RSS

20110727

cinta haramain VI: anjing hitam~

dunia ini milikNya...
cuma istimewa tanah itu...
pada binaan terjaga...


pada malam mengelilingi masjidilharam, sedang kami merenung kaabah, abah bertanya,

"intan pernah terfikir tak, ada kemungkinan tak orang bukan islam sampai ke tanah haram ni?"

and amazed to say, i was thinking about it when he asked.

"intan fikir jugak, bah. tapi ni kan tanah haram, jelas-jelas dinamakan kerana diharamkan kepada non-muslim, kan. takkan la kot, kan?"

"well, yes. but how if they manage to get in here? how if they cheat and escaped to get in here?"

"well, i dont know. He said that. it must be Him taking care of it~" i murmured.

and yes, abah didnt hear that. kami sama merenung kembali baitullah. sama berfikir lagi tentang itu. mungkin.


seperti biasa di dalam bas, saya tak mampu untuk melelapkan mata. lebih kurang 5 jam perjalanan ke madinah almunawwarah disaji dengan tandus bukit coklat. so much like jordan. cuma saya rasa, di sini lebih banyak bukit berbatu. atau saya yang tak cukup jelajah jordan. (=,=!) dan ya, sepanjang perjalanan saya asyik tergelak dengan 'highway' tanpa kenderaan. meskipun begitu, highway ini lebih istimewa, kan? ^^

dan dalam 'pekerjaan' saya mengambil gambar, saya terlepas gambar papan tanda yang menunjukkan "road for non-muslim". sekaligus saya teringat perbualan dengan abah tempoh hari. jawapannya masih tergantung. dan saya kembali menatap lukisan Allah. kembali berfikir~

usai makan malam, abah mendekati ustaz yang kebetulan sedang berbual di meja makan sebelah kami. saya yang masih sedang makan menjeling minat, memasang telinga. saya tahu apa yang ingin abah tanya. dan soalan itu berulang.

"jalan itu menuju ke sebuah pekan. sebuah bandar yang masih di dalam tanah halal. supaya non-muslim yang datang, boleh berubah arah ke sana dan tidak meneruskan perjalanan ke tanah haram. jika di tanah halal, non-muslim bisa saja melawat~"

ohh.

"tapi ustaz, bagaimana sekiranya ada non-muslim yang nekad ingin datang ke tanah haram. ingin melihat, melawat. sama ada dalam keadaan tahu atau tidak yang non-muslim diharamkan ke tanah ini? pihak arab saudi tidak meletakkan syarat ke? seperti non-muslim tidak dibenarkan datang sejak di airport lagi atau bagaimana?"

"sejujurnya, memang tiada pemeriksaan khas atau larangan pada non-muslim yang ingin masuk ke arab saudi. terpulang pada mereka. cuma kebiasaannya, orang yang membawa mereka tidak akan bawa ke tanah haram. cuma dari segi jika ada itu, ialah. mungkin ada yang nekad. tapi sememangnya tanah haram ini tanah Allah dan Dia sahaja yang menjaganya. memang bulat-bulat diserahkan di bawah jagaanNya."

saya tergamam. sekuat mana penguatkuasaan passport antarabangsa. sehebat mana pemeriksaan kastam. sejauh mana sesebuah negara menyumbat pendatang haram ke lokap, ini negara pertama yang saya rasakan amat 'longgar' tetapi maha hebat. kerana penjaganya, 'pemeriksaan passport'nya, 'pemeriksaan kastam'nya dikendalikan oleh Dia yang maha hebat. kerajaan segala kerajaan. raja segala raja~

"cuma, pernah diceritakan beberapa kisah non-muslim yang cuba memasuki tanah haram. mereka tidak akan selamat memasuki. kisah ini cuma Allah yang maha kuasa. ada yang menceritakan non-muslim yang cuba masuk itu tidak ketemu jalan. yang sesat berpusing di tempat yang sama lalu terdampar di tanah gersang ini.

ada juga yang 'tidak nampak' pekan madinah ini. atau 'tidak nampak' baitullah dan masjidilharam sedangkan dia sudah memasuki tanah haram. dan ada juga yang sentiasa dikejar anjing hitam.

pokoknya, non-muslim yang memasuki tanah haram tidak akan pernah tenang. kerana sudah jelas, yang menjaga tanah haram ini adalah Allah yang maha kuasa. tanah jagaanNya, maka kita berserah sahaja padaNya."

makanan yang ditelan seolah tidak terasa. persoalan terjawab. jelas. terasa kerdil dengan pelbagai sistem penguatkuasaan sesebuah negara berbanding konsep haramain yang amat mudah. tawakal 3alallah. tanah Dia, Dia yang jaga. tak perlu pada undang-undang ciptaan manusia. ugutan hukuman kemasukan haram. atau syarat pelbagai. kerana bila Dia kata jangan, maka jangan. bila Dia kata tanah itu haram, maka haram~

sub7anallah~



nota kaki: flag saudi arabia antara yang pertama mengagumkan saya. penzahiran syahadah yang terbuka. kepada seluruh dunia. yang tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah~
dan atas segala jagaan...
Dia paling berkuasa...
meski tanpa zahir peraturan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .