RSS

20120702

riak-riak halus~

juga aku di situ...
sepertinya...
menunggu rintik pilu...



kusentuh
dan riak-riak halus mula muncul
melebar dan membesar
membulat dan menghilang

meninggalkan telunjukku
yang kaku di situ


*****

katanya, antara duit dan perasaan, pastilah perasaan lebih penting. duit takkan pernah mampu membeli perasaan. kata-katanya sering berulang di minda.

saya terfikir juga bila kawan-kawan kata, balik malaysia, get freshed dan datang Jordan dengan semangat baru. saya fikir, refreshment tu datangnya dari Tuhan. bukankah 'apabila ditanya tentangKu maka jawablah bahawa Aku ini hampir'?

malaysia, jordan atau negara mana pun, Dia selalu hampir. itu yang saya fikir.

"oh, akak tak balik tahun ni, insyaAllah. ingat nak buat trend balik dua tahun sekali."

"tak balik pun. nanti kita puasa raya sama-sama eh!"

"ma, intan tak balik tau tahun ni. tiket mahal sangat la. survey tadi dah main 7, 8 ratus JD."

ayat last tu dapat pesanan khas dari ma abah. 'tak balik takpe, tapi jangan tiba-tiba fly ke negara lain pula!'

dan sayalah yang paling kuat tawanya. tanpa menjawab apa-apa. haha. ma abah ni memang selalu boleh 'hidu'.

tapi saya hairan juga.
macam mana tiba-tiba tiket flight ke malaysia boleh ada atas meja saya.

ajaib ni.



nota kaki 1: 4th gen kids. sayangnya nak bagi. sekarang dah usia mereka sangat keletah. sayangnya.

nota kaki 2: "abang zie, nanti balik bawa intan pergi kedai depan HKL tau. nak beli stetoskop, white coat, torch light and barang-barang klinikal."
"alaaa, abang zie bawak pergi Giant je la. ada je jual. hari tu abang zie beli untuk hana."

senget! =.=


sedang beribu batu...
janjinya...
menghitung waktu...

4 comments:

  1. jordan pun nak suh balik. sebab tu tiba2 ada tiket.heh.

    *krik krik krik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.youtube.com/watch?v=R0f2gm3WjR8

      Delete
  2. Replies
    1. kehkeh.
      terbeli laaa, izzah. XD

      eh, awak. nak menuntut hadiah ni. nanti kang saya nak baca. awak dah le balik irbid lambat nanti. >.<


      psst: nak fridge magnet taj mahal. jangan buat-buat lupa~ XD

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .