RSS

20110928

sunset II~

kau bebola indah sayu...
dibenci tatkala kau tegak di kepala...
dirindui saat terbenam kau pergi...







"izzah, apa yang cantik pada mentari?"

"peh, soalan!"

"eh? err..haha~"


soalan itu bukan untuk izzah sebenarnya. soalan itu terlalu menghentam dalam dada, sehingga terjemah dalam bentuk kata-kata tanpa disedari.


mentari, apa yang cantik pada kau sebenarnya?




26 september 2011
18:20
real sunset, 500 steps,
belakang irbid mall~





saat jatuh kau menjauh...
saat mega bertaburan ufuk...
saat warna membujuk suasana...
kau hanya menyampaikan satu...

20110925

professionalism dalam muamalat~

dalam indah dunia...
selalu terselit rencana...
tajam menikam...
bisa menular...



"akak cuma nak tanya sikit lah kan. pendapat adik-adik. sekarang ni, adik-adik mungkin boleh menolak ajakan akak-akak senior, kan. berhadapan macam ni, adik-adik boleh tolak kan? dengan alasan tiada keperluan tetapi bagaimana pula dengan di alam maya seperti facebook, twitter, ym, blog dan sebagainya? sejauh mana keperluan muamalat syabab dan akhawat? akak nak minta pendapat adik-adik~"

*senyap*

"err, kak. saya nak bagi pendapatlah. bagi saya, ym, twitter, facebook ni, sepatutnya sama dengan cara kita bermuamalat depan-depan. maknanya kena berpada-pada lah. ikut keperluan. kalau contohnya nak tanya soal belajar ke, soal persatuan ke, boleh la~"

"okay, that's the point. sekarang akak nak tanya, awak ada facebook?"

"err..ada"

"ada kawan akhawat?"

"err..ada"

"pernah tak saja-saja drop comment kat status kawan-kawan akhawat tu? saja-saja. tanpa keperluan?"

*senyap*

"ada." respon seorang pelajar lain.

"that's it. teorinya ada, jadi mana praktikalnya?"

"tapi kak, saya rasa ada keperluannya. contoh nak tanya khabar ke, mengeratkan silaturrahim. kalau tak kita tak tahu tentang diorang. senyap je takde berita. kalau contoh dengan tunang, nak telefon kan jadi benda lain. ikut facebook la kita nak berhubung pun. tapi jangan lebih-lebih mengarut sampai menimbulkan syahwat dah la. maknanya ada la keperluan kat situ~"

*breathing deep*

"antum kena faham. maksud akak ni lain. akak ni bukan nak kita jawab persoalan dia ke apa tapi kita kena berlapang dada, terima. pendapat ana, facebook ni macam virus. once kita buat, lama-lama boleh jadi addicted. mula-mula sikit-sikit, boleh kawal. lama-lama dah jadi lain. berani sikit. berani lagi. lastly, yang berkeperluan pun dah jadi tak ada keperluan." sampuk seorang pelajar lain.

"that's it. akak suka point awak. itu yang akak nak tekankan. memang facebook ni macam virus. bezakan dulu soal keperluan. kadang-kadang kita ni, depan-depan malu tapi kat alam maya, hilang semua. sebab tak ada orang tengok, kan? kita rasa bebas. hilang sifat malu. sedangkan muamalat antara syabab dan akhawat, mana-mana medium pun, peraturannya tetap sama."

"ok2. tapi saya nak tanya, takkan akak tak pernah saja-saja komen status syabab?"

*senyap. bunyi kipas. dan tarik nafas panjang*

bismillah~
"to be honest, dalam facebook akak tak ada lelaki kecuali abang dan cousin."

*senyap lagi*

"oh~"


*****


ya Allah. betapa aibku di dunia Kau tutupi. dengan secebis ikhlas di sebalik dosa menggunung, semoga dosaku tidak menjadi hijab untuk Kau lorongkan hati-hati mereka pada jalanMu.

saya terkelu sebenarnya. saya tahu, kali ini Allah tutup aib saya. dalam gegar saya berbicara, alhamdulillah ia bukan sekadar kata-kata.

seperti saya lebih suka perbuatan menjadi qudwah, saya yakin orang lain juga begitu. dan berani dalam bicara saya kerana ia seiring perbuatan.

tapi saya risau diuji dengan kata-kata. pada setimbun bicara lain saya yang mungkin hanya sekadar omong kosong. seperti tin, bising tetapi tidak bermakna.

adik-adik,
akak cuma ingin adik selami apa erti professionalism dalam muamalat yang sebenarnya. jom sama-sama kita berlapang dada. anggaplah kita tidak tahu dan cari semula apakah kadar-kadar mualamat itu.

dan seperti yang akak kata, kata-kata kita pasti diuji. semoga Allah bantu saat ujian menimpa atas setiap kata-kata akak.




Minggu Haluan Siswa 2011
24 september
12:15




nota kaki: redup awan, sejuk bayu, halus hujan sentiasa menenangkan. meski renung kosong yang kuberi, kau balas penuh berisi. alam, tak pernah mengecewakan~




pada apa bicara...
pahit itu ubat...
dan sakit rohani
hanya padaNya letak penawar...

20110921

antihomesickness~

pada rindu yang terusik...
getar jiwa terus berlagu...
mengharapkan kekuatan...
menjalani kehidupan...



antihomesickness?



suatu ketika dahulu, saya pernah menyukai quote "antihomesickness=friends". kerana mungkin waktu itu saya rasa quote itu amat betul. atau mungkin kerana berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan sudah menjadi keluarga kedua. atau mungkin kerana adat seorang perantau, quote ini menyedapkan hati.

kawan, sahabat, rakan, teman. kehadirannya sentiasa menemani sepanjang hidup kita. beza mungkin pada keakraban ataupun pertemuan. tapi perkenalan pertama sentiasa melanjutkan hubungan persahabatan. sentiasa memberi tanda, kita pernah saling mengenali meskipun jarang berhubung.

kepulangan saya tempoh hari ke tanah air mencetuskan satu perasaan aneh berkaitan istilah persahabatan. sepanjang hidup saya di malaysia mahupun di jordan, seingat saya, saya tidak pernah saja-saja keluar bersama kawan-kawan. saja-saja yang benar saja-saja. tanpa urusan yang dirasakan perlu.

tapi hari itu dengan izin kedua ibu bapa, saya keluar. bersama rakan-rakan sekolah yang sukar saya ingat keakraban saya dengan mereka. dan saya tidak menyangka yang saya begitu diraikan. dan baru-baru ini juga saya keluar saja-saja dengan kawan-kawan. dan lagi sekali soalan itu saya tanya,

"selama ini, apa yang saya buat sebenarnya, ya?"


*****


ukhwah fillah. sebenarnya hanyalah satu ungkapan. yang kadang kita lupa, ungkapan tanpa disusuli perbuatan umpama tin kosong. bising tapi tidak berisi. dan lebih malang lagi syndrome ukhwah fillah ini lebih terkenal dalam kalangan mereka-mereka yang kelihatan 'terisi' dengan usrah. dengan jemaah.

lalu dengan gah setinggi langit, ungkapan itu dicanang. ukhwah itu dieratkan. sesama mereka. sesama sahabat yang sedia rapat lalu terlupa, ukhwah fillah adalah hak setiap manusia. ukhwah fillah adalah hak sesama manusia. dan setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza.

bersahabat kerana Allah adalah bersahabat menuju keredhaanNya. bukan diangguk setiap perkara, tetapi ditegur pada yang tidak kena. dengan harapan berpimpin tangan menuju syurgaNya. pada saya tidak perlu ungkapan bergegar parlimen, cukuplah perbuatan menjadi qudwah.

kadang melihat sahabat yang kurang 'terisi' menerbitkan rasa sedih kerana mantapnya erti persahabatan pada mereka sedangkan yang 'terisi' terlalu tertutup dek rasa selesa berada dikalangan yang sedia faham dan kemungkinan besar tersalah faham dalam aplikasi.

dan pakaian, bukan modal utama untuk kita berkelompok. dan pakaian, bukan modal utama untuk kita menghakimi seseorang.

saya perlukan teguran. bukan anggukan pada setiap perkara. saya perlukan perbuatan. bukan berapi pada berkata-kata. ini cara saya ditarbiyah. kerana saya percaya, kita semua cukup dewasa untuk menggunakan akal.

dan saya, bukanlah seorang yang sempurna. dan saya, sahabat semua~
=)


my only antihomesickness~ ^^


nota kaki 1: saya homesick~

nota kaki 2: Ro gemuk, tembam, gebu, sedap peluk dan saya rasa dia pregnant (again). and please note the bell around her neck~! suka sangat dengar bunyi loceng tu bila dia lari~ haha~ ^__^

nota kaki 3: 1st week of lectures yang sangat blurr. musculoskeletal system, please be easy on me. on us. please. please. please~~

nota kaki 4: oh, minggu haluan siswa yang betul-betul seminggu. kalau dulu nama je minggu tapi 2, 3 hari je. semoga dapat menjadi fasi yang betul-betul fasi~! =.=




dan yang maha kuat...
terus menyalurkan...
menyubur cinta...
wasilah syurga...

20110911

aliran hidup~

kadang jernih...
tidak mencerminkan suasana...
gelodak hati...
hanya di tanganNya...





"hmm. apa yang ada kat atas tu? ma, asal air terjun dari mana ya? mata air ke?"

"air hujan la." abang afik menjawab bila ma diam mengangkat bahu.

"tapi kalau air hujan, takkan tak habis?"

"subhanallah~" abang afik tersengih-sengih.

dan saya tersenyum. dalam hati saya mengakui, itu jawapan yang paling tepat. jawapan yang hati saya inginkan tatkala sensitivitinya terasa semakin kurang. jawapan yang memuaskan jiwa. meskipun dalam kepala saya masih dipenuhi tanda tanya.

saya masih merenung ke atas. tempat yang saya sampai di Air Terjun Saok itu masih belum puncaknya. tetapi makin ke atas, makin berbatu. dan tempat kami mandi ini pun, serasa seperti tiada orang yang pernah sampai. cukup jauh kami berjalan ke atas. air yang turun pun beraliran kecil lantaran batu besar dan banyak lebih menutupi.

ingin rasanya meneroka sehingga punca air ditemui. tetapi mengingatkan si ibu, hasrat dipendamkan. kakak pula sedari tadi terasa seram dengan kanan kiri hutan. maka saya hanya mampu merenung ke atas. dan merenung. sambil kaki bermain-main mesra dengan anak-anak ikan.


dan saat itu, saya teringatkan ini~


Apabila hujan turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih.

seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung



senyum. dan terus senyum.



"sejalan nafas melangkah ke hujung~"




nota kaki 1: flight 14 september ni. tak sabar nak balik jordan. tak sabar nak mulakan tahun baru sebagai seorang pelajar~ wee~ ^^

nota kaki 2: 'upah' menjaga anak saudara, handphone saya rosak. habis hilang semua contact number. kalau ada nanti saya tanya "siapa ni ya?" jangan kecik hati ya~ ^_^"

nota kaki 3: rindukan Ro jordan. tapi gusar memikirkan kalau nanti saya rindukan malaysia. ='(



semampu aku muhasabah...
ya...
segagal aku bertindak...
mengalir air mata...

20110906

animal hunter~

gegar cinta hati...
memahami yang tersembunyi...
biar bisu tanpa erti...



nota tangan: this is a requested post~ =)


cuti saya 3 bulan. memang terisi. positive thinking, banyak ibrahnya. negative thinking, memang meletihkan dan memeritkan. well, some of it.

tadi skype dengan Ro buat entah ke berapa kalinya. rindu yang teramat, terubatlah sedikit. Ro nampak gemuk, putih, gebu tapi still gatal macam dulu. asyik nak dating dengan Mr. Tom depan rumah.

selain ubat rindu melalui itu, saya rasa bermesra dengan binatang sedikit sebanyak membantu. untung ada abang ipar yang pelik. rumah di bandar tapi penuh dengan binatang. itu pun tak terjaga sangat.

hari tu transit kat rumah dia, saya yang bersungguh "melayan" mereka. paling favourite, cacacoklat dan bunny (tapi saya panggil dia bebit). nama ni pun saya yang bagi. tanya kakak, "mana ada nama~" =.=!

before. kesombongan yang nyata~ XD


bebit arnab jenis bugs bunny. bulu putih gebu tapi mudah kusut kalau tak disikat. mata merah saga. cacacoklat pulak arnab jenis bulu karpet. memang tak ada masalah la.

kesian dengan bebit yang comot tak terurus, saya ambil keputusan untuk cantikkan semula bulu dia. kakak saya kata, bebit ni sejak dibela tak pernah disikat bulunya. aisy~ jadi, atas saranan kakak, saya mulakan kerja 'barber' saya. XD

starting. hehe~

dah berani potong bulu luar sangkar~ =)

setel. muka bebit bahagia~ ^^


tapi yang syok, kata kakak saya, bebit ni garang. pernah gigit tangan dia dan tak pernah keluar sangkar. tapi bila saya mula beranikan diri 'tegur' dia, bebit dah makin ceria. manja gila dengan saya! siap berdukung lagi~ ^^


lepas dimandikan~


selain mereka berdua, abang ipar saya bela wonderpet. landak. iguana. burung merpati, kakak tua dan beberapa jenis lagi yang saya tak kenal. kura-kura. dan apa lagi entah.

kucing sesat~ XD

ni pun sesat. jiran sebelah punya~ =.=



wonderpet! dan landak~



iguana~ =.=!







yang paling kaya, abang ipar saya ada 5 ekor tokek. boleh google kalau tak tahu. tokek ni makanan dia tikus putih. saya pun tak tahu la kenapa pelik sangat abang ipar yang sorang ni. tapi, tokek ni kalau dapat sekor, fuhh kaya kott~ XD


bernilai puluhan boleh jadi ratusan ribu ringgit~



hari tu masa family gathering kat tasik kenyir, dia sanggup beli ikan belida dengan harga rm1200. oh ya. tak ada sorang pun antara abang-abang saya yang dapat ikan besar hari tu. ikan kecik-kecik, ikan tahi lalat ada la. dan saya la orang paling kuat gelakkan mereka. (ok jahat gila~) XD

baik la ma saya yang tangkap ikan comel kat air terjun. nak letak dalam akuarium kat rumah. banyak juga dapat. guna tangan je, tak ada la membazir beli joran umpan ikan keli, umpan gewang segala. huhu~

dan hari itu, saya berkenalan dengan baby burung layang-layang. sayapnya patah. saya urut-urut dan jaga. bagi makan 4life (sila google kalau tak tahu) dan ambil keputusan untuk bawa pulang. jaga dia sehingga pulih dan lepaskan semula.

oh. model tu hiasan semata~ =D
sangat best sebab dia suka bertenggek kat tudung saya. jadi ke mana-mana pun dia ikut je. rasa macam ada one new best friend~!

but sad to say, 2 hari kemudian dia meninggal. gila sedih. tapi saya dapat rasa je sebab abang-abang saya kata kalau burung layang-layang, sekali dia jatuh, dia takkan dapat terbang lagi. dia takkan mampu naik ke atas lagi.

dan oh ya, kakak saya bagitahu jugak. seminggu selepas saya barber kan bebit, dia meninggal. jadi siapa kata "tak pernah lagi arnab mati kalau kena potong bulunya?"



nota kaki 1: currently kat Kota Bharu. mengasuh anak kakak. mencabar sungguh. dan suasana dalam sebuah keluarga yang baru hendak berkembang buat saya takut. tengok rumah baru kakak yang on off pembikinannya ikut keadaan kewangan buat saya terfikir. mungkin saya dah patut mula hentikan melancong dan mulakan saving? for a better future(?) XD

nota kaki 2: next week dah nak balik jordan. tiba-tiba rasa tak ada semangat nak balik sana. the only trigger pun, Ro. kalau hari tu saya bawa balik malaysia si Ro tu, tak balik-balik la saya ke jordan~ XD

nota kaki 3: oh ya. saya belikan Ro rantai baru. selepas merata saya cari setiap kali pergi mengembara ke negara orang. akhirnya beli di negara sendiri~ ^^




kerana mungkin...
tanpa akal...
nalurinya lebih hidup...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .