RSS

20120104

kelana~

ombak sebuah kehidupan...
pasti surut di tepian...






alam yang bertutur
umpama bayu dari langit tinggi
sutera melembut mendasar hati

alam yang bertutur
umpama saga mentari pagi
kilau menghias membangkit diri

alam yang bertutur
umpama tegar bukit meninggi
pasak mengukuh mencengkam nurani

alam yang bertutur
jiwa yang mendengar
hati yang berdebar


"selama Tuhan menjadi raja"





03 january 2012
15:12
perjalanan amman-irbid~


*****


sembang mengisi perjalanan pulang dengan asmat, ditanya tentang target kembara kali ini. saya terkedu tersenyum. pura-pura tidak faham.

"ye la. contohnya nak habiskan 30juz ke. nak bawa lecture note CNS ke. apa target intan kembara kali ini?"

gelak.

"well, specifically, tak fikir lagi pun. tapi basically ada dua. tapi intan, kalau kembara, bab study intan tinggal kat jordan. prefer fokus apa yang intan boleh dapat dari kembara tu. and quran, ye lah. memang tak boleh tinggal. quran memang yang pertama lah."

"yang kedua?"

perbualan itu tergantung. saya gelak-gelak, tak mampu nak menjawab secara berdepan. mengelak. segan pun ada untuk menjawab. entah kenapa.

tapi, target basic saya yang kedua, seluasnya saya ingin membuka hati, mata dan telinga. lebih bersedia untuk berbicara denganNya melalui alam yang tersedia.

demi bintang-bintang yang beredar dan terbenam.

demi malam apabila telah larut.

dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing.

setiap bicaraNya saya ingin melihat, mendengar sehingga menyentuh melekat dalam hati.

biar diasak pertanyaan,

tidakkah saya memerhatikan unta bagaimana diciptakan?

dan langit, bagaimanakah ditinggikan?

dan gunung-gunung, bagaimanakah ditegakkan?

dan bumi, bagaimanakah dihamparkan?

setiap pertanyaanNya, biar tertampar di pipi.

sekurangnya, berbanding waktu lain yang digauli pelbagai urusan, waktu kembara mungkin saya lebih bersedia. specific targets, tak fikir lagi~


asmat, we'll sure be good travelmates together~
=)




lalu apa mungkin...
buih itu disalahkan?

4 comments:

  1. ole2 ok.
    juga cerita. eh tp jgn smpi sy cemburu! haha..
    [mslhnya, dgr nk pegi pun dah cemburu. =_="]

    ReplyDelete
  2. Anonymous4/1/12 21:18

    Haha, selamat berjalan jauh.
    Asmat surely is a good travelmate, always comes up with Qs yg kita tak sangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah selamat pulang, alhamdulillah~
      =)

      Delete

(B)aja terbaik adalah yang berhikmah~

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .