RSS

20090130

masih adakah...?

sunyi yang mencengkam...membuatkan fikiranku melayang...apakah nilai sedetik masa itu...?

aisha turun ke tingkat 2 sakan baitul tolabah. sunyi. hanya derap kasutnya yang kedengaran. pintu musolla dibuka dan dia hanya mampu tersenyum. kosong.

dia memperuntukkan masa mengulang hafazan sambil menunggu. kalau-kalau ada yang datang untuk sekali berjemaah zohor. namun hampa. akhirnya sembahyangnya sendiri. tanpa pahala jemaah.


"Allahu akbar Allahu akbar. asyhadu allailaahaillallah. asyhadu anna Muhammadarrasulullah. hayya 'alassolah. hayya 'alalfalah. qad qamatissolah. qad qamatissolah. Allahu akbar Allahu akbar. laa ilaaha illallah.."

aisha tersenyum sendiri. gema laungan untuk sembahyang berjemaah dalam sakan itu menembusi pintu biliknya yang terkunci rapat. dia cepat-cepat memakai telekung sembahyang. melangkah keluar.

kempen "27 pilihan kami" baru sahaja dilancarkan semalam. melalui YM. kelakar kan? tapi itulah hakikat yang berlaku dalam keluarga kecil mereka di sakan ini.


memandangkan sekarang minggu imtihan dan tiada kuliah, kempen ini dilancarkan untuk menggalakkan sembahyang jemaah sebanyak 5 waktu instead of 3 waktu iaitu subuh, maghrib dan isyak sewaktu minggu kuliah dahulu.


aisha melangkah masuk ke dalam musolla kecil itu. asal-asalnya bilik itu merupakan bilik study tapi telah di'renovate'kan menjadi musolla kecil. ramai sahabatnya turut serta mencari pahala berganda yang dijanjikan Allah. aisha teringat mafhum satu hadis.


قال رسول الله صلى الله عليه والسلم
الصلاة الجماعة افضل من الصلاة احدكم وحده بسبعة عشرون جزاء


~daripada Ibnu Umar radiallahu anhu katanya, Rasulullah saw bersabda, "sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak 27 kali ganda ganjaran."


sekali lagi arfie berjalan dari wing tingkat 2 ke wing tingkat 3 sambil iqamah. memanggil untuk menyahut seruan solat maghrib secara berjemaah. suaranya bergema sayup dan menghilang.

"you know, everyday i hear you iqamah when it is praying time," kata asmahan, pelajar Jordan yang turut menetap di sakan itu. dia tinggal ditingkat 4. kata-katanya disambut dengan tawa mereka. sememangnya mereka sedar yang gema laungan itu sampai ke tingkat paling atas sakan itu.


aisha merenung kosong. indahnya apabila segalanya dilakukan kerana mencari keredhaanNya. sembahyang berjemaah menjadi rutin harian di sakan ini. tapi hari ini musolla kosong.


dia tidak mengharapkan kehadiran pelajar lain sebenarnya. kebanyakan sahabat-sahabatnya tiada di sakan kerana mengikuti lawatan Jelajah Jordan. maklumlah, cuti akhir semester dah pon bermula.


yang tinggal hanyalah beberapa kerat sahaja. tetapi yang bermain difikirannya bukanlah kerana ketiadaan pelajar untuk sembahyang berjemaah, tetapi bagaimanakah nanti apabila mereka semua berpindah ke rumah pilihan masing-masing.


masih hidupkah amalan berjemaah?

masih adakah bacaan gema wahyu?

masih indahkah jalinan ukhwah yang disemai?

dia terpana sendiri. dengan persoalan yang masih tidak terungkai.

takutnya diri dengan kemungkinan itu...kemungkinan yang harus dilalui...meskipun semuanya tidak pasti...

catur VS dam haji

santai...kelakar...
tapi penuh makna tersirat...
tidakkah kau sedar wahai diri...?

haa...hari tu saya menghadiri satu ceramah umum kat dewan abu ain. maklumlah, saya dah start cuti akhir semester. ni lah peluang saya kutip mutiara-mutiara yang bersepah kat bumi Anbiyaa' ni. doakan saya istiqamah dengan apa yang saya niatkan. saya teringat satu mafhum hadis. mungkin hadis ni boleh menggalakkan kita mencari ilmu.

"andai terbitnya matahari dan aku hidup tanpa ada pertambahan ilmu, maka hilanglah berkat matahari itu."

ceramah tu, ceramah umum je. tak ada tajuk. unik kan? ceramah ni disampaikan oleh 3 orang tetamu dari Malaysia. Doktor Rosli, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. isi ceramahnya biasa sahaja tapi menarik. santai dan berisi.

yang paling saya tertarik antara isi-isi yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah mengenai catur dan dam haji.
apa yang anda fikir? jom saya nak ajak anda berfikir..!

kita semua tahu bagaimana permainan catur ni kan? permainan ini melibatkan 2 orang pemain. catur juga sering dipanggil peperangan minda kerana kita memerlukan strategi untuk mengalahkan lawan kita. kita perlu pandai mengawal anak-anak catur yang terdiri daripada bidak-bidak, satria-satria, gajah-gajah, tir-tir dan menteri-menteri untuk melindungi raja.

selagi raja hidup, permainan tak akan tamat. instead jika raja awal-awal lagi di checkmate walaupon berbaris-baris lagi askar yang lain, the game is over.

itulah falsafah yang cuba diterapkan. raja itu umpama agama. agamalah yang menjadi tunggak utama kita dalam hidup. agamalah yang sering dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

sebagaimana kalahnya raja, berakhirlah permainan. begitulah jika hilangnya agama, sia-sia lah kehidupan.

tapi sayangnya, falsafah ini diterapkan oleh barat. jika anda perasan, di atas kepala sang raja ada tanda cross yang bermaksud christianity. cantik kan?

nak tahu apa pula cerita dam haji?

cara permainan dam haji ni simple. kita hanya perlu memakan buah lain untuk sampai ke garisan akhir kawasan lawan supaya dapat naik haji di mana apabila kita bergelar "haji", kita dapat memakan buah dam yang lain dalam dua arah.

permulaan permainan ini memang cukup baik. kita niat untuk naik haji.

tapi dalam kita kita berniat sesuatu yang baik, dalam tidak sedar kita sebenarnya menganiayai orang lain, dengan memakan buah dam yang lain asalkan apa yang kita inginkan tercapai. adakah itu contoh yang baik?

lebih-lebih lagi selepas buah dam dapat naik haji, buah itu dapat melangkah dalam dua arah instead of satu arah. menunjukkan betapa berkuasanya pangkat "haji" itu.

cantikkan? falsafah yang ditonjolkan?
inilah falsafah yang diterapkan oleh orang melayu kita.

dan inilah sebenarnya secebis daripada imej Islam yang kita bawa.

apa yang anda fikir? apa pendapat anda?


ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم

~dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu mengikuti agama mereka

-albaqarah: 120-


secebis yang mungkin tidak disedari...tetapi, daripada secebis itulah...memberi kesan...membawa padah...

20090128

kematangan dalam kenakalan

apa yang dilihat pada zahir diri seseorang...andai tahu diri tidak sesempurna Muhammad...
jadilah insan pembentuk insan...


matang.

apa erti matang ye?
berwajah serius? tanpa secalit senyuman dibibir.
berbicara pantas? sehinggakan bicaranya hanya diangguk-angguk oleh pendengar tanpa difahami.

atau perbincangan sehala tanpa cadangan atau usulan yang lain kerana merasakan perancangan yang dibawa oleh yang berbicara sudah lengkap dan sempurna? lantas yang lain membisu, bimbang ditukas dan akhirnya malu.


ni ke matang?



klo yang ni cane? matured nampak..;p

nakal pula macam mana?
adakah apabila dicop sebagai nakal secara automatiknya segala yang buruk akan bertandang difikiran?


"bencilah budak nakal ni..!"

"dah tak ada kerja lain ke selain nak sakat perempuan?"

"menyusahkan hidup je..!"

salahkah menjadi nakal?

ramai yang menyempitkan fikiran dengan men'set'kan minda yang nakal itu jahat.
lantas dari mind setting, dizahirkan dengan perbuatan terhadap insan lain yang dianggap nakal. dan mungkin juga merasakan dirinya sahaja yang betul tanpa mengira pendapat dan perbuatan orang lain.

habis tu? macam mana ni?
ada ke yang nakal tu baik?
dan ada ke yang nakal itu matang??

jawapan anda macam mana?

pasti la ada selagi kita memberi peluang kepada si nakal untuk menunjukkan kematangannya.

seringkali kita tersilap pandang dengan memberi layanan yang tidak adil kepada si nakal. "yang nakal tetap nakal" tidak patut menjadi pegangan kita jika kita mengaku kita lebih matang daripadanya.

si nakal mampu menjadi matang jika kita memberi peluang kepadanya. jangan kita menjadi penyumbang kepada bertambahnya kenakalan. setiap orang dilahirkan dengan fitrah ingin menjadi baik. apa kata kita menjadi wasilah untuk si nakal memperbaiki diri?

si nakal mempunyai potensi yang besar untuk berubah. si nakal juga mempunyai potensi yang besar untuk berfikiran matang. yang tinggal hanya keinginan diri sendiri untuk berubah dan juga persekitaran yang membantu.

siapa lagi yang dapat membantu kalau bukan kita?


كان الناس أمة وحدة فبعث الله النبييـن مبشرين ومنذرين

~manusia itu dahulunya satu umat. lalu Allah mengutus para nabi untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan...

-albaqarah: 213-





kenakalan dalam kematangan...bukan alasan menjadi tuduhan...punca jatuh sesebuah perancangan...tetapi kebangkitan sebuah pemikiran...!

20090125

saya dan 18

masa berlalu...meniti usia...
bagaimanapun perilakumu...
masa tetap berjalan...

terimalah dan perbaikilah...

carilah dirimu itu...






16 january 2009


selamat hari lahir untuk diri sendiri..sanah helwah...happy birthday...sweet 18..! :)
 agak lewat saya meng'post' satu ruang untuk diri sendiri. maklumlah, fatrah exam yang mencengkam suasana.

alhamdulillah tinggal lagi satu lagi paper last. bahasa arab. doakan saya bittaufiq ye...

post ni bukan untuk meng'announce' kat semua orang cume bagi penghargaan untuk diri sendiri...
 umur saya dah menginjak 18 tahun. kata kawan-kawan dah tua. tapi rasenye mereka lagi tua. bagi saya umur yang menginjak kepada 18 ni perlu buat saya fikir yang saya kena jadi matang. saya kena jadi matang and saya kena jadi matang.
 bila sahabat-sahabat, adik-beradik dari malaysia dan dari jordan dan dari mesir meng'wish', saya akan membalas meminta mereka doakan saya bertambah matang. kenapa agaknya ek?
 saya tak pernah mengharapkan sambutan hari lahir di perantauan ni. langsung tak terfikir. malam sebelum detik 12 malam saya sendiri menghadap buku memandangkan kami dalam fatrah imtihan nihaei. dan saya yakin begitu juga sahabat-sahabat saya yang lain. jadi saya ketepikan sahaja kenangan menyambut hari lahir di malaysia.

entah macam mana 15 minit sebelum pukul 12 tu saya tertidur. dan tiba-tiba roommate saya kejutkan. bersorak-sorak mengucapkan selamat hari lahir. terpisat-pisat saya dibuatnya. hanya senyuman ikhlas dapat saya lakarkan buat teman teristimewa itu. syukran ya ukhti...

menu kami simple. dimulakan dengan bacaan doa kami menjamah sepotong kek kopi jordan ngan slices of apple. kelakar. tapi bermakna.

sesudah itu kami dah inspired nak sambung study. melawan rasa hati yang nak tidur. tiba-tiba lampu terpadam. saya dah excited ni. boleh la cari alasan nak tidur. tertanya-tanya dengan keadaan tu saya menyanyi lagu hari lahir untuk diri sendiri disambut oleh roommate saya yang menyanyikan lagu hari lahir untuk saya. hanya ketawa yang memecah suasana.
 kami wonder juga kenapa tiba-tiba boleh blackout. bila je saya buka pintu bilik, saya dikejutkan dengan sepiring halawiyat dan sahabat-sahabat saya berbaris. bagai koir lagak mereka.
adik yang comel...selamat hari jadi...
adik yang busuk...sayang dari kami...
adik yang sengal...selamat hari lahir...
adik yang alim...kami doakan..
ingatlah wahai adikku...

ukhwah yang terbina memang indah...
 
ingatlah wahai adikku...
ukhwah kita kekal sampai jannah...



saya terpana. masih ada sahabat-sahabat yang mengingati tarikh lahir saya. dalam kesibukan mengulangkaji, mereka masih sudi meluangkan masa membuat sesuatu untuk saya mengingati detik ini. detik pertama menyambut hari lahir di jordan. 
sekali lagi saya meminta mereka mendoakan saya agar menjadi matang. ada juga sebahagian mereka yang mendoakan saya supaya matang sebelum sempat saya berkata apa-apa. dah terang lagi bersuluh. be matured, aisha...!

dedikasi syukran istimewa buat:


-kak iera -izzati -achik -along -syakina -ayuni -hidayat -kak long -nuha -izzah -ijan -amal -farah-n sesape yang terlibat-


special buat :-) anje...

~syukran~

~uhibbukum fillah~


ربنآ ءاتنا في الدنيا حسنة و في الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

~wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka~


-albaqarah:201-



moga kau ketemu...
dalam pencarianmu...
tentang apa erti hidup...

20090106

ghazzah...

terkesima aku disapa angin lalu...
menghulurkan kertas...
mengukir senyuman penuh makna...


غزة تناديكم...فلبوا النداء
صرخت غزة فدوت صرخاتها العالم أجمع...صرخت غزة...فرددنا ألالبيك


~Ghazzah memanggilmu...maka sahutlah seruannya...~telah melaung Ghazzah dengan linangan air mata maka sahutlah laungannya wahai umat sekalian alam...
~telah melaung Ghazzah dengan linangan air mata...maka sahutlah seruannya...


aah..! Israel...!
kau mengganas lagi...

menghujani bumi palestin dengan peluru sesatmu...
dengan roket bangsatmu...
dengan kereta kebal kebanggaanmu...
dengan dentuman membingit telinga...
menyesakkan dada...

celakalah kau Israel...!

apa lagi yang kau inginkan???
setelah semua mayat bergelimpangan...
bangunan-bangunan hancur kau runtuhkan...
wanita-wanita berteriak ketakutan...
suara tangis kanak-kanak yang langsung tidak memahami erti kehidupan...
sunyi kau binasakan...
semua ini langsung tidak memberi kesan...
lantaran hatimu gelap dilitupi tompok dosa hitam...
celakalah kau Israel...!

وقالوا قلوبنا غلف
بل لعنهم الله بكفرهم فقليلا ما يؤمنون
-dan mereka berkata, "hati kami telah tertutup"
tidak! bahkan mereka dilaknati Allah kerana kekufuran mereka dan sedikit sekali orang yang
beriman
-albaqarah:88-



apa lagi yang kau inginkan???
dengan alasanmu yang tidak masuk dek akal...
mendabik dada konon dunia ini kau yang punya...
menyerang, membunuh, membakar sesuka gaya...
kau sangkakan kesudahan inilah penutup bicara???
celakalah kau Israel...!




أولـئك عليهم لعنة الله والملئكة والناس أجمعين


~mereka itulah yang dilaknat Allah dan para malaikat dan manusia keseluruhannya
-albaqarah:161-







saat bayu bertiup sejuk...
kumenggigil...
sedangkan baju yang kusarung...
berlapis tebal...

bagaimanakah kamu wahai saudaraku di Ghazzah..?
dengan pakaian yang belum tentu membalut tubuh...?
dengan makanan yang belum tentu mencecah bibir...?
dengan tempat berlindung yang kini tinggal debu...?

sabarlah wahai saudaraku...
walau kutahu yang aku hanya pandai menyusun bicara...
sedangkan kau di sana yang merasa dan terluka...
tetapi tetap kuingin kau tahu...
doaku sentiasa meng
iringimu...

kadang cemburu menjentik hati ini...
lantaran jihadmu dijanjikan syurga yang pasti...

lontaran kerikilmu diberikan pahala yang berganda...

syahidmu hanyalah mati di mata dunia...



ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أموت
بل أحيآء ولكن لا تشعرون
~dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati
sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya
-albaqarah: 154-


teruskan berjuang wahai saudaraku...
sahutlah seruan jihad itu
...



و قـتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين لله
~dan perangilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata...

-albaqarah: 193-



kerana syurga nan indah itu...
pasti milikmu...













20090105

winter talk...winter tips...winter???


saat bayu menggigit...aku terpinga...terkaku...dan membeku...inikah yang selama ini menjadi penantian...? menjadi perbualan...? dan menjadi kenyataan...?

aisha menggosok-gosok tangannya. mencari haba. jemarinya beku untuk menekan keypad laptop Dell kesayangannya itu. suhu yang terpapar di skrin dijeling dengan ekor mata. 1 darjah celcius. great..!

semalam ada winter talk yang disampaikan oleh senior kami yang berpengalaman, kak Sarah n kak Farah. mereka dah rase winter 4, 5 tahun dah. kat cni saya nk kongsi tips2 menghadapi winter...:)

1) PENJAGAAN DIRI

-MaNDi, sekurang-kurangnya sminggu skali. tau dengarnya agak kotor bagi orang yang xmerasai winter tapi bagi mereka yang ade pengalaman berada di negara sejuk, pasti nak mandi sebulan sekali..;p

-guna air suam and jangan sesekali mandi dengan air panas apatah lagi air sejuk coz air yang panas sebenarnya menyerap mineral-mineral dari badan kita.

-jangan rub badan dengan towel selepas mandi untuk keringkan badan. seelok-eloknya tepuk-tepuk je badan untuk keringkan coz perbuatan itu boleh menyerap minyak (sebum) yang penting untuk kelembapan kulit kita.

-pakailah baju yang berlapis-lapis untuk memanaskan badan. tudung dan mafla amat penting kerana kajian membuktikan yang haba lebih banyak hilang melalui kepala kita.

-pakailah krim yang sesuai untuk mengelakkan kulit kering.

-pakai conditioner selepas syampu rambut untuk mengelakkan rambut kering.

-jangan mengamalkan menjilat bibir walaupun bibir kering coz itu akan menambahkan kekeringan bibir sebenarnya. seelok-eloknya pakailah pelembab bibir yang ada SPF 15.

2) PEMAKANAN

-makan ikut kadar yang biasa sahaja coz kita biasanya cepat lapar pada waktu winter ni sedangkan metabolisme dalam badan rendah je. that's why musim sejuk ni ramai yang makin BULAT...;p

-jadi, makanlah ikut kadar yang biasa sahaja untuk mengelakkan diri kita menjadi snowwoman waktu winter ni. dah la nanti nak turun katil pon susah. bertambah BULAT lah kita..;)

-ambillah vitamin tambahan seperti B-6 ataupon makan buah-buahan yang mengandungi banyak anti-oksida seperti anggur, zaitun, blueberry, strawberry, arange and search la kat internet buah pe lagi..;p

-amalkan jugak makan cereal sewaktu sarapan.

3) PENYAKIT

-hmm..musim sejuk ni banyak gak pakej penyakit klo xjaga kesihatan betul-betul. biasanya:-


~common
cold
~influenza
~chill blains
~hypothermia
~athma
~frosbite

-prevention to all this, kita mestilah amalkan minum air kosong yang banyak. pastikan kebersihan dan kesihatan diri terjaga. terutamanya yang berimunisasi badan rendah. jangan mudah dedahkan diri kepada udara sejuk. kena pakai baju yang berlapis-lapis dan etc lah.

kak sarah and kak farah terang semalam best je. siap ngan penerangan saintifik. tapi bila nak tulis semula ni rase cam xsampai maksud je. xpe lah. saya kongsi setakat yang mampu. lagipun belum bergelar doktor lagi. nak banding ngan kak sarah n kak farah tu...cam doktor pakar..! wish to be like them..;)

tapi satu ujian yang agak berat bagi semua yang menghadapi musin sejuk ni adalah bangun pagi. honestly, bila dah berada bawah hirom, memang dugaan yang kuatlah terutamanya untuk bangun subuh. mengulas kata-kata kak sarah, itulah ujian yang kita semua kena hadapi. coz Allah pasti lihat mujahadah kita untuk bangun bersembahyang subuh keranaNya. jadi niatlah segalanya untuk Allah coz Dia tidak sesekali melihat pada hasil, tetapi Dia memandang kepada usaha yang kita lakukan.

~salam bermujahadah di musim winter~
aisha meraup mukanya. mengharap apa yang disampaikan turut diamalkan untuk diri sendiri. bukan mudah untuk bermujahadah namun dia yakin Allah tidak memberi sesuatu kepada hambaNya kecuali dengan kemampuan hambaNya itu.

لا يكلف الله نفسا الا وسعها
-ِAllah tidak membebankan seseorang kecuali menurut apa yang dia mampu

tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian...adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan...Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia...

20090104

surviving a joyful jurney...


musafirku ke bumi ini...bukan lagi angan-angan...bukan lagi omong kosong...bukan lagi dilema hati...tetapi kuberpijak di bumi yang nyata...kubernafas pada udara yang berbeza...kumengejar satu cita-cita...walaupun sayup mata memandang...melangkahlah tanpa henti...
aisha menyudahkan tulisannya pada whiteboard yang digantung di dalam biliknya itu. dia membaca kembali apa yang ditulisnya. senyuman terukir di bibirnya, tanda berpuas hati. dia kemudiannya kembali mengadap laptopnya, ingin mencoret sesuatu.

alhamdulillah...summalhamdulillah...summalhamdulillah...
dapat lagi saya menjenguk, sekadar untuk mencoret sesuatu, berkongsi ilmu yang cetek ini. berkongsi pengalaman di negara orang, barangkali.

semalam MMJ (majlis mahasiswa JUST) mengadakan satu bengkel smart study untuk pelajar JUST tahun 1 bertempat di dewan Salahuddin, JUST. bengkel ni untuk memberi pendedahan kepada adik2 yang masih terpinga-pinga dengan status sebagai student medic atau dentistry kat Jordan nih. macam mana cara study, cara nak adapt ngan persekitaran, cara bergaul ngan orang arab n etc.

a brief explanation tentang sistem pembelajaran kat JUST ni, kami akan meneruskan pengajian di sini selama 6 tahun bagi medical students and 5 tahun bagi dentistry students. 3 years of pre-clinical and the rest for clinical years. exams kami online and the best thing, kami dikelilingi oleh orang-orang arab.

majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Sulaiman, pegawai MSD (Malaysian Student Department) dan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "membina kecemerlangan pelajar". kemudian diteruskan oleh pembentangan kertas kerja 2 bertajuk "how to become a good and successful medical student in JUST" oleh Dr Mohammad Khasawneh, assistant dean JUST. kemudian disambung oleh Dr. Oqba Qur'an, assistant dean JUST jugak mengenai clinical years.

kami cukup bertuah kerana orang-orang besar ni sudi meluangkan masa untuk kami. maklumlah, mereka sebenarnya cukup sibuk. mengulas apa yang dikatakan oleh 2 orang Dr. pakar tu, mereka sebenarnya amat sukakan student Melayu and banyak memuji student Melayu ni.

cuma sedikit teguran membina, mereka nasihatkan not to stick only with Malays. students Melayu ni kebanyakannya suka depends pada kawan-kawan Melayu je and it's quite a waste coz we are supposed to take the opportunity to learn arabic culturals and language coz it's very important especially when we are in clinical years. they asked us to befriend with arabians.

then, we had a slot where we shared experience with the seniors, Mohd Aizat, Nurhalim and kak Siti Sarah. mereka bercerita tentang pengalaman mereka as a student kat sini selama 4, 5 tahun. most of what they said is about study.

apa yang saya boleh simpulkan, senior aizat kata kita kene khususkan masa seharian kita kepada 4 bahagian.


1) masa untuk Allah
2) masa untuk study
3) masa untuk berukhwah
4) masa untuk diri sendiri


dalam membahagikan masa-masa ini, kita perlu tahu priority. senang cite make a pyramid base on those 4 things dengan masa untuk Allah berada di puncak. and everytime there's things come up, korbankan mana yang xpenting, that masa untuk diri sendiri. yang sure kita kena pandai susun ikut priority.


kata kak Sarah lak, dia bagi satu perkataan je untuk menggambarkan cara belajar iaitu...

-ASPIRE-

A- approach study and determine ur attitude
S- select, survey and study the subjects
P- put aside and piece together
I- inspect, investigate and enquire
R- reconsider, reflect materials and relate understanding
E- evaluate, examine and explore other option


those seniors pon ada cakap when you start reading make sure u do 3 things.


1~ baca dengan hati
2~ imagine ngan akal
3~ tulis ngan tangan


all those things are interrelated. kami juga dinasihatkan supaya perform well in lessons and be good to the lecturers. it's an advantage when lecturers kenal disamping ambil berkat dari lecturer. markah pon senang dapat.

kami juga dinasihatkan untuk bergaul ngan semua orang, bukan dengan certain orang yang kita rasa boleh masuk ngan diri kita. kita hendaklah bergaul dan memilh sahabat yang membawa kita kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

aisha menjeling jam pada penjuru laptopnya itu. pukul 1.27 pagi. dia menguap lantas mengambil keputusan untuk menokhtahkan cerita.

merenung jauh...menembusi kabus takdir...perjalanan masih jauh...sedangkan langkah begitu kecil...namun, menapaklah tanpa henti...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .