RSS

20090130

masih adakah...?

sunyi yang mencengkam...membuatkan fikiranku melayang...apakah nilai sedetik masa itu...?

aisha turun ke tingkat 2 sakan baitul tolabah. sunyi. hanya derap kasutnya yang kedengaran. pintu musolla dibuka dan dia hanya mampu tersenyum. kosong.

dia memperuntukkan masa mengulang hafazan sambil menunggu. kalau-kalau ada yang datang untuk sekali berjemaah zohor. namun hampa. akhirnya sembahyangnya sendiri. tanpa pahala jemaah.


"Allahu akbar Allahu akbar. asyhadu allailaahaillallah. asyhadu anna Muhammadarrasulullah. hayya 'alassolah. hayya 'alalfalah. qad qamatissolah. qad qamatissolah. Allahu akbar Allahu akbar. laa ilaaha illallah.."

aisha tersenyum sendiri. gema laungan untuk sembahyang berjemaah dalam sakan itu menembusi pintu biliknya yang terkunci rapat. dia cepat-cepat memakai telekung sembahyang. melangkah keluar.

kempen "27 pilihan kami" baru sahaja dilancarkan semalam. melalui YM. kelakar kan? tapi itulah hakikat yang berlaku dalam keluarga kecil mereka di sakan ini.


memandangkan sekarang minggu imtihan dan tiada kuliah, kempen ini dilancarkan untuk menggalakkan sembahyang jemaah sebanyak 5 waktu instead of 3 waktu iaitu subuh, maghrib dan isyak sewaktu minggu kuliah dahulu.


aisha melangkah masuk ke dalam musolla kecil itu. asal-asalnya bilik itu merupakan bilik study tapi telah di'renovate'kan menjadi musolla kecil. ramai sahabatnya turut serta mencari pahala berganda yang dijanjikan Allah. aisha teringat mafhum satu hadis.


قال رسول الله صلى الله عليه والسلم
الصلاة الجماعة افضل من الصلاة احدكم وحده بسبعة عشرون جزاء


~daripada Ibnu Umar radiallahu anhu katanya, Rasulullah saw bersabda, "sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak 27 kali ganda ganjaran."


sekali lagi arfie berjalan dari wing tingkat 2 ke wing tingkat 3 sambil iqamah. memanggil untuk menyahut seruan solat maghrib secara berjemaah. suaranya bergema sayup dan menghilang.

"you know, everyday i hear you iqamah when it is praying time," kata asmahan, pelajar Jordan yang turut menetap di sakan itu. dia tinggal ditingkat 4. kata-katanya disambut dengan tawa mereka. sememangnya mereka sedar yang gema laungan itu sampai ke tingkat paling atas sakan itu.


aisha merenung kosong. indahnya apabila segalanya dilakukan kerana mencari keredhaanNya. sembahyang berjemaah menjadi rutin harian di sakan ini. tapi hari ini musolla kosong.


dia tidak mengharapkan kehadiran pelajar lain sebenarnya. kebanyakan sahabat-sahabatnya tiada di sakan kerana mengikuti lawatan Jelajah Jordan. maklumlah, cuti akhir semester dah pon bermula.


yang tinggal hanyalah beberapa kerat sahaja. tetapi yang bermain difikirannya bukanlah kerana ketiadaan pelajar untuk sembahyang berjemaah, tetapi bagaimanakah nanti apabila mereka semua berpindah ke rumah pilihan masing-masing.


masih hidupkah amalan berjemaah?

masih adakah bacaan gema wahyu?

masih indahkah jalinan ukhwah yang disemai?

dia terpana sendiri. dengan persoalan yang masih tidak terungkai.

takutnya diri dengan kemungkinan itu...kemungkinan yang harus dilalui...meskipun semuanya tidak pasti...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .