RSS

20090130

catur VS dam haji

santai...kelakar...
tapi penuh makna tersirat...
tidakkah kau sedar wahai diri...?

haa...hari tu saya menghadiri satu ceramah umum kat dewan abu ain. maklumlah, saya dah start cuti akhir semester. ni lah peluang saya kutip mutiara-mutiara yang bersepah kat bumi Anbiyaa' ni. doakan saya istiqamah dengan apa yang saya niatkan. saya teringat satu mafhum hadis. mungkin hadis ni boleh menggalakkan kita mencari ilmu.

"andai terbitnya matahari dan aku hidup tanpa ada pertambahan ilmu, maka hilanglah berkat matahari itu."

ceramah tu, ceramah umum je. tak ada tajuk. unik kan? ceramah ni disampaikan oleh 3 orang tetamu dari Malaysia. Doktor Rosli, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. isi ceramahnya biasa sahaja tapi menarik. santai dan berisi.

yang paling saya tertarik antara isi-isi yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah mengenai catur dan dam haji.
apa yang anda fikir? jom saya nak ajak anda berfikir..!

kita semua tahu bagaimana permainan catur ni kan? permainan ini melibatkan 2 orang pemain. catur juga sering dipanggil peperangan minda kerana kita memerlukan strategi untuk mengalahkan lawan kita. kita perlu pandai mengawal anak-anak catur yang terdiri daripada bidak-bidak, satria-satria, gajah-gajah, tir-tir dan menteri-menteri untuk melindungi raja.

selagi raja hidup, permainan tak akan tamat. instead jika raja awal-awal lagi di checkmate walaupon berbaris-baris lagi askar yang lain, the game is over.

itulah falsafah yang cuba diterapkan. raja itu umpama agama. agamalah yang menjadi tunggak utama kita dalam hidup. agamalah yang sering dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

sebagaimana kalahnya raja, berakhirlah permainan. begitulah jika hilangnya agama, sia-sia lah kehidupan.

tapi sayangnya, falsafah ini diterapkan oleh barat. jika anda perasan, di atas kepala sang raja ada tanda cross yang bermaksud christianity. cantik kan?

nak tahu apa pula cerita dam haji?

cara permainan dam haji ni simple. kita hanya perlu memakan buah lain untuk sampai ke garisan akhir kawasan lawan supaya dapat naik haji di mana apabila kita bergelar "haji", kita dapat memakan buah dam yang lain dalam dua arah.

permulaan permainan ini memang cukup baik. kita niat untuk naik haji.

tapi dalam kita kita berniat sesuatu yang baik, dalam tidak sedar kita sebenarnya menganiayai orang lain, dengan memakan buah dam yang lain asalkan apa yang kita inginkan tercapai. adakah itu contoh yang baik?

lebih-lebih lagi selepas buah dam dapat naik haji, buah itu dapat melangkah dalam dua arah instead of satu arah. menunjukkan betapa berkuasanya pangkat "haji" itu.

cantikkan? falsafah yang ditonjolkan?
inilah falsafah yang diterapkan oleh orang melayu kita.

dan inilah sebenarnya secebis daripada imej Islam yang kita bawa.

apa yang anda fikir? apa pendapat anda?


ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم

~dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu mengikuti agama mereka

-albaqarah: 120-


secebis yang mungkin tidak disedari...tetapi, daripada secebis itulah...memberi kesan...membawa padah...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .