kembara...
bukan perjalanan diri...
tapi perjalanan hati...
quote yang menyegarkan saat mata digayuti sy*itan ketika dalam lecture pharma system lepas. bibir dah terbentuk-bentuk menahan senyum. pada saya, perkataan travel itu sendiri mempunyai seribu satu maksud.
kadang saya rasa. panjang benar mimpi ini. entah bila saya akan terjaga. dan bila digamit ingatan itu, pasti ada:
"oh, masa kecil dulu saya pernah angankan ini."
"wah, dulu ingatkan suka-suka je cakap."
"dulu selalu bila cakap, orang kata berangan. sekarang siapa sebenarnya yang berangan?"
sebab atas segala nikmatNya, saya tak pernah sangka dimakbulkan angan memegang salji di usia 18 tahun. tak pernah serius berangan akan belajar di luar negara. (dulu suka usik-usik ma abah je, kata nak belajar luar negara. tinggalkan mereka biar kembali romantik berdua. haha)
tak pernah gambarkan menjejak kaki ke negara-negara sekitar. dicemburui adik beradik lantaran menjadi adik termuda menunaikan umrah. bersama ma abah pula tu. siapa yang tidak cemburu, bukan?
pada saya, paling saya gembira apabila ma abah tak susah-susah keluarkan duit tanggung pelajaran saya selepas SPM. sekurangnya, itu usaha terlemah saya membalas jasa mereka (setakat ini).
tempoh homesick hari itu (dan masih lagi kini), berkeping-keping weinak saya habiskan. satu family saya call. dan berita yang pelbagai pasal si ciliks. bahkan, hana dan dhia berbual dengan saya dengan gaya orang dewasa. mungkin, tak selamanya saya harus memandang mereka sebagai seorang kanak-kanak.
soalan panas (saya kira), berbual dengan abang kakak, "winter break ni ke mana? amboi. melancong lagi ke?"
jawapan saya hanyalah tawa.
dipesan ma dan abah, simpanlah duit untuk masa depan. beli tanah, beli kereta, beli rumah, buat ka*w*n (erk. ini sangat luar topik.=.=!). dan lain-lain pesanan supaya tidak saya 'bazirkan' duit pada sebuah 'perjalanan'.
"alaaa, ma. sampai masanya intan akan 'bersara'~ tunggulah sehingga intan jumpa apa yang intan cari~"
"bersara? bersara dari melancong?"
ma gelak. gemersik bunyinya. (saya yang rindu sebenarnya)
dan saya turut ketawa.
atas segala kata, saya kurang gemar dengan perkataan 'melancong'. pada saya, kembara, adalah sebuah perjalanan. bukan sekadar perjalanan diri, tapi perjalanan sebuah hati.
dan yang terindah pada sebuah kembara, bukan pada sebelum ataupun ketika, tetapi sesudahnya.
dan kembara mencari Dia, pasti lebih bermakna, bukan?
lupakah kita, sebenarnya, selamanya kita adalah seorang pengembara?
nota kaki: oh, harap boleh ke UK next summer break~ >.<
nota kaki 2: ada dua favourite link untuk hari ini. ini satu. ini dua~ haha~ XD
lantaran hidup sendiri...
sebenarnya sebuah kembara...
tanpa henti...
bukan perjalanan diri...
tapi perjalanan hati...
"travel broadens the mind and loosens the bowels"

*****
setia menantikan cinta dari UK. jumpa esok~
safe journey, dear you~
^_^ <3