RSS

20091122

rosella~

gelagatmu mencuit hati...
menghiburkan diri...
mengusir sepi...


saya tak nak bercerita panjang pon. sekadar meraikan kedatangan ahli baru ke bayt kami, bayt khosyatullah. dia dah jadi permata hati kami. selalu tunggu kami pulang. dan kenakalannya bertambah dari hari ke hari. hyperactive!


Ro zaman muda~


namanya rosella. kami panggil Ro je. jangan tanya kenapa coz kami akan jawab, "suka hati kami la.." =p
besdaynya 10 november = tarikh kami jumpa dia depan imarah kami. sian dia. mase tu kurus je. lapar dan sejuk. kami pun amik, bagi makan, mandikan dan bagi kasih sayang. heh.


tido pon atas riba..huh


makin hari dia makin aktif. gembira kami tengok. bayt kami dah mula jadi tumpuan tempat release tension. tengok gelagat dia memang menyenangkan...




suka kacau orang study. bila marah tau pulak tido. hehe


Ro ni kecik lagi. tak pasti lak brape umur dia sebenarnya tapi yang sure dia ni masih menyusu. gigi pun takde lagi except gigi taring. sebelum tido dia suka je nyonyot tangan kami. gigit-gigit manje. heh..sakit gak tuh!



eksyen bila tau saya snap gambar dia...=p


dia ni amat suka main. fitrah budak2 kot. even tangan kaki kami statik tak bergerak pon dia boleh aim. gigit-gigit. antara yang dia suka tuk asah gigi dia tu tangan ngan kaki kami la. mujur kecik lagi. gigi still tak cukup. kalo tak mau naik "belembang" sebijik dua. haha! kalau la dia sebesar sudin, tak maunye kami main-main camtu ngan dia. cari nahas tu..=p



ni dia sekarang. amat cepat besarnya terutama bahagian perut. haha~



tak banyak pun nak cerita. pada mereka yang belum lagi tengok anak kami ni, sila datang ziarah ke bayt khosyatullah ye. sila main-main dengan dia sehingga tangan kamu diukir dengan peta jordan oleh kuku Ro seperti yang kami dapat sekarang.

sekian saja melaporkan~



kami sayang kamu, Ro~



baru kini ku rasa...
baru kini kuhargai...
perancanganMu yang terbaik...ya Rabbi..

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .