RSS

20111003

PENCERAHAN: buat kamu miss(?) anonymous~

cara paling halus...
tanda cinta seorang tuan...
kekal aku dalam senyuman...




"sama je nampak dalam blog

kalau orang berikhtilat di FB tapi kamu berikhtilat di blog

tidak percaya? lihat semula komen-komen yang pernah kamu balas.." -anonymous



senyum. dan saya percaya. lantas saya teliti semula komen-komen yang pernah saya balas.

senyum lagi.

senyuman saya makin lebar. saya baca walaupun tidaklah sehingga post tahun-tahun lepas. musykil sungguh. baru saya perasan, kebanyakan yang meninggalkan komen pada post saya adalah anonymous. yang saya sendiri tidak tahu ber chromosome XX atau XY. dan cara saya membalas komen dikatakan ikhtilat oleh miss(?) anonymous. macam mana dia tahu lelaki perempuan si anons yang mengomen tu ya?

senyum lagi. saya teliti lagi balasan komen saya kepada mereka yang ber ID blogger yang lebih mudah saya kenal ber chromosome apa. dan fikir-fikir semula, saya akui ada beberapa orang anonymous yang bukan terlalu anon. yang saya (rasa-rasa) macam tahu siapa tapi tidaklah secara yakinnya.

saya hanya mampu meleretkan senyuman.

baiklah miss(?) anonymous. mungkinlah bagi kamu, cara saya membalas komen itu terlampau mesra dan tanpa keperluan (that's how i define ikhtilat). terima kasih untuk teguran yang membuatkan saya berhenti sejenak, memandang ke belakang.

mungkinlah, tanpa saya sedar, saya diuji dengan kata-kata.

mungkinlah, kamu adalah wasilah dari Allah, menegur supaya saya seiringkan kata-kata dengan perbuatan.

untuk itu, terima kasih~
=)



analogi mudah~

dalam post professionalism dalam muamalat, FB adalah contoh antara contoh-contoh alam maya yang ditimbulkan dalam diskusi LDK MHS tempoh hari. dan kalau perasan, saya masukkan sekali contoh alam maya lain seperti blog, twitter, ym dan sebagainya.

dan kalau perasan lagi, menjawab soalan antu raya, saya akui mana-mana medium alam maya adalah sama dari segi keterdedahannya dalam meninggalkan komen (atau membalas komen?) yang mungkin membawa kepada ketidakperluan.

cuma bagi saya, ada sedikit perbezaan antara blog dan FB.

blog umpama sebuah rumah dan tuan kepada rumah ini adalah saya. maka seperti yang diketahui world wide sebuah blog, maka pembaca, silent atau tidak. pengomen, anon atau tidak. dan pelawat, kenal atau tidak adalah tetamu yang mendatangi rumah saya.

sebagai tuan rumah, seadanya saya menjawab segala persoalan yang ditanya. segala sapaan yang dilontarkan.dan teguran yang diluahkan. dengan kadar-kadar yang saya sendiri gariskan.

dengan anon bagaimana, dengan yang dikenali bagaimana, dengan yang tidak dikenali bagaimana. dan mungkin penekanan kita di sini, dengan yang berlainan jantina, bagaimana.

dan saya juga tulis, kalau perasan,

"professionalism dalam muamalat, bukan tidak boleh bermuamalat antara syabab dan akhawat tapi perlu tahu apa kadar-kadar muamalat itu and be professional."

dan menjadi tuan kepada sebuah rumah, saya cuba sedaya upaya untuk beradab dan berprofessional. kerana saya tahu, tetamu-tetamu saya ada seperti penchenta, yang mungkin melihat apa yang saya tulis sebagai sesuatu yang boleh diambil pengajaran. dan memberi manfaat kepada dirinya.

ada juga seperti anonymous, yang turut mengalami situasi dan berkongsi pemikiran yang sama. lantas dizahirkan sebagai satu sokongan.

ada juga seperti antu raya dan 26 jd(?), yang lebih gemar berdiskusi meminta pendapat sekali gus mewujudkan suasana ilmiah.

dan ada juga seperti kamu, yang tidak bersetuju dengan pandangan dan lebih suka mencari kesalahan dan kelemahan, dalam usaha memberi teguran (mungkin).

tetamu-tetamu saya dengan pelbagai fikiran yang berbeza. maka seadanya saya meraikan jiwa halus mereka dalam usaha memberi manfaat dan menjadi yang bermanfaat.

dengan kadar-kadar yang saya gariskan sebagai sebuah adab buat tetamu saya, jika didefinisikan sebagai ikhtilat pada kamu, maka terpulanglah~



facebook~

pada saya FB jauh bezanya dengan blog dari segi penggunaan. persamaan mereka adalah sama-sama penggunaan alam maya. restricted pada kawan-kawan yang dikenali. atau mungkin juga yang tidak dikenali. bergantung pada empunya FB yang ingin meng approve requested friends. dan lebih kepada menghubungkan antara manusia.

maka peluang lebih cerah untuk komen dan membalas komen. membuat status. meng upload gambar meng tag kawan dan yang sewaktu dengannya. dan lebih terdedah besar kepada muamalat antara lelaki dan perempuan tanpa keperluan.

dan kadar yang saya tentukan untuk FB saya adalah restricted kepada sahabat perempuan dan ahli keluarga. dan itu kepentingan FB bagi saya. seperti yang saya kata (baca: tulis), kita tentukan dahulu kepentingan FB itu kepada kita.

kemudian letaklah bagaimana kadar muamalat kita di FB. it doesnt mean that pengguna-pengguna FB perlu jadi macam saya. bergantung kepada diri masing-masing dan professionalism dalam bermuamalat itu sendiri.

beza jika status santai dikomen dan dibalas komen sehingga 50 ++ comments bercampur jantina which actually leads to a conversation tanpa keperluan dan status ilmiah contohnya yang dikomen dan dibalas komen sehingga 50++ dalam bentuk perbincangan.

yang pertama terang-terang sebuah ikhtilat dan yang kedua bagi saya sebuah muamalat. letakkan kadar, berpada-pada and be professional.



saya bukan sempurna~

pada saya, saya cuma ingin kita sama-sama selami apa professionalism dalam muamalat dan apa kadar-kadarnya. tulisan saya bukan untuk pembaca menilai diri saya melainkan sekadar perkongsian untuk kita ambil iktibar.

dan jika kamu juga seorang penulis blog, kamu pasti tahu yang tulisan-tulisan ini jika dibaca kembali, akan menasihati diri sendiri. maka tulisan saya adalah nasihat kepada diri saya yang mungkin suatu hari nanti terlupa dengan apa yang pernah saya bicarakan.

kadang seorang penulis di dunia realiti berbeza dengan dia di dunia penulisan. dan ya, manusia merasa mengenal manusia dengan kata-kata. seperti mungkin kamu rasa mengenali saya melalui kata-kata yang saya nukilkan.

kerana dalam belajar saya mengenal manusia, saya cuba menghargai tulus halus sebuah jiwa~

dalam usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, isu ikhtilat takkan mampu disifarkan. tetapi mampu dikurangkan dengan kadar-kadar professionalism dalam muamalat.

saya meletakkan kadar-kadar ini dalam muamalat saya. kamu pula bagaimana?


=)


sungguh. gambar ni tiada kaitan~ XD


nota kaki 1: buat kamu miss(?) anonymous, jika kamu seorang perempuan, senyuman itu tanda keterbukaan hati saya menerima teguran. jika kamu seorang lelaki, saya harap post khas untuk kamu bukanlah didefinisikan sebagai ikhtilat. ini sekadar sebuah pencerahan tentang apa yang saya pegang. supaya hati kita sama-sama bersih dari sebarang prasangka. fi amaanillah~

nota kaki 2: buat pembaca anonymous, perlukah saya disable kan anonymity supaya lebih jelas lagi bagaimana saya harus membalas komen kalian?




hikmah sebuah kefahaman...
sebuah penghargaan...
tulus sebuah insan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .