memakan tulang dalam perahu...
hati berkehendak bagaikan gila...
tetapi menyebut tidak tahu...
620M yang lalu.....
baginda berjalan. seiring dengan zaid bin harithah menuju ke taif. setelah kematian isteri tercinta dan bapa saudara yang selalu melindungi baginda, baginda membawa diri dan harapan semoga dakwahnya di taif diterima. dan penduduk taif dinaungi hidayah daripadaNya.
namun madu yang ingin diberi dibalas terlebih dahulu dengan tuba. 10 hari baginda di taif, baginda telah dicacimaki dan diejek dengan kasar dan biadab. ajaran baginda langsung tidak didengar oleh penduduk bani thafiq. bahkan baginda dilontarkan batu oleh kanak-kanak dan penduduk yang diupah sehingga luka berdarah. sepanjang perjalanan.
dibawah sepohon pokok yang rendang. di dalam sebuah kawasan kebun, baginda berdoa.
penuh pengharapan.
“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”
lalu baginda berkata,
"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."
2011 M yang kini....
berjalan pulang bersama zaid, dipayungi awan. baginda berjumpa dengan Jibril yang diutuskan Allah untuk menjalankan segala permintaan baginda. ditawarkan baginda oleh malaikat penjaga gunung untuk menghempap penduduk taif yang biadab itu.
lalu baginda berkata,
"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."
dia berjalan. seiring dengan seorang sahabat ke mujamma'. setelah baru sebentar tadi dia menerima mesej daripada seorang gadis. yang meminta untuk putus hubungan. sugul wajahnya. berjalan dengan longlai dan niat yang rapuh ke jami'ah. tempat yang sepatutnya dia menimba ilmu.
berjalan melintasi sekumpulan kanak-kanak arab yang berkejaran. dia dilanggar tanpa sengaja. pantas sahaja wajahnya berubah merah. mentari yang bersinar garang menambah panas di hati. ingin rasanya diangkat tangan, dilempang wajah kecil yang berkali-kali meminta maaf. kehadiran seorang 'ammu yang lebih tua mematikan niatnya.
lantas dia 'berdoa'. penuh kebencian.
"celakalah budak-budak tak guna tu. aku tengah bengang dengan minah sorang ni, diorang suka hati pulak main kejar-kejar. langgar aku pulak tu. b***s*t~!"
meneruskan perjalanan dengan sahabat. yang menawarkan diri untuk membelasah kanak-kanak kecil itu. memarakkan api di hati. menjadi perantaraan hasutan syaitan.
lalu dia berkata,
"boleh jugak. nanti lepas kelas kau jangan lupa. tak puas hati aku kalau aku tengok b*nat*ng tu senang hati main kejar-kejar lagi esok."
****************************************
ah, jauh tahun itu betul-betul menjauhkan manusia dengan qudwah hasanah baginda.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
nota kaki 1: tadi Allah "usik" saya. tak pernah-pernah bergenang air mata macam ni. cuak sangat takut-takut buku orang hilang. akh pemfotostat tu dah senyum-senyum tengok saya cover nangis. setengah jam tunggu tak tahu nak buat apa, alhamdulillah jumpa buku tu. dan alhamdulillah bahasa arab saya tak fasih sangat. sebab Allah nak ajar saya sabar. dan Dia ajar saya senyum kembali~ ^_^
nota kaki 2: ok. minggu ni, minggu depan dan minggu depan-depan-depan (to the power of infinity), minggu saya sibuk dan menyibukkan diri. doakan semoga semua urusan saya dipermudahkan~
nota kaki 3: saya serius. saya nak study dengan serius. dan saya nak serius study. ^^
terang bulan terang di paya...
raja mesir bertenun kain...
engkau dipandang bertambah chahaya...
rasaku tidak pada yang lain...