dan yakinlah...
apabila telah Allah campakkan...
itulah yang terbaik...
fakta 1: kami jalan-jalan di madrid sikit-sikit. bila ada kesempatan. atau dengan erti kata yang lain, setakat yang kami mampu pergi sahaja lantaran perancangan awal kami terganggu apabila flight ke spain tempoh hari ditangguhkan kerana cuaca buruk.
fakta 2: first perjalanan kami di madrid tempoh hari. dari seville. sebelum ke italy. masa yang diperuntukkan lebih kurang separuh hari. maka kami menapak, mengikut langkah kaki selepas menyimpan beg di stesen bus.
fakta 3: benda pertama yang kami jumpa adalah puerta de alcala (alcala gate). ianya sebuah neo-classical monument yang terletak di plaza de la independencia.
fakta 4: kami sebenarnya mencari the royal palace of madrid. palace ni dikatakan tempat tinggal rasmi raja spain. tetapi raja spain sebenarnya tak tinggal kat situ pun. palace tu digunakan untuk majlis-majlis rasmi je.
fakta 5: kemudian kami jalan-jalan lagi sehingga tiba di plaza mayor~
cantik n besar plaza ni~~! ^^
fakta 6: kami jalan lagi dan tiba di suatu tempat yang menempatkan monumen beruang dan pokok strawberi. madrid punya simbol memang bear + strawberry tree ni. it's sort of the legend of madrid's origin. comel je~ ^^
fakta 6: kami jalan lagi dan tiba di suatu tempat yang menempatkan monumen beruang dan pokok strawberi. madrid punya simbol memang bear + strawberry tree ni. it's sort of the legend of madrid's origin. comel je~ ^^
fakta 7: kemudian kami jalan lagi sehingga tiba di calle de alcala. it's the longest and oldest street in madrid.tapi sebelum tu, sempat kami shopping dan makan di gran via~
fakta 8: kami kemudiannya mencari buen retiro park. it's the main park of madrid. kalau ikutkan, park tu memang sangat besar dan cantik la. tapi memandangkan kami sampai waktu park tu hampir tutup, kami tak dapat tengok sangat park tu macam mana.
fakta 9: tapi yang membuatkan kami excited, kami jumpa sebuah kolam di mana airnya telah menjadi ais~! persis kanak-kanak yang kecewa (sebab xleh main ski kat sierra nevada), kami pun main-main la sikit. (xde salji, ais pon jadi laa~~ ^^)
fakta 10: malam tu kami lepak di madrid barajas airport kerana flight kami ke italy awal keesokan paginya.
fakta 11: satu kisah menarik di madrid yang tak mungkin saya lupakan adalah ketika kami tiba dari italy. dari airport madrid, kami ke stesen bus madrid dan sepatutnya mengambil bus ke barcelona malam itu juga. tetapi mungkin bukan nasib kami, tiket ke barcelona yang paling awal adalah pukul 6.40 pagi keesokannya dan kami terpaksa lepak di stesen bus itu.
fakta 12: yang lebih mengharukan, kami tiba-tiba di'halau' keluar dari stesen bus itu dengan alasan stesen itu akan ditutup dan dibuka semula pada pukul 5 pagi dan waktu itu baru pukul 1.30 pagi~!
fakta 13: gaya kanak-kanak homeless, kami merempat di luar pintu stesen bus dalam kesejukan yang sangat3 menyengat, berbentengkan beg-beg roda~! "mengisi masa lapang", kami berkelah dengan memunggah segala bekalan makanan yang kami ada. supper sardin+ sos cili+ sos tomato+ lada sulah dan roti memang heaven~! sambil-sambil makan, kami membuat majlis kecil berbentuk pengisian dan muhasabah perjalanan. bila dipositifkan, seronok juga berkelah macam ni~! ^_^
fakta 14: 3 jam berlalu begitu pantas. sebaik sahaja pintu dibuka, kami terus masuk ke dalam stesen bus itu. mungkin saya agak terleka dan cuai, ketika saya sedang memerhatikan azah dan aziah membeli tiket, ada seorang lelaki telah mengambil beg bimbit saya tanpa sedar.
fakta 15: blur bila tengok beg bimbit saya tiada, saya akhirnya tersedar setelah kali ketiga saya menoleh ke arah tempat yang saya letak beg itu~! dan saya perasan lelaki itu menuju ke pintu keluar. tanpa berfikir panjang, saya terus mengekori lelaki itu dan memang benarlah dia sedang memegang sambil membuka beg bimbit saya itu~!
fakta 16: sedikit bengang (mungkin), saya merampas beg itu daripada dia dan yang paling lawak, dia terkejut dan meminta maaf sebelum melarikan diri. tercengang saya. fikir-fikir balik, siapa yang snatch beg daripada siapa ni? hohoo~ =D
fakta 17: 3ala kulli hal, alhamdulillah. tiada apa yang berlaku. lepas tu baru saya terfikir macam mana kalau tiba-tiba dia serang saya semula? atau dia lari dan saya kejar? atau dia snatch beg sandang saya? sedangkan beg bimbit tu ada megi je pun~ huhuu~ dan ya, saya rasa saya telah dimarahi oleh mereka yang berkenaan atas tindakan berani saya itu~ =,=!
fakta 18: kami tiba di barcelona lewat tengahari itu dan terus keluar selepas check in ke park guell. park ni dikatakan sangat cantik dan dibina oleh seorang arkitek yang terkenal bernama antoni gaudi. tapi sayang, selepas simpang siur perjalanan, park tu dah tutup.
fakta 19: kemudian, kami ke casa mila, another amazing work by antoni gaudi. casa mila was a sort of apartment tapi sangat cantik la. tapi kami tak masuk pun memandangkan jimat-cermat itu amalan mulia. eheh~ ^^'
fakta 20: kami jalan-jalan je lagi sehingga tiba di sebuah lorong yang penuh dengan kedai bangla. haha~ kepenatan, kami cari jalan pulang ke hotel. sempat lagi kami makan aiskrim pada waktu malam yang sejuk itu di taman berdekatan hotel kami. (saya la tu yang teringin sangat~ =,=)
fakta 21: keesokannya, kami sempat ke camp nou (FC barcelona). sayangnya, stadium itu hanya buka pukul 10 pagi sedangkan kami terpaksa check out awal untuk ke airport lantaran flight pulang ke jordan adalah pada pukul 2 petang. meraikan mereka yang sangat frust, kami pusing sekitar stadium itu dari luar~ haha~ ^^
fakta 22: oh, ya~! semasa awal trip kami dari egypt, kami sempat jalan-jalan ke arc de triomf sementara tunggu bus ke madrid yang bertolak pada waktu malam.
fakta 23: menyelusuri jalan dari arc de triomf itu, kami tiba di parc de la ciutadella yang menempatkan castell dels tres dragons. rehat-rehat sambil makan roti ber"jem"kan strawberi, kami kemudian kembali ke stesen bas barcelona.
fakta 24: musafir kami berakhir pada 3 februari 2011. alhamdulillah, tiada banyak masalah ketika kami cuba mendapatkan flight royal jordanian sebagai ganti egypt airlines yang kami naiki lantaran rusuhan yang berlaku di egypt baru-baru ni. dan bagi saya, akhir musafir kami sangat indah apabila Allah bagi peluang untuk tengok sunset dalam plane~! ^_^
fakta 25: abaikan gambar yang mungkin serupa memandangkan kami berada dalam satu flight yang sama. nah~! sajak of the last day~ sukee~~ ^^
kehadiranmu di situ...
kehilanganmu dari situ...
pasti ada hikmah...
yang Dia rencanakan...
musafir ini..
ReplyDeletelakarannya seperti pelangi..
warna warni..
bersama awan mentari menghiasi..
kenangan ini..
sarangnya di lubuk hati..
ukirannya kemas dalam memori..
melambai-lambai di kemudian hari..
musafir ini..
kenangan ini..
moga berkatNYA mengiringi..
moga celahan dosa diampuni..
ensyaallah. ^_^
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete~ to nima
ReplyDeletewah~!
tulis sajak ni time kembara ari tu ke?
buku izzah xhilang, kan? =pp
coretan hidup...
membawa 1001 lakaran...
hasil rencana Tuhan...
yang Maha penyayang...
coretan hidup...
melakarkan kita bersua...
melakarkan kita mengembara...
melakarkan kita melihat dunia...
bersama...
semoga...
pada kesusahan itu ada pergantungan...
pada kekhilafan itu ada kemaafan...
pada ibrah itu ada kesedaran...
dan pada kegembiraan itu ada pertalian...
yang selamanya terpahat...
*chewah~!*
pstt: ketahuilah, intan amat xpandai bermadah pujangga~ ^^
~to anonymous
mereka adik junior.
semoga perkongsian kami diambil yang baik dan dibuang yang buruk.
dan semoga kekhilafan kami sepanjang musafir ini diampuni~ =)
haha.. banyaklaa.. taip smlm.
ReplyDeletedapat idea bila baca post nih.
intan.. xyah laa.. bile intan tulis
'ketahuilah, intan amat xpandai bermadah pujangga'
semua org yg bace..
akan kate..
err.. betula ke..??
c(=
~ to nima
ReplyDeletehuhuu~
atlis xsehebat izzah kott~
^_^
err,,
ReplyDeletehebat ke intan??
hentam b. taram je tu..
=_="
ya Allah,
ampuni sesuatu dari diriku yg tak mereka ketahui
dan jadikanlah diriku lebih baik dari apa yg mereka sgkakan.
[doa tika dipuji. dpt dr salah seorg amt permai. =)]
hentam b. taram tu la yang hebat~
ReplyDeletehohoo~ ^^
izzah, sila skroll ke atas n tengok pada "welcome head notes"..hehe..version arab punya~ c(=
[bole jugak nk kate dapat dari blog intan..=p]
kenangan barca juga;
ReplyDeleterajah restaurant; layanan kelas ketiga?
durian 60 euro!
~ to tepianmuara
ReplyDeleteseriusly...
tapi xpe la..Allah dah bagi lebih kat Rome~ ^^
durian~!
kalau bole makan masa tu memang heaven la~
frust jugak~ =.=
hah. baru perasan blh x? c(=
ReplyDelete~ to nima
ReplyDeletehah(?)
hehe~
3adi2~ ^^