getar rindu padu...
terlerai seketika...
kembali bersatu...
sebelum waktu...
11 hari di makkah dan 3 hari di madinah. walaupun ini tempoh terpanjang berbanding agen-agen lain, seperti kata ma, memang tak puas. pejam celik, masa itu tiba untuk tawaf wada', meninggalkan makkah menuju madinah. dan pejam celik, masa itu tiba untuk ziarah wada' meninggalkan madinah menuju malaysia.
petang terakhir di airport madinah, mentari terbenam indah di sebalik bukit. menutup tirai hari itu. mengiringi hari terakhir kami. dalam rindu kampung halaman, saya terdetik. bukankah haramain sebenarnya kampung halaman kita? maka sebenarnya pulang saya adalah satu musafir, di mana suatu hari nanti saya akan kembali ke 'kampung halaman'~
kelakar rasanya bila terbiasa berpakaian solat 24 jam selama dua minggu, hari ini saya bertudung 'singkat'. gelak sendirian saya. (^_^)~ kami transit di riyadh selama satu jam. lawak pakcik makcik ini. bukan main kepoh mereka kerana tempat duduk diletak secara rawak. dan tidak duduk diam mereka kebosanan time transit itu. saya hanya diam di tempat duduk sebelah tingkap.dapat seat best, diamlaa~ ^^
sepanjang perjalanan saya hanya mampu merenung ke luar tingkap. malam itu indah. di sisi saya si bulat kuning menemani. si kuning yang saya tunggu. tapi entahlah. memikirkan haramain yang semakin ditinggalkan, saya kelu. sedangkan berhadapan dengan kaabah pun saya masih rindu. Allah~
haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. bukan suka-suka ke sana. namun dalam 'derita' dipamerkan kelemahan, ada kekuatan sebenarnya yang diserapkan. buat bekalan berdepan dengan zinah dunia.
haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. setapak berjalan di atas mukanya, tersisip bayangan baginda saw.
"aku berpijak pada tempat baginda pernah berpijak. aku solat pada
tempat baginda pernah bersolat.
setiap langkahku di sini, haruman baginda yang mengiringi. jelajahku di tanah ini, seolah pawagam yang menayang kembali. perit getir baginda dicaci. indah persahabatan yang setia. kekuatan islam yang baginda bina. sehingga manisnya kumerasa~"
sejam baru perjalanan, saya diam membisu. sejam baru perjalanan, tanah haramain itu makin saya rindu~
pujuk si alam, sekurangnya membuatkan saya tersenyum nipis. pagi itu menyambut saya dengan terbit mentari dan terbenamnya bulan. atas plane. seindah di cordoba. cuma kali ini saya tak mampu untuk terus senyum.
"ya Allah, rezekikan aku untuk kembali ke 'kampung halaman'ku. lagi."
dalam kudus doa semoga masa tidak beranjak,
epilog cinta haramain,
akhirnya tiba jua~
nota kaki: i need to confess. 3 tahun saya naik turun kapal terbang, ini kali pertama saya muntah. itupun beberapa saat sebelum tayar mencecah landasan. cis sungguh~! (=.=!)
Tuhan..
rezekikan aku cinta padaMu...
pada RasulMu...
pada haramainMu...
terlerai seketika...
kembali bersatu...
sebelum waktu...
11 hari di makkah dan 3 hari di madinah. walaupun ini tempoh terpanjang berbanding agen-agen lain, seperti kata ma, memang tak puas. pejam celik, masa itu tiba untuk tawaf wada', meninggalkan makkah menuju madinah. dan pejam celik, masa itu tiba untuk ziarah wada' meninggalkan madinah menuju malaysia.
petang terakhir di airport madinah, mentari terbenam indah di sebalik bukit. menutup tirai hari itu. mengiringi hari terakhir kami. dalam rindu kampung halaman, saya terdetik. bukankah haramain sebenarnya kampung halaman kita? maka sebenarnya pulang saya adalah satu musafir, di mana suatu hari nanti saya akan kembali ke 'kampung halaman'~
kelakar rasanya bila terbiasa berpakaian solat 24 jam selama dua minggu, hari ini saya bertudung 'singkat'. gelak sendirian saya. (^_^)~ kami transit di riyadh selama satu jam. lawak pakcik makcik ini. bukan main kepoh mereka kerana tempat duduk diletak secara rawak. dan tidak duduk diam mereka kebosanan time transit itu. saya hanya diam di tempat duduk sebelah tingkap.
sepanjang perjalanan saya hanya mampu merenung ke luar tingkap. malam itu indah. di sisi saya si bulat kuning menemani. si kuning yang saya tunggu. tapi entahlah. memikirkan haramain yang semakin ditinggalkan, saya kelu. sedangkan berhadapan dengan kaabah pun saya masih rindu. Allah~
haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. bukan suka-suka ke sana. namun dalam 'derita' dipamerkan kelemahan, ada kekuatan sebenarnya yang diserapkan. buat bekalan berdepan dengan zinah dunia.
haramain. hadiah terindah. tarbiyah terhebat. setapak berjalan di atas mukanya, tersisip bayangan baginda saw.
"aku berpijak pada tempat baginda pernah berpijak. aku solat pada
ini bulan terbenam. bukan mentari ya~ |