RSS

20111023

kembara alam~

tanya sama pokok...
apa sebab goyang...
jawab angin yang goncang...


dia terduga. dalam masa sehari tiga kerja mencari. itupun betul-betul sehari sebelum exam mid MSS. kerja yang memerlukan timbang tara. dalam keadaan yang keseluruhannya tidak stabil, she feels like crying, yet she's smiling.

'alhamdulillah, dalam sehari berdebuk-debuk Allah tunjukkan jalan untuk kekal mencari kekuatan. Allahu ni3mal maula wa ni3mal wakiil~'






dia memejamkan mata. irama itu bergema. musik halus yang meruntun jiwa. berbisik indah. aliran itu menurun, sejajar langkahnya yang diatur. meriak-riak melanggar batuan kecil. hatinya bergema.


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ


dia menyusur lagi. senyum kecil menghiasi bibir. terhibur dengan bisikan geseran angin menggerakkan daunan. bebatu yang dipijak terus bergeser sesama sendiri. mengalunkan bunyi kecil. meraikan kedatangannya.


وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ



dia terhenti pada satu saat. mendongak ke atas. titisan kecil menuruni tebing batu yang tinggi. berpecah halus tatkala sampai ke bumi. lembut menitis pada wajahnya. matanya dipejam. menikmati.


لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ



senyum lagi dia. pada si kecil ikan yang bermain pada hujung riak jubahnya yang basah mencecah pemukaan air. diangkatnya sedikit, mengejutkan si ikan. terus dia melangkah. mengukir senyum. berbunga di hati.


ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا


dari jauh hatinya tergeletek. tebing yang melorongkan meredupkan suasana. gema jerit mereka meriang. membasah diri bersimbahan. kembali dia memerhatikan. hijau lumut pada tebing diselaputi air yang menurun.


وَقُعُودً۬ا


dia memandang ke belakang. jernih air yang mengalir seolah menuju ke dakapannya. indah berkilau dipancar mentari pagi. mengalun kecil menyentuh kaki. melewati dan terus berlalu. mencari hujung segala hujung mungkin.


وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ


hatinya basah.


يَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ


dia mengalur lagi. menuruni tebing. dan kembali mengalur. air secetek itu membuatkan dia cemburu. dan tiba pada satu tempat dia terdiam. merebahkan diri. basah. irama itu bergema. musik halus yang meruntun jiwa. berbisik indah.


رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬


dia berbaring. membiarkan alunan lembut itu menyapa mesra meskipun lencun. dia tenang. damai.


سُبۡحَـٰنَكَ


alam tidak pernah gagal mengajar. mungkin kerana zikirnya yang tidak henti.


فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 


dia memejamkan mata.





nota kaki 1: kasut brugges saya dah selamat dikebumikan.

nota kaki 2: favourite. and always be. bila 'sesak', saya lebih suka berbicara dengan alam. jawapannya selalu benar. dan damai. dan saya lebih suka (berharap sebenarnya), dapat berkongsi perasaan yang sama~

nota kaki 3: jom adik-adik. akak dah bersedia. jom sama-sama kita berjuang, dalam medan perperangan yang sebenar~






terbang burung terbang...
patah sayap diduga...
seandainya rebah...
kau masih ada...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .