RSS

20110428

duhai sahabat jauh~

indah ikatan itu...
pada paksi yang menyatu...
persahabatan...
ungkapan tanpa sempadan...





katamu duhai sahabat...
kagum daku akan dikau...
melihat gambar pun mampu...
dilakarkan kata...
menterjemah rasa...

mungkin juga daku seharusnya begitu?
jika sebelum ini kelu dengan luahan...
mungkinkah daku sudah patut mula melayar kata?

                              maka duhai sahabat...
                              dengarkanlah...
                              bicaraku tatkala gambarmu kuseru...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




tahu apa ertinya, sahabat?
sesungguhnya kau sahabat yang tak mampu
aku ungkaikan dengan kata-kata...

                  moga sahaja redha Allah menjadi sandaran...
                  dan syurga Allah menjadi ganjaran...
                  atas nama persahabatan yang berpaksikan keimanan...




SANAH HELWAH MY DEAR,
NAJMIYAH ALBADRI~

SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU...
SELALU~ 
^_^ <3






"wahai sahabatku...
medan perjuanganku di timur tengah...
manakala medan perjuanganmu di eropah...
jangan takut jangan gentar...
teruskan cita-citamu walau apa pun cabaran menanti...
di SYURGANYA jua kita kan bertemu...
selamat berjuang~!"






nota kaki 1: those are still my favourite quotes, kak mia~ =)
nota kaki 2: wait for me, ya~! insyaAllah next winter or summer break, UK will be my destination~! ^^
nota kaki 3: intan s*y**g kak mia~! (aaaa~! malu! malu! ^^)






dan indah bicara itu...
pada ingatan yang berlagu...
sahabat...
kau teman seperjuangan...

20110426

PERMAI: demam PR~

bukankah telah Dia nukilkan...
walau tanpa nama...
walau tanpa jawatan...




saya demam. (lagi?).  terima kasih kerana mendoakan tapi bukanlah hot fever, scarlet fever mahupun rheumatid fever. sekadar(?) demam-demam biasa pilihanraya PERMAI. ok. sebenarnya luar biasa.

sebenarnya, tiga kali melalui fasa PR PERMAI sepanjang berada di jordan, ini kali pertama saya terlalu bersemangat berkempen sehingga menggunakan medium blog. sebelum ni mana pernah saya post pasl PR. semua post-post mengarut je.

tapi tahun ni pendapat peribadi saya, PR PERMAI sangat unik. terlalu unik. or can be said as complicated. tahun pertama saya sampai di jordan, ketika itu PERMAI di bawah pimpinan ustaz baha dan kak fatihah. both were a great combination (for me), showing good leadership. dan kali pertama saya menyaksikan pembubaran organisasi 2008/2009 dan kenaikan organisasi 2009/2010 di bawah pimpinan senior naqeb dan kak fathiyyah. that was my first PR. without much 'interesting cases'.

akhir pemerintahan 2009/2010 untuk kenaikan sesi 2010/2011, it was quite interesting. kebanyakan calon adalah dari kalangan batch saya. maka, saya antara orang yang terlalu bersemangat mengempen. tapi susah juga sebenarnya, sebab hati kawan-kawan kan nak kena jaga juga. tak boleh nak berat sebelah mengempen orang ni lebih dari orang itu. =D

what made me feel that it was interesting, tahun lepas calon-calon sangat bersemangat untuk dicalon dan diundi.  masing-masing sangat yakin dan positif untuk memegang tampuk pimpinan PERMAI. it was like, "hey, vote for me~!"-calon XX.

semestinya calon-calon segan untuk meminta undian directly. as i said, it was like. membuatkan kami-kami bersemangat untuk berkempen. tapi sebenarnya bagi saya, tahun lepas saja suka-suka main kempen segala ni. lagipun sahabat sebatch. kalau kita tak tolong, siapa lagi nak buat, kan? ^^

as for this year, PR PERMAI memang terlalu unik. kalau ikut pemerhatian mata saya ni, kempen untuk tidak diundi lebih meriah daripada kempen meminta undian. terutama bagi yang  mempunyai facebook. boleh nampak betapa meriahnya ruangan maya ini dengan kempen menolak undian. dengan posters, pages, motos and blogs.

entah di mana puncanya apabila mereka terlalu tidak ingin dicalonkan. mungkin ingin menumpukan pada fokus utama ke sini iaitu belajar? atau sudah terlalu lama memegang tampuk pimpinan? atau mempunyai masalah peribadi? atau cuak dengan kenyataan embassy malaysia yang ingin membanjirkan jordan dengan lebih 3000 orang pelajar dari malaysia pada sesi ini? atau sebenarnya itu adalah satu hint untuk naik MPPM sebenarnya. huahauahu~! ^^

3ala kulli hal, saya yakin masing-masing ada hujah atas tindakan mereka. jadi, tak patut la kita berlebihan dengan telahan kita kerana pandangan kita hanyalah dari sudut mata kita sahaja. jom kita menyokong secara aman, dan semoga yang naik nanti, itulah yang terbaik. dan jangan lupa, sehangat kita berkempen menaikkan calon, sehangat itu jugalah kita perlu memberi komitmen dan sokongan apabila mereka telah memegang pimpinan~! semoga Allah redha~ ^^



CALON PILIHAN SAYA~! ^^
















untuk adik-adik. semoga selamatlah semuanya. semoga bertambah matang pemikiran dan kelakuan dan juga dalam usaha menerajui PERMAI.



إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬


sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang tidak akan melaksanakannya (kerana terlalu berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.


-alahzab: 72-




kata AMT 2010/2011

nota kaki 1: buat ahli PERMAI, jangan lupa atau buat-buat lupa keluar mengundi, ya~! ^^
nota kaki 2: oh, semalam hari gembira. dapat berita gembira yang sangat menggembirakan. alhamdulillah~ ihiks. semoga dipermudahkan. aaaaa~! *excited~! tak sabar~!* ^___^





ya, Dia nukilkan...
tanpa semua itu...
kita tetap seorang khalifah...

20110423

cahaya putih~

Kau pusing alam ini Tuhan...
sering bergantian...
indah atas indah...
cahaya atas cahaya...








sering aku terpana...
dengan indahnya cahaya...

mentari,
terbit dan terbenammu...
jingga yang mendamaikan...

namun hari ini...
aku terpana lagi...
dengan indahnya cahaya...

mentari,
apakah putih itu...
cahayamu yang sebenar?




nota kaki: hujung minggu yang terbuang. tolong. saya perlukan seseorang yang berani mengetuk kepala saya dan memarahi saya dalam usaha menyuruh saya study. kata nak berjaya sama-sama. siapa berani? plizz~ *sambil buat muka comel*





dan Kau hias alam ini Tuhan...
sering pelbagai...
warna atas warna...
cinta atas cinta...

20110421

demam rindu II~

amat sukar...
bila ditarik nikmat sihat...
ditarik nikmat solat...
ditarik nikmat membaca alquran...




"ma, nak balik~!!!!"

*echo*


-jerit saya dari beranda bilik seperti saya pernah jerit dari menara alcazar of the christian monarch, cordoba, tempoh hari.
huh, puas hati~! T_T



doakan saya kuat mendaki lurah kehidupan~





nota kaki: tolong la intan~! 20 buat la cara 20~! abaikan. demam ni hanya akan surut pada 3hb jun 2011~





tetapi lebih sukar...
bila ditarik nikmat 'melihat'...
seperti yang pernah di'lihat', kan?
allahumma tahhir qalbi~

20110419

demam rindu~

pandanglah sekeliling...
saat kau mencari...
pasti hanya mereka...
yang kau temui...




orang kata, saat paling banyak kita ingat pada keluarga adalah waktu kita sakit. dan saya rasa, saya nak ulang balik kata-kata tu. tapi bukan bermakna sebelum ini kita lupakan mereka, cuma ketika sakit kita lebih banyak teringat. dan rasa ingin terbang pulang lebih meluap-luap.

ya, saya kurang sihat. kurang?? ni kali kedua saya selsema dalam sem ni or supposed to be tahun ni? tapi kali ni satu pakej dengan demam. and i'm burning hot. kebiasaannya immune system saya sangat tinggi. jarang la sakit-sakit ni. mungkin dosa terlalu banyak. bukan mungkin, memang pun. semoga sabar saya menjadi kaffarah.

balik kelas tafsir tadi, dah tak dapat nak buat apa. pandang lecture note pun dah nampak bintang-bintang. tertidur siap mimpi lagi.

dulu kalau time demam kat rumah, mesti ada orang yang jaga. biasa ma akan buat bubur nasi. demam tak seberapa tapi gedik je lebih. yang paling haru, time tengah tidur mesti adik datang. basahkan tuala dan lap-lap badan. bangun-bangun je ada tuala basah kat dahi.

tapi tadi bangun-bangun, tak ada pun tuala basah. sobs~ tolong la intan~! umur dah 20 kot~! 
korek-korek gambar family. hitung-hitung hari. hampir dua tahun. sekejap je masa berlalu. dan tak sangka saya setabah itu.



they are cousins~


 2009
last saya balik tahun 2009. budak-budak ni je yang ada. dua tahun tak jumpa bumi malaysia, dah banyak benda yang berubah. paling obvious, family dah bertambah besar. tambah seorang budak kecik, seorang kakak ipar dan seorang abang ipar. ma kata, rumah pun dah renovate banyak. tak tahu la apa yang jadi.

 
syasya~

budak ni buat saya malu. hari tu skype dengan family. sekali tu dia datang. lepas tu lari. lepas tu datang balik. saya dengan konfidennya jerit, "haanaaa~! meh la sini~!"

abang saya pandang. "tu syasya la intan."

(=.=!)


hana tu kakak dia. mungkin saya lupa. hampir dua tahun saya tak jumpa mereka. last saya tengok, syasya baru pandai meniarap. mereka dah besar. entah kenal, entah tidak saya ni. isk.


 
hadif adha




budak ni dah dapat adik baru awal bulan sepuluh tahun lepas. geng XY. hafiy namanya. the only one yang saya tak pernah jumpa langsung. balik nanti dah dah hampir setahun. kalau dia buat sombong dengan saya, tengok la. saya sekeh kepala.





raya 2009




raya tahun ni semua akan gather rumah saya. saya dah demand awal-awal nak ambil gambar family dan semua kena ada. wah~! excited gila bila fikir. bertambah beberapa orang kot. mesti lagi besar dari ni. nanti balik jordan, boleh tukar gambar kat dinding bilik saya. ^^


dah la merapu. saya tak boleh tidur ni. nak study pun tak boleh. nak balik.. esok tak tahu la macam mana. doakan saya kuat untuk ke jamiah. semoga surut la temperature ni. dan doakan saya cepat sihat.



pengubat hati~



nota kaki: boleh ke saya katakan yang masa adalah perampas yang paling kejam? abaikan. saya homesick~ T_T





bayu...
titipkan salamku...
rinduku...
sayangku....

20110418

hujung jalan panjang~

kadang disoal pada alam...
pada hujan...
pada mentari...
jauhkah lagi perjalanan?







pada renungan itu...
pada kerut wajah tegang...
pada semangat yang terbang...
pada keyakinan yang menghilang...
pada keluhan demi keluhan...
pada masa yang sengkang...
pada hujung jalan panjang...


                semoga kau tidak lupa...
                Allah itu ada...
                dan tidak pernah tinggalkan kita...
                takkan pernah~




"Allah swt tidak menentukan sesuatu terhadap orang yang beriman melainkan itu adalah baik baginya."

-hadis riwayat ahmad-



17 april 2011
11:11
merangka akhir hidup~




*****



tiramisu untuk kamu. untuk kelas tafsir azzikr sebenarnya. datang tau esok. kita makan sama-sama.

jangan sedih-sedih lagi tau~
cheers~! ^_^ <3




nota kaki: err..mungkin boleh betulkan niat sebelum datang kelas tafsir esok. =D





lalu jawab mereka...
jalan itu tidak pernah berpenghujung...
kerana hujung jalan itu...
adalah permulaan jalan yang lain...

20110415

spring~!

lihatlah sayang...
pernahkah kau lihat...
seindah kembangnya bunga?



err.. semua orang tahu yang saya belajar di jordan kan? ok. tak penting. cuma nak cakap, sekarang kat jordan dah masuk musim bunga.

 *excited(?)*

err..tak nak cakap tulis banyak-banyak. let the pictures talk~! ^^





pada hujung mereput, ada yang mengembang, disisi yang mengering~!

early bud. tulippp~


mengembang...cantik, kan??




cherry blossom @ sakura~


different colours~! aaaaaa~~!
*geram*

kenapa kau mengembang, wahai tulip?
cantikkk~



merimbun~


sakura's bud?



yellows and reds~






*****



kehkehkeh~
*sengih*




tapi sayang...
mungkin juga indahnya bunga...
pada litup dirinya, kan?

20110413

another rainy day~

dingin itu...
bukan sekadar dingin, kawan..
dingin itu...
mendamaikan...




jalan ke masjid umawiy, syria~



colosseum, rome~



 
bukan Ro, belakang rumah~




 blok c, DarulQuran~



 this one can be counted as rain too, right?
kayseri, turkey~



it is
another rainy day
when the droplets strike hard
and the ground gets wet
and the weather's too cold
makes one put a blanket


it is
another rainy day
when the car passes by
and the water splashes on me
yet i keep my smile
as it's a new day
to start a new journey


it is
another rainy day
with the wind gets through
and the cat's out to play
the trees are talking too
they say what they usually say


beautiful, isnt it?


and i come across
when the clouds get dark
and the rain starts to fall
why dont we just think
it's just another day
that we shall enjoy?




12 april 2011
08:00
another wet irbid


it's just beautiful~
aya sophia, istanbul~






nota kaki 1: just a trial. tak tahu la jadi ke tak. jeles ngan Rai yang pandai buat english poem. hohoo~ err..cane rai? lulus ke tak poem(?) ni? ^^

nota kaki 2: it's now almost in the end of winter. and the beginning of spring(?). hah. but i do hope this is not the last rainy day~

nota kaki 3: i'm counting days~! ^__^




dan angin itu...
bukan sekadar angin, kawan...
angin itu...
membisikkan...

20110412

intentions~

kadang-kadang...
apa yang kita dapat...
bukanlah kemahuan...






"ha~! adik! dengar lagu apa camtu?!" sergah seorang 'kakak' bila tengok saya dengar lagu rock(?) macam lagu ni.

"eh, eh. tak pernah dengar eh lagu ni? meh sini dengar. perhati baik-baik lirik lagu ni." saya kuatkan volume.

dia diam. terangguk-angguk. senyum.

"dalam, kan?"

***


ya, saya tahu. lagu ini dah lama. dan saya memang dah lama pun dengar lagu ni. tapi mungkin baru sekarang saya terpanggil untuk menghayati (aceh~!).

cuba-cubalah dengar dan hayati. panggil sekali kawan-kawan satu rumah, satu batch, satu PERMAI, satu malaysia, untuk dengar dan hayati. saya yakin, se 'out of date' saya ni, ada lagi yang lebih 'out of date'. ngehh~! ^^


dan jom kita revise balik hadis pertama dalam buku hadis 40.



إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى


setiap amalan adalah berdasarkan niat. dan setiap orang hanya akan mendapat apa yang diniatkan.



pentingnya niat itu di setiap permulaan apa yang kita lakukan. sehingga dikatakan, hadis ini menjadi hadis pertama untuk menunjukkan kepentingan niat itu sendiri.

but as quoted:

"Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me"


it's so true, isnt it?

tapi dalam segala-gala yang tercipta. kita perlu ingat satu sahaja. Dia yang menciptakannya. dan Dia yang mengaturkannya. segala-galanya.



"So I pray to Allah to help me, to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me, cause with Allah I can never be lonely"






tapi yang pasti...
apa yang kita dapat...
itulah keperluan...

20110409

tenang~

sekadar berundur...
seketika...
bermuhasabah...




pagi sunyi...
sepi dingin...
ditemani galak burung berkicau...
awan kelabu mendung...
diarak lembut si bayu...


terlintas...
mungkin, ya Tuhan...
Kau datangkan segalanya...
supaya aku lebih menghargai erti maruah...
                 lebih kuat bersangka baik...
                 lebih tulus dalam niat...


dan ya, wahai Tuhan...
Kau datangkan segalanya...
menguji sejauh mana keikhlasan kata...
            seikhlas mana ketegasan perbuatan...
            setegas mana kedalaman niat...


dan atas segalanya...
         dalam luka hati berdarah...
         dalam calar perisai maruah...
         dalam kilan rasa percaya...
         dalam sedih esak tangis...


Kau wujud di situ...
melindungi...

dan aku di sini...
lebih tenang...



08 april 2011
09:50
setenang dingin pagi




rindukan ketenangan di sini~
masjid DQ, kuala kubu bharu~







sekadar menghilang...
seketika...
mencari ibrah...

20110403

alveoli~

dalam hidup ini...
kita tidak keseorangan..
dan takkan pernah...



COMPLIANCE OF THE LUNG


1) interdependence phenomenon

"another factor is that the alveoli are sharing their layers. if you want to collapse this one, the others will not allow that they will pull it back resulting the stability of the lung."




-seville-

itu namanya hidup berjemaah. sentiasa bersama. waktu susah atau senang~
dari sekecil-kecil alveoli dalam diri, dan binatang yang tidak berakal, fitrah kita, takkan mampu hidup keseorangan, kan? =)





*********************




keramatnya ukhwah...
melangkaui hubungan darah...
kasih sayang kerana Allah...
tonggak kekuatan dalam jemaah...
digubah dengan acuan akidah...
tidak seorang dibiarkan gundah...
andai ditakdir rebah...
seribu membahu gagah...

semoga hatimu tabah...
menanggung segala mehnah...
andai diluah...
diri ini sedia bersama menanggung resah...




nota kaki 1: post ini terhasil gara-gara wan salah bagi info. ingatkan lecture note physio 7 je, semangat nak habiskan lagi dua. rupa-rupanya 10. kompem tak sempat habis malam ni.

nota kaki 2: err..sajak (?) kat atas tu bukan saya punya. ada orang bagi tapi dah lupa siapa. sangat lama. but seriously, i like it~

nota kaki 3: jom puasa esok~! ^^ nanti boleh iftar dengan family azzikr n dengar celoteh ustaz syuk lagi. err.



walau kehilangan mereka... 
kita masih ada 'mereka'...

20110402

kita (baca: saya) dan hati II~

jangan diusik hati nan rapuh... 
kelak cantumannya berbekas jalur... 
bercorak retakan...
bersalut kekerasan...



Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku,
kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat dan jauhnya tujuan (matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu dan memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan dan saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu dan dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu dan menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa dan soleh yang dari mereka terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya dan dari hati mereka bertambah makrifat-dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka dan kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka.

Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik dan jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku,
berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan dan keagungan alam, meneliti dengan hati dan berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan dan keyakinan.

Allah swt berfirman;
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
(Ali-Imran : 190)

Saudaraku,
seterusnya berfikir tentang masyarakat
, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana dan mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya dan menghidupkannya dari kematian.

Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara dan tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku,
hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya.

Berdoalah di waktu-waktu mustajab dan waktu sahur kerana doa pada waktu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan dan kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah swt berfirman;
" Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna.




di copy dari: Nazhrat fi at-Tarbiyyah wa as-Suluk (m/s:107, 108)




*****


ini jawapan beliau. pada kita (baca: saya) yang kehilangan hati. tersenyum saya pada indahnya kata-kata. lega rasanya pada tertunjuknya jalan penyelesaian. dan on top of all this, bersyukur saya dengan rasa itu. rasa yang kembali. rasa yang Allah tidak membiarkan saya keseorangan mengembara dalam hidup ini. saat hati itu hampir saya kehilangan, Dia berbisik mesra,


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir

-albaqarah:186-


tercari saya pada jalan penyelesaian yang lain, mungkin saya terlupa pada jalan penyelesaian yang satu ini. penat "email" pada seorang hamba, mungkin saya lupa untuk berpenat "email" pada raja segala hamba. sehinggakan Dia berbicara melalui wasilah seorang hamba. kerana atas segala pengetahuan Dia yang maha mengetahui, manusia itu lebih mudah didekati melalui manusia.

dan ya, saya seorang manusia.

berbicara sebagai seorang manusia, saya juga mempunyai hati secara fizikalnya (jantung) dan hati secara emosinya (perasaan).

berbicara sebagai seorang manusia, saya juga hamba yang penuh dengan cacat dan celanya. sentiasa melakukan kesilapan. dan sentiasa terlupa.

berbicara sebagai seorang manusia, saya juga seorang hamba yang penuh dengan kelemahan dan kedhoifannya. tidak pernah sempurna. takkan pernah sempurna. cuma berusaha menghampiri kesempurnaan.

berbicara sebagai seorang manusia, saya juga hamba yang imannya sentiasa naik dan turun. hatinya sentiasa berbolak balik. perasaannya sentiasa bertukar ganti. amalnya yang tidak pernah istiqamah. ilmunya yang terlalu sedikit.

berbicara sebagai seorang manusia, saya juga hamba yang tidak mampu memenuhi semua hak setiap manusia. dalam keadaan terkial-kial saya menunaikan hak kepadaNya.

cuma jika berbicara sebagai seorang hamba, saya seorang manusia yang sentiasa yakin, Allah mengaturkan kehidupan yang terbaik buat saya. mendatangkan ujian yang mampu saya pikul. memberi nikmat yang harus saya syukuri. memberi kekuatan untuk saya sentiasa senyum dengan aturannya. dan berdoa semoga Allah memberikan kehidupan kepada hati saya. kepada hati kita.

meskipun saya buta dengan hikmah di sebaliknya.



kita semua seharusnya begitu, kan?




jangan diusik hati nan rapuh...
tanpa keizinan...
sesungguhnya,aku meminta...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .