RSS

20120803

DIARI: abah~

ayah dan ibu...
itulah...
permulaan kami...




semalam ke pejabat imigresen. nak renew passport. dimaklumkan yang gambar passport terkini diperlukan dan receptionist tu bagi satu borang untuk diisi.

we headed towards a photo shop. and my father insisted to fill up the form for me while i was in. waiting for the photos to be processed, he asked,

"nor tu, with an 'o' kan?"

"yup." i watched him.

"IC?"

"91.."

"berapa?"

"91.."

"1?"

"a'ah. 01..."

"0...?"

"01."

"01?"

"a'ah. 16.."

"berapa?"

"16..."

"1..?"

"a'ah. 16.."

"1 lagi? 91 01 1?"

"a'ah. 16. 11"

"11."

"58 double."

"58?"

"5858."

"58?"

"58..5..8."

"5858? senang la IC intan."

"haha. a'ah."

abah mengisi seterusnya dan saya membiarkan. melayan sabar dalam sayu. he asked me almost about everything of what's needed to be filled in.

dan saya sesabarnya melayan. saya tahu, jika borang itu saya isi sendiri mungkin masa yang diambil tidak sampai sepuluh minit.

senyum renung saya pada abah dalam sayu.

seingat saya dahulu, abah lah yang mengisi segala borang-borang sepanjang saya menjejakkan kaki ke sekolah sehinggalah saya melangkah masuk ke universiti. borang itu ini.

without any of my help.

betapa masa terlalu pantas memamah usia.

dan seputar relung hidup manusia, inilah sunnatullah.

teringat iklan petronas yang penuh makna. dan teringat perkongsian salam waktu iftar terakhir azzikr tempoh hari.

tentang cinta ibu bapa terhadap anak.
dan cinta anak terhadap ibu bapa.

semoga, sebesar mana cinta mereka pada saya tatkala saya masih kecil, sebesar itulah cinta saya pada mereka tatkala mereka dimamah usia.

ya Allah, jadikan aku anak yang menyejukkan hati mereka.
di dunia dan di akhirat~


dapat melihat...
bulan dan matahari...

No comments:

Post a Comment

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .