tidakkah mereka memahami?
dan pada mereka penglihatan...
tidakkah mereka melihat?
dan pada mereka pendengaran...
tidakkah mereka mendengar?
bukan fakta: walaupun post pasal tempat ni dah ada orang yang rebut(?), saya tetap akan tulis untuk melengkapkan perjalanan kami. c(=
fakta 1: selepas 2 hari berturut-turut bersarapan cappucino dan donut coklat berperisa orange, kami menaiki tren dari roma termini ke naples. naples tiada dalam perancangan sebenarnya tetapi atas beberapa sebab, kami bermalam di sana.
kota terpencil naples~
fakta 2: naples pada mata saya, sebuah bandar kecil dan agak terpinggir. struktur jalan yang berbatu dan tidak rata (seperti jalan kereta kuda) merisaukan saya apabila memikirkan keadaan roda beg troli saya. mujur sahaja beg saya masih bertahan. ^^
fakta 3: tujuan kami sebenarnya ke pompeii bukanlah naples. jadi, sebaik sahaja check in, kami mengejar train untuk ke pompeii. cuak dengan masa train bertolak, kami berlari sepanjang ke stesen keretapi. (sies memalukan). tetapi kami akhirnya gagal dalam pertandingan "merentas desa" itu dan terpaksa menunggu setengah jam untuk train yang seterusnya~ =,=!
fakta 4: pompeii merupakan roman town-city yang hancur disebabkan letusan gunung vesuvius pada tahun 79M. diceritakan dalam letusan selama 2 hari itu, pompeii was completely buried under 4 to 6 meter of ashes and was lost for over 1600 years before it was rediscovered.
fakta 5: diceritakan, pompeii sebenarnya mengulangi sejarah nabi luth. pompeii dahulunya sebuah pusat penzinaan dan homoseks. terlalu banyak pusat penzinaan dan pelacuran sehinggakan tidak diketahui jumlahnya. dan dikatakan juga, organ-organ kem*l**n lelaki digantung pada pintu-pintu pusat pelacuran tersebut dengan kepercayaan mithraic, iaitu organ-organ dan hubungan seksual seharusnya dipertontonkan secara terbuka.
fakta 6: apabila gunung vesuvius (juga diberi nama the mountain of warning) memuntahkan laharnya, menjunjung perintah Allah, seluruh kota pompeii tenggelam dalam sekelip mata, melenyapkan terus kota itu dari dalam peta dunia. kota pompeii seolah-olah tidak wujud sehinggalah ditemui semula pada tahun 1599.
إِن كَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ خَـٰمِدُونَ
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi
-yasin: 29-
fakta 7: apabila ditemui semula, didapati banyak penduduk yang terawet dalam pelbagai situasi dan kebanyakan mereka dalam keadaan melakukan hubungan seks. yang paling meloyakan terdapat mereka yang berada dalam keadaan melakukan homoseksual. =,=!
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمۡ صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَكَانُواْ كَهَشِيمِ ٱلۡمُحۡتَظِرِ
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak
-alqamar: 31-
fakta 8: kami berjalan meninjau runtuhan-runtuhan kota itu. moga pada mata yang melihat dan telinga yang mendengar, Allah jentikkan sesuatu dalam hati kami di tempat azab ini~
fakta 9: oh, ya~! di sini terdapat banyaaakk anjing-anjing comel dan mesra yang menanti untuk di'anakangkat'kan. ini diiklankan sendiri oleh pihak pompeii scavi. ayat yang paling saya ingat, "only you can make them happy." ngeh~
*kalau kuceng dah lama saya angkut 2, 3 bijik~ ^^
fakta 10: jalan membawa langkah, kami tiba di amphitheatre. kat sini, saya jumpa sekumpulan tourist dari *lupa* yang sangat la friendly. borak sikit-sikit, pakcik tu tanya nama saya. lepas saya bagitahu nama, dia hulurkan tangan sambil perkenalkan nama dia. terkejut, saya gelak kecil *kaver sebenarnya* and said, "i dont shake hands~". frust gila muka dia. lawak je pakcik tu~ ^^
fakta 11: amphitheatre itu seperti yang lain-lain digunakan untuk perlawanan gladiators (mostly). melihat palang pada tangga menunjukkan kami tidak boleh naik ke tempat penonton. kawasan yang dibuka hanyalah gelanggang bawah. tapi, kami pun hairan macam mana kami boleh ambil gambar macam ni~ haha~ ^^
fakta 12: kami berehat di atas itu sambil menanti matahari terbenam. lagipun, amphitheatre ni tempat terakhir kami dalam kota pompeii itu. selepas ini kami akan kembali ke naples. cemburu saya pada mereka yang memanfaatkan masa ini membuka quran tafsir dan membaca terjemahan. saya hanya mampu curi-curi dengar sambil cuba iadah 1 juz. rindu pula tadabbur ayat yang kali pertama dan terakhir kami lakukan di puente romano, cordoba~
fakta 13: sekembalinya ke naples, kami menapak ke castel dell'ovo (egg castle) yang terletak di peninsula of naples. oh, ya~ saya dapat tahu yang bot di jeti berdekatan dengan castel dell'ovo ini memberi perkhidmatan ke capri island, yang terkenal dalam buku literature "the lotus eater". dan saya juga baru tahu yang capri island ni nama lainnya adalah "paradise of the homosexuals". =,=!
