RSS

20120429

manis~

entah ukuran apa...
kalian tetapkan...
pada hidup segala penghujung...



alhaya'
la ya'ti, illa bikhair~

sifat malu itu
tidak mendatangkan sesuatu pun, kecuali kebaikan~


*****

"bukan tak boleh, tapi tak manis lah kan."

saya terkedu. "lama tak dengar perkataan tu kak. betullah. tak manis."

sembang-sembang dengan senior lagi. saya kira, kita (baca: saya) mungkin dah semakin kehilangan common sense yang dahulunya sebati dalam diri bangsa melayu.

common sense yang pada saya, dipelajari daripada orang tua-tua. common sense yang dibentengi sifat malu yang menebal. lupakah kita, asal kita dari sebuah bangsa yang santun?

adab. pekerti.

jika sifat malu kita diajar bertempat. seharusnya sifat terbuka kita juga perlu bertempat~

hamassah orang muda, seharusnya diimbangkan dengan hikmah orang tua.

benar, common sense bagi sesetengah orang, tidak semestinya menjadi common sense bagi sesetengah yang lain. tapi yang seharusnya, kita belajar.

*a sigh for irbid*
(saya sayanglah)

tak mengapalah. saya bersedia dilabel kolot, jika itu bermakna kebenaran.


nota kaki: langit merah dan bau hujan? biar betul~


tapi kita tetap tahu...
ukuran apa yang Dia tetapkan...
pada hujung segala hujung...

20120427

rindu II~

rindu wajib rindu Tuhan...
rindu fitrah rindu insan...



penantian,
perlukah menjadi satu seksaan?

*****

rysha, ryna, afiq, hana, syasya, dhia, hadif, hafiy, mahdi.

cik in rindu.

rindu tahu? rindu!

too bad i have nothing to be counted down.

too good, i'll be the sekuat tabah again.
(kalau tak TERbeli tiket lah kan~ haa)
harap-harap kuat untuk tunaikan azam balik 2 tahun sekali. hoh

menyelusuri album family. sempena habis (lah sangat) study anat UGS.

spek je hensem. selipar hilang sebelah. haha
haila budak hensem. teringat pula how he clung to me the day on my departure. bukan main lagi macam tak nak pisah.

bila saya dah kat sini, boleh pulak berjoli di pulau kapas. haila. hailaaaa~

"cik in! babaiiiii~!"

teringat juga dhia yang jerit satu airport. waktu tu saya tengah scan passport. (boleh imagine kot macam mana dia jerit dengan jarak sejauh itu)

ketika saya melangkah dengan lambaian terakhir, dia kembali menjerit. a few steps forward, saya berpatah balik mencari kelibat mereka.

melambai sepenuh rasa. lambaian yang sengaja diceriakan. kerana saya tahu, mereka tidak nampak mata yang bergenang.

rasa sangat dihargai. kanak-kanak, mereka memang tahu untuk mengambil hati, kan? sweet mereka, nakal mereka pasti mencuri hati.

mungkin kerana mereka masih bersih.
dari kotor dunia.
dari noda usia.

ah, menangis sendiri.
"i'm not only 21. i'm already 21~"

dan rindu juga membuatkan saya kembali menyelusuri tulisan-tulisan. mencari kekuatan sendiri.

namun saya mula ragu pada rindu itu.
nokhtah.


*posttakdemotifmacamlamadahtakhomesick.


*****

Allah menciptakan cinta
dan cinta itu fitrah manusia.
fuh

okay, rethink about not buying ticket to malaysia. who on earth can get me this thing?
aaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!
>.<

 

cuma mungkin...
kita perlu sekali membezakan...

20120424

rindu~

rindu dalam kalbu...
siapa tahu...
melainkan Kau dan aku?


tiba-tiba teringat, menyelusuri tulisan Salim A. Fillah tempoh hari, ada satu bahagian (antara beribu-ribu bahagian) yang membuatkan mata saya kabur sebelum tulisan itu dihabiskan. penat la macam ni. lacrimal gland asyik nak terstimulate je.

diceritakan dari Rasulullah. tentang seorang hamba yang ingin bertaubat (kalau tak silap saya). lalu dengan segala kesungguhannya, dia bersiap sedia dengan bekalan segala. unta, makanan, minuman dan segala kelengkapan menuju ke sebuah negeri.

merentasi padang, gurun, bukit bukau (ada ke? haha). sehinggalah dia kepenatan dan berhenti untuk berehat lalu dia tertidur di bawah sepohon pokok. nak dijadikan cerita, apabila dia terjaga, dia mendapati unta dan segala bekalannya telah tiada!

gila meroyan dia mencari. berlari ke sana sini. sedang ketika itu dia ditengah-tengah padang pasir. sepertinya mustahil untuk untanya dicuri. kepenatan, hampir berputus asa dan memikirkan bagaimana dia mahu hidup di ketandusan padang pasir, dia akhirnya tertidur lagi, dalam setinggi tawakal.

apabila dia terjaga, dia terkejut melihat unta dan segala barangnya berada di depan mata. terloncat kegembiraan dia menjerit,

"Allahumma anta 3abdi, wa ana rabbuk!"
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau hambaku dan aku TuhanMu!"

dahi saya berkerut ketika ini. tapi kalian tahu apa sambungannya?

diceritakan, Allah ketawa. lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.


*****


Allah ketawa.
lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu.
dan memasukkannya ke dalam syurga.

ketika membaca pada rangkap ini mata saya kabur. (dan masih juga ketika saya menaip kembali). entah kenapa, saya terfikir. dalam episod kehidupan saya selama 21 tahun ini, pernah tak berlaku sesuatu yang 'mencuit hati' Allah ya.

saya ingin sekali, Dia 'ketawa' dengan gelagat saya.
supaya dengan itu Dia mengampuni dosa-dosa saya.
dan memasukkan saya ke dalam syurga.

saya ingin sekali buat Dia 'ketawa'. dan ingin sekali melihat Dia 'ketawa'.

ah, intan. simple-minded sungguh kamu. andailah syurga itu sesenang itu, kan. huh

cumanya, saya selalu percaya, syurga bukan milik orang yang beramal banyak. sebab kita tidak pernah tahu sejauh mana amal kita diterima. dan sejauh mana amal kita dikira.

syurga bukan milik orang baik-baik. sebab kita tidak pernah tahu, dalam kebaikan yang kita lakukan, mungkin ia tercatat sebagai kejahatan oleh cik 3atid.

syurga itu, boleh jadi milik kita. dan boleh jadi juga bukan milik kita.

kita tak pernah tahu.
kita tak pernah tahu.

cumanya juga, saya selalu yakin, syurga adalah milik orang yang selalu bersangka baik padaNya. sebab kita tahu, segala kebaikan yang kita lakukan, sekelip mata boleh menjadi debu yang bertaburan. hangus terbakar.

dan segala kejahatan yang kita lakukan, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat. dosa kita terampun belum sempat kita meminta. taubat kita diterima belum sempat kita bersungguh.

dan bersangka baik itu, selalu memacu kita ke arahNya. dalam keadaan cepat atau lambat. berlari atau merangkak.

bersangka baik itu, pada saya kekuatan yang memandu ke arah syurga. moga-moga.

kerana hadiah syurga itu, hanyalah semata dengan rahmatNya.
semata-mata.

allahumma solli 3ala Muhammad~

ni lagi sebijik. yang kalau dengar selalu buat mata saya kabur. setiap kali pulak tu. osem pulak bila adik housemate buat alarm tone. set jam pukul 2, 3 pagi, tapi tak pulak bangun! haih!

penat la kan kalau setiap kali bunyi, lacrimal gland ni asyik nak terstimulate je. haha.

tapi sebenarnya saya syukur. sekurangnya saya tahu, hati yang saya sangka selama ini dah mati, rupanya masih hidup bernafas.

sekurangnya ischemic, tak sampai tahap necrosis. dapat buang punca obstruction, enough blood supply, insyaAllah kembali sihat.

doakan saya kuat membuang puncanya.

semoga di celahan kesakitan itu, masih ada ruang untuk sensitif pada sentuhanNya.

3ala kulli hal, alhamdulillah~


Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah.
wa na3uzubika min sakhatika wannar~


sambut rinduku, Tuhan...
atas segala keredhaan...

20120422

2014~

when you stop searching...
for a prince...
and make Allah...
the king of your heart...



sembang-sembang dengan senior,
senyum memanjang.

"insyaAllah~"




He will help you...
to complete your 'fairytale'...

20120421

Ro~

teman dalam diam...
menghulurkan jemari...
untuk digenggam...






pregnant lagi!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!
>.<

*pengsan*





nota kaki: rasanya nanti buat juga iklan kat ruang iklan irbid, siapa nak anak kucing baka Ro. =.=



tersenyum aku...
hanya dihadiahkan...
sebuah pandangan...

20120419

kulihat luka di matanya~

dalam luka itu...
aku setelusnya memahami...


Rami.

a great full of lessons, indeed~


*****


"I'm sorry you guys have to endure all this things. jazaakumullahu khairan jazaa'."

saya terdiam. adik di sisi turut tersenyap. dia juga seperti saya, menantikan kata-kata seterusnya. 

"it's just that, it's hard when you want to practise Islam, but no one understands. i don't want to hurt her. i don't want to hurt anybody. and i don't want to get hurt."

dan saya melihat luka di matanya.

cinta, sebegini sukar rupanya. lebih-lebih lagi tersepit antara cinta fitrah, dan cinta padaNya. pada agamaNya. 

"excuse me, are you going home to irbid?"

perbualan saya dan adik terganggu lewat petang semalam. angin kuat pada hari itu sangat mengujakan si adik yang bertalu-talu mengemukakan soalan. dan saya bercerita pengalaman sepanjang di jordan dengan penuh bersemangat. 

"yes."

"do you mind if i lift you to irbid? because, you see, i'm going to send her home but she's not my wife. and it's haraam to be alone with her. so, if you don't mind to accompany us?"

kami saling berpandangan. dalam mata saya terbias figure seorang perempuan yang menjauh berjalan menuju ke sebuah kereta. 

"oh, you mean, you're going to drive us home?"

"yes. because you see, i don't want to be alone with her. she's not my wife."

saya terangguk-angguk. wajah lelaki yang saya kira di awal 40-an terbayang di tubir mata saat saya mengalihkan pandangan. saudara seaqidah. memang tidak saya kenal, tapi dia saudara seaqidah. 

"sure."

"jazaakumullahu khairan jazaa'. May Allah reward you. let's go, we'll get to know each other in the car."

"err, akak. boleh percaya ke kak?" bicara adik yang takut-takut membuahkan senyum. 

"insyaAllah. jom. rezeki ni, dapat balik free, tak payah bayar tambang bas."

kami berkenalan ringkas di dalam kereta. dan seterusnya saya berbual dengan si adik, membiarkan mereka berbual sesama mereka.

terkadang dia mencelah perbualan kami, dan dalam diam, saya terus memerhati. langkah berjaga-jaga, ya. tapi sebenarnya saya tahu, saya sedang belajar.

Rami. lahir di sini, membesar di USA. graduan dari Rusia, mengambil master di California dan kembali ke sini untuk membuat latihan klinikal. kedua ibu bapanya di Abu Dhabi. 

"i was married to an american. and that's it. i know how it feels when we want to practise islam but no one understands. once is enough."

dan saya melihat luka di matanya. 

"it must be a very big difference between USA and Jordan, isn't it?" saya menukar topik. luka itu saya kira terlalu dalam. 

"yes, of course. but you see, in USA i live among the kuffars. i see them every day and i just can't stand it. in Jordan, i hope to live in Islamic country but i feel this is the longest period ever. by the end of this september, i'm going to finish my clinical practice and move to work in other Islamic country. i just can't stand it."

kami gelak. "we thought, it's only us feeling that way."

saya kagum pastinya. pada usia itu, dia mempunyai pengalaman yang sebegitu. berpindah randah mengutip ilmu. belajar daripada masyarakat yang pelbagai. rasa pahit manis membawa agama. saya ingin sekali, belajar melalui pengalaman sebab saya tahu, ia guru yang mematangkan.

pernah saya soalkan, entah apa rasanya menjadi seorang lelaki. dan sepanjang perjalanan pulang, saya semakin mengerti. apabila cinta menjadi persoalan, ia terlalu sukar.

saya seolahnya berbual dengan si adik, tapi mata saya tidak lekang memerhati, telinga saya culas mendengar. saya tersenyum kecil apabila dia membuat panggilan pada keluarga si perempuan, memaklumkan keberadaan mereka yang ditemani kami.

saya tersenyum kecil apabila dia meminta maaf kepada perempuan itu apabila tangannya refleks hampir menyentuh tatkala dia brek secara mengejut.

saya tersenyum kecil apabila dia menegur perempuan itu untuk berbual dalam bahasa inggeris. bahasa yang kami fahami.

saya tersenyum kecil apabila dia mengajar perempuan itu untuk berterima kasih kepada kami yang menemani. dan mengajarnya mengucapkan salam setelah dia menghantar perempuan itu pulang.

cuma masih, saya melihat luka di matanya.

dan ketika dia menghampiri kami, seikhlasnya menerangkan keadaannya dan meminta kami menemani mereka, saya semakin faham luka itu.

saya gerun melihat pandangan galak perempuan itu tatkala berbual. saya faham senyuman sinisnya apabila kami bersetuju menemani. saya terpaku melihat perempuan itu seolahnya sengaja mendekatkan diri apabila berbicara. saya berkerut apabila dia masih lekat di dalam kereta meskipun destinasinya sudah tiba.

dan saya membaca resah pada wajah Rami.

saya tak tahu apa rasa cinta. mungkin saya tak benar tahu apa makna cinta.

tapi, andai perempuan faham luka di hati lelaki.

andai mereka faham.


nota kaki: hoh? update? >.<


semoga aku tak menambah luka..
bahkan menjadi penawar yang mengubati...

20120414

PENCERAHAN: let's be friend, professionally~

kata mengetuk...
dari hati...
dengan nama Rabbi...


saya bukan orang yang layak. jauh sekali yang berilmu. mungkin ini hanya pandangan kosong, dari saya yang penuh kekurangan. mungkin ini hanya angan kosong, dari 3asi yang berharap syurga. dan mungkin ini hanya bicara kosong, dari manusia yang sentiasa alpa.

ketahuilah, jari saya menggigil untuk menari kali ini. jiwa saya berbolak-balik untuk menyusun ayat sebaik-baiknya. saya pernah jadi 'dulu'. dan mungkin ini saya 'sekarang'. tapi pastinya saya tidak tahu, apa saya pada 'masa depan'.

cuma setelah semuanya, saya sampai pada akhir keputusan. meraikan manusia, ya. tapi jangan sehingga terlebih daripada meraikan Dia.

dan buat anon yang terlalu meraikan saya, simpan sahaja pujian itu kemas-kemas di dalam dada. atau kembalikan sahaja pada yang Esa.

saya mohon, expectation jangan terlalu tinggi. seperti yang digambarkan oleh Imam At-tirmidzi, sifat iman itu menaik dan menurun. menaik dengan ketaatan dan menurun dengan kemaksiatan.

semoga Allah jadikan saya lebih baik daripada apa yang disangkakan. dan semoga tiada bau wangi yang terhasil dari asap amalan yang dibakar riya'. na3uzubillah~


*****

saya didatangi seorang lelaki. katanya, sampai bila saya harus begini. dia cemburu pada kawan-kawan lain, yang kelihatan mesra dengan kawan-kawan seperjuangan. berprogram, berhubung, berkawan. tapi tidak saya pasti sebebas mana maksudnya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. katanya saya menjengkelkannya. mendatanginya hanya jika memerlukan pertolongan. kemudian menghilang, tidak bertegur sapa setelah itu. bahkan tidak menjawab sembang kosong yang dihulurkannya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. yang menghulurkan sebuah pertanyaan, seandainya suatu hari nanti pada masa hadapan, kita terserempak di malaysia, di hospital mahupun di pusat membeli belah. apa yang akan kita buat? dia gelisah membayangkan awkward moment yang bakal dihadapinya. saya tersenyum.

saya didatangi seorang lelaki lain. yang bertanya, mengapa tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan? mengapa saya terlalu mensyadidkan sebuah persahabatan? saya tersenyum.


meraikan, jangan sampai berlebihan.

saya kira, saya 'bertemu' dengan ramai lelaki. pelbagai ragam dan perangai yang semuanya membuahkan senyum. semuanya pada saya guru yang mengajar.

saya biasa 'diserang' sejak tahun 1 di sini, yang pada awalnya membuahkan tangis tapi kini membuahkan senyum. kerana saya kira, itulah yang mahal. yang mengajar. yang melalikan dan menguatkan mental. dan mengajar saya untuk meraikan.

tapi pastinya, meraikan, jangan sehingga terlebih daripada meraikan Dia. saya berfikir dalam, kerana kepelbagaian yang Allah ciptakan ini, kita tak pernah tahu mana satu yang benar-benar Dia redha. mana satu tahap yang Dia mungkin kata, "kau telah meraikan dia lebih daripada Aku!"

dan untuk itu, semua tahu. di sisi kita ada al-Quran dan as-sunnah. yang jika kita berpegang padanya, kita takkan sesat. selama-lamanya.

cumanya, jangan tersalah sangka. tetap juga saya berpegang, apa istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan. cuma marilah kita berkawan secara professional.

"duhai akhawat yang suka berjalan,
bila bertembung melarikan diri,
syabab ke kiri, anda ke kanan,
jumpa pak arab, tak pula begini"

ini rangkap pantun SEADS yang buat saya gelak tak henti. saya kira, isu ni akan berterusan dari generasi ke generasi. haha

saya juga termasuk dalam kalangan akhawat ini. dulu. ingat-ingat balik, gelak pula.

masa first year, saya dan kawan-kawan pernah masuk kedai entah apa-apa sebab dari jauh dah ternampak presiden PERMAI waktu itu. padahal pres waktu itu membelok ke kanan dan menghilang entah ke mana. sedangkan kami membazir waktu menunggu beliau yang tak lalu-lalu. haha

kami juga jenis yang pantang terserempak dengan lelaki, refleks nya, senyuman hilang. sehingga saya pernah ditegur indirectly, kerana dia terasa hati.

maaflah pada siapa yang pernah terkena. ketahuilah refleks itu adalah ANS yang tidak dikawal oleh otak. sensory nya masuk ke spinal cord dan terus keluar menghasilkan pergerakan.

dan hanya satu yang saya boleh katakan, pada saya, mungkin ketika itu saya kurang matang dan malu saya tidak bertempat sehingga melukakan hati orang di sekeliling saya.

sekurangnya sekarang, saya tak 'lari', tidak bermasam muka. meskipun tiada tegur sapa dan senyuman mesra.

cukuplah saya bersederhana sebegitu. tanda saya meraikan kalian. tanda saya menghormati kalian. dan kalian saya letakkan sebaris dengan 'pak arab'. kerana lelaki, bangsa apa pun tetap lelaki.


let's don't play with assumptions.

kadang saya rasa, kita selalu membayangkan perkara yang tidak berlaku sebagai perkara yang lebih indah dari yang sedang berlaku. dan kita berkeinginan perkara itu berlaku.

sebagai contoh, semalam sepulangnya dari kelas tasmik. saya terserempak dengan seorang kawan satu batch. saya kenali dia sebagai seorang yang mesra dengan semua orang. dan merendah diri. saya terpandang sebenarnya tapi dia melarikan matanya dengan gelabah. seolahnya tidak melihat saya.

saya tidak berkecil hati pun. bahkan kemudian saya tergelak pelik. hari itu, dia di kalangan kawan lelaki yang menyoalkan apa yang akan kita lakukan jika terserempak? this awkward moment.

lalu saya teringat pesan saya pada seorang sahabat apabila ditanyakan pendapat tentang suatu perkara.

"tapi kan long, adik rasa kalau benda yang along tak biasa, jangan cuba long. hati itu kan tenang pada kebaikan dan gelisah pada kemaksiatan."

saya pulangkan kata-kata ini pada diri sendiri. dan juga pada kawan-kawan yang bertanya soalan itu.

pada saya tiada masalah. that common sense doesn't need practices. pada suatu ketika kita bersua di masa hadapan, apabila di sisi kamu ada seorang teman perempuan, dan di sisi saya ada seorang teman lelaki, mari kita bertegur sapa. berbual sebagai seorang colleague.

pasti kita tersenyum dengan 'manis'nya kenangan 'bergaduh' ini.

ataupun bertandang saja ke rumah. berziarah. kita bertanya khabar ditemani ibu bapa saya. mereka langsung tiada masalah.

semuanya berpunca dari assumptions. kitalah yang suka menyangka apa yang kita tak tahu (sedang Allah lebih-lebih tahu) sebagai perkara yang lebih indah.

let's don't play with assumptions. it's killing us.

let's be friend, professionally~


lelaki, apa mahumu?

jika saya tanyakan,
lelaki, apa mahumu? apakah jawapan kalian?

saya pelik pada lelaki yang menyumpah seranah, perempuan yang bergaul, berpakaian bebas. menuduhnya punca nafsunya terangsang. ini mungkin dapat difahami.

tapi pada masa yang sama, dia menyumpah seranah perempuan yang menjaga pergaulan, menjaga pakaian. menuduhnya menyusahkan urusan, jumud dan tertutup.

dia menegur begitu begini namun apabila perempuan itu tergerak untuk meraikan, sekurangnya untuk tidak rasa dia menyusahkan, dia mengatakan yang perempuan ini tidak tetap pendirian.

saya juga pelik pada lelaki yang memandang kami sebagai terlalu tertutup. dan 'mengejek' kami dalam hal yang kami rasa betul. entah apa yang diharapkan, baru bergelar kawan. entah apa indikator yang mengiktiraf kita teman sekuliah.

lelaki, apa mahumu?
gurau mesra? bercanda? keluar makan bersama? saling berkongsi rasa? berkenalan sehingga benar tahu warna dan makanan kegemaran? bertukar hadiah? atau apa? baru boleh dikatakan kita saling mengenali?

sungguh lelaki begini, padamu tiada sifat syukur!

bersyukurlah, dengan kehadiran perempuan yang bersungguh ingin menjaga diri dan hatinya. kerana dia tahu, dia turut sama membantumu. kerana dia tahu, dia fitnah yang disebut-sebut sang Rasul. kerana dia tahu, dia ada kuasa yang boleh membuatkan seorang lelaki sujud pada kakinya!

kerana dia ingin benar mendapat redha Tuhannya. ingin benar bersama berkongsi syurga. sebesar ini cinta kami pada kalian. tidakkah kalian mempunyai perasaan yang sama?


mari saling menghormati.

saya bagi contoh, pernah satu ketika, saya memerlukan pertolongan. ketika itu saya ingin memindahkan sejumlah wang yang gak besar ke malaysia. semua tahu, dengan menggunakan western union atau sc, percentage yang dicaj sangat tinggi.

mengiklankan pertolongan, saya didatangi seorang senior. lelaki. dia sama ingin menggunakan duit di jordan. lalu atas dasar saling mempercayai, dia transfer terlebih dahulu RM dari bank malaysia ke bank ibu saya. sejumlah wang yang agak besar. dan setelah itu baru saya membayar beliau dengan wang JD.

dia kenal saya? tak. saya kenal dia? juga tak. (saya sekadar kenal nama sebab dia antara senior yang berpengaruh di sini). lalu atas dasar apa kami saling mempercayai?

saya bagi contoh kedua. pernah suatu malam, saya dalam perjalanan ke PUSKOM. melalui jalan dari syari3 jami3ah ke simsimah, saya melewati sekumpulan syabab yang (saya kira) mengejek kerana saya tiada murakib. sedangkan waktu itu baru dalam pukul 7.

dan saya bersangka baik, mungkin sahaja kerana banyak kes kebelakangan ini. (tapi sebenarnya, lagi beradab kalau mereka menawarkan pertolongan, kan? kalau saya ni jenis yang laser...haih!)

risau? ya, saya sebenarnya agak risau. dan alhamdulillah saya perasan seorang syabab yang sedari tadi berjalan di belakang saya. junior agaknya. memikirkan perjalanan yang masih jauh, keadaan yang agak riuh dan pedih diperli sedemikian rupa, saya berpaling ke belakang.

"nak ke mana?" belum sempat saya memulakan bicara, adik tu bertanya.

"PUSKOM, boleh?"

dia mengangguk. dan kami teruskan perjalanan.

dia kenal saya? tak. saya kenal dia? juga tak. lalu atas dasar apa dia menolong?

saya bagi contoh ketiga. pernah out of no where, kawan satu batch call. meminta pertolongan. waktu itu saya sibuk dengan satu program tapi bila difikirkan bentuk pertolongan yang diperlukan, saya sanggupkan sahaja. sebab saya mampu.

kami memang saling mengenali. satu batch. pernah beberapa kali bekerja bersama. tapi pernah kami berbual mesra? tak. bergurau senda, berbual kosong? tak. lalu atas dasar apa saya menolong?

saya bagi contoh keempat. pernah out of no where, adik junior meminta pertolongan saya menjaga adiknya yang kebetulan satu flight ketika pulang ke jordan tempoh hari. menguruskan visa segala. sehingga selamat tiba di queen alia airport.

kami pernah bekerja bersama. tapi pernah kami berbual mesra? tak. bergurau senda, berbual kosong? tak. dia juga pernah menawarkan pertolongan ketika saya sangat memerlukan. lalu atas dasar apa kami saling membantu?

saya tak lupa, kita, meskipun berbeza jantina, kita terikat dengan aqidah yang sama. lagi kukuh dari hubungan yang dibina dengan berbual mesra. lagi utuh dari hubungan yang dibina dengan berbalas hadiah. kita berhubung, diiringi redhaNya.

bagi saya, ini antara contoh definisi professionalism dalam muamalat. ini cara saya menghormati kalian. dan ini cara saya rasa dihormati.


hasanatul abrar, sayyiatul muqarrabin.

saya tidak pelik sebenarnya. sebab kata Sang Rasul, dinukilkan oleh Abu Hurairah dan diriwayatkan Muslim,

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

kebiasaan sekarang, pada saya adalah kebiasaan yang perlu dibetulkan. betulkan terlebih dahulu, kemudian biasakan. maka saya tersenyum pada 'cemburu' itu. 

pada tahun pertama saya di Jordan. suasananya sangat lain dari sekarang. dari sudut pergaulan antara lelaki dan perempuan apatah lagi. mungkin kerana ketika itu, kami hanyalah kami, sedikit. dan senior-senior adalah adanya pada mereka, qudwah hasanah yang mencontohi sang Rasul.

saya kira, kami gembira dahulu.

berbeza dengan sekarang, irbid dibanjiri. dengan pelbagai latar belakang. saya tidak hairan pada pimpinan yang menukar strategi menawan hati junior-junior. saya thiqah pada mereka dengan program yang mungkin agak 'terbuka'. tapi saya terhenyak pada senior yang 'cemburu' pada apa yang dibawa junior.

saya kira, kami gembira dahulu.

cuma satu,
hasanatul abrar, sayyiatul muqarrabin.

kita yang meletakkan sendiri jarak kita dengan Allah.


puteri lindungan Tuhan.

kalian tahu, di mana istimewanya seorang perempuan?

istimewa seorang perempuan, bukan pada perhatian dari lelaki.

bukan pada bunga yang dihulurkan. bukan juga pada penghargaan melalui perkataan. bukan pada pujian melambung. bukan juga pada mesra menggunung.

berhati-hatilah. boleh jadi perbuatan kalian sebegitu menjadi satu penghinaan pada seorang perempuan.

istimewa seorang perempuan terletak pada sejauh mana dia menjaga maruahnya. dan sejauh mana kalian turut sama membantunya menjaga maruah.

segagah-gagah lelaki adalah yang menjaga maruah perempuannya. dan selemah-lemah perempuan adalah yang menggadaikan maruahnya kerana lelaki.

ketahuilah yang hati seorang perempuan terlalu lembut. janganlah kalian berani menyentuhnya melainkan kalian benar bersedia.

dan menjadi seorang perempuan, izinkan saya menyimpannya untuk si kunci syurga yang benar-benar berhak. semoga tiada parut luka cacat lantaran mesra kalian terhadap saya untuk saya persembahkan padanya.

semoga juga tiada parut luka cacat berpunca dari saya pada hati yang kalian simpan untuk bidadari syurga rumahtangga.

sehingga saat itu, biarkan saja hati kita disentuhNya. dipenuhi cintaNya. diukir dengan kalimatNya.

sehingga saat itu, izinkan saya terus menjadi puteri lindungan Tuhan.




nota kaki 1: ini susulan let's be friend tempoh hari. seperti yang dijanjikan. lupa pula. maaflah, ni last (kot lagi?). hehe

nota kaki 2: sehingga ketemu selepas final sem 2, insyaAllah. mohon doa untuk lagi beberapa langkah menuju alam klinikal, insyaAllah~
mohon doa ya. mohon doa ya. mohon doa yaaaaaa~! >.<

nota kaki 3: salam sayang dari saya buat semua yang terikat dengan aqidah yang sama. semoga Allah redha~ =)



berlari pena...
seiring istighfar...
semoga Dia redha...

20120412

ahsanu~

pasti...
tidak semua soalan...
ada jawapan...


"aku tak katakan Dia milikku seorang.

dan takkan juga aku akui Dia milikmu sepenuhnya

apa yang cuba aku katakan ialah,

kita berebut cinta yang sama."


"lantaran itu marilah kita

seadilnya berlumba

siapa yang lebih baik amalannya"



*gatal sungguh tangan nih. oke last, (kot?) bai.



dan mungkin perlu...
tak semuanya...
perlukan soalan...

20120411

kubaca firman persaudaraan~

hati yang tersentuh..
ibaratnya buah luruh...


saya rindu~


ketika kubaca firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan
tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, akhi sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin itu bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan akhi sayang
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
"para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..
kecuali orang-orang yang bertaqwa"

-salim.a.fillah-


*****


lalu saya tuliskan (lagi dalam buku conteng), seharmoni persahabatan, seringnya tanpa suara. dan kadang lebih baik tanpa bicara.

dan juga, seindahnya, sering saya ingatkan diri sendiri. zahirkan kasih sayangmu pada sahabat dalam siang dan malammu melalui perantaraan yang tiada putus. doa.

sahabat yang saya paling cintai pasti saya kenang dalam sujud saban waktu. dan juga saya berharap untuk diingati dalam rindu sahabat setiap malam pada Tuhan.

saling itu, walau tanpa pertemuan, ikatannya lebih kukuh. kerana kita tahu, Tuhan sentiasa tahu. dan malaikat sentiasa mengaminkan.

'ke atasmulah kebaikan yang serupa.'

saling mendoakan. jom?


*****

membuka hati untuk tenggelam dalam dekapan ukhuwah, adalah sesuatu yang memberi rahmah. tatkala buku itu dalam genggaman sudah memberikan saya senyuman.

membaca tulisan pada cover buku pun sudah membuatkan saya senang. dan sambil berjalan pulang, saya habiskan 15 mukasurat! gila.

dan sajak ini, benar mengetuk hati. membuat saya membaca berulang-ulang. dan saya menunggu masa untuk mengulang baca. sementara masa berbaki untuk menghantar buku itu pada empunya.

alahai laa. bahasanya indah dan dalam. meski ada yang saya tak benar faham. (banyak jugak! saya tak ada darah jawa, okay~  >.<)

dan ya, lecture note UGS entah ke mana.

lalalalaa~


dalam dekapan ukhuwah...
kita mengambil cinta dari langit...
lalu menebarkannya di bumi...

20120410

bebas~

cuma angin lalu...
lalu dan menyapa...



hiroshima.


terbanglah
sebebas zahirnya burung

cuma jangan dilupa
sepertinya juga,

kita sama terikat.


16:79
67:19



maka biarkan sapaannya...
meresap ke jiwa...

20120409

raheem~

sayangnya pasti...
melebihi alam...
dan seisinya...




tadi, akhir lecture anat untuk renal system, Doktor telah membincangkan sesuatu yang buat saya rasa,

aaaaa~! sweetnya Doktor niiiiii~! >.<

oh, ya. dipanjangkan lagi, sweetnya Allah ni~! =')


"and now, we know that, the last system we have is the reproductive system. in males, we know that it's not protected. it's located outside. so, it's not that important."

"but, in female we know that females have uterus which's kept inside the pelvic region. it's deep and well protected. why it's so protected?"

due to pregnancy? saya jawab perlahan dan tanpa keyakinan.

akhir lecture, pelajar pun dah tak fokus sangat. lecture hall agak bising.

"because they carry 9 months of fetus in it. of course it needs to be well protected."

"and we concluded that, the importance of systems is according to the location, protection and number. Allahu ye36eke al 3afeeh."

.Allahu yu3afeek, Doktor

 .senyum


*****


pernah saya tuliskan (dalam buku conteng), lelaki ini berbanding perempuan, sayangnya kurang. kerana dalam diri mereka tiada 'rahim'.

cuma yang pasti, atas segala kasih sayang, Allah lah yang maha. bersifat ar-raheem.

dan, kasih sayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya.

alhamdulillah.

jom sentiasa bertaubat~

=)




cintaNya pasti...
jika dibalas...
membawa ke syurga...

20120408

nyanyian alam~

dalam detak hati...
kita telah sampai...








setiap kalinya,
kau masih tak gagal untuk membuat aku tergamam
pada indah iqamat subuh
harmoni kicau burung pagi
menyanyi berlagu riang
meraikan cahayamu

setiap kalinya,
kau masih tak gagal membuat aku terpempan
segan mengintai di balik jendela
melepas bebas pandangan mata
dengan harapan
mata kita bertemu
hati kita bersatu

dan setiap kalinya,
aku berharap agar,

masa terhenti
siang tak munculkan diri.


08 april 2012
5:40
lalalalaa~


*****

sempena bulan lawaaaaaa~!
>.<


kalian tahu bagaimana ingin benar mendengar nyanyian ini?

pandanglah dengan mata seni.

lantaran keindahan alamlah gabungan rupa dan suara~

alhamdulillah~


nota kaki: oh, ya. mata kamera pastilah tak seindah mata sendiri~ >.<


ucapannya bergema...
rasanya bergetar...

20120407

first step~

selama dalam langkah...
tersusun pada derapan...





"tapi Muhammad tahu, kawan.
redha Allah tak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya"

"redha Allah terletak pada
apakah kita menaatiNya
dalam menghadapi semua itu
apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan."

"maka selama di situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan..."

-dalam dekapan ukhuwah-


 *****


"semua orang ada masalah masing-masing, kan dik."

"hmm. tak la anje. bukan masalah, tapi Allah nak uji."


bicara pada 2:46 pagi. kadang rasa bersalah dengan jetlag ni. sahabat rapat sudah mula tahu pukul berapa untuk mencari saya. berkongsi ketakutan, mencari kekuatan.

bertandang ke rumah pada 'lewat malam' bagi mereka, dan 'awal pagi' untuk saya. pernah suatu ketika saya ditanya,

"adik jetlag lagi ke sekarang ni? lama tak jumpa. rindu"

padahal jiran sebelah je. kadang risau juga, seolahnya hak sahabat terabai.

"nak buat macam mana, anje. kita belajar jauh. tapi anje tahu kan, kita ada sesuatu yang mendekatkan?"

"hmm. doa." perlahan suaranya dalam esak yang mereda.

"doa tu sampai anje. sejauh mana pun kita. ia pasti sampai."


*****


mungkin langkah pertama yang kita perlukan adalah bersungguh-sungguh meminta.

atau memohon kekuatan untuk itu.


sejauh mana destinasi...
kita pasti tiba...

20120406

sofeayyah~

ajar hatimu...
untuk cemburu...
pada keikhlasan...







sofeayyah,
apakah mataku yang menipu,
atau matamu terlalu jujur memberitahu?

sofeayyah,
masakan persahabatan bertahun,
ingin kau hancurkan dengan 'cinta' berhari?

bukankah kau mampu memperoleh keduanya
tanpa ada hati yang terluka?

semoga kau dalam lindunganNya,
sentiasa.



*****



saya percaya, dalam hidup akan ada
saat, pertimbangan hati melebihi pertimbangan akal,
dan pertimbangan akal dipengaruhi pertimbangan nafsu.

hentikan.

sebelum hatimu sendiri yang robek terluka.


hingga saat...
keikhlasan itu cemburu...
pada hatimu...

20120405

membaca cinta~

sedalam bicara...
tanpa kata...
biar dia tentukan...







I

membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang kita tahu hanya dengan rasa.
dari jauh dan dekat, sentiasa
matanya segan mengintai.
menjaga.

membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang disapa mesra alam
dengan geser angin, kicut burung
mereka menyampaikan pesan,
cinta.

membaca cinta, bukan sekadar dengan lembaran.
kadang kita dipeluk luka
terasa ada jari yang menyeka
 menjanjikan seribu bahagia,
dengan syarat, percaya.

cuma kadang saya ragu.
saya ini, mencintai
atau sekadar membalas cinta?
 (apa yang benar selayaknya bagi saya?)


II

Kamu,
teruskanlah mencintai saya
kerana saya ingin terus membalas cinta.

sehingga saat,
saya benar mencintai Kamu
dan berharap benar Kamu membalas cinta.
(saya kira itu yang selayaknya bagi saya)




deep in love.
(meskipun agak lambat. isk. T_T)

seriously.




*cik naz, Ro cinta kedua saya selepas Dia laaaaa~
=.=



sedalam cinta...
tanpa bicara...
biar dia tetapkan...

20120401

untung laaaaaa (bukan aprilfool)~

entah mana rindu...
terbang terbias...
di celahan sinar putih...




[gambar seorang lelaki tanpa baju.
berseluar tiga suku.
sebelah tangan bercekak pinggang]



in the CLINIC next year, you are going to diagnose your patient through inspection. carefully observe the figure above. if a nerve was involved, which one of the choices is most likely to be?


>.<



untung laaaa siapa yang jadi patient saya. saya diagnose dalam masa dua minit je. bismillah sikit. ikut kata hati sikit. suka hati je kata, "lelaki ni ada shoulder drop ni".

frankly speaking, saya tak yakin pun. kena tanya Doktor la apa jawapannya. silap-silap hari bulan misdiagnose. untung laaaaa siapa jadi patient saya. hehe

tapi sepanjang exam lab tadi senyum je. dan hati tak berhenti berbisik.

"biarlah jawapan tu salah sekali pun, tapi saya harap soalan itu satu doa. amin amin amiinnnn~"


oh, membazir je sympathetic action tadi tunggu masa habis. terketar-ketar tangan. markah tak keluar pulak. senyum lagi,

"Allah nak bagi masa lagi untuk berdoa."


oh, selasa ni exam lagi. menarik je rupanya ethics (baru baca sikit sebab dalam kelas tak pernah fokus. hehe). sebab ethics bermain dengan hablum minannas. kot(?)

mohon doa lagi ya~

3ala kulli hal, alhamdulillah.

but well, lets see how tawakkal works~!

=)



entah mana rindu...
pada bunga melata...
indah berhias....

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .