RSS

20111104

ukuran sebuah hati~

pada beza sebuah taraf...
hati berdesah gundah...
andai saja...
taqwa itu terbuka...



SITUASI 1


lewat pukul 5. dalam basah hujan, saya tersenyum. kata hati, makin basah pakaian, makin damai terasa dalam pelukan rahmat Tuhan. ya, hadiah permulaan cuti Adha. maka saya perlahankan jalan. terus membasahkan. sejuk? tanpa sweater, memang ya. tapi damai lebih terasa.

pintu musolla M dibuka. bunyi rancak perbualan sekumpulan pelajar junior.

"dik, dah ada wudhu' ke? nak solat sekali?" saja menegur. alang-alang dapat berjemaah, lagi baik.

"ada, ada. tapi nak buka puasa dulu. dah azan ke kak?"

"dah. tak apa, makanlah dulu. akak tunggu."

masing-masing mensisip air cuma. tak jadi menyuap makanan. sekadar syarat mungkin, dan terus bersiap untuk solat. saya senyum. gaya macam takut dengan senior.

"siapa imam?"

"akak ni la. akak imam boleh kan?"

gelak.

"akak medik ke dentist?"

"medik."

"haa, medik lagilah. kena aula. kitorang ni budak-budak dentist je."

kening saya dah mula berkerut.

"isy. macam mana takhassus boleh jadi beza pengukur manusia pula ni?"

soalan saya tidak bersahut. tidak pasti kerana masing-masing sudah mula bersedia untuk solat, atau suara saya bercakap tidak terlalu kuat.

selepas solat taaruf lagi. atau sebenarnya ditaaruf. banyak sungguh soalan adik sorang ni. amnah namanya. memang ingat sampai mati la lepas ni.

kebetulan balik dengan adik housemate, lari-lari dalam hujan kejar gonggok merah. dramatik sungguh. berasap-asap mulut. tachycardia. tapi puas. entah. mungkin kerana rindu yang terubat. pada hujan.




SITUASI 2


sebenarnya hari itu, along ada cerita. dia jumpa seorang junior. pelajar yarmouk. bertanya tentang satu soalan yang along rasa tak dapat beri jawapan yang terbaik.

dan yang mengejutkan, junior yarmouk itu buat konklusi.

"saya ingatkan beza pelajar yarmouk dengan JUST ni, seluar. sebab saya tengok akhawat pelajar JUST ni kebanyakannya pakai macam tak senonoh. dengan seluar ketat, baju sendat, tudung kecik. tak sangka pula pelajar JUST ada yang pakai jubah."

saya terpempan pada cerita itu. dan lagi saya terfikir, bagaimana universiti boleh jadi beza pengukur manusia pula ni?




SITUASI 3

 
"intan exam hari tu, macam mana?"

"haha. alhamdulillah. macam tu la. fizah exam ke esok?" berbalas pertanyaan melihat dia memegang buku tajwid.

"a'ah. esok. tapi exam tajwid je pun. intan exam bila pulak?"

"lambat lagi. dalam masa sebulan insyaAllah. sebab kitorang baru masuk sistem baru. biasa exam macam ni la. belajar satu sistem, exam mid. belajar satu sistem, exam mid. belajar satu sistem, exam mid. lepas tu berderet exam final 3 sistem tadi. tapi 'best' sikit kot bila nak exam final first sistem yang belajar 3 bulan yang lepas. berpeluh nak kena study balik!" semangat bercerita. gelak membayangkan.

"hebatlah korang. belajar dah la susah. exam macam tu punya scary. hebatlah."

senyum saya mula mengendur.



*****




MEDIC atau DENTIST~


sejujurnya, tidak pernah terlintas sekelumit dalam hati saya beza pada dua takhassus ini. gusar saya memikirkan, ada perbezaan statuskah pada istilah medic atau dentist? terlalu hebatkah manusia-manusia yang Allah pilih berada dalam jalan bidang perubatan?

saya cuba memerah ingatan. sejak bila timbulnya perbezaan sebegini. sejak bila takhassus menaikkan taraf seseorang dan merendahkan taraf seseorang yang lain? dan sejak bila kita berbeza?




JUST atau YARMOUK~


"sejak bila pakaian menjadi lambang sebuah universiti?" jika saya ditempat along, saya akan balas dengan pertanyaan juga, soalan junior itu. sebelum memberi jawapan terbaik untuk soalan, "budak JUST pun pakai jubah ke?"

pada saya, tetap dan selamanya insyaAllah saya berpegang, tiada beza antara kita meskipun belajar di universiti yang berbeza bidangnya.

mindset manusia, ya saya faham. penilaiannya pada luaran. pada pendidikan. dan pada akhlak. tapi, bukankah itu agak tidak adil?

sejak tahun pertama saya di sini, arab atau melayu, pasti kebanyakannya meneka saya seorang pelajar yarmouk. saya tahan gelak. kadang rasa macam diperli. dengan ilmu agama yang cetek, boleh pula tak percaya bila saya kata saya pelajar perubatan.

belum lagi dilihat pada mereka yang membeza-bezakan bidang sains dan agama. pernah saya terbaca offensive sentence (bagi saya) apabila dia mengaitkan apa yang dilakukan oleh seorang pelajar (mungkin sesuatu yang tidak elok) dengan status pelajar tersebut.

"mentang-mentanglah budak JUST."
 
 *speechless*




SAINS atau AGAMA~


benar. dua perkara ini sangat jauh bezanya. tetapi sebenarnya sangat berkait rapat. dan sejujurnya, tidak pernah terlintas dalam hati saya beza antara kita yang berlainan takhassus. berlainan bidang. berlainan universiti.

dan bagi saya seharusnya begitu. tidak kira cabang mana ilmu yang kita tuntut, bukankah semuanya hanya setitis dari lautan ilmu Allah?

perbezaan antara kita, bukankah untuk diraikan? complementary? membentuk sinergi?




TAQWA~


إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu
 
 -alhujurat: 13-


sebaiknya, mungkin kita boleh setting kembali minda kita. kita sama-sama revive semula sepotong ayatNya yang mencakupi segala persoalan, tindakan dan kata-kata kita dalam isu ini.

mengapa kataNya, sesungguhnya? semulia-mulia? di sisi Allah?

dan jawapannya hanya satu. taqwa.

manusia, pada mata manusia pasti banyak celanya. dan manusia, jika ingin memuaskan mata manusia, pasti akhirnya gila.

ubatnya indah. muliakan diri kita pada mata Allah. kerana hanya Dia yang berhak menilai. pakaian, pendidikan, kata-kata, tulisan, universiti, tidak mencerminkan siapa kita di mata Tuhan.

bukankah banyak cerita pengajaran, 3asi yang hujung hidupnya bertaubat lantas menjadi penghuni syurga?

bukankah banyak cerita pengajaran, ahli ibadah yang hujung hidupnya api neraka?

kerana hujung cerita hidup kita, terletak pada husnulkhaatimah atau su'ulkhaatimah. sehingga saat itu, rahmat Dia sangat meluas. pintu taubat sentiasa terbuka. dan hidayah pada tanganNya.

jadi, adakah lagi perbezaan antara kita?



terjumpa. menarik~





nota kaki: membayangkan dan berharap. di puncak petra esok, semoga hujan turun dengan tiba-tiba. haha~ ^^



katanya...
andai sahaja dosa itu ada baunya...
pasti diriku dijauhi...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .