pada rindu yang terusik...
getar jiwa terus berlagu...
mengharapkan kekuatan...
menjalani kehidupan...
antihomesickness? |
suatu ketika dahulu, saya pernah menyukai quote "antihomesickness=friends". kerana mungkin waktu itu saya rasa quote itu amat betul. atau mungkin kerana berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan sudah menjadi keluarga kedua. atau mungkin kerana adat seorang perantau, quote ini menyedapkan hati.
kawan, sahabat, rakan, teman. kehadirannya sentiasa menemani sepanjang hidup kita. beza mungkin pada keakraban ataupun pertemuan. tapi perkenalan pertama sentiasa melanjutkan hubungan persahabatan. sentiasa memberi tanda, kita pernah saling mengenali meskipun jarang berhubung.
kepulangan saya tempoh hari ke tanah air mencetuskan satu perasaan aneh berkaitan istilah persahabatan. sepanjang hidup saya di malaysia mahupun di jordan, seingat saya, saya tidak pernah saja-saja keluar bersama kawan-kawan. saja-saja yang benar saja-saja. tanpa urusan yang dirasakan perlu.
tapi hari itu dengan izin kedua ibu bapa, saya keluar. bersama rakan-rakan sekolah yang sukar saya ingat keakraban saya dengan mereka. dan saya tidak menyangka yang saya begitu diraikan. dan baru-baru ini juga saya keluar saja-saja dengan kawan-kawan. dan lagi sekali soalan itu saya tanya,
"selama ini, apa yang saya buat sebenarnya, ya?"
*****
ukhwah fillah. sebenarnya hanyalah satu ungkapan. yang kadang kita lupa, ungkapan tanpa disusuli perbuatan umpama tin kosong. bising tapi tidak berisi. dan lebih malang lagi syndrome ukhwah fillah ini lebih terkenal dalam kalangan mereka-mereka yang kelihatan 'terisi' dengan usrah. dengan jemaah.
lalu dengan gah setinggi langit, ungkapan itu dicanang. ukhwah itu dieratkan. sesama mereka. sesama sahabat yang sedia rapat lalu terlupa, ukhwah fillah adalah hak setiap manusia. ukhwah fillah adalah hak sesama manusia. dan setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza.
bersahabat kerana Allah adalah bersahabat menuju keredhaanNya. bukan diangguk setiap perkara, tetapi ditegur pada yang tidak kena. dengan harapan berpimpin tangan menuju syurgaNya. pada saya tidak perlu ungkapan bergegar parlimen, cukuplah perbuatan menjadi qudwah.
kadang melihat sahabat yang kurang 'terisi' menerbitkan rasa sedih kerana mantapnya erti persahabatan pada mereka sedangkan yang 'terisi' terlalu tertutup dek rasa selesa berada dikalangan yang sedia faham dan kemungkinan besar tersalah faham dalam aplikasi.
dan pakaian, bukan modal utama untuk kita berkelompok. dan pakaian, bukan modal utama untuk kita menghakimi seseorang.
saya perlukan teguran. bukan anggukan pada setiap perkara. saya perlukan perbuatan. bukan berapi pada berkata-kata. ini cara saya ditarbiyah. kerana saya percaya, kita semua cukup dewasa untuk menggunakan akal.
dan saya, bukanlah seorang yang sempurna. dan saya, sahabat semua~
=)
my only antihomesickness~ ^^ |
nota kaki 1: saya homesick~
nota kaki 2: Ro gemuk, tembam, gebu, sedap peluk dan saya rasa dia pregnant (again). and please note the bell around her neck~! suka sangat dengar bunyi loceng tu bila dia lari~ haha~ ^__^
nota kaki 3: 1st week of lectures yang sangat blurr. musculoskeletal system, please be easy on me. on us. please. please. please~~
nota kaki 4: oh, minggu haluan siswa yang betul-betul seminggu. kalau dulu nama je minggu tapi 2, 3 hari je. semoga dapat menjadi fasi yang betul-betul fasi~! =.=
dan yang maha kuat...
terus menyalurkan...
menyubur cinta...
wasilah syurga...