RSS

20120627

reminiscing~

mencari hati...
tidak sesenang...
menghilangkannya...




angin mujahadah kembali menyapa
tatkala hati semakin leka
takkan kubiarkan
awan yang kujaga seputih kapas
tersejat berat memendung hitam~


*****



bertarikh 28 disember 2008.

hari itu, saya menghadiri majlis kesyukuran ucu. sekali la majlis kesyukuran dia bakal menjadi isteri orang, mungkin. lalu dia keluarkan lab coat berusia empat tahun ini.

saya masih ingat. winter party anjuran batch.
hahaha~

abaikan tulisan-sangat-tak-matang itu~
=.=

kami menulis azam masing-masing. pada tangan masing-masing. coretan atas tu, pada telapak tangan saya. pada jemari, kalian boleh baca kot. haha~

tapi tolonglah abaikan tulisan-buruk-gila tu. tulisan saya dah makin cantik sekarang. eceh.
=.=

entah. rasa it suits me now. coretan pada telapak tangan itu, moga dapat saya genggam~

and i really mean it.

hah. best sungguh sekarang. tidur mengadap pintu dan tingkap beranda yang tak pernah tertutup. makanya sekarang, seringkali tidur saya dimulakan dengan renungan pada langit merah. dan ya, terkadang sabit menemani.

summer yang penuh makna. semoga kekal, teringin juga ber ramadhan dalam 'winter'.

okay. esok exam petcare. internet sengal lagi. dan menyempat update pula.

(rasa tulisan ini tak sudah. ada lagi yang ingin dicoretkan tapi lupa)

tak mengapalah. have a blast summer~!
=)



nota kaki: mungkin, belajar meraikan itu merupakan satu kesilapan. enough said.


pasti sukar...
sesukar menawannya...
bukan?

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .