RSS

20100519

Ro and Kids~ ^_^

angin..
kau nyanyikan lagu...
 
buat permataku...
tenang selalu...

lalala~
oh, ni post santai ye. kalau tak nak baca pun tak ape..^_^


Ro semasa pregnant~ ^^

sebenarnya semalam saya telah menyambut kelahiran ahli baru Bayt Khosyatullah. 4 ekor semuanya. tahniah buat Ro yang tabah. dah bergelar ibu~

semalam bila saya tukar pasir, saya tengok ada air yang bertakung dalam besen Ro. saya tak fikir apa sangat. ingatkan lambat lagi due Ro ni. tapi bila along kata Ro dah lepak tak bergerak. dan kotak printernya basah. saya yakin. saya akan bergelar nenek. eheh~


ni lepas air ketuban Ro pecah...

contraction~

sian tengok dia..sejam cani~

kami pun angkat la si gemuk ni masuk 'labour room'. pukul 10 malam. tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.30, vagina Ro dah terbuka. 1cm barangkali. sepanjang penantian kami, memang Ro dalam proses contraction. dia teran, menyeringai cam serigala dan pelbagai aksi lain. saya sentuh perut Ro bahagian bawah. 2 ekor. insyaAllah tak lama. *gaya seorang doktor~ eheh~

tepat 11.40, baby pertama Ro keluar. subhanallah! Ro terus jilat-jilat anak dia yang masih dalam kantung. anak dia dah bergerak-gerak. dia masih lagi jilat. dan terus jilat. penuh kasih sayang.

pocha dah keluar!

pocha. nama yang kami beri untuk anak sulung Ro. 10 minit kemudian anak kedua Ro menyusul. Ro mengulangi perlakuannya pada ara pula. tapi agak serabut bila pocha asyik menindih adiknya itu. terasa ringan tangan ini nak mengangkat pocha. cuak kalau ara lemas dalam kantungnya itu.


pocha n ara~ ^^

tapi alhamdulillah. lepas seketika dijilat dan dibersihkan mama mereka, kedua-duanya lincah mencari breast. lapar agaknya. aisy~
baru keluar dah nak makan. =,=!


kuat makan la..aisy~ =,=!

kami menanti lagi. kalau ikutkan size perut Ro, mustahil hanya pasangan ini. kami menanti dengan sabar kedatangan adik pocha dan ara. Ro kembali resah. kami perasan contraction yang berlaku pada muscle perutnya. pukul 12.27 malam 19 mei, anak ketiga Ro, eric keluar. dan dengan jarak 21 minit, erin keluar. and this is the last i guess~


eric~ ^_^

erin~ ^_^


Ro memang sangat penat. kami menantikan kemungkinan anak yang ke lima atau ke enam. mungkin. tapi dalam keadaan masih kotor, dia berbaring. dikelilingi anak-anak yang baru lahir ke dunia. dan dia tertidur.


penat ya, Ro...

masa tu dah pukul 1.30. bila Ro terus tidur, doktor-doktor yang tak bertauliah ni decide yang anak Ro hanya 4. ya, 'labour room' dah dipadam lampunya. esok doktor-doktor ni masih ada kuliah yang menanti. =,=!


comeeyyy! ^^,



PADA CIPTAAN ALLAH~

alhamdulillah. Allah bagi saya peluang menyaksikan one of His wonders. kelahiran seekor kucing. sebelum ni saya pernah menyaksikan live kelahiran seorang bayi. it's very different. dan sangat mengagumkan. subhanallah. tapi saya malu pada binatang.

saya teringat pada lirik lagu maher zain. open your eyes.


look around yourself..
cant you see these wonder..
spreaded in front of you...


dan kali ini memang jelas. depan mata saya. saya saksikan bagaimana binatang yang tanpa akal boleh ada sense of loving and caring. dia tahu apa yang dia perlu buat untuk bersihkan anaknya. untuk putuskan tali pusat. untuk pastikan anaknya bernafas. dalam keadaan tenang dan tanpa bantuan. dia berusaha lantaran menghargai kurniaan Allah padanya dan dia seekor binatang.

apa yang kita boleh kata pada manusia yang dikurniakan akal tetapi membuang anak. menggugurkan kandungan. mendera kanak-kanak. dan melayan mereka yang masih kecil seperti binatang. oh, saya rasa kita tak boleh umpamakan seperti binatang kerana binatang pun sayangkan anak!

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat)



أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi



أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
mereka itulah orang-orang yang lalai


manusia seumpama ini dilabelkan lebih sesat daripada binatang. lantaran dikurniakan akal, hati dan lain-lain tetapi tidak digunakan ke arah apa yang Allah redha. mereka orang-orang yang lalai dengan peringatan yang Allah beri. membelakangkan kurniaan dan berajakan nafsu. sungguh mereka sesat.

malulah kita kepada binatang. bukankah kita sebaik-baik ciptaan Allah?


tidur la sweety pie..love u!


bayu..
sampaikan berita...
 
daku kini ceria...
aman dan bahagia...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .