di sini dan di sana...
manakan sama...
realiti dan fantasi...
Ramadhan Scene V
hari ni ponteng puasa di bulan ramadhan. entah apa perasaan. bukan best pun tetapi rukhsah yang Allah bagi dirai. musafir ke tanah tumpah darah mengizinkan puasa pada hari ini diganti pada hari lain.
KLIA menyambut kehadiran musafir yang hampir setahun merindui jejak ini. hampir sahaja air matanya menitis gara-gara melihat kehijauan dari cermin tingkap kapal terbang. pemandangan yang paling dirindui. eheh~
kepulangannya disambut abang tersayang bersama isteri dan 2 bidadari cilik. ah! dah petah bersuara si syasya ni. transit di putra height 2 hari sebelum flight ke bumi hadhari. abang dah mula menjadi hulk, mengangkat beg besar dan berat milik saya. sedangkan saya masih melilau.
sana sini rambut menjadi mahkota si gadis. di sisi pasti jejaka menemani. kain yang dipakai hanyalah cukup syarat untuk dikatakan berpakaian. mujur sahaja tiada kedai makan yang dibuka. husnuzzhon saya mereka berpuasa. tapi hanya lapar dan dahaga.
ini bulan ramadhan, kan? atau saya yang tersilap hitung? takkan beza malaysia dan jordan beberapa bulan. tiada pak cik yang memegang al-quran. tiada mak cik yang berpakaian litup. tiada alunan zikir mahupun ayat-ayat cintaNya yang bergema.
oh, ini bukan jordan.
Ramadhan Scene VI
air tangan ibu. heaven! sweet sour ikan patin jadi santapan berbuka. berulamkan sayur pucuk ubi dan sotong celup tepung. salad dan tomato segar dari ladang. ditemani air soya cincau berais. tidak lupa puteri mandi yang pasti akan disimpan untuk moreh selepas terawih nanti kerana tiada space dalam perut.
hidangan istimewa hanya untuk anak ibu yang belajar jauh merentasi laut dan negara. yang bersua muka hanyalah setahun sekali. itu pun jika diizinkan Allah. mulut saya yang sememangnya manis memuji-muji masakan ibu. mengembangkan hati si perindu musafir.
pernah diajukan ibu, untuk merasa masakan si anak tapi alasan si anak yang merindui masakan si ibu terpaksa diterima sedangkan itu hanyalah topeng kepada ketidakpakaran si anak memasak. hehee~
teringat lauk simple dimple di jordan. bujang. dan hanya sesuai disantap oleh si bujang juga. mujur juga housemates semua medical students. faham apa itu medic. dan kaitannya dengan memasak. ngee~ =p
Ramadhan Scene VII
kan dah kata! 20 rakaat terawih + 3 rakaat witir. jam 22:00 menjadi saksi kaki ini melangkah pulang. oh! sangat express! super speed terawih~
masjid itu dah banyak direnovasi. dulu kecik sekarang dah agak besar. berukir mewah. bertiang seribu dan ber air-cond. dan berahli sedikit. kalau dulu ruang masjid tidak mencukupi, sekarang bahagian belakang masjid menjadi nursery. tempat kanak-kanak riang bermain.
paling menarik mungkin kerana wujudnya saf kanak-kanak dibelakang si baligh. dan tiada saf berkerusi di hadapan yang kebiasaannya dihuni warga tua di jordan. saf selesa dirapatkan. walaupun syaitan dibelenggu, tetapi amalan merapatkan saf tetap terbiasa. agar aliran cas-cas serata kepada semua.
kalau di jordan, si kecil menjadi jambatan antara dua menara. sentiasa bergerak dan agak mengganggu solat orang disekitarnya. kadang-kadang ditarik dan dicubit si ibu. tetapi lantaran mazhab dirai, ianya bukan satu masalah.
Ramadhan Scene VIII
hujan itu berirama. merdu menimpa atap zink rumahnya. merak dan ayam bertempiaran mencari tempat berteduh. menyisir bulunya yang kebasahan. tempias di wajahnya dibiarkan. segar. nyaman. rindu. pepohon di sekeliling rumahnya yang berwajah baru menjadi penadah hujan yang semakin lebat.
abah dan wawa keluar. diikuti ibunya. hari ini mereka akan meredah becak di bazar ramadhan. payung menjadi teman kebanyakan manusia di bazar itu. gerai-gerai beratur, tunggu untuk dilewati pembeli. si ibu memberi izin untuk mengambil apa sahaja yang hati hajatkan. oyeh!
murtabak.
rangka ayam.
coconut shake.
apam balik.
ayam golek.
air tebu.
kuih badak.
asam kulit limau.
asam rambut.
kuih lompat tikam.
popcorn.
mercun bawang.
bunga api.
mercun ketupat.
amacam? ^_^
teringat qataif dan qisytah serta air tamar hind kat jordan. dua benda istimewa ni still tak boleh challenge listed items kat atas tu. huhuu~ puas hati, kan?
nota kaki: sila jangan tertipu. ini edisi jenin. c(=
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
sesungguhnya kami menurunkan al quran pada malam qadar
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
pada malam itu turun semua malaikat dan ruh (jibril) untuk mengatur segala urusan
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar