RSS

20110315

Ro, oh Ro~

halus jiwa manusia... 
jangan sampai terkeliru...
raikanlah...
kelak kau tahu...


tadi buat kek batik untuk majlis Cerita Cinta kami. ingin meraikan kakak batch kami yang sudah rasmi bergelar isteri. wah~! memang sangka sebenarnya jadi tak la terkejut sangat. ^^

tahniah buat kak gg.

sudah menjadi sayap kiri seorang lelaki.
penyejuk di mata.
penawar di hati.

dan semoga tidak lupa, seorang suami itu hanyalah pinjaman.
menarik juga kalau kongsi. nah, baca~! ini dan ini~ ^^

eh, err. ok. lari topik. (=,=!)

sebenarnya nak cakap. start dari saya pukul telur, sampailah adunan saya masukkan dalam loyang, Ro duduk je atas meja makan tu. teman saya buat kek batik. dengan senyuman yang saya dapat rasa ada udang di sebalik batu.

bagi dia rasa kek tu, tak main la makan sendiri. nak kena bagi jari jugak baru dia menjilat dengan lahap. sedap katanya. dan saya bertambah suspicious.


"jangan lupa post. barter Ro teman buat kek tadi~!" -Ro

cett. (=,=)
dah agak dah.




video

sekadar meraikan hati Ro yang berbunga dapat video first dari peminat. tak sangka tua-tua pun ada lagi yang minat. kalah tuan dia

dan terima kasih juga buat Peminat Setia Ro ni. susah-susah je. terharu saya Ro. ^^



kadang saya tertanya, ada ke subuh yang lebih indah selain setiap subuh?



15 mac 2011
.........
04:45




nota kaki 1: video ni betul-betul ceriakan hari saya dan Ro~ ^^

nota kaki 2: saya rasa blog ni dah jadi blog Ro, kan? sebab dia lagi femes. siap ada peminat lagi. lepas ni boleh la tukar blog administrator. ha~

nota kaki 3: again kek batik 1st trial. semoga semua orang boleh telan nanti. ^^ (err, izzah~ pie nenas tu tak buat kott~ ^^)

nota kaki 4: kelas tafsir jalalain semalam. ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. husnuzzhon. menghukum. kaca mata. pandangan kasih sayang. لولا الحيثيات لبطلت الحكمة . mungkin saya perlu selak kembali lembaran-lembaran lama tulisan saya. supaya ia kembali menasihati diri.



dan halus jiwa itu... 
jangan sampai terkeliru...
ia bukan alasan...
untuk kita mencipta alasan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .