bisik kata itu...
terbang mendayu...
bukan aku...
bukan dia...
pernah malam itu saya termangu ditemani musik guadalquivir. menongkah suara arus dengan alunan kalamullah. merangkak menulis di bawah cahaya rembulan. cahayanya cukup terang. sekurangnya mampu menyinari hati suram saya ketika itu.
merenung pekat malam, saya bertanya pada sebuah jawapan. bayu malam yang menyapa, sejuk membeku pada wajah. membejat fikiran pada nokhtah sebuah persoalan. aliran sungai itu tidak saya lihat. tapi cukup jelas saya lakar, pada deria yang mendengar.
dan cuba saya gandingkan. musik cinta dari granada. saling bertukar kata dengan musik alam. saling berbalas rangkap. saling melengkap. dan pada akhirnya, sebuah ceritera yang beralur tenang. pada sebuah senyuman. yang cukup pahit untuk saya ukirkan.
lalu pada kepingan itu saya tulis,
mana mungkin hati yang mati dan kosong, menawan hati yang hidup lagi terisi, kan?
lalu dibalas,
hati ini hidup, untuk menghidupkan hati itu. dan hati ini terisi, untuk turut mengisi hati itu.
pada barisan itu, saya terkelu.
saya pulang membawa langkah. juga bersama soalan tanpa jawapan. resah sepanjang perjalanan, yang terjawab pada saat ini.
kerana apabila saya bertanya, Dia selalu menjawab~
terbang mendayu...
bukan aku...
bukan dia...
cordoba ada dalam darahku. ada nafas kami.
music box yang hanya tinggal kenangan. dah rosak~ sobbs~ ='(
pernah malam itu saya termangu ditemani musik guadalquivir. menongkah suara arus dengan alunan kalamullah. merangkak menulis di bawah cahaya rembulan. cahayanya cukup terang. sekurangnya mampu menyinari hati suram saya ketika itu.
merenung pekat malam, saya bertanya pada sebuah jawapan. bayu malam yang menyapa, sejuk membeku pada wajah. membejat fikiran pada nokhtah sebuah persoalan. aliran sungai itu tidak saya lihat. tapi cukup jelas saya lakar, pada deria yang mendengar.
dan cuba saya gandingkan. musik cinta dari granada. saling bertukar kata dengan musik alam. saling berbalas rangkap. saling melengkap. dan pada akhirnya, sebuah ceritera yang beralur tenang. pada sebuah senyuman. yang cukup pahit untuk saya ukirkan.
lalu pada kepingan itu saya tulis,
mana mungkin hati yang mati dan kosong, menawan hati yang hidup lagi terisi, kan?
lalu dibalas,
hati ini hidup, untuk menghidupkan hati itu. dan hati ini terisi, untuk turut mengisi hati itu.
pada barisan itu, saya terkelu.
saya pulang membawa langkah. juga bersama soalan tanpa jawapan. resah sepanjang perjalanan, yang terjawab pada saat ini.
kerana apabila saya bertanya, Dia selalu menjawab~
ummi tak pernah berhenti
merindui cordoba. sebab cinta ummi bermula di sana. cordoba kota
kenangan ummi.
aku?
nota kaki: apa laaa~ ending macam tu~ >.<
tapi suara tanpa kata...
bahasa tanpa bicara...
aturan tanpa dipinta...
suka baris ini
ReplyDelete"aliran sungai itu tidak saya lihat. tapi cukup jelas saya lakar, pada deria yang mendengar."
Er, ending yang mengundang pertanyaan. Sila kembangkan lagi kisahnya. :D
tension kan kan ending camtu.
ReplyDeleterasanya dia nak buat sambungan la.
'hati ini hidup, untuk menghidupkan hati itu. dan hati ini terisi, untuk turut mengisi hati itu.'
kita bertanya, dan 'kita' menjawab. selalu saya tergamam bila begini. ilham itu, dari mana ya? cuma kalau begitu, sekadar senyum, 'terima kasih Tuhan'.
(oh ya, nasib balik timing balik tepat)
'hati ini hidup, untuk menghidupkan hati itu. dan hati ini terisi, untuk turut mengisi hati itu'
ReplyDeletesuka yang ini :)
suka irama music box tu.
ReplyDeletetakde eh tempat baiki music box?
sy punya pun rosak.. :-(
amir
~to anonymous 1
ReplyDelete^^
gaya permintaan macam ni kisah akak. (kalau) ni kisah akak, pastilah happy ending yang akak harapkan.
tapi, mungkin ending sebegini yang terbaik. membuat pilihan itu susah, tahu? (walaupun sebenarnya dia dah pun memilih~)
ish. taktau.
~to anonymous 2
agak laa~
ish. tapi tak payah la buat sambungan. kesian dia tersepit antara dua. at least kalau hilang, dua2 tak dapat~ ^^
jika ditanya dari mana datangnya, pasti tiada siapa yang mampu menjawab. semoga sahaja yang diilhamkan adalah 'jalan ketaqwaan'~
(dah hampir setahun kot. maaflah berkali-kali~ =.=)
~to ainaa syahirah
dalam kan?
^_^
~to amir
itulah. mujur ada rakam music tu.
xtau la boleh dibaiki ke tak kalau music box rosak. mencari jugak ni~