mengambil angin malam di pinggir teluk tu, kami kemudiannya menyantap kebab istanbul yang sangatlah besar dan murah sebelum kembali ke hotel.
fakta 14: keesokan harinya, kami dengan semangat pelajar perubatan (aceh~! ^^) telah ke muzium anatomy berdekatan dengan hotel kami. bila masuk muzium tu, saya rasa seolah-olah berjalan di sepanjang lorong musolla M di JUST. ngehh~ =p
fakta 15: kemudian, kami kembali ke rome memandangkan flight kami dijadualkan pada 8 malam itu. bosan lantaran masa masih panjang sebelum 8 malam, kami cuba mencari pasta italy untuk dimakan.
fakta 16: apa yang mengharukan saya, dalam keadaan semua orang kesempitan wang, Allah memurahkan rezeki kami. kami ditemukan dengan seorang pekerja restoran yang layanannya sebelum kami (?) bertutur dalam bahasa arab sangat lain dengan selepas dia tahu kami mampu bertutur dalam bahasa arab (he's a muslim, of course).
fakta 17: pekerja tadi dengan apron dan topi chef siap, keluar dari dapur semata-mata untuk membawa kami ke sebuah restoran pasta italy. restoran la forchetta namanya.
fakta 18: memandang menu dan harga di luar kedai sudah cukup untuk membuatkan kami berfikir 2, 3 kali sebelum masuk. average harga satu pinggan pasta italy adalah belasan euro. belum sempat kami buat keputusan, tuan punya kedai menjemput kami masuk. dan kami bercadang ingin berpakat sekadar untuk merasa. ^_^'
fakta 19: *blablabla* dengan tuan kedai itu, kami tiba-tiba dihidangkan dengan pizza. terkejut kami padahal kami langsung tak memesan pizza tu. apabila ditanya, tuan kedai itu memberitahu yang pizza itu 3ala hisaabuh~ 0.o
fakta 20: *blablabla* lagi dengan tuan kedai yang berasal dari mesir itu, kami tiba-tiba dihidangkan dengan 6 pinggan pasta sedangkan kami hanya memesan 4 sepatutnya (tetapi tersalah cakap 5). tanya tuan kedai itu lagi, dia kata yang kami hanya perlu membayar dengan harga 5 pinggan pasta yang berharga 5 euro per pinggan~!!
[mula-mula dia bagi 6 euro per pinggan, bila kami kata nak share, dia turunkan kepada 5 euro]
harga 2 botol air (2 euro per botol) pun dia tak charge~!
fakta 21: keluar daripada kedai tu, saya dah rasa terharu. rasa sangat yang Allah sangat baik. sedangkan diri ini belum tentu lagi bertaraf hamba. dan paling malu bila rasa kenapa bila dapat nikmat zahir sebegini baru nak terharu sedangkan setiap hari nikmat Dia melimpah ruah~
Allah~
mereka itulah seperti binatang ternak...
bahkan lebih sesat...
mereka itulah...
orang-orang yang lalai...
heh. kanak2 ini.. selalu perasan sendiri.
ReplyDeletetak nampak la pulak pak cik tu frust gile. hueh2.. c(=
oit..oit.. bkn kali pertama dan terakhir lah tadabbur ayat..
kan ada kite tadabbur lg mse sjuk2 kne halau duk berkelah dpn estacion madrid? =_="
ayat masa berkelah, ada la sorang ni cakap,
ReplyDelete"semua benda bes je sebenarnya kalau kita pandang positif. Contoh masa kita kat colosseum pompeii tu. rasa bes kan bila dah kat atas"
masa tu terfikir,
langgar 'peraturan' = bes = positif!
wah.=)
selamatlah ya makan cizkek.
(bajet anonymous)
~ to nima
ReplyDeletehahaha~
u ni kan..i saje je nk wat sedap ayat..ngehh~ =pp
eh, ingat tak pakcik tu name pe n dari mane?
alaaaaaa~~ izzah~!
intan ingat la tapi jangan la cakap dulu..tu cite post yang seterusnya laaaa~~ =,=
~ to anonymous
sape yang cakap?
sape? sape? c(=
lupa point penting, kan akak cakap, benda yang dilarang ni memang fitrah kita rasa seronok untuk buat kan?
jadi atas kita la untuk positifkan benda yang macam mana..
amphitheatre tu ok lagi kot nak positifkan (ye ke?) tapi smoga kita tak rasa seronok untuk langgar peraturan Allah~ ^^
em. nme pak cik uh x igt lah.
ReplyDeletedr mne pun x sure.
but he's using italian language kot [?]
yg igt, die ckp 'name' naimah..?
blurr kot. tunjuk2 batang idung. =_="
laa.. igtkn abes dah post.. keh3..
xpela.. dah ter'spoil' kn..
~ to nima
ReplyDeleterase cam bukan locals tapi xsure lak..
haha~
ingat2 gaya dia time tu..
lawak je..huhuU~ ^^