RSS

20111029

lakaran~

tersentuh pada sebuah cerita...
lakarannya seolah sama...
derita hati...
bayang seuntai saksi...






makin dilihat bertambah indah. bertambah indah. dan bertambah indah. sukar rasanya mencari kecacatan pada ukiran Tuhan yang maha sempurna.

langit biru. umpama kanvas sebuah lukisan. corak awanan, halus terukir seni tangan tiupan bayu. dan pastinya mata kita adalah pelukis paling hebat. dari sisi mana kita melihat, dari sisi itulah hati merasa.

dan pastinya. saya tersedu pada lakonan sebuah retorik. saya tergamam pada kata yang diungkapkan yang kemudiannya terpaksa disusuli dengan istighfar. cuma berharap, pada setiap itu, tarbiyah merangkumi kami dan mereka.

biasan cinta dakwah dan ukhwah. pengakhirannya adalah sebuah kekuatan. dijana saat diri disapa futur. terukir saat hati merasa luntur. jangan kosongkan pandanganmu pada sesuatu yang kamu benci. isilah dengan impian yang kamu ingin gapai.

kerana saat teraminnya doa, hanya kun fayakun kalamNya. maka jadilah ia~

alhamdulillah~




*****




"saya teringin ke cordoba bersama dengan awak. boleh tak?"


aaaaaaaaaa~! my heart screamed at this part~! ^_^"




nota kaki: ok. jom study~ =.=





dan berpaksi janji rabbi...
kita menjunjung cita...
semoga pada pengakhirannya...
sebuah syurga...

20111027

presence~

bukan pada kata...
aku meminta...
cuma kadang...
inikah jalannya?









dari dalam...
konkrit bata yang tertutup...
suara bergema meluah bicara...
bersama diamnya mahasiswa...
melabur fokus...

saat itu...
terbelah dentuman dari luar...
menyapa gegendang telinga...
berbunga hati penuh berharap...
dengan senyuman terukir...

guruh...
kau kuharap diiringi...
cahaya indah petir...
dan diri ini kuharap disirami...
dingin rintik kecil...
lagi...




30 april 2011
12:12
fiQhmeDic~







jumpa dalam buku nota. buruk sungguh. =.=

semalam, keluar library, saya tak nampak rintik itu. saya tak rasa dinginnya ia. saya tak basah disiraminya. tapi saya boleh hidu segarnya ia.

kadang baru saya faham. influenced things (or persons perhaps) in my life doesnt mean that they need to be there. i just need to feel them there.

just like the rain today. he's nowhere to be seen but i can smell him. i just know his presence~


senyum memanjang.




nota kaki: menyempat. intan, selamatlah la ya minggu ni. cant imagine myself without smiling~ haha. ^_^"




mungkin kita lebih tahu...
terbaik pada rasa...
tapi Dia lebih tahu...
terbaik pada masa...

20111025

pelat~

pandangan si kecil...
tak jauh bezanya...
dengan si dewasa...



 hero 1: ahmad afiq faiq





hero 2: muhammad hadif adha

 





lokasi: houseboat, tasik kenyir, terengganu



masa: 14:20, 01092011



suatu petang yang damai. empat beranak sedang bermain carom. puteri-puteri di dapur sedang memasak. putera-putera di dek sedang memancing. si kecil- si kecil dalam dunia mereka sendiri.



tiba-tiba.


"ibu, dia cakap pelat op?"

si ibu tercengang. menumpukan perhatian.
"siapa fiq?"

"tu. hok aka suor kor hoo."
[bahasa fushah: "itu, yang pakai seluar askar tu."]

menunding pada hadif.




*sunyi*





tiba-tiba houseboat sedikit teroleng. ikan-ikan bertempiaran, meninggalkan umpan lazat pada mata kail. saya menahan gelak.

yang lain tidak berselindung, terus ketawa dengan gelagat budak 'dewasa' itu.





afiq, afiq..
paku dulang paku serpih!





*****


kena letak ni.


hero 3: muhammad hafiy




hero 4: coming soon. tapi cadangan nama baru ada dua. alahai. susah rupanya nak bagi nama kat anak sendiri saudara ni. =.=!


 *****



kadang, tidak semua si kecil itu kecil. mereka dewasa. dalam dunia mereka sendiri.



alahai semua. cik in rindu~! ^^


skandal sungguh gambar ni, kan? XD







mungkin hanya beza...
pada cara diterjemahkan...
cara diungkapkan...

20111023

kembara alam~

tanya sama pokok...
apa sebab goyang...
jawab angin yang goncang...


dia terduga. dalam masa sehari tiga kerja mencari. itupun betul-betul sehari sebelum exam mid MSS. kerja yang memerlukan timbang tara. dalam keadaan yang keseluruhannya tidak stabil, she feels like crying, yet she's smiling.

'alhamdulillah, dalam sehari berdebuk-debuk Allah tunjukkan jalan untuk kekal mencari kekuatan. Allahu ni3mal maula wa ni3mal wakiil~'






dia memejamkan mata. irama itu bergema. musik halus yang meruntun jiwa. berbisik indah. aliran itu menurun, sejajar langkahnya yang diatur. meriak-riak melanggar batuan kecil. hatinya bergema.


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ


dia menyusur lagi. senyum kecil menghiasi bibir. terhibur dengan bisikan geseran angin menggerakkan daunan. bebatu yang dipijak terus bergeser sesama sendiri. mengalunkan bunyi kecil. meraikan kedatangannya.


وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ



dia terhenti pada satu saat. mendongak ke atas. titisan kecil menuruni tebing batu yang tinggi. berpecah halus tatkala sampai ke bumi. lembut menitis pada wajahnya. matanya dipejam. menikmati.


لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ



senyum lagi dia. pada si kecil ikan yang bermain pada hujung riak jubahnya yang basah mencecah pemukaan air. diangkatnya sedikit, mengejutkan si ikan. terus dia melangkah. mengukir senyum. berbunga di hati.


ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا


dari jauh hatinya tergeletek. tebing yang melorongkan meredupkan suasana. gema jerit mereka meriang. membasah diri bersimbahan. kembali dia memerhatikan. hijau lumut pada tebing diselaputi air yang menurun.


وَقُعُودً۬ا


dia memandang ke belakang. jernih air yang mengalir seolah menuju ke dakapannya. indah berkilau dipancar mentari pagi. mengalun kecil menyentuh kaki. melewati dan terus berlalu. mencari hujung segala hujung mungkin.


وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ


hatinya basah.


يَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ


dia mengalur lagi. menuruni tebing. dan kembali mengalur. air secetek itu membuatkan dia cemburu. dan tiba pada satu tempat dia terdiam. merebahkan diri. basah. irama itu bergema. musik halus yang meruntun jiwa. berbisik indah.


رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬


dia berbaring. membiarkan alunan lembut itu menyapa mesra meskipun lencun. dia tenang. damai.


سُبۡحَـٰنَكَ


alam tidak pernah gagal mengajar. mungkin kerana zikirnya yang tidak henti.


فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 


dia memejamkan mata.





nota kaki 1: kasut brugges saya dah selamat dikebumikan.

nota kaki 2: favourite. and always be. bila 'sesak', saya lebih suka berbicara dengan alam. jawapannya selalu benar. dan damai. dan saya lebih suka (berharap sebenarnya), dapat berkongsi perasaan yang sama~

nota kaki 3: jom adik-adik. akak dah bersedia. jom sama-sama kita berjuang, dalam medan perperangan yang sebenar~






terbang burung terbang...
patah sayap diduga...
seandainya rebah...
kau masih ada...

20111016

overdose~

kadang hujung jalan...
samarnya berkabus...
hujannya merintik...
sejuknya mencengkam...







a physician said:

"i have been practicing medicine for 30 years. and i have prescribed many things. but in the long run, i have learned that the best medicine for the human creature is LOVE and RESPECT."


someone asked:

"if it does not work?"


he smiled and answer:

"INCREASE THE DOSE~"




Dr. intan said:

"sangat smart and true kata-kata physician ni. lepas ni tak perlu susah-susah hafal, baca, study material yang banyak + nescafe setiap malam dan siang + stay up malam-malam. err..=.=

common sense kot to give love and respect."




Encik Hasmat said:

"sangat smart dan true kata-kata Dr. Intan. lepas ni tak perlu susah-susah JPA tanggung yuran + makan + pakai untuk bertahun.

kalau sekadar to give love and respect, makcik tepi jalan pun boleh buat. common sense kot?"



*dush!

terus sambung study.




nota kaki: love and respect arent just common sense, dont you agree?





kerana pada...
terbuka sejalur cahaya...
damai itu hikmah...

20111015

cemburu~

pada kata-kata...
mungkin indah bahasa...
pada makna...
mungkin belum tiba...


alcazar of the christian monarch, cordoba.



jangan terlalu memandang pada mekar cantiknya bunga.

mungkin dia lebih cemburu pada temannya yang litup terjaga.

mungkin kecil.
mungkin kusam. 

tapi lebih bermakna~!




nota kaki: it's not for a 'wow'. it's for a 'how'.




kata-kata...
mungkin perlu lebih indah...
pada maksudnya...

20111012

wanita dan keindahan~

lantas kerana rasa...
dia terdampar sayu...
indah seribu bahasa...
senyum...





لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً 

Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung
nescaya jadilah wanita itu burung merak


ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
 
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan
nescaya jadilah wanita itu rusa


ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة

 
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga
nescaya jadilah wanita itu rama-rama


ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
 
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia


فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة ،
 
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih
isteri, dan ibu yang hebat


وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
 
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik
bagi (semua) lelaki di atas muka bumi


فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
 
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan
sesuatu yang sangat agung


لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن

 
Nescaya Allah tidak akan menjadikannya sebagai bidadari
yang dihadiahkan kepada seorang mukmin di syurga nanti





terbaca. terpegun. terdiam. tergenang.

semoga keindahan itu kami pelihara. untuk dia, si kunci syurga. meskipun tidak pernah kami ketahui siapa~

bukankah seindah hiasan adalah wanita solehah?



nota kaki 1: boleh jadi ini kesan pillow talk dengan along semalam~

nota kaki 2: kelahiran ke-9. hero ke-4. bakal keluar lagi 3 bulan. dan saya ditaklifkan untuk memberi nama kepada boboi boy itu~! any suggestion? ^^





dan mungkin padanya...
indah itu...
manifestasi tarbiyah...

20111008

voice of tomorrow~

dendangan suara...
kadang tanpa intonasi...
bisu menikam...







the girl remembered. standing still in front of the television almost everytime the commersial was on. lip sync together. or supposed she said that she was singing?

amazed by the song. flared by the spirit. she was ten by the way. proud to tell her parents, that she was the voice of tomorrow~

and it was ten years ago. and now, she suddenly met by a chance this very song. still amazed. but doubting whether she's still flared by the spirit. is she still be the voice of tomorrow?



*****



sebab datangnya kedukaan, adalah kerana "salah pasang".
meletakkan nilai kepada barang yang tidak bernilai; melupakan nilai dari yang sebenarnya bernilai.

chubalah pasang dan susun jiwa kembali. kembali ke dalam istiqamah, nischaya terbukalah kembali hijab. nischaya hilanglah bayang-bayang dari sesuatu yang tidak ada hakikatnya itu.

yang menimbulkan takut dan duka adalah kesepian jiwa, jiwa yang tidak mendapat teman karib. maka siapakah teman karib yang lebih daripada Tuhan? siapakah teman karib yang lebih daripada malaikat? duduk sendiri pun kita ramai juga. inilah faedah istiqamah yang positif. peliharalah bakal pertama itu dan istiqamahlah dengan dia.

supaya kita jangan merasa sepi sendirian dan jangan meraba-raba, Tuhan pun menyediakan jalan lurus yang akan kita tempuh.



قُلْ آمَنْتُ بِالله ثُمَّ اسْتَقِمْ




pujukan suara hati...
dengar dan nilai...
kerana sekali pergi...
sukar untuk kembali...

20111003

PENCERAHAN: buat kamu miss(?) anonymous~

cara paling halus...
tanda cinta seorang tuan...
kekal aku dalam senyuman...




"sama je nampak dalam blog

kalau orang berikhtilat di FB tapi kamu berikhtilat di blog

tidak percaya? lihat semula komen-komen yang pernah kamu balas.." -anonymous



senyum. dan saya percaya. lantas saya teliti semula komen-komen yang pernah saya balas.

senyum lagi.

senyuman saya makin lebar. saya baca walaupun tidaklah sehingga post tahun-tahun lepas. musykil sungguh. baru saya perasan, kebanyakan yang meninggalkan komen pada post saya adalah anonymous. yang saya sendiri tidak tahu ber chromosome XX atau XY. dan cara saya membalas komen dikatakan ikhtilat oleh miss(?) anonymous. macam mana dia tahu lelaki perempuan si anons yang mengomen tu ya?

senyum lagi. saya teliti lagi balasan komen saya kepada mereka yang ber ID blogger yang lebih mudah saya kenal ber chromosome apa. dan fikir-fikir semula, saya akui ada beberapa orang anonymous yang bukan terlalu anon. yang saya (rasa-rasa) macam tahu siapa tapi tidaklah secara yakinnya.

saya hanya mampu meleretkan senyuman.

baiklah miss(?) anonymous. mungkinlah bagi kamu, cara saya membalas komen itu terlampau mesra dan tanpa keperluan (that's how i define ikhtilat). terima kasih untuk teguran yang membuatkan saya berhenti sejenak, memandang ke belakang.

mungkinlah, tanpa saya sedar, saya diuji dengan kata-kata.

mungkinlah, kamu adalah wasilah dari Allah, menegur supaya saya seiringkan kata-kata dengan perbuatan.

untuk itu, terima kasih~
=)



analogi mudah~

dalam post professionalism dalam muamalat, FB adalah contoh antara contoh-contoh alam maya yang ditimbulkan dalam diskusi LDK MHS tempoh hari. dan kalau perasan, saya masukkan sekali contoh alam maya lain seperti blog, twitter, ym dan sebagainya.

dan kalau perasan lagi, menjawab soalan antu raya, saya akui mana-mana medium alam maya adalah sama dari segi keterdedahannya dalam meninggalkan komen (atau membalas komen?) yang mungkin membawa kepada ketidakperluan.

cuma bagi saya, ada sedikit perbezaan antara blog dan FB.

blog umpama sebuah rumah dan tuan kepada rumah ini adalah saya. maka seperti yang diketahui world wide sebuah blog, maka pembaca, silent atau tidak. pengomen, anon atau tidak. dan pelawat, kenal atau tidak adalah tetamu yang mendatangi rumah saya.

sebagai tuan rumah, seadanya saya menjawab segala persoalan yang ditanya. segala sapaan yang dilontarkan.dan teguran yang diluahkan. dengan kadar-kadar yang saya sendiri gariskan.

dengan anon bagaimana, dengan yang dikenali bagaimana, dengan yang tidak dikenali bagaimana. dan mungkin penekanan kita di sini, dengan yang berlainan jantina, bagaimana.

dan saya juga tulis, kalau perasan,

"professionalism dalam muamalat, bukan tidak boleh bermuamalat antara syabab dan akhawat tapi perlu tahu apa kadar-kadar muamalat itu and be professional."

dan menjadi tuan kepada sebuah rumah, saya cuba sedaya upaya untuk beradab dan berprofessional. kerana saya tahu, tetamu-tetamu saya ada seperti penchenta, yang mungkin melihat apa yang saya tulis sebagai sesuatu yang boleh diambil pengajaran. dan memberi manfaat kepada dirinya.

ada juga seperti anonymous, yang turut mengalami situasi dan berkongsi pemikiran yang sama. lantas dizahirkan sebagai satu sokongan.

ada juga seperti antu raya dan 26 jd(?), yang lebih gemar berdiskusi meminta pendapat sekali gus mewujudkan suasana ilmiah.

dan ada juga seperti kamu, yang tidak bersetuju dengan pandangan dan lebih suka mencari kesalahan dan kelemahan, dalam usaha memberi teguran (mungkin).

tetamu-tetamu saya dengan pelbagai fikiran yang berbeza. maka seadanya saya meraikan jiwa halus mereka dalam usaha memberi manfaat dan menjadi yang bermanfaat.

dengan kadar-kadar yang saya gariskan sebagai sebuah adab buat tetamu saya, jika didefinisikan sebagai ikhtilat pada kamu, maka terpulanglah~



facebook~

pada saya FB jauh bezanya dengan blog dari segi penggunaan. persamaan mereka adalah sama-sama penggunaan alam maya. restricted pada kawan-kawan yang dikenali. atau mungkin juga yang tidak dikenali. bergantung pada empunya FB yang ingin meng approve requested friends. dan lebih kepada menghubungkan antara manusia.

maka peluang lebih cerah untuk komen dan membalas komen. membuat status. meng upload gambar meng tag kawan dan yang sewaktu dengannya. dan lebih terdedah besar kepada muamalat antara lelaki dan perempuan tanpa keperluan.

dan kadar yang saya tentukan untuk FB saya adalah restricted kepada sahabat perempuan dan ahli keluarga. dan itu kepentingan FB bagi saya. seperti yang saya kata (baca: tulis), kita tentukan dahulu kepentingan FB itu kepada kita.

kemudian letaklah bagaimana kadar muamalat kita di FB. it doesnt mean that pengguna-pengguna FB perlu jadi macam saya. bergantung kepada diri masing-masing dan professionalism dalam bermuamalat itu sendiri.

beza jika status santai dikomen dan dibalas komen sehingga 50 ++ comments bercampur jantina which actually leads to a conversation tanpa keperluan dan status ilmiah contohnya yang dikomen dan dibalas komen sehingga 50++ dalam bentuk perbincangan.

yang pertama terang-terang sebuah ikhtilat dan yang kedua bagi saya sebuah muamalat. letakkan kadar, berpada-pada and be professional.



saya bukan sempurna~

pada saya, saya cuma ingin kita sama-sama selami apa professionalism dalam muamalat dan apa kadar-kadarnya. tulisan saya bukan untuk pembaca menilai diri saya melainkan sekadar perkongsian untuk kita ambil iktibar.

dan jika kamu juga seorang penulis blog, kamu pasti tahu yang tulisan-tulisan ini jika dibaca kembali, akan menasihati diri sendiri. maka tulisan saya adalah nasihat kepada diri saya yang mungkin suatu hari nanti terlupa dengan apa yang pernah saya bicarakan.

kadang seorang penulis di dunia realiti berbeza dengan dia di dunia penulisan. dan ya, manusia merasa mengenal manusia dengan kata-kata. seperti mungkin kamu rasa mengenali saya melalui kata-kata yang saya nukilkan.

kerana dalam belajar saya mengenal manusia, saya cuba menghargai tulus halus sebuah jiwa~

dalam usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, isu ikhtilat takkan mampu disifarkan. tetapi mampu dikurangkan dengan kadar-kadar professionalism dalam muamalat.

saya meletakkan kadar-kadar ini dalam muamalat saya. kamu pula bagaimana?


=)


sungguh. gambar ni tiada kaitan~ XD


nota kaki 1: buat kamu miss(?) anonymous, jika kamu seorang perempuan, senyuman itu tanda keterbukaan hati saya menerima teguran. jika kamu seorang lelaki, saya harap post khas untuk kamu bukanlah didefinisikan sebagai ikhtilat. ini sekadar sebuah pencerahan tentang apa yang saya pegang. supaya hati kita sama-sama bersih dari sebarang prasangka. fi amaanillah~

nota kaki 2: buat pembaca anonymous, perlukah saya disable kan anonymity supaya lebih jelas lagi bagaimana saya harus membalas komen kalian?




hikmah sebuah kefahaman...
sebuah penghargaan...
tulus sebuah insan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .