RSS

20110312

cinta hati~

bertahun seakan lamanya... 
kita bersama...
mencipta rasa... 
mendamai di jiwa...


ah~! bangun pagi tadi Ro buat muka merajuk. sebab saya lupa angkut dia tidur sekali dalam hiram semalam. dan dia demand saya buat post ni untuk dia. cis. mengada.

jadi untuk memujuk si merajuk terpaksa la saya buat. tapi orait jugak sebab sebelum ni ramai gak yang minta saya update tentang Ro n kids ni. sebelum apa-apa, bagi peminat-peminat Ro yang dah lupa alkisah bintang popular irbid (baca: Ro), boleh revise kisah-kisah dia kat sini, sini, dan sini. aceh~! ^^

kalau ikut di akhir cerita Ro n kids, sebenarnya Ro dan ara telah diserahkan pada kedai pet kat bawah ni. eric dan erin pula diberikan pada dia yang sudi menjaganya. manakala saya merayu pada si housemate untuk membela ray (nama time lahir dulu pocha) at least. sebab saya tak boleh imagine hidup tanpa kucing. *tipuuu~*

but for my greatest grateful, Allah pulangkan Ro ke sisi saya semula. selepas seharian saya teresak-esak sebaik sahaja Ro dan ara kami tinggalkan di kedai pet itu.


-flashback-


"meeooww"

usai subuh, saya termenung. sudah meroyan ke apa sehingga terdengar-dengar tangisan Ro sebegitu. beberapa kali. lalu saya ketepikan perasaan itu dan terus bersiap-siap untuk ke jami'ah. cuba untuk redha. Ro tiada lagi di sisi.

sedang saya iron baju, saya terdengar lagi. kata orang cuba nasib, saya mengintai tingkap ruang tamu dan memandang ke bawah. Ro~! dia sedang mundar-mandir di bawah. mengiau. mencari.

mata saya dah bergenang. terharu. excited. dan risau. saya terfikir, nanti saya akan turun ke bawah untuk ke jami'ah. apa yang saya patut buat?

"hai Ro~!" usap-usap kepala dan berlalu?

"Ro, maaf~" pandang matanya dengan penuh ketidakupayaan dengan harapan dia mengerti?

ataupun terus berjalan sambil dipandang Ro dengan pandangan kecewa terhadap tuannya ini?

ah, Ro~! debaran di hati laksana ingin bertemu kekasih lama (erkk~ =,=). keliru. antara cinta hati dan persahabatan. antara dia yang selalu memahami dan perasaan si berakal. longlai, saya terus bersiap-siap.

tatkala tangan menyentuh tombol. pintu terbuka. Rooooo~~!!!
there she stands. in front of my house. dengan selamba melangkah masuk ke dalam pelukan saya.

"Ro, maaf. maaf sangat-sangat. kali ni intan tak kisah. you'll stay. i promise, you will~"


begitulah flashback saya.


saat terindah. dan terharu. betapa Ro berjaya cari rumah saya. tak, rumah kami. dan saya berjanji yang kami takkan terpisah lagi. no matter what. fuhh. =D

tapi alhamdulillah, housemate diamkan sahaja tentang kepulangan Ro. rasa bersalah barangkali kerana tangisan saya hari tu. dan saya mencuba sedaya upaya untuk menjaga dari perkara yang dia tidak suka. semoga hati sahabat dapat saya jaga, hati Ro saya tidak kehilangan. =)

itulah. sejarah tinggalnya Ro dan ray di bayt khosyatullah ni. sebab hari tu Ro pulang keseorangan. ara, saya doakan sahaja semoga tuan kedai itu menjaganya dengan baik. semoga tuan barunya orang yang baik-baik. dan semoga sahaja Allah melindunginya.



ROSELLA.

Ro sejak dia lahirkan the kids, hidupnya sangat bahagia. at least pada mata saya. mungkin si kecil itu mengisi kekosongan hatinya setelah sekian lama. pada mata saya yang memandang, dan naluri saya yang mengintepret keadaan, pastinya Ro tidak sabar-sabar menunggu anak-anaknya membesar.

dan memang. bila the kids dah pandai berlari. Ro seakan-akan muda kembali. (aceh~!). dia dah ada rakan bermain (yang sememangnya Ro yang akan menang tiap kali). sekurang-kurangnya buat menemani tatkala kami hibernate dalam bilik bila musim exam.

sekarang usia Ro dah hampir setahun empat bulan. birthday dia (tarikh kami jumpa) 10 november 2009. and sad to say, Ro semakin kurus dan sangat ringan. dan jalur-jalur tua dah makin kelihatan (takle blah ayat~ =p). tapi pada saya, dia tetap cantik. ^^

but still favourite dia bermain dengan tangan saya. setiap kali saya keluar bilik, saya kena acah dia dengan tangan. dia suka duduk di penjuru dan tunggu saya mengacah. dan juga setiap kali sebelum saya ke kelas juga selepas saya pulang dari jami'ah. ah, pendek kata setiap kali dia nampak saya laa~ =,=!



tapi saya suka. suka pada matanya yang terangsang bila saya mengacah. contract and dilate. dan saya bangga bila dia kenal suara saya. dia kenal nama dia. dan dia tahu bila saya larang dia buat sesuatu. amazed to say, dia menyahut bila saya membebel. ah, Ro. serius saya sayang~ ^_^

Ro suka main macam ni~ ^^




nak suruh kamu tengok mata Ro dilate. cantikkan? ^^




THE KIDS.

tu zaman mereka masih kecil. sekarang semuanya dah besar-besar. eric dan erin, saya tak tahu cerita sangat. but the last time i heard, erin's going to be a mom. wah~!

rindu sangat sebenarnya pada mereka. tahun lepas, ketika berpeluang bersama pada usia remaja mereka (kononnya)seketika, saya bahagia sangat. what i can see, eric sangat smarttttt~~! aaaaa~!

dah la bulu badan banyak putih. dan dia ni anak mama. manja sangat. dan pandai mengambil hati. serius. memang tak boleh nak kata apa. dia ni memang pandai sangat membodek sampai saya pun boleh cair. =,=!




erin pula cantik. tapi gedik bagi saya. saya jeles sebab dia cantik sebenarnya . she's kind like of a peacock. manja memang manja la. but satu trademark dia ni, she really catwalks dan bulu dia terutamanya bahagian ekor akan sentiasa mengembang. i called her the queen.


and both eric and erin, bulu dyorang sangaaaattt lembut. macam sutera. (masa tu rasa sayang sangat nak bagi kat orang.) ^^

ray? haha. (=,=!!)
penakut (or positive side: pemalu). memang jangan harap tetamu yang bertandang boleh tengok ray kalau kami tak bersusah payah mencekup dia. seriusly, self-esteem ray sangat rendah. dulu time muda-muda (baca: kurus), tempat dia suka menyorok adalah dalam batang sink.

sekarang dah kurang but still. tapi menyorok dia dah jadi macam ni. tak muat. haha~



malu la tu. sebab konon-konon nak sembunyi. sekali badan dah macam gergasi. muahahaha~


(=,=!!) -ray


selain tu dia suka menyorok belakang peti, dalam almari, bawah katil, dalam rak bawang dan dia suka tidur bawah karpet sampai pernah terpijak. dan juga bawah hiram. maksud saya bawah ni, memang betul-betul bawah la. menyelinap tanpa disedari. tengok-tengok je dah berbonggol. =,=!



okay. memandangkan ni post khas untuk Ro, maka jom saya flashback Ro n kids. dari saat dia pregnant sehinggalah sekarang. jom~



phase 1: PREGNANCY









oh, serius. Ro sangat suka tengok cermin. paling kurang dalam sehari mesti sekali. ladies betul. kalah saya. =,=!









phase 2: INFANTS


































masa ni memang nampak excited gila Ro bila the kids dah pandai panjat-panjat. dia tengah usha the kids tu. nak main-main. ^^










nah, video~! penutup zaman kanak-kanak mereka. ^_^






phase 3: ADOLESCENCE





























ada ala-ala dewan makan tak? hohoo~ =D
























dah. 3 fasa dah cukup la. panjang pulak jadinya. sekarang tinggal Ro dan ray je. Ro mungkin dah masuk fasa dewasa atau tua(?) sebab dia sangat ringan dan kurus. tapi semoga sihat-sihat selalu dan panjang umurlah kehendaknya. ^^







tinggal mereka sahaja.
racun berbisa, penawar mujarab.


tapi apa-apa pun, itulah kitaran hidup. tak kira binatang ataupun manusia.

dariNya kita datang. dan kepadaNya kita kembali.


هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَڪُم مِّن تُرَابٍ۬ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٍ۬ ثُمَّ مِنۡ عَلَقَةٍ۬ ثُمَّ يُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلاً۬ ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّڪُمۡ ثُمَّ لِتَكُونُواْ شُيُوخً۬اۚ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ مِن قَبۡلُۖ وَلِتَبۡلُغُوٓاْ أَجَلاً۬ مُّسَمًّ۬ى وَلَعَلَّڪُمۡ تَعۡقِلُونَ


Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).

-alghafir: 67-



Ro, sentiasalah temani intan menyaksikan mentari terbenam, ya. supaya dengan mata yang melihat, rasa itu sampai ke muara hati~ ^^



nota kaki 1
: saya tengok-tengok tadi. koleksi gambar Ro and kids saja nak 8gb. tu pun setelah saya kecilkan size. memang kamera saya dulu guna buat ambil gambar dyorang je. fuhh. ^^

nota kaki 2: ray masih single mingle. siapa rasa nak berbesan, boleh la masuk meminang terus. huahaua~ ^^

nota kaki 2: haa, Ro n ray kirim salam kat pembaca semua. ^_^



semoga dalam pengertian itu...
 
aku bermakna buatmu... 
kerana kau amat...
bermakna buatku...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .