RSS

20090128

kematangan dalam kenakalan

apa yang dilihat pada zahir diri seseorang...andai tahu diri tidak sesempurna Muhammad...
jadilah insan pembentuk insan...


matang.

apa erti matang ye?
berwajah serius? tanpa secalit senyuman dibibir.
berbicara pantas? sehinggakan bicaranya hanya diangguk-angguk oleh pendengar tanpa difahami.

atau perbincangan sehala tanpa cadangan atau usulan yang lain kerana merasakan perancangan yang dibawa oleh yang berbicara sudah lengkap dan sempurna? lantas yang lain membisu, bimbang ditukas dan akhirnya malu.


ni ke matang?



klo yang ni cane? matured nampak..;p

nakal pula macam mana?
adakah apabila dicop sebagai nakal secara automatiknya segala yang buruk akan bertandang difikiran?


"bencilah budak nakal ni..!"

"dah tak ada kerja lain ke selain nak sakat perempuan?"

"menyusahkan hidup je..!"

salahkah menjadi nakal?

ramai yang menyempitkan fikiran dengan men'set'kan minda yang nakal itu jahat.
lantas dari mind setting, dizahirkan dengan perbuatan terhadap insan lain yang dianggap nakal. dan mungkin juga merasakan dirinya sahaja yang betul tanpa mengira pendapat dan perbuatan orang lain.

habis tu? macam mana ni?
ada ke yang nakal tu baik?
dan ada ke yang nakal itu matang??

jawapan anda macam mana?

pasti la ada selagi kita memberi peluang kepada si nakal untuk menunjukkan kematangannya.

seringkali kita tersilap pandang dengan memberi layanan yang tidak adil kepada si nakal. "yang nakal tetap nakal" tidak patut menjadi pegangan kita jika kita mengaku kita lebih matang daripadanya.

si nakal mampu menjadi matang jika kita memberi peluang kepadanya. jangan kita menjadi penyumbang kepada bertambahnya kenakalan. setiap orang dilahirkan dengan fitrah ingin menjadi baik. apa kata kita menjadi wasilah untuk si nakal memperbaiki diri?

si nakal mempunyai potensi yang besar untuk berubah. si nakal juga mempunyai potensi yang besar untuk berfikiran matang. yang tinggal hanya keinginan diri sendiri untuk berubah dan juga persekitaran yang membantu.

siapa lagi yang dapat membantu kalau bukan kita?


كان الناس أمة وحدة فبعث الله النبييـن مبشرين ومنذرين

~manusia itu dahulunya satu umat. lalu Allah mengutus para nabi untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan...

-albaqarah: 213-





kenakalan dalam kematangan...bukan alasan menjadi tuduhan...punca jatuh sesebuah perancangan...tetapi kebangkitan sebuah pemikiran...!

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .