RSS

20120802

DIARI: beza purnama~

ada yang lupa...
mendefinisikan cinta...


I

range usia 6 bulan hingga 11 tahun. juga 18 tahun hingga 65 tahun. entah mengapa rasa tenang.

mahdi yang sangatlah musculin. gaya macam body builder je. baju yang dibawa balik alamatnya pakai sekali je la kata kak nis.

hana dan syasya. rivalry. satu family berjangkit demam panas. bahagia juga family macam ni, berkongi sikit dan sakit. haha.

afiq yang sangatlah tinggi lagi nakal. yang tak tahan, manja juga. selalu gaduh, juga teman bermain dengan ryna.

rysha, dah mula pandai girl's talk dengan cik in nya nih. haha. attraction between different gender. naqiuddin? haha.

belajar psiko sem lepas, memang terbentang depan matalah sekarang. tunggu nak jumpa dhia, hadif dan hafiy je. tak sabar! =D


II

membina keluarga, ternyata bukan senang. lebih-lebih lagi bila sudah mempunyai anak. jadi anak last-last ni, untungnya mampu mengutip pengalaman kakak-abang.

ruginya? ada rasa takut dalam kehidupan dunia.

takut pada kasarnya lelaki, menggunakan kuasa.
takut pada lembutnya lelaki, melemahkan jiwa.

juga takut menjadi perempuan, yang mungkin tidak sempurna.

lalu sebolehnya ingin saya kunci rapat, hati ini.

tapi saya tahu, secara fitrahnya, saya mungkin jatuh cinta, cuma saya takkan bercinta sebelum berkahwin.

cinta tanpa keberkatan, tidak membantu untuk jangka masa panjang.

itu yang saya percaya.

.

III

Jodoh yang tertulis namanya di sisi Allah itu ujian. Akankah kita jemput di jalan ridha atau kemurkaanNya. Orang sama, bisa beda dalam rasa.

Mungkin sama-sama terkarunia; tapi bisa berbeda cara Allah memberinya. Jodoh & rizqi; ada yang dihulur mesra, ada yang dilempar penuh murka.

Maka dalam tiap keterhijaban takdir; jodoh, rizqi, ajal, & akhirat nanti; tugas kita prasangka baik, doa baik, ikhtiyar baik, tawakkal baik

Makna baik itu; menjuangkan zhahirnya tak keluar dari tuntunan; haq, halal, suci, mulia. Dan mohon pertolongan Allah tuk mengikhlaskan hati.

-salim a. fillah-

senyum.
=)


IV

asyik terbersin. tekak dah mula gatal-gatal. bisa pertama, bisa hujan malaysia. yang saya sambut kekaguman, kerinduan sehingga abang sepupu memandang kehairanan ke langit. mencari punca dongak beserta senyuman saya meraikan kedatangannya.

bisa kedua atau yang lebih utama sebab tak ikut cakap ma yang memanggil saya berteduh dari hujan.

"kat jordan takde hujan, ma~"

bukan itu sebenarnya. cuma hujan ada sesuatu, yang hanya saya dan ia yang mengerti.


V

bulan penuh. lagi saya kehairanan. mengapa rasa seperti langit di sini terlalu tinggi? sehingga bulan kelihatan kecil berbanding di jordan.

atau saya yang terlalu rindukan langit,

dan purnama di jordan?


VI

abah!
sanah helwah!

love you, always~

=)


sebelum berbicara...
meluahkan rasa...

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .