RSS

20120105

hurun ain II~

lalu gemerlap kota...
tandus sebuah cahaya...
bisa menghina...



"sayang tahu, waktu itu akak rasa sangat tersepit. antara meninggalkan atau menerima. sedang perjalanan masih jauh. dan hati akak terlalu rapuh."

dia enggan berhenti senyum. sedang ketika itu, air mata saya murah mengalir.

saya ingin dia teruskan bila diamnya agak lama. mengambil nafas barangkali. cuma senyum damainya yang masih belum putus. tapi seakannya, lidah saya kelu untuk mencelah.

"lalu akak ambil jalan berdiam diri. selepas tenang damai sebuah istikharah, akak tegaskan pada diri. Allah sudah tuliskan."

dia memandang saya dengan mata yang bersinar memukau. dalam.

sedang mata saya berkilau dipantul cahaya pada air yang bergenang. yang kemudiannya menitis perlahan. entah mengapa tersentuh benar pada ceritanya kali ini. seakan mengerti rasanya. seakan, ini jugalah yang akan saya lalui nanti.

"kisah hati, kisah yang tercipta, bukan?"

dia tersenyum penuh makna. saya melarikan pandangan.

"aduh. kak aisha terlalu pandai menafsir. buku nota itu, bukankah hanya rahsiaku?" hati saya berbisik segan.

"memang ianya sebuah kisah tercipta, kak. cuma kelirunya, adakah terciptanya ia setelah saya menciptakan? atau sekadar menyerahkan ia tercipta? bagaimana sekiranya kisah itu tidak seperti yang saya ingin ciptakan?" saya memberanikan diri membalas. menantikan pendapat darinya.

"lalu adik sayang, kamu berharap sekaligus berserah?"

"bukankah itu juga yang akak lakukan?" dahi saya berkerut. dia ketawa gemersik.

"kerana Allah sudah tuliskan. lupakah kamu, adik sayang?"

tangannya mengusap kepala saya. saya hanya memandang bayang-bayangnya yang semakin menghilang pada cerminan jernih sungai.

"ah, kak. saya lupa pula." saya mengukir senyum damai.




lalu gersang hati...
tandus secalit mimpi...
bisa merona...

2 comments:

  1. Anonymous8/1/12 01:16

    entah kenapa manusia selalu mengaku perjalanan masih jauh?

    sedangkan kaki terpaku masih takut memula langkah pertama.

    entah kenapa manusia selalu mengaku hati rapuh?

    sedangkan tidak pernah cuba dikuatkan hati itu.

    entah kenapa manusia selalu mengaku berserah pada takdir?

    sedangkan tidak pernah pun mahu berusaha.

    memang susah untuk membuat keputusan dengan syaitan membisik lagu resah.

    ditiup seribu gusar.

    dicampak rasa selesa dengan 'comfort zone' yang ada.

    lalu ditenangkan hati yang tertipu dengan ayat-ayat ketuhanan.

    ah. sekadar serkap jarang aku sahaja. jangan ambil hati ;)

    p/s : kamu tahu? takdir yang Allah tulis boleh kamu 'padam'. dengan usaha dan doa. itupun kalau kamu berani keluar dari 'comfort zone' dan mulakan langkah untuk perjalanan yang jauh itu.

    ah. sekali lagi aku serkap jarang. jangan ambil hati ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah sekali nasihat itu. terima kasih. akan saya sampaikan pada dia yang kamu serkap jarang itu~

      mungkin dia perlu keluar dari comfort zone itu. mungin dia perlu memulakan langkah pertama dengan penuh berani, bukan?

      sukalah pandangan kamu ni. mungkin suatu hari nanti saya juga boleh aplikasikan~

      =)

      terima kasih~

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .