RSS

20110303

soalan bocor HLS~

adat dunia..
sering disapa angin lalu...
penuh menguji...


ni ada soalan bocor untuk student medic. senang punya soalan. satu mcq satu subjektif. siapa dapat jawab, saya bagi fridge magnet dan keychain dari spain. souvenirs yang lebih hari tu. dah tak tau nak bagi kat siapa. heh~

tapi memandangkan soalan bocor ni ala-ala contest gitu, saya rasa wajarlah saya buat syarat penyertaan.


1) terbuka kepada semua ahli PERMAI sahaja sebab senang nak bagi hadiah dan tertutup kepada ahli kembara saya.

2) mereka yang menyertai mestilah tidak pernah sampai ke sini.

3) tiada talian hayat, means tak boleh kontek2 orang yang dah pernah pergi dan tanya2. jujur ye~

4) untuk menjawab, boleh drop comment pada post ni. surat menyurat tidak akan dilayan dan hanya pengomen pertama yang betul dan tepat sahaja akan mendapat hadiah.

5) tarikh contest ni tutup pada 7hb mac 2011 bersamaan exam HLS saya. sebab saya kena tengok skema jawapan macam mana.





soalan 1: nyatakan suasana ketika ini
a) sunrise
b) sunset


soalan 2: berikan nama glamour dan nama kampung tempat ini.
nama glamour:______
nama kampung:_____



selamat la ya meneka. saya rasa tak ramai pun yang akan sertai contest ni sebab semua busy dengan exam. save la fridge magnet dan keychain saya. muahaha~ =D



nota kaki 1: saya rindukan 'hari' itu. mungkin juga saya rindukan 'tempat' itu. eh, tak. saya rindukan 'suasana' itu. ah, bukan~! saya rindukan 'ketenangan' itu sebenarnya~ T_T

nota kaki 2: syndrome tak cukup study. tapi sempat mengapdet. cis. sekian.
 



tapi Tuhan...
hikmah Kau terlalu hebat...
tidak terjangkau dek aku...
hamba yang hina...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .