tahu wawa ada segala kelebihan sebagai seorang perempuan. lindunginya dengan al-haya' untuk si dia yang benar-benar berhak. seindah perhiasan itu adalah wanita solehah, kan wawa?

wawa,
sahabat kak in pernah mengadu. katanya hati terasa kotor. dia menghafaz al-quran dan hafazannya dikatakan kerana segan kepada sheikhah. dia bertudung labuh dan dikatakan kerana dia mengikut kawannya yang bertudung labuh. dia ingin berhenti menghafaz lantaran personalitinya tidak menggambarkan seorang hamlatul quran.

lantas kak in berkata padanya,

"kenapa begitu? kenapa ingin dibuang penyebab yang sebenarnya membuatkan kita bertahan? ruginya. kenapa memilih untuk meninggalkan alquran kerana rasa hati tidak bersih? cuba fikir begini, kerana alquran lah kita bertahan. kalau tanpa alquran, mungkin hati lebih kotor dari ini. dan mungkin kita lebih teruk dari sekarang. kan?"

wawa tak tinggalkan alquran, kan?
nanti balik kak in tasmi3. ^^


ah, wawa. serius kak in rindu~



25 february 2011
langit mendung irbid
20:11



petang tadi langit mendung.
angin bertiup kencang.
dan saya nantikan hujan.




nota kaki 1: untuk si adik, semoga Allah sentiasa menjagamu. mengawal gerak hatimu. dan melindungimu. nanti kak in balik ye~ ^^

nota kaki 2: untuk adik2 juga. akak tak sedap hati sebenarnya. indirectly, akak harap adik2 tak salah faham dengan akak. apa yang akak rasa, mungkin adik2 tafsir berbeza dan apa yang adik2 rasa, mungkin akak tafsir berbeza. permulaan kita cukup baik dan akak harapkan pertengahan dan pengakhiran yang baik. maafkan akak dan akak harap semuanya jelas~ =)

nota kaki 3: untuk anonymous, post kali ni memang saya buat untuk specific person n specific reasons. ada masalah kah? =p


nota kaki 4: tadi wahida tak tersengaja masak ayam masak kicap yang sangat pedas. sampai geng dulang tersedu sedan suap nasi. tapi saya berbangga sebab saya mampu makan dengan berselera. huahauahu~ =D



dan buatmu adik...

akak titipkan doa...
semoga Allah sentiasa bersamamu...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .