RSS

20111223

best friend~

pada suatu kelainan...
aku tahu...
ia melengkapkan...



  


cerita satu~

" intan, tau tak kita tak pernah buat macam ni kat malaysia. rumah dekat, tak pernah pun overnight macam ni."

pukul 3 pagi dia memecah sunyi setelah pelbagai topik menjadi perbualan. saya terpegun pada kata-katanya.

"a'ah laaaa~ sweet nya~! rasa macam kak mia naik plane, crossed countries, datang sini for a pillow talk dengan intan~!"

kami ketawa. inikah yang dikatakan persahabatan yang tidak terpisah oleh jarak?



cerita dua~

"apa niat utama mia datang jordan? ye la, kita kan nak buat sesuatu kena pastikan ada niat. baru jadi ibadah, tak sia-sia perbuatan."

seorang kakak membuka bicara, menyelit peringatan di sebalik sebuah perjalanan jauh dari UK.

"ziarah intan~"

saya terkedu. tidak terfikir pula jawapan itu yang akan keluar dari bibirnya.

"itulah akak. dia naik flight 4, 5 jam, datang sini buat pillow talk! kat malaysia tak pernah-pernah kitorang buat macam ni. padahal rumah dekat je." saya memecah suasana yang dirasakan agak awkward.

"oh, korang kawan sekolah kan? memang kawan baik ke?"

kami terdiam. masing-masing tidak bersuara. hanya senyum nipis yang menghiasi bibir. tidak mengiyakan, tidak juga menidakkan. saya menjeling kak mia.

barangkali saya rasa, ini uniknya persahabatan kami. kami tidak pernah 'declare', tapi tindakan kami menceritakan segalanya.

dan ketika itu saya fikir, biarlah perbuatan yang berbicara, menjawab persoalan~



cerita tiga~

sejujurnya, dia tetamu pertama saya. seharian hang out bersama, bawa menghadiri lecture, ke tasik JUST, ke university yarmouk dan sepanjang syari3 jami3ah. dan buat kali pertama sepanjang saya di sini, kami ke Arabella mall pada waktu malam.

dan buat kali pertama dalam hidup saya rasa sangat segan malu serba salah sebab tertangkap red-handed lima minit sebelum pukul sembilan. oleh ketua j***

setelah diceritakan sistem qarar di sini, dia gelak dalam serba salah.

"habis la nama intan kena black list. masuk mesyuarat," usiknya.

"ampun intan~" tambahnya kemudian.

"ampun u*ya~" balas saya.

dan sungguh. rasa segan malu serba salah saya masih tak hilang~ =.=


cerita empat~

"wahai hambaKu, masuklah ke syurga yang penuh nikmat atas amal yang pernah kau kerjakan sewaktu di dunia."

"tidak ya Allah. aku takkan melangkah masuk kecuali bersama-sama sahabatku itu~"



الأخلأ يومـئذ بعضهم لبعض عدو الا المتقين
   
Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). 

-azzukhruf: 67-

 
kak mia, semoga kita mencipta cerita sebegini di akhirat nanti andai salah seorang antara kita terpilih menjadi penghuni syurgaNya. safar sa3iedah. semoga langkahmu dibumi jordan menitip langkah para anbiyaa'~

nantikan kunjungan intan ke bumi cardiff. i'll make it specially for you, insyaAllah. then we'll have another pillow talk~! ^^

oke, amy. sila jeles sekarang~ haha~ XD


 




nota kaki 1: finals approaching. atas segala kesukaran, saya ada modal untuk 'mengungkit' dengan Allah, yeay~! ^^

nota kaki 2: another motivated song, given to me~

nota kaki 3: another birthday celebration at foreign country, insyaAllah~ tak sabar nak balik~! ^^

nota kaki 4: okebai. tata. doakan kami yang menempuh final (29 dis, 2, 7, 12 jan). semoga Dia mudahkan~




dan pada satu persamaan...
aku tahu...
ia menggembirakan...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .