pandanglah pada bulan...
kerana wajahnya tetap sama...
menenangkan...
ada keluar paper. pakar saintis NASA menjangkakan bulan purnama pada malam 19 mac 2011 akan kelihatan lebih besar sebanyak 14% dari saiz asal. dan peristiwa ni pernah berlaku 19 tahun yang lalu.
jam 22: 20
tingkap bilik dia jugak~ =,=!
dengan semangat kebulanan saya tidur awal (padahal memang selalu tidur awal pun =,=!) sebab saya tahu, bila saya bangun pukul 3 nanti, purnama inilah yang akan menyapa saya terlebih dahulu. seperti kebiasaannya.
saya akan terjaga dengan siraman cahayanya di sebalik kaca jendela. kemudian saya akan ke beranda untuk berbicara dengannya. bertegur sapa. dan tersenyum sepanjang pagi itu sebab saya tahu, dia sentiasa menemani.
ya, saya tahu gambar-gambar tu tak cantik pun. maklum la, pakai kamera handset ciput je. tu pun tingkap bilik dia jugak~ =,=!
dengan semangat kebulanan saya tidur awal (padahal memang selalu tidur awal pun =,=!) sebab saya tahu, bila saya bangun pukul 3 nanti, purnama inilah yang akan menyapa saya terlebih dahulu. seperti kebiasaannya.
saya akan terjaga dengan siraman cahayanya di sebalik kaca jendela. kemudian saya akan ke beranda untuk berbicara dengannya. bertegur sapa. dan tersenyum sepanjang pagi itu sebab saya tahu, dia sentiasa menemani.
oh, serius. masa ni saya amat-amat rindukan kamera saya yang masih belum dirawat. mungkin takkan dirawat kot. at least bukan di jordan. tengoklah macam mana. kalau sampai malaysia, ada kemungkinan jugak cari kamera baru. tengoklah.
tapi tadi, supermoon tak super sangat. mungkin sebab awan tebal. kadang-kadang dia bersembunyi. hilang terus jejak macam tiada bulan je malam ni. kadang-kadang kelihatan samar-samar. but still dia cantik. dengan gaya tersendiri.
haa~ nak kongsi among my favourite excerpt. dari buku lama tapi baru.
Lihatlah bulan yang bening damai itu, tak berhenti dia membawa keindahan; sejak masih sabit kechil kurus ramping. Tiap malam diperlihatkannya perobahannya. Laksana seorang gadis menunggu tunangannya datang, sehingga dia kurus, harap chemas; kian lama kian gemuk sebab telah bertemu kasih. Tetapi setelah pertemuan, tunangan itu pergi lagi, serupa tidak akan pulang-pulang, sehingga kuruslah yang ditinggalkan.
Sepanjang bulan pada setiap tahun, kita diberi peringatan tentang nasib yang harus dilalui manusia dalam hidup; sejak kecil, budak-kanak, sampai naik muda-remaja, sampai matang sempurna umur, sampai menurun hingga tua, sampai .......... hilang. Dan bulan itupun mempermainkan air laut, hingga timbul pasang naik dan pasang turun.
Berdiri di tepi danau Singkarak tengah hari, dia kelihatan laksana seorang gadis jolong naik yang belum pernah kena tipuan hidup, gembira dan senyum terus, berlari lincah laksana anak kijang. Percaya bahwa manusia itu jujur semua.
Berdiri ke tepi Danau Maninjau tengah hari, dia kelihatan seperti seorang tua yang telah banyak merasai pahit-getirnya kehidupan, sehingga laksana digantung disukatnya segala senyum yang disenyumkan oleh orang yang baru datang.
Berdiri ke tepi bengawan Solo, bercheritalah dia tentang kerajaan Mataram yang lama. Tertegun di tepi Kali Brantas, seakan-akan diulangnyalah kisah Patih Gajah Mada dan Kaisar Hayam Wuruk. Berdiri di pinggir Musi, bercheritalah dia tentang Sang Nila Utama dan Demang Lebar Daun.
dan persoalan best yang ditimbulkan,
Maka bertanyalah diri terhadap diri:
"Apakah yang indah ini, di mana aku tahu apa yang indah. Di mana yang sebenarnya indah itu. Apakah aku meresapi keindahan, kalau dalam aku sendiri tidak ada keindahan?
dalam. sangat dalam.
tapi, supermoon tak supermoon. pada saya, di mana-mana bulan tetap sama. cantik. menenangkan. makin dipandang, makin bertambah chahaya. fuhh.
guadalquivir
puente romano, cordoba~
puente romano, cordoba~
apa-apa pun, semua benda indah kalau kita pandang dengan kaca mata keindahan, kan? semuanya terletak pada diri kita dan bagaimana kita memandang. tak semestinya bulan nak kena super baru kata indah. lebih indah kalau semua keindahan itu bawa kita lebih dekat kepadaNya~
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ
Maka Aku bersumpah, demi mega
وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama
لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ۬
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
nota kaki 2: haisy~ harap-harap ni post terakhir la dalam kesibukan dan penyibukkan diri. apa la intan ni~! (=,=!!)
dan kata orang...
pandanglah pada keindahan...
supaya dalam diri...
turut ada keindahan itu...
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ
Maka Aku bersumpah, demi mega
وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama
لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ۬
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
~alinsyiqaq: 16-20~
nota kaki 1: kalau nak lagi real, tengok kat sini. saya terjumpa. lebih cantik. sebab kamera mahal kot. tak main la 3.2mp ni. baru nampak supermoon nya. ^^nota kaki 2: haisy~ harap-harap ni post terakhir la dalam kesibukan dan penyibukkan diri. apa la intan ni~! (=,=!!)
dan kata orang...
pandanglah pada keindahan...
supaya dalam diri...
turut ada keindahan itu...
aaa benci la.
ReplyDeletebaru siap post fasal supermoon!
~to anonymous
ReplyDeleteerr..
*tak bersalah*
pandangan hidup muslim.
ReplyDeleteramai suka part tu kan, terima kasih kepada tuan buku :D
ah, manada tulisan saya tulisan saya baik, tulisan itu tidak.
"kita memandang sesuatu dengan cara yang berbeza"
~to anonymous
ReplyDelete=)
a'ah. terima kasih pada tuan buku. mujur saja tak hilang. (=,=!)
at least pada akak, ia lebih baik dari akak punya~
^^
angguk-angguk senyum-senyum.
ReplyDeletepart tu memang rasanya boleh pass kalau suruh tasmi'. sebab dah baca berulang-ulang.=)
moga bermanfaatlah.
danau Singkarak. danau Maninjau. Bengawan Solo...
Nantilah, saya datang. ha
hah.
ReplyDeletesemua dok tulis2 psl bulan~
=)
~to anonymous
ReplyDeleteterima kasih lagi sekali la pada tuan buku. tunggu masa untuk baca kali kedua, insyaAllah.
=)
~to nima
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." -addhuha: 11-
keindahan purnama itu kan satu nikmat, izzah~
xnak tulis jugak ke? =)
emm..
ReplyDeletesume2 dah tulis psl bulan.
sebut nikmat Allah yg lain pulak lah.
err.. tp.. bkn update blog kot.
c(=
~to nima
ReplyDeletehaha~
terlalu banyak pilihan untuk disebut, kan?
dan terlalu banyak caranya..^_^
juz need to choose any of them~!
=D
beli DSLR lah. suke jalan2 kan.. baru power percutian. lagi satu, Ro mesti suke kalau amik gambar die dengan DSLR..rasa macam artis gitu..hehe =)
ReplyDelete~to anonymous
ReplyDelete=D
tu la. abang cakap camtu gak tapi bila minta support semua cabut. heh~
tapi xreti la pakai DSLR ni. kamera biasa pun cukup janji boleh buat micro. suka ambil gambar seni2. ^^
erk~
Ro tu ambil gambar ngan hanset ciput pun dah bergaya lebih. kalah artis~ =,=!
murah je DSLR (bagi student JPA) la kot..hehe
ReplyDeletekompem Ro lagi glamor dari tuan blog kalau amik gambar pakai DSLR.. org xnampak dah tuan blog.. nampak Ro je.. =P
~to anonymous
ReplyDeletekalau macam tu, sekarang jugak pegi beli DSLR~! hah~^^
lagi suka kalau orang nampak Ro daripada tuan blog.
lagi tenang.
lagi selesa.
lagi bagus.
kan? =)
mendalam maksudnya..
ReplyDeletebetul
sokong
papepun, Ro tetap dihati peminat-peminatnye..=)
~to anonymous
ReplyDelete=)
memang betul peminat setia Ro la~^^
video Ro ada kat bawah ni. jangan terharu sangat pulak~ ^_^
dah Ro comel sangat.. geram rase! ^_^
ReplyDeleteinsyaAllah nanti ada rezeki jumpe jugak Ro..
p/s: baru perasan video kat bawah dah tukar.. ni mesti Ro paksa mintak tukar kan? =) kirim salam kat Ro and Ray sekali