seperti hari-hari lalu, langkah yang teratur seusai selesai kerjaku terasa lain. seolahnya dimensi dalam kerangka waktu kerja, dan sesudahnya adalah dua alam yang berbeza. sebaik sahaja aku thumbprint, dan melangkah ke parking lot, dunia aku seolah berubah.
angin malam ini terasa menggigit. awan pekat. aku jangkakan hujan bakal turun. aku sudah rasakan rintik halus menyapa wajah. bulan penuh malam ini tapi cahayanya kelam, tersembunyi di sebalik awan hitam.
seperti kebiasaannya, saat hati aku memberat dengan manusia, dan dengan diri sendiri, aku mencari pantai. aku mencari bulan. dan aku mencari engkau.
ombak tenang malam ini. meskipun rintik kurasakan semakin kasar. purnama masih bersembunyi, namun masih menebarkan cahaya kelamnya. pantulannya pada permukaan laut hanya samar-samar. tidak segalak tempoh hari. aku membetulkan duduk. pasir lembut pantai menjadi lapik punggungku.
"perit?" kau datang. seperti yang kujangkakan. kau datang.
aku mengangguk lemah. mataku bergenang. "terlalu pedih."
kau tergelak kecil. entah apa yang menggelikan hati kau. aku sendiri tak faham. aku berdiri, melangkah perlahan ke gigi pantai. kau hanya mengekoriku dengan hujung mata.
"aku tak pernah lihat sisi baru kau, intan. ini kali pertama." suara kau menyapa gegendang telingaku. aku berkerut. sisi baru?
sejenak kita jeda. ingin sekali aku bertanya apa maksud kau, tapi bibir aku berat. aku menanti kata-kata yang bakal kau utarakan. aku pasti, seperti selalu pasti kau dapat membaca hatiku. dan seperti selalu, kata-kata kau akan menenangkan gelisah dalam diriku.
tapi kau terus mmbisu. aku semakin resah. angin malam terasa mencengkam. hanya debur lembut ombak yang berlagu. lampu merah yang terkelip-kelip di hujung laut yang entah di mana sempadannya menarik perhatianku. mungkin kapal, mungkin juga rumah api.
*******
dua hari saya cuba menyambung, tapi gagal. merenung kosong laptop. hati saya meronta ingin meluahkan tapi jemari saya enggan bergerak. tiada kata yang mampu merungkai secara tepat saya kira.
atau mungkin, biarlah kali ini ia tersimpan rapi, tidak terluah.
time heals. or so i wish.
"kerana kau punyai Tuhan. kerana kau punyai kepercayaan pada Tuhan."
No comments:
Post a Comment
(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~