RSS

20160721

healings.



"ajarkan aku tentang kepercayaan."

kau tersentak. mungkin tidak menyangka aku bersuara lantaran aku seperti tidak menunjukkan minat untuk bersembang. atau mungkin juga kerana soalanku yang tidak terjangka. jeda. mata kita bertentang sebelum aku beralih memandang bulan. tidak mahu kau membaca hatiku. sekali lagi.

kau membelakangiku. kau kulihat menunduk mengutip sebiji kerikil. lalu kau lontarkan jauh. sebelum jatuh ke dalam Guadalquivir. menghasilkan riak-riak kecil, sebelum air kembali tenang. tanganmu kembali ke dalam poket seluar.

"kalau boleh aku umpamakan," kau memulakan bicara setelah agak lama diam. tenang sekali nadamu. aku berpeluk tubuh. udara malam kian menggigit. aku bersedia.

"kepercayaan itu seperti riak-riak air yang terhasil apabila aku lontarkan batu sebentar tadi, seperti yang kau lihat." kau berjaya mencuri perhatianku lagi. aku berdiri melangkah ke sisimu. tangan kurehatkan pada dinding jambatan yang separas dada. dagu kutongkatkan. kau mengerling.

"maksud kau, semudah itu kau rasa kepercayaan itu mampu dibaiki? setelah kau hancurkan tenang air itu?" aku bersuara setelah sepi terlalu lama mengambil alih. apabila kau tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menyambung percakapanmu.

kau tersenyum. entah apa maksudnya tidak aku pasti.

"tak." sepatah jawabmu dalam senyum yang berpanjangan. kau memberanikan diri memandang tepat ke dalam mataku. aku terpaku. ada debaran halus kurasakan. aku kembali menghalakan pandangan menembusi kegelapan di hadapanku. aku tak mahu mataku mengkhianatiku lagi. cukuplah sekali kau membacanya.

"lalu, apa maksud kau?" asap nipis terhasil apabila aku menghembuskan nafas. aku meneka-neka suhu di dalam hati. pasti mencecah angka kosong lantaran sejuk yang aku rasakan tidak seperti biasa. mungkin faktor udara lembab lantaran sungai yang mengalir di hadapanku. atau mungkin juga kerana hati aku bergetar menantikan kata-kata yang kau bakal lontarkan.

"kepercayaan yang hancur takkan mampu dibaiki. seperti kertas yang digumpal. seperti kaca yang dipecahkan. seperti air yang dikocak ketenangannya. riak itu tetap terhasil. tiada yang mampu menghentikannya." kau menarik nafas. aku melatakan pandangan.

"itu kepercayaan sesama manusia. tapi sebesar manapun batu yang dilontarkan, sebesar manapun riak yang terhasil, semuanya akan kembali tenang setelah waktunya. kerana kau punyai Tuhan. kerana kau punyai kepercayaan pada Tuhan."

*****

i stopped my car in the middle of driving, just to take a minute to stare at the full moon. lucky me the road was empty! haha. mana tak nya, keluar kerja lepas subuh. =.=

but still, memandu sambil ditemani bulan sebelah kanan, dan merasakan yang mentari akan terbit di sebelah kiri saya tidak lama lagi, membuatkan saya rindu pada sebuah kembara. pada sebuah kenangan. pada sebuah pengajaran. pada hari itu.

that emptiness.

tested by my own writings. 

"Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini, dan mengambilnya daripada sesiapa yang Dia ingini."

may You lend me Your strength, Ya Rabb.

"kerana kau punyai Tuhan. kerana kau punyai kepercayaan pada Tuhan."

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .