RSS

20110311

kaca mata~

pandangan itu... 
selalu berbeza...
antara kau dan aku...


hari ini saya belajar lagi. dari ciptaanNya juga. tetapi yang bernyawa. dan yang berakal. ya, saya belajar dari manusia sekeliling saya.


_____________________________


lesson no 1






perhati gambar. cun kan?
kemudian baca caption. ah, slack~! =,='

wawa, kak in tak layak pun~ T_T


lesson no 2

dalam science hall 2. lecture physio.

"God created us in between 2 things. the beauty of physiology and the ugly of pathology. in medicine, we are between them. in our profession, it's our duty not to let the people get into the ugly part. and we should also include the beauty of attitude."

saya tersenyum pada baris terakhir kata-katanya. indah cara dia menyampaikan. di celah-celah. mungkin terkesan pada mereka yang perasan.



lesson no 3

saya berjalan pulang dalam renyai hujan. dan elusan angin kasar. berhati-hati lantaran teringat cerita sahabat yang dibasahi air kotor. kerana hemah seorang pemandu. pantang ada kenderaan lalu, mesti saya berhenti. ataupun ke tepi.

sesetengah pemandu amat faham lalu speed dikurangkan. tapi sesetengah pemandu...

"splash~!"

ok. comel. saya mampu pejam mata je dan senyum. angin, hujan dan dedaun semua berbisik. "sabar, intan." dan saya sabar. sebab malu pada mereka yang sentiasa berzikir. sabar saya bukan kerana baju yang basah. bukan kerana beg yang kotor. saya tak kisah semua tu.

tapi sabar saya kerana saya risau. takut-takut hati dan mulut saya mungkin tak terjaga. dalam keadaan itu, syaitan senang je nak mencelah.

takpe. manusia kan berbeza. mungkin pemandu tu betul-betul dalam kecemasan.



lesson no 4

seorang sahabat call. teresak-esak ketakutan. katanya dia takut pada pemandu teksi yang terlalu ramah berbicara sehingga dia berhenti sebelum sampai ke destinasi yang dituju. terlalu memahami dia ni bagaimana, saya hanya mampu memujuk.

"anje, jangan sedih-sedih ye. Allah kan ada. Dia selalu jaga kita~ ^^"



_____________________________


terlalu banyak situasi yang saya alami. dan 4 ni di antaranya. betapa manusia itu sangat berbeza. kadang-kadang bagi kita sangat remeh tapi bagi mereka perkara besar. bagi kita perkara biasa tapi bagi mereka itu bukan gayanya.

ada yang ceria di luar tapi sunyi di dalam. di hadapan manusia tersenyum tapi bila keseorangan siapa tahu. kadang kita rasa kita mengenali seseorang tapi sebenarnya kenal kita tidak cukup kenal.

betapa manusia itu pelbagai. dan saya mula cuba belajar untuk meraikan. sebab kepelbagaian itu unik. dan jiwa manusia itu halus. dan kaca mata kita tidak sama dengan kaca mataNya.

cubalah. sebab saya dah mula tersenyum. untuk setiap kehalusan jiwa itu.

dan akan sentiasa tersenyum.



lantaran perbezaan itu...
sebenarnya... 
saling melengkapi...

6 comments:

  1. banyak nya yang dia dapat.woaa.kaya dia hari ni.

    ReplyDelete
  2. ~to +akufobia+

    banyak sebenarnya yang KITA dapat. bukan hari ni je tapi setiap hari. kita memang kaya, kan? =)

    psst: pandang la dengan kaca mata seronok. pasti semua manarik~! ^^

    ReplyDelete
  3. Anonymous11/3/11 23:20

    pinjam kaca mata seronok boleh x?

    ReplyDelete
  4. ~to anonymous

    boleh2~! ^^

    bila buat sesuatu, just be positive..
    bila ditimpa sesuatu, just be positive..

    the most important part is, yakin yang Allah aturkan semua keadaan, mustahil ada cacat celanya, kan?

    then you'll get yourself smiling all the time~
    ^_^

    ReplyDelete
  5. Anonymous12/3/11 01:34

    anda beruntung kerana sudah berjaya mencorakkan diri anda dengan celupan yang baik diwaktu usia anda sebegini. harap dapat berkongsi bagaimana anda mendapatkan kekuatan. kerana saya begitu sedih, ramainya remaja diusia anda masih tidak mengenali siapakah diri mereka. berkongsilah wahai sahabat.

    ReplyDelete
  6. ~to anonymous

    Allahumma laa tu aa5izni bimaa yaquuluun...
    waghfirli maa laa ya3lamuun...
    waj3alni 5airan mimma yazhunnuun~

    (ya Allah, janganlah Engkau mengambil kira dengan apa yang mereka katakan..
    dan ampunilah sesuatu dari diriku yang tidak mereka ketahui...
    dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan...)


    alhamdulillahi 3ala kulli hal~
    kata seorang ustaz, tiada sesuatu pun kebaikan yang kita lakukan dengan kudrat kita sendiri. kalau tidak Dia yang dorongkan, kita takkan pernah mampu untuk buat walau sekelumit kebaikan.

    tak pernah rasa berjaya mencorakkan diri dengan celupan yang baik sebenarnya. tapi semoga Allah yang maha membolak-balikkan hati menetapkan hati ini pada agama dan ketaatan kepadaNya.

    dan cebisan tulisan buruk kat blog ini. ambil la mana yang baik. semoga ada manfaatnya. =)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .