RSS

20090105

winter talk...winter tips...winter???


saat bayu menggigit...aku terpinga...terkaku...dan membeku...inikah yang selama ini menjadi penantian...? menjadi perbualan...? dan menjadi kenyataan...?

aisha menggosok-gosok tangannya. mencari haba. jemarinya beku untuk menekan keypad laptop Dell kesayangannya itu. suhu yang terpapar di skrin dijeling dengan ekor mata. 1 darjah celcius. great..!

semalam ada winter talk yang disampaikan oleh senior kami yang berpengalaman, kak Sarah n kak Farah. mereka dah rase winter 4, 5 tahun dah. kat cni saya nk kongsi tips2 menghadapi winter...:)

1) PENJAGAAN DIRI

-MaNDi, sekurang-kurangnya sminggu skali. tau dengarnya agak kotor bagi orang yang xmerasai winter tapi bagi mereka yang ade pengalaman berada di negara sejuk, pasti nak mandi sebulan sekali..;p

-guna air suam and jangan sesekali mandi dengan air panas apatah lagi air sejuk coz air yang panas sebenarnya menyerap mineral-mineral dari badan kita.

-jangan rub badan dengan towel selepas mandi untuk keringkan badan. seelok-eloknya tepuk-tepuk je badan untuk keringkan coz perbuatan itu boleh menyerap minyak (sebum) yang penting untuk kelembapan kulit kita.

-pakailah baju yang berlapis-lapis untuk memanaskan badan. tudung dan mafla amat penting kerana kajian membuktikan yang haba lebih banyak hilang melalui kepala kita.

-pakailah krim yang sesuai untuk mengelakkan kulit kering.

-pakai conditioner selepas syampu rambut untuk mengelakkan rambut kering.

-jangan mengamalkan menjilat bibir walaupun bibir kering coz itu akan menambahkan kekeringan bibir sebenarnya. seelok-eloknya pakailah pelembab bibir yang ada SPF 15.

2) PEMAKANAN

-makan ikut kadar yang biasa sahaja coz kita biasanya cepat lapar pada waktu winter ni sedangkan metabolisme dalam badan rendah je. that's why musim sejuk ni ramai yang makin BULAT...;p

-jadi, makanlah ikut kadar yang biasa sahaja untuk mengelakkan diri kita menjadi snowwoman waktu winter ni. dah la nanti nak turun katil pon susah. bertambah BULAT lah kita..;)

-ambillah vitamin tambahan seperti B-6 ataupon makan buah-buahan yang mengandungi banyak anti-oksida seperti anggur, zaitun, blueberry, strawberry, arange and search la kat internet buah pe lagi..;p

-amalkan jugak makan cereal sewaktu sarapan.

3) PENYAKIT

-hmm..musim sejuk ni banyak gak pakej penyakit klo xjaga kesihatan betul-betul. biasanya:-


~common
cold
~influenza
~chill blains
~hypothermia
~athma
~frosbite

-prevention to all this, kita mestilah amalkan minum air kosong yang banyak. pastikan kebersihan dan kesihatan diri terjaga. terutamanya yang berimunisasi badan rendah. jangan mudah dedahkan diri kepada udara sejuk. kena pakai baju yang berlapis-lapis dan etc lah.

kak sarah and kak farah terang semalam best je. siap ngan penerangan saintifik. tapi bila nak tulis semula ni rase cam xsampai maksud je. xpe lah. saya kongsi setakat yang mampu. lagipun belum bergelar doktor lagi. nak banding ngan kak sarah n kak farah tu...cam doktor pakar..! wish to be like them..;)

tapi satu ujian yang agak berat bagi semua yang menghadapi musin sejuk ni adalah bangun pagi. honestly, bila dah berada bawah hirom, memang dugaan yang kuatlah terutamanya untuk bangun subuh. mengulas kata-kata kak sarah, itulah ujian yang kita semua kena hadapi. coz Allah pasti lihat mujahadah kita untuk bangun bersembahyang subuh keranaNya. jadi niatlah segalanya untuk Allah coz Dia tidak sesekali melihat pada hasil, tetapi Dia memandang kepada usaha yang kita lakukan.

~salam bermujahadah di musim winter~
aisha meraup mukanya. mengharap apa yang disampaikan turut diamalkan untuk diri sendiri. bukan mudah untuk bermujahadah namun dia yakin Allah tidak memberi sesuatu kepada hambaNya kecuali dengan kemampuan hambaNya itu.

لا يكلف الله نفسا الا وسعها
-ِAllah tidak membebankan seseorang kecuali menurut apa yang dia mampu

tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian...adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan...Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .