RSS

20090428

buatmu sahabatku...

ujian ukhwah itu di sini...tetapi madunya di sana...di sini aku menangis...di sana dia merasa...



dah planning siap-siap.

tepat pukul 7 malam = 12 tengah malam malaysia = 28 april 2009 =

saNaH HeLwaH sis Mia...!


ni sahabat saya. yang saya pun tak tahu akan kewujudannya. sejak bila kami rapat. sejak bila saya kenal dia. yang saya tahu, saya sayang dia. (^.^)v

nama dia NAJMIYAH binti ALBADRI. cantik kan? BINTANG anak BULAN. huhuu..;)



nak kata kami rapat?
saya pun tak tahu. ^_^~

ada la macam adik beradik..:)


tapi yang saya ingat, dia suka nangis kat saya. lebih-lebih lagi luahkan masalah dalam mpp masa sekolah menengah dulu. lepas tu macam-macam kami kongsi. tapi dia selalu bertepuk sebelah tangan. sebabnya saya seorang yang tiada masalah. hihii..(ye ke??)

sampai sekarang dia suka share things ngan saya. saya pun suka dia share things ngan saya coz i'm truly a good listener..(perasan jap)
kami selalu gaduh. dan saya selalu buat tak tahu. kalau kredit saya habis mesti sebab mesej dia.


yang paling best, dia lah guru yang tak jemu dan lokek berkongsi ilmu..;)


1 true fact, dia baik ngan saya coz dia nak bodek abah saya. abah saya guru english fevret dia masa sekolah rendah..hihii

~mengaku je la, kak mia..! ;p


apa-apa pun, saya tak boleh luang masa banyak-banyak nak mengarut kat blog ni. status saya sekarang-----> unavailable
~~examination mode~~ :)

tapi ni juz untuk sahabat yang saya sayang kerana Allah.

sanah helwah, kak mia...

semoga usia yang Allah bagi dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat...

semoga kak mia kuat menghadapi mehnah dan tribulasi hidup...

whenever you need me, i'll always be there...


"wahai sahabatku...medan perjuanganku di timur tengah, manakala medan perjuanganmu di eropah...jangan takut jangan gentar...teruskan cita-citamu walau apa pun cabaran menanti...di SYURGANYA jua kita kan bertemu...selamat berjuang..!"


فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

~...maka apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal

-alimran: 159-



jika indah satu pertemuan...

jangan akhiri dengan perpisahan...

jika suci satu perkenalan...
jangan cemari dengan pendustaan...jika bernilai sebuah peRsaHabaTaN...hargailah ia dengan keikHLasaN...

20090424

ma'arad thaqafi VS "ma'arad thaqafi"

takutkan hakikat hidup yang sebenar...
ya Allah..
dunia ini hanyalah ditanganku...aku berlindung kepadaMu...


penat. tapi alhamdulillah. semalam hari terakhir berlangsungnya Ma'arad At-thaqafi JUST 2009. sebagai ahli biro persiapan yang terlibat secara tidak langsung, saya lega apabila program ini ini berjaya.

Ma'arad At-thaqafi JUST berlangsung setiap tahun. seperti namanya yang bermaksud Pameran Kebudayaan, setiap negara diberi ruang dan peluang mem'promote' negara masing-masing. dan malaysian students yang merupakan duta kecil di sini tidak terkecuali.

mengutip pengalaman mempelajari budaya negara lain memang seronok. kalau tidak silap saya ada beberapa belas negara yang terlibat dengan Ma'arad ini. antaranya turki, eritrea, iraq, syria, palestin, bahrain, umman, yaman, somalia, saudi, lebanon, malaysia dan beberapa negara lain lagi.



peta bahrain...


ni orang somalia...


boleh baca kan..? ;p


ni orang syria...



palestin...


banyak gambar peperangan...


orang eritrea...


diberi peluang test shawl eritrea...



alaa...lupe lak booth pe ni..(*,*)



booth iraq...



never knows what does it simbolize...




minta amik gambar tapi over lak...;p



setelah berpenat lelah.

presenting...


Malaysian Booth....



tema booth kami...



gate booth...guarded by KLCC..;)



suasana di booth...



traditional game...



traditional clothes...



arabians wif malaysian clothes..??



demo wat ketupat...



3 main races in malaysia...



our proud...KLCC di jordan..?;)


dengan tema "COLOURS OF MALAYSIA", kami set up booth tu sebaik mungkin. mempamerkan kebudayaan yang ada di malaysia. menunjukkan pakaian, makanan, permainan, kemajuan dan pelbagai lagi yang dapat ditonjolkan.

tapi ma'arad thaqafi ni betul-betul menonjolkan "ma'arad thaqafi". saya agak kerap berada di tempat ma'arad kerana saya perlu menyediakan bahan pameran dan juga mengemaskan barang-barang tersebut.


agak terkilan apabila saya mendapati ma'arad thaqafi ini memang menjadi "ma'arad thaqafi" dengan erti kata yang sebenar. di sini lah terzahir true colours of malaysians.

ikhtilat.


sejak dari hari booth di set up, saya dah mula rimas dengan gelagat segelintir mereka yang langsung tidak menjaga batasan dalam berurusan antara syabab dan akhawat. mereka langsung tidak ada rasa segan kepada kami. they talk more, work less..!




عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم :
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ ال
أُوْلَى :
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا
شِئْت

رواه البخاري
.


~Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah:
Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.



Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.




hakikat suasana ma'arad...



pintu masuk...



see the fact?



ree-mass...;(


dan perkara yang saya takuti telah pun berlaku. program sebegini dijadikan alasan untuk syabab dan akhawat bergaul tanpa kepentingan. pelbagai cara kami lakukan untuk mengurangkan "urusan" antara syabab dan akhawat tersebut namun saya tak rasa ianya berbekas di hati mereka. bahkan kami dipandang seperti pencegah maksiat. pandangan benci. saya istighfar.


قال رسول الله صلى الله عليه والسلم
بدأ الاسلام غريبا و سيعود غريبا كما بدأ
فطوبى للغرباء
~islam bermula dengan dagang. dan akan kembali dagang. maka beruntunglah orang-orang yang dagang.





tenang dengan janji Allah, kami yakin yang kami di pihak yang benar. ini hanyalah permulaan langkah kecil kami di sini. saya pasti, dugaan yang datang selepas ni pasti lagi mencabar. selama ini, mungkin saya berada di zon yang selamat. inilah hakikat kehidupan yang sebenar.

kuatkan langkahku, ya Allah...
sedangkan nabi menyeru umat mereka selama beratus tahun tanpa penat dan berputus asa. malulah kita kepada mereka...!


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

~apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan orang-orang yang sabar

-alimran: 142-



apa ada pada erti sebuah perjuangan...
andai pahitnya sekarang...
pasti manisnya kemudian...tuntuni kami, ya Allah....

20090418

apabila hakikatnya tiada...

ku renung setiap wajah itu...bersih...suci...penuh kasih sayang...



minggu ni minggu yang sibuk. exam dah lepas tapi bakal menyusul lagi. program memenuhi ruang. tafaqquh. ma'arad thaqafi JUST. family day PUTRA. mengenangkan tanggungjawab yang terpikul di bahu cukup membuatkan keinginan untuk mempunyai 48 jam sehari. belum lagi di ambil kira study yang entah ke mana.

pukul 10 malam. sepatutnya berada di sakan tetapi 3 gadis ini terlalu berani. qarar dilanggar. gara-gara ingin menyiapkan buku skrap untuk ma'arad thaqafi selaku ahli biro persiapan dan teknikal. serius teruk. i hate last minute works!


menjelang 12 malam, masih lagi process men'laminate'.

"along, ateh, ni dah macam panjat pagar sekolah. balik la. esok kita datang ambil."

sampai sakan pukul 12 lebih setelah melalui lorong yang dipenuhi mata gatal syabab arab. alhamdulillah kiri dan kanan dijaga 'pengawal-pengawal'. ayat kursi bermain dibibir. selamat sampai.

kembali pening dengan ketua biro yang terus sunyi. harap dapat menyelesaikan kerja untuk family day PUTRA sebelum kembali sibuk dengan kerja-kerja lain. tapi agak hampa. istighfar.

"jom sambut birthday ijan ngan dayah. kat bilik sebelah ye." bella menjemput sambil menyuruh memutihkan muka dengan bedak. kembali termenung. memang sahabat lain di luar sibuk menyediakan juadah. sambutan hari lahir. 2 in 1.

"anje, kenapa ukhwah kita tak sekuat mereka?"

memang happening. pelbagai juadah. pelbagai ragam. acara sempoi tetapi bermakna. lagu terpasang. angah menitiskan air mata. doa rabithah dibaca sambil tangan-tangan ini diribath.

air mata terus menitis.


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."


setiap wajah diperhatikan. bersih. dahulu saya pernah merasainya. kemanisan itu. wajah tanpa secalit perasaan buruk. senyuman yang tak pernah lekang. sentiasa memikirkan kebaikan bagi orang lain. tetapi kenapa sekarang terlalu hambar? kehidupan seorang dewasa rupanya begitu pahit. tough.

termenung sendiri. koreksi diri. air mata hampir-hampir tumpah. rupa-rupanya saya perasan kuat. saya tidak sekuat itu. rupa-rupanya saya perasan baik. saya tak sebaik itu. hakikat tiada pada yang zahirnya ada.




قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً


~katakanlah (wahai muhammad), "apakah perlu kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"


الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً

~iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.


~alkahfi: 103-104~

anje, adik yakin kita kuat. mungkin islah kita masih belum cukup.
it might be late but it will never be too late...





angah, adik sayang angah kerana Allah.
semoga dengan pertambahan umur, bertambah iman kita.
semoga doa angah untuk bersih seperti bayi yang baru lahir dimakbulkan.
doakan kejayaan bersama.

kita tetap satu keluarga...
keluarga HuRuN 'aiN...


diri mengharap...
hati berdoa...apakah jasad ini akan melakukan...?

20090413

13042009


bila april tiba...
hati mula berkata...
setahun lamanya...
perkenalan kita...


"ayat cerpen ni pendek-pendek je. jangan kamu guna kata hubung jadi ayat panjang macam dalam prosa tradisional pula." suara cikgu imah kembali bergema.

nuraisha ralit memerhatikan guru muda itu yang berjalan dari meja ke meja pelajar yang lain. baju kurung yang berwarna lembut yang dipakai oleh cikgu imah berkibar-kibar disapa angin pagi. sambil berjalan, bibirnya tidak putus-putus memberi penerangan tentang cara menghasilkan cerpen yang bermutu. sesekali suaranya ditinggikan, melawan suara pelajar di kelas 4 al-ikhlas itu yang semakin rancak berbincang.

nuraisha mengalih pandangannya yang sedari tadi tertumpu pada wajah bersih cikgu imah. kertas kajang di hadapannya menjadi tumpuan. bebola matanya berlari, meniti huruf-huruf di atas kertas kajang itu. berulang kali nuraisha membaca soalan yang diberikan oleh cikgu imah tadi. otaknya cuba fokus pada kehendak soalan. bibir mungilnya turut bergerak-gerak. sesakali nuraisha mendongak, memandang guru yang berusia awal 40-an. telinganya culas menangkap setiap kata yang diutarakan. gadis yang berusia 15 tahun itu cuba menjalinmesrakan maklumat-maklumat yang diperoleh. cuba untuk menghasilkan satu impak yang berkualiti. cuba untuk membuat yang terbaik.

nuraisha menongkat dagu. matanya meliar, memerhatikan gelagat rakan-rakan sekelasnya. pen ditangannya diketuk-ketuk pada permukaan meja. menghasilkan bunyi yang tidak berirama. sumbang. menulis cerpen memang mainan bagi gadis berbaju biru ini. tetapi, dia kebiasaannya menulis untuk meluahkan perasaannya. dia teringat pada satu falsafah barat, 'the paper is the greatest listener and the pen is the most able story-teller.' sebab itu nuraisha senang menulis. dia tidak suka membebankan rakan-rakannya dengan masalah yang dihadapinya. dia sedar rakan-rakannya sentiasa disisinya. namun, dia lebih suka berselindung di sebalik perwatakannya yang sentiasa ceria.

tiba-tiba nuraisha tersentak. soalan leeya cukup memberi kesan di hatinya. kelas yang tadinya gamat, beransur-ansur tenang. masing-masing menumpukan perhatian kepada cikgu imah yang mengukir senyuman.

"cerpen berunsurkan cinta pun tak mengapa. asalkan tidak lari daripada tema kasih sayang. kamu jangan sempitkan skop kasih sayang tu," jawab cikgu imah. kelas kembali bising apabila afiq mengusik leeya. merah padam muka gadis itu apabila digandingkan dengan azami, pelajar tingkatan lima yang dikatakan meminatinya.

dalam kekecohan itu, nuraisha bungkam di tempat duduknya. biasanya, gadis itulah yang menggamatkan lagi keadaan. tetapi kali ini nuraisha kaku. fikirannya terganggu. perlahan-lahan dia menundukkan pandangannya. tangannya melakar-lakar kertas di hadapannya itu. telinganya masih terngiang-ngiang dengan penegasan cikgu imah tadi.

"kasih...? sayang...?" bibirnya mengungkap lembut. matanya membaca lakaran nama seorang lelaki pada kertas itu.

"aahh!" keluhnya.



****************



nuraisha terkesan pandangan itu lagi. tajam merenungnya dari jauh. dia berlagak tenang. cuba menyembunyikan keresahannyadaripada pengetahuan liena yang setia berjalan disisinya. angin yang bertiup lembut terasa sejuk di wajahnya, memberi tanda bahawa hujan akan turun. langit membiru sudah mula dilitupi tompokan awan hitam yang berarat sarat. seperti saratnya hati nuraisha sekarang dengan kegelisahan. namun, begitu mudah gadis itu melindungi perasaan sebenar. celoteh liena yang bercerita tentang sepupu lelakinya diberi sepenuh tumpuan. pandangan tajam itu langsung tidak dihiraukan.

Nuraisha menutup buku latihan Biologi di hadapannya yang berwarna hijau kebiru-biruan. Kejadian pagi tadi di sekolah masih berlegar dalam ingatannya. Dia rasa terganggu. Tidak sampai 15 minit dia cuba menumpukan perhatian terhadap subjek kegemarannya itu, ternyata dia tidak dapat lari daripada memikirkannya. Nuraisha memicit-micit kepalanya. Matanya dipejam. Kadang-kadang dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya. Fikirannya begitu bercelaru.

Sekilas wajah itu terimbas disebalik matanya yang terpejam. Dia faham maksud renungan itu. Tetapi seringkali dia menafikan bisikan hati remajanya itu. Hatinya berperang dengan akal fikirannya sendiri. Andai waktu dapat diputar kembali, pasti dia lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Pasti dia tidak melalui saat-saat sukar begini. Memilih untuk mengorbankan atau berkorban. Nuraisha meraup wajah, mengharapkan kekeruhan di hatinya turut berlalu bersama sapuan itu. Hatinya masih berperang.
Nuraisha mengimbau kembali kenangan tahun lalu ketika dia berada di Tingkatan Tiga. Pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dimasuki dengan azam yang tersemat di dada dan semangat yang berkobar-kobar. Tengah hari itu dia mendaftar masuk ke asrama bagi memulakan sesi persekolahan baru. Tahun itu, tahun penting baginya, di mana dia akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berbekalkan doa dan pesanan ibu bapanya, Nuraisha meneruskan persekolahannya sebagai seorang pelajar Tingkatan Tiga.
Pada tahun itulah perkenalannya dengan Farhan, seorang pemuda yang bijak dan baik budi pekertinya bermula. Hanya disebabkan oleh senyuman Nuraisha yang tidak lekang daripada wajahnya, Farhan sering datang ke kelasnya. Apatah lagi ditambah pula dengan perwatakan Nuraisha yang selalu ceria dan peramah, Nuraisha sering mengusik jejaka pemalu itu. Atas alasan selalu bersama dengan Amir yang sekelas dengan Nuraisha, Farhan juga semakin rapat dengan Nuraisha. Ternyata perwatakannya yang ringan tulang itu mengeratkan lagi persahabatan mereka.
Semakin hari, Nuraisha menghitung detik-detik PMR yang bakal menjelma. Tekanan begitu dirasakan. Tatkala itu, Farhan sentiasa disisinya. Dialah yang meniupkan semangat ke dalam dirinya, memberi kata-kata perangsang. Farhan jugalah tempat dia meluahkan masalah. Tempat dia menghamburkan tekanan perasaan dalam dirinya. Hanya Farhan yang setia menjadi penghibur. Meringankan beban yang digalas Nuraisha. Memastikan hari-hari yang dilalui cerah dan bermakna. Yang paling penting, Nuraisha sentiasa tersenyum.
Persahabatan mereka begitu akrab. Farhan terlalu menjaganya. Terlalu mengambil berat akan Nuraisha. Lagaknya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Farhan dan Nuraisha sama-sama membantu sehingga kejayaan dalam peperiksaan PMR dirangkul bersama. Tali persahabatan mereka sungguh unik dan kukuh sehinggakan ramai yang memandang dengan mata cemburu.

“Farhan janji…Farhan takkan tinggalkan Aisha. Aisha pun sama tau…jangan tinggalkan Farhan…kita kawan sampai bila-bila.”

Nuraisha membuka matanya. Tangannya menguak rambut perangnya yang separas bahu. Nafas ditarik berulang kali. Dalam. Mengharapkan kelegaan pada dadanya. Nuraisha sungguh tidak menyangka yang Farhan begitu serius dengan kata-kata yang pernah diucapkan. Sungguh. Tidak pernah dia sangka perhatian istimewa yang diterima daripada Farhan selama ini menyimpan makna yang tersirat. Hubungan yang dibina atas dasar persahabatan memberi maksud yang berbeza kepada Farhan. Keakrabannya telah disalahertikan.

Nuraisha sendiri tergamam apabila Farhan berani meluahkan kata-kata sayang pada suatu petang. Petang yang sepatutnya dihabiskan dengan perbincangan subjek Kimia. Pada mulanya Nuraisha menganggap kata-kata itu sebagai gurauan. Tetapi Farhan begitu serius menegaskan. Tidak pernah Nuraisha menatap wajah sesungguh itu. Pengakuan berani Farhan benar-benar membuatkan Nuraisha kelu. Tidak pernah dia menyangka petang itu Farhan akan membuat kejutan seperti yang pernah dinyatakan. Apa yang lebih mengejutkan Nuraisha turut mengungkapkan kata-kata yang sama seperti Farhan sedangkan itu bukan kehendaknya dan Nuraisha bingung!

Nuraisha berteleku di atas sejadah. Begitu panjang doa yang dimunajatkan kepada Allah, Pencipta Sekalian Alam. Dialah yang menjadi tempat Nuraisha mengadu. Dipohonnya agar diberikan hidayah dan petunjukNya ke arah kebenaran. Betapa dia bergantung harap kepada Allah. Seterusnya Nuraisha memohon dikurniakan ketenangan hidup dan jalan yang lurus. Dia berserah kepada Allah tentang perkara yang berlaku dalam hidupnya. Hanya kepada Allah, dia bertawakal.

Nuraisha mengesat air matanya dengan telekung sembahyang yang dipakainya. Betapa kerdil dan lemahnya dia rasakan ketika itu sedangkan dia baru diuji dengan perkara yang ringan. Mampukah dia mengharungi ujian yang Allah berikan dengan sabar dan tabah jika ujian itu lebih berat dan hebat daripada ini? Nuraisha muhasabah diri. Sudah beberapa malam dia bertahajud memohon petunjuk. Kadang-kadang dia merasakan yang dia hanya membesar-besarkan perkara yang kecil. Namun dia sedar, dia tidak boleh berputus asa. Inilah cabaran hidup sebagai seorang remaja.

Nuraisha nekad. Prinsipnya harus dipertahankan. Dia tidak pernah menganggap Farhan lebih daripada seorang sahabat yang paling rapat. Nuraisha selalu mengingatkan dirinya. Had persahabatan dengan pelajar lelaki hanyalah kawan biasa. Tetapi apabila Farhan memecahkan tembok itu, dia membina tembok baru di mana hadnya hanyalah seorang sahabat baik. Pada mulanya dia menyangka Farhan juga telah berjaya memecahkan tembok itu tetapi kali ini dia yakin dengan dirinya. Tembok yang mengelilingi hatinya itu masih kukuh terbina. Bahkan lebih kuat dan gah melindungi hatinya daripada disentuh mana-mana lelaki. Nuraisha yakin, Farhan hanyalah sahabatnya.

Nuraisha lega. Apa yang terbuku di hatinya telah diluahkan. Alha
mdulillah, Farhan menerimanya dengan hati yang terbuka. Tidak pernah dia merasakan selega itu. Seolah-olah gunung yang menghempap dadanya hancur berkecai. Menjadi debu-debu halus yang semakin menghilang. Farhan sanggup berkorban demi menjaga persahabatannya dengan Nuraisha. Nuraisha sedar hakikat itu. Kalaupun Nuraisha perlu berkorban untuk Farhan, dia sanggup. Tetapi bukan sekarang. Masanya akan tiba. Suatu hari nanti.



“Aisha janji…Aisha takkan tinggalkan Farhan. Farhan pun sama tau…jangan tinggalkan Aisha…kita kawan sampai bila-bila.”






فجعلنـهم سلفا و مثلا للأخرين
~maka kami jadikan mereka terdahulu sebagai pengajaran bagi orang-orang yang terkemudian




-azzukhruf: 56-



footnote 1:) essay form 4 (2006)..cane ntah boleh jumpa semula..kelakar lak..tak sangka saya hasilkan essay macam ni zaman budak-budak dulu..essay je ye...no controversies..;)
footnote 2:) markah 28/30

footnote 3:) kak long...yang lepas pasti ada pahit manis untuk dikenang. tapi pastikan kita hari ini adalah mukmin yang lebih baik daripada semalam. adik bersyukur yang Allah sayangkan kita...

footnote 4:) hanya perkongsian cerita lama. ambillah apa yang bermanfaat.

footnote 5:) sanah helwah..








andai diberi peluang...untuk kuulangi detik dahulu...
pasti kau dapati...
hati ini takkan pernah jemu...

20090401

every day is ur day...

rinduku padamu...
tidak terbatas dengan waktu...
walau terpisah jauh membatu...
aku tetap rindu...


UMMIKU SAYANG



memancar sang suria...

menyinar cahayanya...
begitulah berseri...

wajah ummiku sayang...


aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...

sayang-sayang ummi..

ummiku sayang...

walaupun ummi letih...
mengasuh kami ini...

namun masih tersenyum...

menyejukkan hati...


aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...
sayang-sayang ummi...
ummiku sayang...

bila pulang sekolah...
ummi sambut kami..

sembahyang sama ummi...alhamdulillah...

aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...
sayang-sayang ummi...ummiku sayang...

ummiku sayang kaulah serikandi...
berkorban selalu untuk kami...

ummiku sayang kau ibu mithali...
semoga Allah kan berkati...


aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...
sayang-sayang ummi...

ummiku sayang...


memancar sang suria...
menyinar cahayanya...
begitulah berseri...
wajah ummiku sayang...


aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...

sayang-sayang ummi...ummiku sayang...

aku sayang ummi...
ummiku sayang ummi...

sayang-sayang ummi...
ummiku sayang...




tiba-tiba terjumpa lagu ni. setelah sekian lama tak dengar. ni lagu nasyid saya masa sekolah rendah dulu. bila terdengar rasa terkesan di hati. mungkin saya terlalu merindui ibu saya. saja nak berkongsi. tapi post ni special untuk parents saya di malaysia. ambillah apa yang bermanfaat.


semoga ma dan abah dalam jagaanNya selalu...


semoga sentiasa sihat dan gembira...

semoga diampunkan dosa yang terdahulu, kini dan akan datang...

semoga kita sama-sama dikumpulkan semula di dalam syurgaNya...





وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا



~Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)


-al-israa': 23-




every day is your day...

~i miss you...~







semoga masa cepat berlalu...
agar dapat kutatap wajahmu...
ibuku...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .