RSS

20110426

PERMAI: demam PR~

bukankah telah Dia nukilkan...
walau tanpa nama...
walau tanpa jawatan...




saya demam. (lagi?).  terima kasih kerana mendoakan tapi bukanlah hot fever, scarlet fever mahupun rheumatid fever. sekadar(?) demam-demam biasa pilihanraya PERMAI. ok. sebenarnya luar biasa.

sebenarnya, tiga kali melalui fasa PR PERMAI sepanjang berada di jordan, ini kali pertama saya terlalu bersemangat berkempen sehingga menggunakan medium blog. sebelum ni mana pernah saya post pasl PR. semua post-post mengarut je.

tapi tahun ni pendapat peribadi saya, PR PERMAI sangat unik. terlalu unik. or can be said as complicated. tahun pertama saya sampai di jordan, ketika itu PERMAI di bawah pimpinan ustaz baha dan kak fatihah. both were a great combination (for me), showing good leadership. dan kali pertama saya menyaksikan pembubaran organisasi 2008/2009 dan kenaikan organisasi 2009/2010 di bawah pimpinan senior naqeb dan kak fathiyyah. that was my first PR. without much 'interesting cases'.

akhir pemerintahan 2009/2010 untuk kenaikan sesi 2010/2011, it was quite interesting. kebanyakan calon adalah dari kalangan batch saya. maka, saya antara orang yang terlalu bersemangat mengempen. tapi susah juga sebenarnya, sebab hati kawan-kawan kan nak kena jaga juga. tak boleh nak berat sebelah mengempen orang ni lebih dari orang itu. =D

what made me feel that it was interesting, tahun lepas calon-calon sangat bersemangat untuk dicalon dan diundi.  masing-masing sangat yakin dan positif untuk memegang tampuk pimpinan PERMAI. it was like, "hey, vote for me~!"-calon XX.

semestinya calon-calon segan untuk meminta undian directly. as i said, it was like. membuatkan kami-kami bersemangat untuk berkempen. tapi sebenarnya bagi saya, tahun lepas saja suka-suka main kempen segala ni. lagipun sahabat sebatch. kalau kita tak tolong, siapa lagi nak buat, kan? ^^

as for this year, PR PERMAI memang terlalu unik. kalau ikut pemerhatian mata saya ni, kempen untuk tidak diundi lebih meriah daripada kempen meminta undian. terutama bagi yang  mempunyai facebook. boleh nampak betapa meriahnya ruangan maya ini dengan kempen menolak undian. dengan posters, pages, motos and blogs.

entah di mana puncanya apabila mereka terlalu tidak ingin dicalonkan. mungkin ingin menumpukan pada fokus utama ke sini iaitu belajar? atau sudah terlalu lama memegang tampuk pimpinan? atau mempunyai masalah peribadi? atau cuak dengan kenyataan embassy malaysia yang ingin membanjirkan jordan dengan lebih 3000 orang pelajar dari malaysia pada sesi ini? atau sebenarnya itu adalah satu hint untuk naik MPPM sebenarnya. huahauahu~! ^^

3ala kulli hal, saya yakin masing-masing ada hujah atas tindakan mereka. jadi, tak patut la kita berlebihan dengan telahan kita kerana pandangan kita hanyalah dari sudut mata kita sahaja. jom kita menyokong secara aman, dan semoga yang naik nanti, itulah yang terbaik. dan jangan lupa, sehangat kita berkempen menaikkan calon, sehangat itu jugalah kita perlu memberi komitmen dan sokongan apabila mereka telah memegang pimpinan~! semoga Allah redha~ ^^



CALON PILIHAN SAYA~! ^^
















untuk adik-adik. semoga selamatlah semuanya. semoga bertambah matang pemikiran dan kelakuan dan juga dalam usaha menerajui PERMAI.



إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬


sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang tidak akan melaksanakannya (kerana terlalu berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.


-alahzab: 72-




kata AMT 2010/2011

nota kaki 1: buat ahli PERMAI, jangan lupa atau buat-buat lupa keluar mengundi, ya~! ^^
nota kaki 2: oh, semalam hari gembira. dapat berita gembira yang sangat menggembirakan. alhamdulillah~ ihiks. semoga dipermudahkan. aaaaa~! *excited~! tak sabar~!* ^___^





ya, Dia nukilkan...
tanpa semua itu...
kita tetap seorang khalifah...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .