RSS

20110928

sunset II~

kau bebola indah sayu...
dibenci tatkala kau tegak di kepala...
dirindui saat terbenam kau pergi...







"izzah, apa yang cantik pada mentari?"

"peh, soalan!"

"eh? err..haha~"


soalan itu bukan untuk izzah sebenarnya. soalan itu terlalu menghentam dalam dada, sehingga terjemah dalam bentuk kata-kata tanpa disedari.


mentari, apa yang cantik pada kau sebenarnya?




26 september 2011
18:20
real sunset, 500 steps,
belakang irbid mall~





saat jatuh kau menjauh...
saat mega bertaburan ufuk...
saat warna membujuk suasana...
kau hanya menyampaikan satu...

9 comments:

  1. Anonymous28/9/11 00:53

    pada mata yang menjalar
    serata senja yang mengajar

    almhamdulillah, jumpa jugak tempatnya.

    :D

    ReplyDelete
  2. Anonymous28/9/11 01:17

    hah

    500 ke sebenarnya?
    langkah syabab kot 300 tuu.

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak turun hari ni.
    lokasi yang tak jadi rahsia lagi.

    sobs3

    ReplyDelete
  4. yg cantik pada mentari
    bila adanya langit
    yang sedia diwarnai
    yang sedia dihiasi
    dengan lukisan mega
    milik mentari

    p/s:apa2 pun, kembali kepada mata yg melihat, akal yang berfikir dan hati yang merasa. ^_^ moga sahaja yang indah, yang cantik pada mentari itu membawa kita kepada DIA.

    ReplyDelete
  5. ~to anonymouses

    ^_^"



    ~to 26jd

    oh, maaf. tak tahu tu tempat rahsia. lepas ni tak pergi dah, insyaAllah~



    ~to nima

    apa yang cantik pada mentari
    terlalu gah dipandang
    sehingga pernah menjadi sembahan
    ternyata ia satu penghinaan

    apa yang cantik pada mentari
    dalam pilihan ibrahim mencari tuan
    akhirnya kalah kerana 'hilang'
    dan dia berlepas diri dari apa yang disembah kaumnya

    apa yang cantik pada mentari
    sehingga bangga disebut Tuhan
    membanjiri kalam dalam alquran
    tanda kekuasaan beri pengajaran

    mentari,
    bagi pemuja sepeti aku
    kau bebola indah sayu
    dibenci tatkala sombong kau di atas kepala
    tetapi dirindui saat terbenam kau pergi

    mentari,
    saat jatuh engkau menjauh
    saat mega bertaburan ufuk
    saat warna membujuk suasana
    kau hanya menyampaikan satu

    aku bertuhan
    ya, aku bertuhan




    psst: yang cantik pada mentari
    bila ia terlalu memberi

    dalam biasan cahayanya
    mungkin intan yang buta~
    =)

    ReplyDelete
  6. ok kalah lagi~ keh3..

    ReplyDelete
  7. -,-'
    saja je katakan tu tempat rahsia, jgn amik serius.
    pegi je, bumi ni milik Allah,bukan milik saya.
    takde kuasa sy nak larang sesiapa pergi.

    pegi2, nikmati keindahan Rabb..
    :-)

    ReplyDelete
  8. Anonymous30/9/11 05:22

    tentu belum lupa kan,

    'Siram suburkanlah rasa keindahan yang ada dalam jiwa saudara, sebab dialah alat penangkap keindahan di luar diri.'

    =)

    ReplyDelete
  9. ~to nima

    kihkih~

    yela tu, izzah~
    c(=



    ~to 26jd

    =)



    ~to anonymous

    maka bertanyalah diri terhadap diri: "apakah yang indah ini, di mana aku tahu apa yang indah. di mana yang sebenarnya indah itu. adakah aku meresapi keindahan, kalau dalam aku sendiri tidak ada keindahan?"

    antara yang favourite.

    mestilah belum dan takkan lupa~
    insyaAllah~

    =)

    ReplyDelete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .