RSS

20110716

walimatul urus~

hati...
bukan permainan bahasa...
dan harapan...
bukan sekadar kata...



pertamanya. rindu untuk menulis. =)


again. saya dikhabarkan dengan berita-berita gembira. berita yang dipesan oleh Rasulullah, apabila mendengarnya, hendaklah kita mendoakan kepada mereka;

"baarakallahulakuma wa baaraka 3alaikuma wa jam3a bainakuma fil 5oir~"

uih. tersangat ramai pulak tahun ni. kawan-kawan rapat saya pulak tu. saya bila lagi? rezeki melimpah ruah agaknya. yang paling syok, banyaklah junior comel kat irbid ni nanti. err. ^_^"

berbicara soal kahwin, saya hanya mampu diam seadanya. terkadang apabila diminta pandangan dan pendapat dalam soal ini, meraikan, saya memberi pendapat. tapi semestinya itu hanyalah dari sisi saya.

berbicara soal kahwin juga banyak cabangnya. siapa? di mana? bila? bagaimana? andai soalan-soalan ini yang menerjah, maka janganlah kalian risau sehingga menggadaikan pegangan dan agama lantaran risau tidak berpunya. kerana antara perkara terawal yang Allah tetapkan apabila seseorang lahir adalah rezeki, ajal dan jodoh~



EMPAT PILIHAN~



  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
 
dari abu hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "wanita itu dinikahi kerana empat perkara. hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung."


pilihan beragama bukanlah ditujukan kepada wanita sahaja. secara ayatnya mungkin begitu namun secara aplikasinya, pilihan beragama ditujukan kepada pasangan yang diinginkan. lelaki mahupun perempuan~



I AM YOU~


ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

-annur: 26-


secara lazimnya, seperti yang dinukilkan, kita sebenarnya mencerminkan pasangan kita. atau kita sebenarnya membentuk pasangan kita. siapa kita adalah (secara lazimnya) siapa si dia. maka, bukan lagi agenda MENCARI yang soleh atau solehah perlu kita amalkan, tetapi MENJADI yang soleh atau solehah~



QURRATUL A3YUN~


saya sangat tertarik dengan video ni, by nouman ali khan. sememangnya kata-katanya cukup santai namun menyentuh hingga ke dasar. dan hujah beliau perihal qurratul a3yun amat menyentuh hati saya.

sungguh. kita ini penyambung warisan terdahulu. siapa kita sekarang mungkin 'ehsan' doa datuk nenek kita. dan kita pula penyambung memberi 'ehsan', dalam membentuk anak cucu kita. generasi demi generasi.

usaha dalam membentuk diri kita untuk menjadi qurratul a3yun itu pasti. dan hasilnya pada kita sendiri. hasil yang mungkin kita nampak. zahirnya. namun doa juga, dalam usaha membentuk diri kita dan zuriat selepas kita juga penting. sebagai usaha untuk tidak memutuskan mata-mata rantai qurratul a3yun.

cuma jangan dilupa. usaha, doa, kita dan mereka, semuanya datang dari Dia. kerana selayaknya hanya Dia yang maha memberi.

maka kita sendiri, bersediakah menjadi qurratul a3yun si dia, suatu hari nanti?



REALITI HIDUP~


menjadi pemerhati enam pasangan dalam keluarga saya cukup membuatkan saya bergelumang dengan persoalan demi persoalan. kalau mengikut Q dalam keluarga, saya adalah seorang adik yang diperhatikan, dinanti dan sentiasa diusik. meniti usia, saya seharusnya lebih matang dalam berbicara soal perkahwinan. (erk~)

dan sebagai satu perkongsian dari kaca mata saya, semestinya sebuah perkahwinan bukanlah bicara indah semata. banyak ombak yang harus ditempuh dalam usaha membawa keluarga ke syurga. syaitan terlalu licik dan sentiasa berusaha dari segenap segi.

satu aspek yang saya ingin sentuh adalah soal perbandingan.

dalam hidup saya sehingga hari ini, ada satu perkara yang saya cuba sangat untuk mengelak. iaitu mengenali seseorang lelaki secara dalam. sebolehnya saya cuba sekadar mungkin apabila berurusan  dengan lelaki. dan saya cuba sebolehnya untuk berpegang pada istilah 'persahabatan' antara kami.

dan dalam kelemahan ini, saya juga berharap. saya 'membentuk' si dia. saya 'mencerminkan' si dia. seperti mana saya menjaga diri saya, saya mengharapkan seseorang yang turut menjaga dirinya.

kalian tahu kenapa?

supaya suatu hari nanti, apabila kelemahan si dia terpampang di depan mata, saya tidak pandai untuk membandingkan si dia dengan mana-mana lelaki lain. dan semestinya dengan kelemahan diri saya yang terlalu banyak, saya harap si dia juga tidak pandai untuk membandingkan saya dengan mana-mana wanita lain.

kerana sungguh. dibandingkan apabila terzahirnya kelemahan amat memedihkan~

ini hanyalah salah satu perkongsian dari kaca mata saya yang memerhati. dan akal saya yang ingin mencari hikmah di sebalik suruhanNya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. jika ingin dibicarakan soal dalil, mungkin ramai yang sudah sedia tahu. dan mungkin juga kalian ingin menafikan, terpulang.

cuma sekadar coretan buah fikiran. yang padanya saya berharap akan menjadi sebuah nasihat berguna tatkala mungkin saya alpa. kerana manusia tiada yang sempurna~

bagi saya, yang paling berhak mengenali diri kita sedalam-dalamnya adalah mereka yang halal kepada kita. maka saya cuba untuk tidak mengambil hak yang bukan milik saya dan mempertahankan hak si dia yang saya tidak pernah tahu siapa.

maka kalian yang saya hormati, seperti mana saya cuba untuk menjaga hak isteri-isteri kalian, saya pinta supaya kalian hormati hak suami saya~

supaya kita sama-sama dapat meraih syurga di dunia. iaitu syurga berumahtangga dalam usaha meraih syurga di sana~


video yang menguatkan saya suatu ketika dahulu. dan masih lagi kini~
=)



nota kaki 1: apa kes balik umrah cakap pasal kawen? kihkihkih~ ^^

nota kaki 2: kadang saya terfikir, kenapa tidak dinukilkan juga yang lelaki juga adalah fitnah kepada seorang perempuan? saya fikir di haramain saya akan tenang dari ujian sebegini tapi saya silap. ternyata ujian Allah itu di mana-mana. dan lagi saya meletakkan kesilapan itu pada diri saya. mungkin saya tidak cukup menjaga~ 



semoga pada hati yang berbahasa...
dan harapan yang berkata...
redha Allah...
mengiringi kita...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .